Dalam seminggu ini, politik
Malaysia di hangatkan dengan pengumuman Lajim Ukin
dan Wifred Bumburin yang secara "direct" dan "in
direct" nya keluar dari BN . Lajim Ukin nampak masih bermain "silang
kata " dengan hanya meletak jawatan semua jawatan dalam UMNO di Bahagian
Beaufort tapi masih mengekalkan keahlian UMNO dan jawatan kabinet sebagai
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempat. Manakala Bumburin lebih radikal
dan berani dengan mengumumkan keluar Parti Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun
Murut Bersatu(UPKO) walaupun beliau adalah Naib Presidennya.
Bagi Pak Zad, kedua-dua pemimpin telah
mengunakan dua pendekatan yg berbeza tapi amat berstrategi yang akan memberi satu impak yang besar dalam politik di Sabah dan akan juga
mempengaruhi politik nasional terutamanya UMNO dan BN. Berdasarkan itu, Pak Zad nak cuba membaca
apa sebenarnya yang ada dalam minda Dato Seri Anwar Ibrahim(DSAI) kerana kedua-dua kes
tersebut telah di akui ada kaitan dengan strategi
Pakatan Rakyat(PR) dan DSAI. Ini kerana kedua-duanya
mengakui akan menyokong PR dalam PRU 13 nanti dan yang menariknya DSAI juga telah menyatakan kedua-dua pemimpin akan diberi
kebenaran untuk mereka bertanding atas tiket PR di kawasan masing-masing.
Oleh itu Pak Zad nak cuba membaca "
pemikiran DSAI " yang Pak Zad lihat amat menarik terutamanya di saat-saat
Dato Seri Najib(PM) sedang mencari tarikh yang sesuai untuk mengumumkan
"pembubaran Parlimen" bagi memberi laluan kepada PRU 13 tetapi
menerima tekanan strategi daripada DSAI.
Dalam analisa ini, Pak Zad akan gunakan "teori
kemungkinan" berdasarkan satu analisa yang Pak Zad buat. Samada ia
tepat atau pun tidak ia bergantung kepada " persekitaran politik"
yang berlaku akibat dari kedua-dua kes tersebut. Tetapi berdasarkan kepada pengumumkan PM yang akan turun ke Sabah pada 11 Ogos ini untuk menyelesaikan masalah parti, nampak
jelas kedua-dua kes tersebut cukup memberi impak
yang besar kepada politik Sabah dan Nasional. Yang menariknya ada
pendapat para "strategist politik" yang
mengatakan PM dan UMNO serta BN telah mula terperangkap dengan strategi politik
DSAI dan para strategist PR . Ini kemungkinan kerana "respond" yang di beri PM dan BN bergitu
bernada berhati-hati dan defensif ,dengan mengakui " macam-macam
desas-desus tersebar. Tetapi yang penting kekuatan BN tidak tergugat dan
masalah itu mampu ditangani.Kita ada buat langkah-langkah sesuai untuk pulihkan
kekuatan dan memantapkan semula parti" (Utusan
Malaysia 4/8/2012).
Kenyataan Dato
Seri Najib, jelas membuktikan kes-kes
tersebut telah menyebabkan kesan kepada politik UMNO dan BN di Sabah,oleh
kerana itu UMNO dan BN terpaksa mengambil langkah-lngkah yang sesuai untuk
pulihkan kekuatan dan memantapkan semula parti dan terpaksa Dato Seri Najib
turun ke Sabah menyelesaikan masalah ini. Jadi amat jelas ini adalah strategi
DSAI dan PR untuk mencuba atau "test market" jentera BN di Sabah
samada utuh atau lemah. Tapi yang cukup jelas jentera BN di Sabah yang di
ketuai oleh Ketua Menteri Musa Aman tidaklah kuat mana dan tidak utuh,hanya
kerana 2 kes tersebut jentera BN Sabah terpaksa meminta Dato Seri Najib untuk
turun dan menyelesaikan masalah parti. Walaupun Ketua Menteri menafikan kes-kes
tersebut mengugat UMNO dan BN tetapi bagi Pak Zad apabila Ketua Menteri
menyatakan kenyataan menafikan maknanya strategi DSAI untuk mengharu-birukan
jentera BN di Sabah berlaku.
