Pilihanraya Sarawak ke 10 yang lepas, telah membuktikan DAP adalah parti politik dominan untuk pengundi-pengundi Cina Bandar. DAP telah memenangi 12 kerusi dari 15 kerusi yang di tandingi dan mengalahkan SUPP, (termasuk Presidennya juga tewas) di tangan DAP di semua 12 kawasan tersebut. Bagi Presiden MCA pula, senario ini amat kritikal kerana baginya ia sekali lagi membukti masyarakat Cina Bandar masih mempunyai trend yang sama dengan pemikiran pengundi Bandar di Semenanjung seperti apa yang berlaku pada PRU yang lepas .
Sejak PRU 2008 banyak tulisan wartawan-wartawan dan penganalisa politik telah berpolimik dalam surat-surat khabar, bagi memberi pandangan mengenai senario luar biasa DAP dan sekali lagi DAP buktikan pada pilihanraya Sarawak ke 10 yang lepas . Paling menarik untuk Pak Zad analisakan ialah sekiranya kita ambil kira keputusan di Sarawak dan dilihat dengan perkembangan politik di Pulau Pinang yang pada masa ini menampakkan Guan Eng dan DAP lebih dominan daripada Gerakan dan MCA Pulau Pinang,maka amat sukar bagi UMNO dan MIC serta BN untuk merampas kembali Pulau Pinang daripada Guan Eng dan DAP.
Analisa diatas amat mudah kerana keputusan PRU 2008, semua kerusi majoriti pengundi Cina (19 kerusi) di menangi oleh DAP dan semua kerusi yang majoriti campur(9 kerusi) dimenangi oleh PKR ,maknanya dalam pemikiran para strategi DAP Pulau Pinang mereka cukup mudah boleh mengekalkan kuasa untuk terus memerintahkan Pulau Pinang kerana DAP boleh mengekal 19 kerusi yang dimenanginya dan mungkin boleh berharap 5 atau tujuh kerusi daripada PKR ataupun PAS. Pak Zad begitu yakin dengan apa yang ada di minda para strategist politik DAP dan strategi-strategi yang di guna pakai oleh Guan Eng dan DAP sekarang iaitu memenangi hati pengundi Cina Pulau Pinang dan strategi ‘attack and blaming’ kepada UMNO dan Gerakan Pulau Pinang kepada apa yang berlaku di Pulau Pinang.
Jadi adalah jelas pada masa ini,DAP berada di hati pengundi-pengundi Cina di semua kawasan majoriti Cina dan Gerakan dan MCA tak berupaya untuk menyekat keadaan ini. Oleh itu dalam politik Pulau Pinang penentu kepada kemenangan untuk memerintah kerajaan negeri nampaknya berada di tangan pengundi-pengundi Cina terutamanya di 19 buah kawasan yang di menangi oleh DAP yang majoritinya pengundi Cina dan juga kawasan campuran majoriti yang juga pengundi Cina (dimana daripada 9 kerusi yang PKR menang terdapat 6 kerusinya di menangi oleh calon Cina dan India). Jelas pengundi Cina adalah penentu kepada kemenangan ini.
Pak Zad cuba membuktikan dari analisa keputusan PRU 2008, terdapat 8 DUN yang mempunyai majoriti melebihi 80% pengundi Cina, DAP telah memenanginya dengan amat selesa,manakala 3 DUN yang mempunyai majoriti melebihi 70 % pengundi Cina, DAP dan PKR telah menanginya dengan amat selesa,manakala 5 DUN yang mempunyai majoriti 60 % pengundi Cina, juga DAP telah memenanginya dengan undi yang amat selesa. Manakala 7 DUN yang mempunyai majorit 50 % pengundi Cina telah dimenangi oleh DAP dan PKR dengan amat selesa.
DUN Pulau Pinang yang Mempunyai Lebih 80% Pengundi Cina
Bil. | DUN | % | Parti Yang Menang |
1 | N7 SUNGAI PUYU | 86.93 | DAP |
2 | N13 BERAPIT | 85.32 | DAP |
3 | N15 PADANG LALANG | 82.97 | DAP |
4 | N23 AIR PUTEH | 82.13 | DAP |
5 | N27 PENGKALAN KOTA | 94.74 | DAP |
6 | N28 KOMTAR | 82.71 | DAP |
7 | N31 BATU LANCANG | 86.84 | DAP |
8 | N34 PAYA TERUBUNG | 83.84 | DAP |
DUN Pulau Pinang yang Mempunyai Lebih 70% Pengundi Cina
Bil. | DUN | % | Parti Yang Menang |
1 | N24 KEBUN BUNGA | 76.69 | PKR |
2 | N25 PULAU TIKUS | 77.28 | DAP |
3 | N26 PADANG KOTA | 76.78 | DAP |
DUN Pulau Pinang yang Mempunyai Lebih 60% Pengundi Cina
Bil. | DUN | % | Parti Yang Menang |
1 | N8 BAGAN JERMAL | 68.61 | DAP |
2 | N18 BUKIT TAMBUN | 67.98 | DAP |
3 | N22 TANJUNG BUNGA | 61.05 | DAP |
4 | N32 SERI DELIMA | 64.61 | DAP |
5 | N33 AIR HITAM | 69.95 | DAP |
DUN Pulau Pinang yang Mempunyai Lebih 50% Pengundi Cina
Bil. | DUN | % | Parti Yang Menang |
1 | N9 BAGAN DALAM | 52.51 | DAP |
2 | N14 MACHANG BUBUK | 50.82 | PKR |
3 | N19 JAWI | 57.14 | DAP |
4 | N20 SUNGAI BAKAP | 57.25 | PKR |
5 | N29 DATO KERAMAT | 57.14 | DAP |
6 | N30 SUNGAI PINANG | 57.25 | DAP |
7 | N35 BATU UBAN | 58.31 | PKR |
Apa yang cuba Pak Zad nyatakan di atas, terdapat 23 kerusi DUN yang mempunyai antara 50 % - 80 % majority pengundi Cina pada pilihanraya umum 2008 telah dimenangi oleh DAP(19 kerusi) dan PKR(4 kerusi). Pada pandangan Pak Zad kawasan-kawasan (23 kerusi) adalah penentu kepada Guan Eng dan DAP samada boleh kembali memerintah Pulau Pinang ataupun tidak. Tetapi dengan perkembangan terkini dengan BN menyandarkan harapan kepada Gerakan dan MCA Pulau Pinang ia mungkin amat sukar untuk Gerakan dan MCA untuk merobohkan benteng DAP di 23 kawasan ini. Oleh itu, persoalan bolehkah DAP menang tanpa pengundi Cina? jawapan yang boleh Pak Zad berikan ialah DAP masih amat mengharap pengundi Cina dalam survival mereka untuk terus memerintah kerajaan Pulau Pinang dalam PRU yang akan datang.
No comments:
Post a Comment