Wednesday, February 20, 2013

SATU RENUNGAN UNTUK RAKYAT MALAYSIA



Bila-bila saja Dato Seri Najib akan membubarkan Parlimen dan kemudiannya SPR akan setkan tarikh PRU 13. Rakyat Malaysia seluruhnya cukup berdebar menunggu siapa yang akan ke Putrajaya. Semua berita dan perkembangan politik semasa sedang di perhatikan oleh rakyat dan para pengundi PRU 13. Mungkin ini akan menjadi neraca pertimbangan para pengundi bagi menentukan siapa yang akan mereka mengundi.

Pada masa ini, kita di dendang dengan 2 jenis rentak politik iaitu rentak perjuangan Transformasi oleh BN dan rentak Reformasi oleh Pakatan Rakyat. Bagi BN, perjuangan Transformasi sedang berlansung dan berjalan secara realiti dan juga sedang di nikmati oleh semua rakyat Malaysia termasuk Parti-parti Pembangkang. Manakala Pakatan Rakyat pula perjuangan Reformasi yang digariskan dalam Buku Jingga mereka masih belum berjalan ataupun belum dilaksanakan secara 100 peratus,walaupun terdapat 4 negeri yang mereka menjadi Kerajaan. Ini bermakna Reformasi belum boleh dirasai oleh oleh rakyat Malaysia. Oleh itu kata mereka "berikan mereka peluang untuk menduduki Putrajaya" pastinya kata mereka reformasi boleh dinikmati oleh semua. Benar atau tidak kenyataan mereka perlu dilihat pada realiti yang berlaku pada masa kini.

Secara perbandingan, realitinya " janji perlu ditepati " . BN telah tepati janji-janji mereka untuk "rakyat didahulukan " dan kerana itu pada masa ini Najib dendangkan semua perubahan untuk di hayati oleh rakyat Malaysia. Dari transformasi Politik, transformasi sosial, transformasi ekonomi hingga landskap Malaysia di transformkan oleh Najib. Manakala reformasi yang dibawa oleh Pakatan Rakyat yang menjadi slogan utama DSAI sejak 1998, tidak juga direalisasikan oleh Kerajaan Kedah,Kerajaan Kelantan, Kerajaan Selangor dan Kerajaan Pulau Pinang yang merupakan Kerajaan Negeri yang dikuasai oleh PAS, PKR dan DAP. Bantahan-bantahan rakyat di Selangor dalam isu air, isu elaun tadika dan isu elaun ibu-ibu tunggal, bantahan rakyat di Kedah mengenai isu-isu alam sekitar empangan Pedu, bantahan rakyat di Kelantan mengenai isu air dan isu penorakaan tanah di Gua Musang dan Loging dan bantahan rakyat di Pulau Pinang mengenai isu-isu rumah mampu milik, isu-isu kalimah "Allah" dan isu-isu kebajikan rakyat Pulau Pinang yang lain, adalah bukti bertapa Pakatan Rakyat TIDAK menepati janji-janji mereka, sedang isu-isu yang DIBANTAH adalah isu-isu "CIVIL RIGHT" yang memang mereka menjadi "hero" sebelum mereka memenangi PRU 12 di negeri-negeri tersebut.

Apabila “MEREKA GAGAL” dalam melaksanakan tanggungjawab “MEREKA” sebagai kerajaan negeri dan juga sebagai Kerajaan Pakatan Rakyat yang sedang mereka tonjolkan diri sebagai "kerajaan alternatif" selain dari Kerajaan BN yang ada, “MEREKA” terus bermain
" BLAMMING GAME ". Menyalahkan kerajaan BN atas kegagalan mereka. Guan Eng menyalahkan UMNO dalam isu kalimah "ALLAH", Guan Eng menyalah UMNO KERANA kegagalan mereka untuk mendapatkan sokongan pengundi Melayu dan UMNO dituduh rasis. Manakalan Dato Azizan MB Kedah pula menyalah UMNO dan BN kerana kegagalan projek pembangunan di Kedah termasuk dalam isu balak di Empangan Pedu dan meminta RM 100 juta kepada kerajaan Persekutuan untuk menyelamatkan hutan di Pedu . Manakala Dato Khalid MB Selangor juga terus menyalah UMNO dan BN Selangor atas isu air di Selangor. Manakala di Kelantan pula Tuan Guru Nik Aziz MB Kelantan terus juga menyalah UMNO dan BN atas isu di Loging dan di Gua Musang. Yang jelas Pakatan Rakyat cuba menutup kelemahan pemimpin dan pentadbiran mereka yang cukup lemah dalam memerintah keempat-empat Negeri tersebut .

