Permainan Saikologi mengunakan emosi adalah satu pendekatan sains
politik yang sangat popular digunakan oleh para strategist politik didalam
"peperangan politik" untuk bersaing bagi mendapatkan tempat di minda
para pengundinya. Seperti kata Drew Westen
"In politic,when reason and emotion collide,emotion invariably wins.
Elections are decided the marketplace of emotions,a marketplace filled with
values,images,analogies,moral sentiments,and moving oratory,in which logic
plays only a supporting role." (The Political Brain). Maknanya
perang saikologi mengunakan emosi adalah kaedah yang sangat berkesan dalam
memenangi hati pengundi daripada peperangan saikologi mengunakan
"logik" ataupun "rasionaliti".
Dalam buku ini juga Drew Westen menyatakan " The evidence is over whelming that
three things determine how people vote,in this order: their feelings toward the
parties and their principles, their feelings toward the candidates,and ,if they
haven't decided by then,their feelings toward the candidates' policy
position."(The Political Brain). Jelas apa yang di nyatakan
oleh Drew Westen,faktor " feelings" ataupun perasaan,yang
kaitan rapat dengan makna kepada emosi,adalah penentu kepada pengundi siapakah
yang akan mereka mengundi. Strategi " memainkan emosi dan perasaan pengundi"
sangat aktif digunakan dalam Pilihanraya President di Amerika Syarikat.
Dalam pilihanraya di Malaysia juga para strategist politik juga suka
mengunakan strategi ini,dan dalam kajian yang di buat dalam pilihanraya Umum di
Pulau Pinang pada tahun 2008(PRU 12),para strategist DAP dan Guan Eng
mengunakan strategi " memainkan emosi pengundi-pengundi di Pulau Pinang
" terutamannya pengundi-pengundi Cina ,dengan membina satu perasaan "
anti Umno" kerana Umno Pulau Pinang di anggap sebagai terlalu dominan dan
Gerakan serta MCA terlalu tunduk kepada UMNO . Oleh itu para strategist DAP
memanipulasikan isu siapakah penganti Tan Sri Koh sebagai Ketua Menteri selepas
PRU 12, sebagai contoh apabila satu nama yang di sebut sebagai pengganti Tan
Sri Koh,para strategist DAP telah mengunakan isu penganti ini dengan mengaitkan
nama tersebut sebagai nama yang mendapat restu dari UMNO dan memainkan lagi isu
ini,yang penganti ini adalah calon yang sentiasa tunduk kepada UMNO. Strategi
manipulasi kan isu ini adalah satu strategi untuk memainkan isu sentimen dan
emosi pengundi-pengundi Cina Pulau Pinang yang sudahpun terlekat di minda
mereka.
Impak kepada pengunaan strategi memainkan "emosi" ini lah
menyebabkan semua kerusi Cina BN yang di berikan kepada Gerakan dan MCA tewas terkena tsunami emosi . Oleh kerana
hasrat Guan Eng dan DAP untuk terus kekal menjadi kerajaan Pulau Pinang dalam
PRU 13 ,maka para strategist DAP sekali lagi akan mengunakan strategi
"emosi" dan "sentiment" untuk memenangi minda
pengundi-pengundi Cina Pulau Pinang yang sudahpun termakan hasutan" anti
UMNO" sejak PRU 12. Oleh itu tugas
dan kerja para strategi DAP agak mudah dalam PRU 13 kerana fanatiknya pengundi
Cina majoriti masih menebal iaitu menolak UMNO dan BN . Apa yang perlu dibuat
oleh Guan Eng dan para strategist DAP ialah terus-menerus memainkan emosi
pengundi-pengundi Cina dengan sentiment anti UMNO.
Inilah yang dilakukan oleh Guan Eng dan para strategist DAP dengan
sentiasa mainkan isu-isu emosi dengan tujuan untuk memenangi minda para
pengundi. Apa yang penting bagi para strategist DAP ialah pengundi-pengundi
Cina perlu berada dalam lingkungan pengaruh DAP. Oleh itu tidak hairanlah setiap
kali isu-isu yang dibangkitkan oleh UMNO dan BN mengenai dakwaan salah laku Guan Eng dan Kerajaan DAP Pulau
Pinang,ia seolah-olah satu strategi yang lemah dan tidak kuat dan senang
ditangkas oleh para strategist DAP. Akhirnya isu tersebut tidak mempunyai impak
yang boleh menjejaskan Guan Eng dan DAP. Ini bermakna Guan Eng dan DAP telah
berjaya mengikat semua "emosi" pengundi-pengundi Cina supaya
menyakini Guan Eng dan DAP ,jika dibandingkan bagaimana pembinaan emosi yang
telah dilakukan oleh Guan Eng dan DAP untuk membencikan UMNO dan BN yang cukup
tebal,hinggakan "emosi" tersebut dijelmakan lebih kuat untuk membina
"emosi" yang Guan Eng dan DAP adalah yang terbaik untuk
pengundi-pengundi Cina di Pulau Pinang.
Apakah permainan "emosi" ini sangat berjaya dapat
digunakan dalam PRU 13 di Pulau Pinang? Jawapan nya memang benar dan akan terus
digunakan oleh Guan Eng dan DAP dalam mereka cuba untuk mengekalkan kekuasaan
Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
No comments:
Post a Comment