Maknanya Guan Eng hanya di cabar oleh orang Melayu melalui NGO Melayu dan juga daripada Parti Politik Melayu iaitu UMNO. Tapi dalam pengamatan Pak Zad dengan kerusi majoriti Cina adalah lebih 20 kerusi,ancaman dari NGO Melayu dan UMNO tidak memberi apa-apa kesan pada Guan Eng dan DAP,kerana itu Guan Eng dan DAP amat selesa dan boleh berhoney moon. Guan Eng tahu yang paling penting dalam strategi survival untuk PRU 13 adalah mengekal penguasaan DAP di 19 kerusi yang dimenanginya dan kerusi majoriti Cina yang di menangi oleh PKR dalam PRU 12. Bagi mereka ia tiada mustahil dan amat yakin tiada masalah kerana itu mereka boleh berhoney moon.
Jadi jelas Guan Eng dan DAP tiada persaingan yang hebat untuk mendapatkan undi pengundi Cina di kawasan majoriti Cina kerana itu mereka “berhoney moon” sakan dan amat” confidence” untuk menang sekiranya Dato Seri Najib umumkan PRU 13 hari ini. Pak Zad anggap Gerakan dan MCA Pulau Pinang tidak serius dalam peperangan dengan DAP untuk memenangi hati pengundi Cina di kawasan majoriti Cina. Kita boleh lihat sejak PRU 2008 hingga hari ini apa yang di buat oleh Gerakan dan MCA dalam mengembalikan keyakinan pengundi Cina kepada BN, jawabnya tiada yang berkesan dan kalau adapun hanya melepaskan batuk di tangga. Tidak ada satu perancangan yang sistematik dan strategi yang menyeluruh yang dibuat oleh Gerakan dan MCA Pulau Pinang. Ini lah Pak Zad katakan Gerakan dan MCA Pulau Pinang sudah nyawa-nyawa ikan yang di jangkakan sekiranya tewas lagi dalam PRU 13,maka tamat lah pengaruh Gerakan yang selama ini telah menjadikan Pulau Pinang sebagai ‘ base’ mereka sejak 1969 mengambil alih jawatan ketua Menteri dari MCA (Ketua Menteri Pertama Pulau Pinang dari MCA) dan MCA pula yang juga bercita-cita untuk kembali mengambil alih kerusi Ketua Menteri juga boleh mengucapkan selamat tinggal ‘ no way’ untuk MCA bagi mendapatkan kerusi yang amat empok kepunyaan Guan Eng dan DAP.
Tidak hairanlah pada masa ini,sudah ada suara-suara dari dalam BN dan luar BN (ahli Parlimen Nibung Tebal dan ahli Parlimen Bayan Baru) telah mencadangkan pemimpin besar Gerakan Koh Tsu Koon yang juga Pengerusi BN Pulau Pinang supaya mengundur diri,dengan alasan-alasan yang sama seperti apa yang dinyatakan oleh Pak Zad, Tsu Koon sudah tiada taring langsung tak boleh melawan Guan Eng dan DAP. Tsu Koon tak dak idea dan strategi baru sejak kalah PRU 2008 kerana itu Gerakan terlalu ‘ slow’ untuk memenangi hati pengundi Cina. Malah ini yang menyebabkan gerak gempur BN tak berapa berkesan dan yang berkesan ialah gerak gempur UMNO untuk memenangi pengundi Melayu Pulau Pinang dan kerana itu angin perubahan untuk pengundi Melayu sudah pun peratusan tinggi berubah kepada UMNO dan BN,tetapi kegagalan Gerakan dan MCA Pulau Pinang sukar untuk BN mendapat undi Cina di kawasan majoriti Cina.Pak Zad nak cabar para strategi Gerakan dan MCA buat kajian sendiri kalau tak percaya bahawa mereka telah menyebabkan Guan Eng dan DAP ‘ berhoney moon’ .
Mungkin kerana faktor untuk menyaingi Guan Eng dan DAP ,Gerakan dan MCA Pulau Pinang terpaksa mengunakan strategi yang sama dengan Guan Eng dan DAP iaitu mengunakan pendekatan untuk mempersoalkan isu-isu yang ada kaitan dengan hak istimewa Melayu termasuk dasar-dasar dan polisi yang di khas kepada orang-orang Melayu. Mereka terpaksa mengunakan isu ini bagi mendapat semula kepercayaan pengundi-pengundi Cina. Tidakj hairan isu-isu pemberian biasiswa kepada anak-anak Cina cemerlang yang tidak mendapat biasiswa JPA baru-baru ini adalah manifestasi dari isu pendekatan menyaigi DAP ,dengan matlamat untuk menjadi ‘ the champion’ kepada orang-orang Cina dan Gerakan dan MCA memainkan isu ini,walaupun strategi ini amat berbahaya kerana ia mungkin menyinggung rakan mereka dalam UMNO tetapi mereka mengunakan juga strategi ini. Yang penting mereka perlu bersaing dengan DAP dalam mendapatkan undi Cina.
Walaupun pada akhirnya mereka berjaya untuk membuka peluang biasiswa tersebut dengan mendapat perhatian JPA dan terdapat perubahan selepas campurtangan daripada Perdana Menteri,tetapi strategi ini nampaknya bukan satu strategi yang baik kerana ia menampakan satu persaingan antara rakan-rakan dalam BN dan mereka terlupa sedikit iaitu musuh utama mereka adalah DAP. Jadi persoalan untuk menamatkan isu Guan Eng dan DAP ‘berhoney moon’ masih tidak terjawab. Guan Eng dan DAP Pulau Pinang masih mampu tersenyum kerana Gerakan dan MCA Pulau Pinang masih terus tidur dan lambat terjaga. Persoalannya bilakah Gerakan dan MCA Pulau Pinang akan mampu untuk melawan dengan Guan Eng dan DAP,susah Pak Zad nak jawab,tetapi pada masa ini BN Pulau Pinang boleh mengharap kepada UMNO dan MIC Pulau Pinang. Jadi Guan Eng dan DAP akan terus ‘ enjoy’ ‘honey moon,’ mereka sehingga PRU 13.
No comments:
Post a Comment