JELAS sejak dekat 5 tahun mereka memerintah (kes di Kelantan PAS memerintah lebih dari 20 tahun) telah menunjukkan realiti bagaimana KURANG hebatnya dan TERUKNYA PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT memerintah di 4 buah negeri ini. Walaupun realitinya secara kebetulan Pakatan Rakyat memerintah 2 buah negeri yang kaya warisan Kerajaan BN yang lalu (Selangor dan Pulau Pinang ), manakala Kedah adalah negeri yang terbantut perancangan pembangunan yang telah rancang oleh Kerajaan BN yang lalu, manakala Kelantan  sebuah negeri yang miskin kerana  PAS menjadi Kerajaannya tetapi "expectation " rakyat selepas PRU12 mahu melihat macamana Pakatan Rakyat boleh mengubah negeri-negeri tersebut menjadi terus kaya dan yang miskin ditukar menjadi kaya dengan pembangunan untuk rakyat. Sepatutnya bermula 2008 Pakatan Rakyat sepatutnya ada agenda tersebut, tetapi sehingga ke 2013, Kedah dan Kelantan tetap tidak bergerak malah banyak masalah pentadbiran dan miskin. Manakala Pulau Pinang dan Selangor, mempunyai kerajaan negeri dan KM/MB yang kuat berpolitik hingga soal kebajikan rakyat kurang di utamakan.

Secara analisa perbandingan, kita boleh timbulkan satu persoalan, bolehkah Pakatan Rakyat menjadi Kerajaan Persekutuan untuk mengantikan Kerajaan Persekutuan BN? Dari segi realiti beberapa-berapa KAJIAN ILMIAH yang dibuat oleh sarjana-sarjana akademik yang juga pakar-pakar politik Malaysia, telah membuktikan secara data-data yang ada (sehingga kini ), TELAH MENYATAKAN bahawa BN mampu untuk MENANG dalam PRU 13, walaupun Pakatan Rakyat akan memberi saingan yang sengit, tetapi kajian mengatakan BN MAMPU untuk MENEWASKAN Pakatan Rakyat. Ini menunjukkan kajian-kajian yang respondennya adalah para pengundi masih tetap YAKIN pada Najib dan BN dan para pengundi masih TIDAK YAKIN dengan pemimpin Pakatan Rakyat dan parti-parti PAS, DAP dan PKR. Mungkin juga rekod kepimpinan Kerajaan Negeri Kelantan, Kerajaan Kedah, Kerajaan Selangor dan Kerajaan Pulau Pinang yang banyak kelemahannya dan yang masih mempunyai banyak masalah yang belum mereka selesaikan sehingga saat akhir sebelum PRU13. Sedangkan negeri-negeri yang BN kuasai bergitu menonjol pembangunan dan kesejahteraan rakyatnya dan ini amat di yakini oleh para pengundi-pengundi PRU13.

