JANJI DITEPATI VS JANJI TIDAK DITEPATI
Pak Zad terpesona dengan dengan ucapan PM dalam
pembentangan Budget 2013 yang telah memulakan dengan ucapannya dengan memetik
terjemahan AlQuran surah Al -Baqarah
sebagai pemula ucapannya " Berlumba-lumbalah
kamu mengerjakan kebaikan kerana dimana sahaja kamu berada pasti Allah akan
menghimpunkan kamu semua pada hari kiamat untuk menerima balasan . Sesungguhnya
Allah maha berkuasa atas tiap-tiap sesuatu " adalah firman Allah SWT juga boleh diterima oleh semua penganut agama-agama di
dunia kerana ia adalah satu hasrat yang
universal. Bagi
Pak Zad inilah manifestasi hasrat PM untuk menterjemahkan hasrat "Janji DiTepati" yang menjadi slogan dan
misi BN untuk disampaikan kepada rakyat dan
para pengundi PRU 13.
Bagi PM semua janji-janji Perikatan atau BN sejak
merdeka lagi dan janji dalam PRU 12 yang mana BN telah kesemuanya perlu
dimanifestasikan dengan tepat dan betul, walaupun rekod BN sejak PRU 12
menunjukkan BN telah berusaha bersungguh-sungguh untuk sentiasa menepati janji
pilihanraya kerana itu BN sentiasa menang
kerana rakyat dan para pengundi masih bergantung harap kepada BN dan mereka
sentiasa mengundi BN. Tetapi bagi Dato Seri Najib, untuk PRU 13 , BN perlu
tonjolkan semula perkataan " Janji Ditepati " untuk terus menyelami
minda-minda para pengundi yang BN sentiasa tepati janji dan terus akan
melaksanakan semua janji-janjinya seperti yang di gariskan dalam manifesto BN
setiap PRU.
Kata PM - " Siapakah
yang boleh menjanjikan masa depan yang lebih baik dan lebih bersinar berbanding
dengan pembangkang, yang tahap kredibiliti dan kenyakinan boleh dipertikaikan.
Masa depan kita, masa depan anak-anak kita terlalu mahal untuk diperjudikan dan
mengambil risiko yang terlalu besar..." . Ini persoalan yang
cuba diletakkan oleh PM kepada semua pengundi dan rakyat Malaysia untuk membuat
perbandingan "track record " Kerajaan BN
yang telah menjalankan tanggung jawabnya sejak merdeka lagi dan telah membawa
Malaysia sebagai sebuah negara yang cukup maju dikalangan negara sedang membangun.
Pak Zad nak cuba
buat sedikit perbandingan antara Janji BN ataupun Najib dan Janji DAP ataupun
Janji Guan Eng. Pak Zad cuba hayati kenyataan Guan Eng dalam perutusan Hari
Malaysia pada 15 September 2011 (buletinonline), kata Guan
Eng - "
Warga Pulau Pinang semakin yakin dan optimis terhadap masa depan kerana mereka boleh
bergantung kepada Kerajaan berjiwa rakyat yang mendengar kata rakyat, melakukan
kerja untuk rakyat dan memberi harapan untuk masa depan yang lebih cerah.
Sekarang juga sudah terhasil satu pengiktirafan bahawa ganjaran akan diperolehi
berdasarkan daya upaya, kejujuran dan usaha untuk mengejar kecemerlangan. Sesungguhnya
tiada penganti bagi prestasi, produktiviti dan kecekapan."
Dengan banyak pendedahan demi pendedahan yang di keluarkan oleh bekas-bekas
pemimpin DAP, pemimpin pemimpin PKR dan PAS, juga pemimpin-pemimpin BN dan keluhan-keluhan rakyat sejak kebelakangan
ini, cukup jelas kenyataan Guan Eng diatas adalah satu kenyataan atau janji
yang kosong dan tidak di tepati.
