Sunday, December 30, 2012

STRATEGI ANTI UMNO FORMULA DAP KEKAL DI PULAU PINANG.




Dalam beberapa penulisan Pak Zad dalam blog Sembang Pak Zad, telah membuat analisa kenyataan dari ceramah-ceramah Guan Eng semasa sebelum PRU 12 dan semasa kempen PRU 12, telah Pak Zad buktikan yang Guan Eng telah berjaya mengunakan strategi "memburukkan UMNO" dengan melabelkan UMNO sebagai parti yang dominan dalam BN dan menyatakan MCA serta Gerakan tunduk kepada UMNO. Strategi "memburukkan UMNO" telah membina satu tsunami yang kuat melanda dan memasuki minda pengundi-pengundi Cina di PULAU PINANG untuk "anti UMNO" dan menolak parti-parti Cina dalam BN yang menjadi rakan UMNO dalam BN. Impaknya semua kerusi DUN yang MCA dan Gerakan bertanding telah kalah di tangan DAP. DAP telah menang 19 kerusi DUN yang mempunyai majoriti pengundi Cina dan UMNO menang semua kerusi DUN majoriti Melayu.

 

Strategi Guan Eng dan DAP dengan mengunakan tsunami "anti UMNO" dalam PRU 12 cukup berjaya dan amat berkesan dan ini adalah formula DAP sekali lagi akan digunakan oleh Guan Eng dan para strategist DAP dalam PRU 13. Mengikut Joceline Tan (Insight - Akhbar Star 9/12/2012) "Guan Eng's speech during the Penang convention was very much about his achievements in Penang. The content of his speech suggested that the DAP will continue to paint UMNO as a corrupt and racist party in order to win the Chinese vote " dan dalam penulisan Joceline Tan memetik kata-kata pemimpin DAP Pulau Pinang ," Our real opponent is UMNO,Were not worried about Gerakan dan MCA". Analisa yang dibuat oleh Joceline ini sangat tepat dan Pak Zad amat bersetuju dengan kenyataannya "in order to win the Chinese vote". Makna Guan Eng dan DAP masih akan mengunakan strategi membina minda pengundi Cina Pulau Pinang untuk sentiasa curiga kepada UMNO dan setiap tindakan UMNO adalah untuk orang Melayu sahaja ,dan inilah perkara yang disebut sebagai "anti UMNO".

 

Malah lebih hebat lagi strategi Guan Eng dan para strategi DAP untuk mencuba startegi " test market " mereka dengan kenyataan Guan Eng dalam ucapan menyambut krismas yang menyentuh tentang sebutan perkataan " Allah " untuk terjemahan kepada perkataan " God " dalam injil berbahasa melayu, Guan Eng mahu kerajaan BN membenarkan perkara ini berlaku. Walaupun Guan Eng tahu kenyataan ini akan menjadi " api " yang akan menyemarakan kemarahan orang melayu dan Islam. Tetapi Guan Eng tetap juga menyuarakan kenyataan tersebut. Apa sebenarnya yang Guan Eng dan para startegist DAP sedang fikirkan dalam strategi ini ? Satu persoalan yang menarik untuk para strategist UMNO dan BN fikirkan. Apakah Guan Eng dan DAP sekali lagi cuba mencabar UMNO dan BN dalam isu ini kerana Guan Eng tahu isu " Allah " ini boleh memecahkan perpaduan antara UMNO(orang melayu) dan MCA/Gerakan/MIC dan lain-lain dalam BN.

 

Mungkin juga strategi "test market" ini juga adalah strategi untuk "memnyibukkan" UMNO dan BN dan orang melayu supaya mereka akan  sibuk untuk "attack" Guan Eng dan DAP dan mereka akan mendapat simpati dari para pengundi Cina yang totok termasuk pengundi-pengundi muda Cina dan pengundi-pengundi atas pagar. Ini lah yang Guan Eng sebut dalam ucapannya dalam penghimpunan DAP Pulau Pinang baru-baru ini sebagai peringatan kepada DAP dan Pakatan Rakyat iaitu untuk Pakatan Rakyat ke Putrajaya ,mereka perlu memenangi hati pengundi muda dan para pengundi atas pagar. Oleh itu ini mungkin satu cara Guan Eng untuk mencuba strategi membakar semangat dengan menyentuh isu " Allah ". Akhirnya nanti "tsunami" anti UMNO akan terus di ujudkan sekiranya UMNO dan BN masuk dalam perangkap Guan Eng dan DAP. Inilah saat yang sedang ditunggu oleh Guan Eng dan DAP. Yang penting bagi mereka pengundi Cina samada pengundi Muda, pengundi atas pagar atau pengundi yang telah buat keputusan,akan beralih dan terus menyokong Guan Eng dan DAP terutamanya di Pulau Pinang.

 

Amat hebat strategi Guan Eng dan DAP dalam mereka merangka strategi untuk mengekalkan 19 kerusi majoriti Cina di DUN Pulau Pinang. Yang pasti Gerakan dan MCA tidak berupaya untuk menyaingi DAP di Pulau Pinang di 19 kerusi ini. Ini lah hasil strategi Guan Eng dan DAP, untuk menghilangkan pengaruh Gerakan dan MCA di Pulau Pinang  dan menebalkan tahap "anti UMNO " di 19 DUN majoriti Cina ini. Guan Eng dan DAP juga yakin mereka juga boleh memerintah Pulau Pinang tanpa perlu mengharapkan kerusi PKR ataupun PAS rakan Pakatan Rakyat kerana kedua-dua rakan DAP ini akan bertanding di kawasan campuran majoriti dan kawasan majoriti Melayu, kurang diyakini oleh DAP kerana rakan-rakan DAP ini tidak berupaya untuk melawan UMNO. Oleh itu Guan Eng telah menyuarakan pandangan supaya DAP diberi lebih kerusi untuk PRU 13 kerana kata mereka,DAP adalah kuat dan stabil. Ramalan dibuat sekiranya tak dapat pastinya DAP akan mengunakan strategi " calon proxy" yang bertanding sebagai wakil bebas di kawasan yang ditadingi oleh PKR (kawasan campuran majoriti ) dan berpontensi untuk menang sekurang-kurangnya 5 kerusi di DUN yang ditandingi oleh PKR.

 

Guan Eng dan DAP sebenarnya telah cuba strategi untuk mengekal kuasa di Pulau Pinang ,dengan satu ketika dulu cuba untuk mencadangkan mengubal undang-undang anti-lompat parti di DUN Pulau Pinang ,dalam usaha mereka untuk mencari formula untuk mengelak supaya ahli-ahli YB ADUN Pakatan Rakyat tidak melompat parti seperti apa yang berlaku kepada YB Ahli Parlimen Bayan Baru dan Nibung Tebal.Tetapi cadangan ini dibantah oleh kepimpinan Pakatan Rakyat dan tidak menjadi realiti. Oleh itu mereka cuba strategi-strategi yang dianalisa seperti diatas dengan matlamat yang sama iaitu untuk pastikan DAP terus berkuasa di Pulau Pinang dengan mengunakan pengundi-pengundi Cina di kawasan 19 DUN majoriti Cina . Pada masa ini jelas strategi Guan Eng dan DAP amat berjaya .