Bolehkah pengundi-pengundi PRU13 di Malaysia menjadi seperti pengundi-pengundi di Amerika Syarikat yang CUKUP MATANG dan memilih berdasarkan kepada rekod cemerlang yang berakarkan kepada REALITI di didepan mata bukannya sesuatu yang hanya  dinyatakan sebagai satu impian, dan para pengundi di Amerika Syarikat tetap memilih Presiden Obama yang sedang memegang kuasa di Rumah Putih. Pengundi Amerika tetap yakin dengan Obama daripada pencabarnya, mereka masih mahukan Obama kerana agenda "FORWARD" NYA yang lebih rasional dan menepati cita rasa rakyat Amerika . Di Malaysia, NAJIB telah membuat satu "transformasi" cukup besar dalam semua aspek dan ini sepatutnya menjadi satu kayu ukur yang harus dilihat oleh para pengundi dan bukannya melihat kepada janji dan impian yang tidak dicerminkan oleh pemimpin dan " perkahwinan kontrat " parti-parti Pakatan Rakyat. Mereka berkonfliks lebih awal sebelum PRU13 . PERSOALANNYA BOLEHKAH PENGUNDI-PENGUNDI PRU13 MENJADI SEPERTI PENGUNDI PILIHANRAYA PRESIDEN 2012 DI AMERIKA SYARIKAT IAITU MEMILIH BERDASARKAN REKOD PERKHIDMATAN DAN SIAPA YANG MEREKA LEBIH YAKINI?

KITA patut FIKIR dan renungkan realiti, jangan korbankan kesejahteraan dan kenikmatan yang kita kecapi sejak merdeka dari hasil usaha yang dilakukan oleh semua Perdana Menteri dan pemimpin-pemimpin Perikatan dulunya dan Barisan Nasional pada masa sekarang. JANGAN PERJUDIKAN KEAMANAN, PERPADUAN, KESEJAHTERAAN DAN KEMAKMURAN YANG DIREDAI OLEH ALLAHSWT KERANA SEMATA-MATA FORMULA UNTUK MENCUBA DAN MEMBERIKAN PELUANG KEPADA SATU PAKATAN YANG TELAH TERBUKTI TIDAK MAMPU UNTUK MELAKUKAN SEBAIK KERAJAAN BN YANG MENJADI KERAJAAN SEJAK MERDEKA LAGI.

Thursday, February 7, 2013

GUAN ENG BERJAYA DALAM STRATEGI " TEST MARKET " ?

  
 
Penulisan Pak Zad yang lepas ada mengulas mengenai strategi Guan Eng mengunakan perkataan "Allah" yang dicadangkan supaya BN membenarkan pengunaan perkataan "Allah" untuk digunakan didalam "bible" kristian di Semenanjung Malaysia. Pak Zad nyatakan ini satu strategi bijak Guan Eng untuk mengaturkan satu suasana "polimik" panas dikalangan masyarakat terutamanya "Melayu" dan "Islam" yang berkrisis "pemahaman" dan " ilmu" dalam menyatakan pendirian yang tepat. Guan Eng tahu "politik" melayu akan pastinya menjadi penghalang kepada "pemahaman" dan "ilmu" yang ada ,yang sepatutnya "pemahaman" dan "ilmu" menjadi benteng yang menghancurkan kenyataan dan cadangan "Guan Eng". Tetapi apa yang berlaku orang Melayu dan masyarakat Islam selama satu bulan( sejak perutusan Guan Eng sempena perayaan Krismas(25/12/2012) masih tidak bersatu dalam "pemahaman " dan "Ilmu" mengenai isu perkataan "Allah".
 
" Politik Melayu " bagi Guan Eng adalah strategi paling berbisa yang sedang digunakan dan ini juga adalah senjata yang paling berkesan untuk " test market " samada "melayu" boleh bersatu ataupun "melayu" akan berpecah. Oleh itu para strategi DAP sudahpun membuat analisa dan kajian apakah impak politik yang akan mereka terima kesan daripada strategi perkataan "Allah " ini. Ia itu mereka akan kehilangan "pengundi melayu dan Islam " . Tetapi akan meningkat peratusan " pengundi Cina dan bukan Islam ". Inilah pilihan yang dibuat oleh Guan Eng dan para strategist DAP,untuk cubaan melihat sendiri strategi "test market " ini. Yang jelas selama satu bulan lebih masyarakat Melayu dan pengundi-pengundi Melayu "berkonfliks pemahaman dan ilmu " yang diujudkan oleh Guan Eng dan impaknya cukup jelas melayu masih berpecah antara Melayu Pro Kerajaan dan melayu Pro Pembangkang.
 