Bolehkah rakyat
Pulau Pinang optimis dengan masa depan yang cerah kepada Kerajaan DAP dan Guan
Eng dengan pembinaan terlalu banyak rumah-rumah mewah dan apartment - apartment
mewah di kawasan Pulau? Adakah Guan Eng dan Kerajaan DAP mendengar kata-kata
rakyat dengan Kerajaan Guan Eng terlalu kurang membina rumah-rumah murah di
kawasan Pulau? Adakah Guan Eng dan Kerajaan DAP melakukan kerja untuk rakyat
dengan tiada kawalan harga rumah di Pulau yang melambung bergitu tinggi hingga
mencapai ke angka Rm 500 000.00 - lebih Rm 1 juta ? Mungkin juga Guan Eng dan
Kerajaan DAP juga telah memberikan harapan masa
depan yang cerah kepada rakyat di Pulau dan Seberang Prai dengan memberi
kelulusan-kelusan kepada syarikat-syarikat swasta untuk membangunkan
kawasan-kawasan yang pada mulanya telah dirancang untuk diberi kepada rakyat
terkebawah ? Adakah Guan Eng, Ramasamy dan
Mansor yang jelas tidak sebulu dan tidak sekata masih berlaku kritik-mengkritik
secara "dalam kelambu" antara pemimpin tertinggi Kerajaan Negeri
Pulau Pinang, tidak berani kritik secara bersemuka, bolehkah ia dikatakan
sebagai daya usaha, kejujuran dan usaha untuk mengejar kecemerlangan oleh
ketiga-tiga pemimpin Kerajaan Negeri ini? Dengan ekonomi Pulau Pinang yang bergitu perlahan
(GDP) "first nine month 2012" dari 5.7 % 2008 ke 1.8 % ( jan- sept
2012),boleh dikatakan sebagai masa depan yang cerah ? .
Terlalu sukar
untuk menjawab persoalan diatas sekiranya hati kita telah ditutupi oleh
perasaan dendam dan kebencian, inilah yang ada pada mata dan hati ramai
pengundi-pengundi yang totok kepada DAP, PKR dan PAS. Tetapi sekiranya kita buka hati dan mata
untuk menerima realiti, serta dengan apa yang berlaku didepan mata dan apa yang
kita dengari, tentu kita akan mengatakan Kerajaan Guan Eng "cakap tak
serupa bikin" dan Janji tidak di Tepati. Pak Zad juga nak petik kata-kata
Mansor Timbalan kepada Guan Eng - pada mulanya dia kata Guan Eng adalah
"erogant", tapi bila di depan Guan Eng dia kata Guan Eng adalah
seumpama "tokong" . Maknanya soalan yang Pak Zad letakkan di atas
adalah betul dan pastinya jawapan dari Kenyataan Dato
Seri Najib dan hasratnya dan BN untuk
menunaikan janji adalah boleh di yakini dan di percayai untuk ditepati serta
dilaksanakan adalah jawapan yang tepat. Jika dibandingkan jawapan kepada Guan
Eng dan Kerajaan DAP yang tentunya janji mereka penuh dengan emosi dan tidak
rasional dan tak ditepati.
Kesimpulannya
memang benarlah para strategi DAP, PKR dan PAS amat takut dengan "slogan
Janji di tepati" yang merupakan satu strategi yang terbaik di buat
oleh para strategi BN dalam arena peperangan
strategi dengan Parti Pembangkang yang teringin sangat untuk ke Putrajaya. Oleh
itu para strategi DAP, PKR dan PAS cuba mencabar slogan ini termasuklah dalam isu
tema pada sambutan perayaan kemerdekaan pada tahun ini. Apa yang jelas "Janji Di Tetapi vs Janji
tak di Tepati" yang menang
sekarang ialah "janji di Tepati" .
Kata Najib -"
Changes can take place in the country without having to change the goverment
and this has been proven by Barisan Nasional " . Kalau di Amerika
Syarikat Obama telah di pilih semula
kerana hasratnya untuk " go forward " dan majoriti rakyat Amerika
amat yakin dengan Obama untuk "go forward", jadi bergitu
juga hasrat Najib untuk " go forward " bagi meneruskan transformasi
(change ) untuk masa depan Malaysia, oleh itu rakyat Malaysia wajar berikan
"mandat" baru kepada Najib dan BN .
No comments:
Post a Comment