Bagi Pak Zad, DSAI berjaya dalam strategi
" test market " nya kerana kedua
tokoh ini Lajim Ukin dan Wifred Bumburing adalah tokoh pemimpin suku kaum di
Sabah. Lajim Ukin adalah pemimpin
yang digelar "Janang Gayuh" adalah
gelaran yang di berikan kepada individu yang berjasa,berpengaruh dan dihormati
oleh komuniti Bisaya. Manakala Wifred pula adalah antara pemimpin yang di
hormati oleh kaum kadazandusun kerana itu beliau memegang jawatan sebagai Naib
Presiden UPKO. Jadi apa yang berlaku ialah DSAI telah berjaya mengunakan
strategi " divide and rule " di kalangan komuniti Bisaya dan
Kadazandusun. Ini juga adalah strategi untuk melemahkan jentera UMNO dan BN
dari dalam ,dengan membawa kedua-dua tokoh komuniti untuk mengugat perpaduan
UMNO dan juga mengugat perpaduan UPKO dan akhirnya mengugat jentera dan
perpaduan BN di Sabah.
Sekurang-kurangnya DSAI telah dapat membuktikan
kepada Dato Seri Najib, bawasanya jentera UMNO dan BN di Sabah tidak lah kuat
seperti mana yang di laporkan oleh Ketua Menteri Sabah dan seperti apa yang
dilaporkan kepada Dato Seri Najib. Malah yang ada di minda Anwar ketika
ini ialah strategi untuk memberi "mesage" kepada seluruh jentera UMNO
dan BN ,yang kepimpinan Ketua Menteri Sabah agak lemah dalam menguruskan
jentera pilihanraya di peringkat negeri terutamanya di Sabah, jadi dalam kes di
Sabah strategi untuk membandingkan antara pemikiran strategist BN dan PR telah
berlaku,tetapi yang jelas dalam kes di Sabah ,PR berjaya dalam strategi perbandingan
nya.
Bagi Pak Zad, apa yang ada di minda DSAI
untuk "attack" Dato Seri Najib dari dalam parti amat bahaya,
lebih-lebih lagi apabila DSAI berjaya dalam
strategi ini. Ini kerana benteng yang di bina oleh jentera bergitu rapuh
sekali senang sangat di roboh oleh "musuh" UMNO dan BN, malah DSAI
berjaya untuk merosakkan nya dari dalam. Jadi DSAI juga dapat membukti bertapa
lemahnya kepimpinan BN pusat yang terlalu percayakan kepada kepimpinan negeri
yang sentiasa memberi laporan yang tidak tepat kepada beliau dan akhirnya ia
sedikit sebanyak menyebabkan jentera BN tergugat.
Oleh itu matlamat DSAI untuk "mencemarkan imej " Najib di Sabah telah
berjaya dan juga matlamat untuk memecahkan perpaduan UMNO dan BN juga telah
berjaya,malah juga matlamat DSAI untuk memberi "mesage" melalui
dakwaan Lajim dan Wifred yang Kerajaan Pusat meminggirkan Sabah kepada pengundi dan masyarakat Sabah juga
berjaya untuk membuatkan pengundi-pengundi dan masyarakat Sabah terpaksa
berfikir.
Nampak cukup jelas DSAI telah berjaya
untuk mengujudkan satu "situasi" yang "tidak tenang" di
Sabah, serta berjaya untuk menyebabkan masyarakat Sabah mula berfikir tentang
isu-isu masa depan Sabah, walaupun Dato Seri Najib dalam program
Transformasinya telah memberi peruntukan berbilion ringgit kepada Sabah untuk
program pembangunan di Sabah, dan tindakan Dato Seri Najib ini telah
menyebabkan isu-isu masa depan yang dijanji telah di tepati oleh Kerajaan BN di
pusat dan juga kerajaan negeri Sabah dan berjaya menutup isu-isu yang pernah
satu ketika dulu di tuntut oleh rakyat Sabah. Tetapi pada masa sekarang
kesan daripada kes Ujim dan Wifred ,isu-isu masa depan Sabah mula di bangkitkan
semula oleh kedua-dua pemimpin tersebut,malah "in line" dengan
tawaran-tawaran yang dibuat oleh DSAI dan PR kepada rakyat Sabah. Jelas sekali
bijaknya DSAI untuk memulakan kembali strategi "blaming" dan strategi
"offering" dalam kempen politik PR di Sabah dengan mengunakan
bekas-bekas pemimpin UMNO dan BN untuk menyatakan kelemahan UMNO dan BN.
Dalam hal ini,Pak Zad
menjangkakan pada kali ini strategi DSAI bukan seperti strategi " mind
games 16 Sept " yang cuba dibuat oleh DSAI satu ketika dulu tapi gagal,
tetapi pada kali ini strateginya ialah memulakan kembali "perdebatan
rakyat Sabah" untuk berbahas mengenai isu-isu masa depan Sabah dan yang
penting pada masa yang sama DSAI dan PR membuat tawaran baru kepada rakyat
Sabah yang mungkin lebih menarik daripada BN. Jadi apabila rakyat mula berbahas
dan mula untuk membuat perbandingan antara usaha-usaha Kerajaan BN dan
tawaran-tawaran PR, ia menjadi strategi yang mudah untuk DSAI dan PR untuk mula
menyerap masuk ke minda rakyat Sabah,sekurang-kurangnya rakyat Sabah mula untuk
berfikir semula .