Apa yang ada dalam "minda Guan Eng " ialah DAP perlu maju ke depan dan duduk di depan,bukannya kerusi penumpang. DAP perlu menjadi "pilot " dalam Pakatan Pembangkang . Ini kerana pada ketika ini mahu tidak mahu samada PAS atau PKR perlu "respect" DAP kerana DAP lebih stabil daripada kedua-dua parti tersebut. Malah dari segi pengaturan " strategi politik" nya adalah lebih kedepan daripada kedua-dua parti tersebut. Jadi tidak hairan mengapa PAS dan PKR pada masa ini sentiasa akan tunduk kepada DAP dalam semua perkara termasuk dalam isu perkataan "Allah " ini . PAS dan PKR bersetuju supaya perkataan " Allah " boleh digunakan oleh agama-agama lain. Inilah bukti bagaimana PAS dan PKR terlalu lemah dalam pakatan pembangkang ini, bagi PAS dan PKR  matlamat menghalakan cara adalah sangat penting daripada mempertahankan " prinsip " dan perjuangan mereka.
 
Yang penting matlamat untuk ke Putrajaya harus menjadi "perjuangan" utama dan DAP buatlah apa pun PAS dan PKR akan terus menyokong, yang perlu di dahulukan ialah kemenangan dan menduduki Putrajaya. Buat masa ini DAP sudahpun menjadikan PAS dan PKR sebagai permainan "puppet" mereka. DAP lah yang mengerakkan "Puppet" tersebut . Inilah yang sebenarnya Pak Zad katakan perertian DAP sebagai "pilot" dalam Pakatan Rakyat. Strategi "test market " telah mendatangkan impak yang jelas bagaimana dalam isu-isu yang di bawa oleh DAP sebenarnya memberi kemenangan kepada DAP. Malah dalam persekitaran politik dalam negara kini juga DAP masih juga masih kedepan untuk menyaingi dengan UMNO. Maknanya lawan DAP adalah UMNO bukan nya Gerakan ataupun MCA. UMNO saja yang di takuti oleh DAP kerana strategi DAP pada masa kini terutamanya isu perkataan " ALLAH" ialah untuk "attack " UMNO bukan PAS. Tetapi oleh kerana UMNO lebih bersedia untuk melawan strategi DAP, dan PAS tidak bersedia, jadi kena jatuh terlentang lah PAS. Manakala UMNO terus melawan DAP dengan sejak 25 Dec 2012 dan peperangan ini masih berlangsung .
 
UMNO terus menerus "attack" DAP dengan isu "Allah",apakah ini strategi terbaik untuk UMNO ? Bagi Pak Zad , ini strategi terbaik kerana DAP bermain politik ,maka UMNO perlu bermain politik untuk berdepan dengan DAP dalam isu "Allah". Sedangkan PAS dan PKR tak mampu untuk mempertahankannya. PAS telah berpecah 2 ,kumpulan PAS bukan Ulamak ( HJ Hadi) menyokong Guan Eng dan Kumpulan Ulamak PAS (Nik Aziz) menolak Guan Eng . Bagi PKR ,mereka tunggu DSAI untuk bersuara dan apabila DSAI bersuara untuk menyokong Guan Eng, ahli PKR "terbisu" terkejut kaku. Bagi Pak Zad, ada yang tak kena dalam keadaan ini. Lojiknya tak kan strategi Guan Eng dalam isu "Allah" ,Guan Eng dan DAP nak pecahkan perpaduan Pakatan Rakyat ,sedangkan PRU 13 makin hampir. Tidak lojik perkara ini berlaku . Jadi Pak Zad rasa ada strategi besar yang sedang dirangka oleh Guan Eng,DSAI,HJ Hadi dan Nik Aziz,dengan isu yang sedang bermain ini. UMNO dan BN perlu melihat suasana ini bukan sebagai satu keadaan "mudah" tapi melihat lebih mendalam untuk melihat keadaan yang lebih sukar lagi. Pak Zad yakin strategi Pakatan Rakyat bukan isu "Allah" tapi ia hanya satu strategi "test market " mungkin untuk melihat pertahanan UMNO dan BN .