Inilah strategi yang juga digunakan oleh DAP
di Pulau Pinang pada PRU 12,iaitu DAP telah membina satu suasana "the mind
games" dan membina satu persepsi dengan menyatakan yang UMNO adalah parti
yang "dominance" dan amat berkuasa di dalam BN dan MCA serta Gerakan
takut kepada "supremasi" UMNO dan kerana itu UMNO yang memilih Ketua Menteri Cina tetapi akan
sentiasa tunduk kepada UMNO. Jentera DAP telah berkempen
dan meniup perasaan "anti UMNO" kepada pengundi-pengundi terutama pengundi-pengundi
Cina di Pulau Pinang,dengan tujuannya pengundi-pengundi Cina termakan dengan
dakyah ini,akhirnya pengundi-pengundi Cina termakan juga dakyah ini dan DAP
berjaya dalam strategi ini , akibatnya semua kerusi Gerakan dan MCA tewas pada
PRU 12 di Pulau Pinang.
Jadi bagi Pak Zad, DSAI cuba
mengunakan strategi yang sama dipakai oleh DAP di
Pulau Pinang dan telah melancarkan secara rasmi melalui kedua-dua kes
Lajim dan Wifred. Pak Zad yakin semua kempen DSAI dan PR akan berfokas kepada
pendedahan daripada kedua-dua tokoh tersebut,terutamanya Ujim yang pernah
memegang jawatan sebagai ahli Majlis Tertinggi UMNO yang merupakan satu Majlis
yang sangat penting dalam politik negara . Bergitu juga Wifred yang juga
menduduki kerusi Naib Presiden juga sangat penting dalam politik Sabah.
Bahayanya strategi ini ialah akan banyaknya kenyataan-kenyataan pendedahan yang
mendakwa Sabah di pinggirkan yang akan dilakukan
oleh kedua-dua pemimpin seperti yang diharapkan oleh DSAI. Bagi DSAI ,beliau
mahu supaya Dato Seri Najib dan jentera UMNO dan BN sentiasa dalam keadaan yang
defensif dan sentiasa tertekan kerana terpaksa menjawab isu-isu dan dakwaan
yang akan di bawa oleh kedua-dua bekas pemimpin BN dan PR sendiri.
Pak Zad jangkakan dalam
minda DSAI, beliau mahu diujudkan satu situasi seperti di Pulau Pinang pada
sebelum PRU 12 iaitu situasi " anti UMNO dan BN" dan ini juga perlu
berlaku di Sabah,supaya agenda DSAI dan PR untuk mendapat separuh kerusi
Parlimen Sabah dan juga "menguasai Kerajaan Negeri Sabah" menjadi
lebih mudah terlaksana. Sekiranya pengalaman strategi DAP di Pulau Pinang di
nilai sebagai satu strategi yang bijak,yang mungkin Kerajaan Gerakan BN pada
masa itu tidak mempercayai tsunami itu akan berlaku ,tapi akhir Kerajaan Gerakan
(BN) juga di hanyutkan oleh Tsunami yang tidak mengejut kerana tanda-tanda
sudah nampak dan terasa tetapi sikap tidak ambil peduli kepimpinan BN Pulau
Pinang yang menyebabkan Tsunami melemaskan BN Pulau Pinang. Jadi apa yang
berlaku di Sabah ketika ini mempunyai rentak,suasana,gambaran dan juga gerak
yang sama seperti apa yang berlaku di Pulau Pinang. Oleh itu Pak Zad jangkakan
kalau jentera BN Sabah tak membaca dengan baik minda DSAI,kemungkinan Sabah akan di tawan oleh PR akan berlaku. Walau
bagaimanapun Pak Zad juga dapat jangkakan ianya bukan terlalu mudah untuk DSAI
untuk melakukannya,kerana Dato Seri Najib juga mempunyai strategi politik minda
yang juga sukar dijangka oleh DSAI,kerana itu DSAI gagal dalam "pilitical
games" untuk menawan Putrajaya 16 Sept dulu.
Apapun perkembangan di
Sabah, harus di kaji dengan terperinci kerana mainan strategi DSAI amat licik
dan persoalan apa akan berlaku selepas ini,perlu di buat satu
"prediction" dan dijangkakan. Bagi Pak Zad ,dalam minda DSAI pada
masa ini ialah beliau sedang mengatur strategi untuk "menghuru harakan
kestabilan jentera BN di Sabah" agar mereka berada dalam keadaan "defensif
" dan bukan dalam keadaan "attacking".