Bila Pak Zad melayar youtube baru-baru ini,Pak zad terserempak rakaman ucapan Guan Eng pada 12/8/2011 di Foreign Correspomdents Association of Singapore(FCA) Pak Zad terus cuba mencari transkrip ucapan tersebut dan akhirnya dapat di Blog Lim Guan Eng. Pak Zad cuba kaji setiap patah perkataan dan memang hebat Guan Eng dalam ucapan ini, beliau telah menceritakan semua kejayaan Pulau Pinang sejak DAP ambil alih kuasa di Pulau Pinang. Pak Zad tak dapat bayangkan hebatnya Guan Eng ini seolah-olah dia mempunyai satu kuasa ajaib seperti Merlin dalam satu siri TV di Astro, yang kuasanya boleh menukarkan Pulau Pinang secara sekelip mata dalam 3 setengah tahun kepada kemajuan Pulau Pinang sekarang.
Cuba kita renung katanya “ It wonderful to be in Singapore.We have so much in common shared history and people. Our bonds are deeply interwined,culturally, politically and economically. I would like to highlight some of our common features. We are both small states that have punched above our weight economically through the hard work and creativity of our people. We have both been successes despite our size and obstancle we share. Today, more than 25% Malaysia’exports in term of value and volume come from Penang- more than half of country’s electronics are produced there- and we are among the top tourist destinations in Malaysia with a record numbers of visitors. Like Singapore, we appreciate the importance of planning, a favorable market environment for investors and fiscal responsiblility. We both have work hard to put ourselves on the map internationally, and done so successfully” (http://limguaneng.com/index.php/2011/08/12/transforming-penang-by-building-a-future). Inilah yang Pak Zad persoalkan macamlah Guan Eng dan DAP seolah-olah ada kuasa magik yang telah tiba-tiba dalam masa 3 tahun telah Berjaya mencipta satu persekitaran yang menarik pelabur-pelabur ke Pulau Pinang.
Nampak jelas Guan Eng terlupa jasa-jasa Tun Lim Chong Eu ataupun Koh Tsu Koon dan Kerajaan Persekutaan, kerana mereka lah yang telah menyedia dan meneroka semua dasar, polisi, infrastruktur dan belanjawan untuk Pulau Pinang maju dan mencapai kejayaan ini. Jadi Guan Eng bukan pemain silap mata tapi beliau cuba bermain silap mata, untuk menutup semua ruang yang melibatkan kerajaan BN dan juga cuba menutup sejarah Pulau Pinang dan menolak jasa-jasa kerajaan BN yang telah memerintah di Pulau Pinang sejak zaman Chon Eu lagi. Lupakah Guan Eng dasar FTZ sejak 70 an dan 80 an yang di laksanakan oleh Kerajaan Persekutuaan BN dan Kerajaan Negeri BN telah Berjaya membawa masuk FDI ke Pulau Pinang terutamanya industri electronik. Jadi kalau Guan kata 25% eksport Malaysia datangnya dari Pulau Pinang lojik lah kerana dasar Kerajaan BN terdahulu lah yang berjasa bukannya Guan Eng atau kerajaan DAP (Guan Eng boleh check semua data-data pelaburan zaman BN dahulu)
Lagi menarik apabila Guan Eng telah menyamakan Pulau Pinang dengan Singapura, yang disifatkan oleh Guan Eng sebagai “ We have so much in common: shared history and people, our bonds are deeply interwined ,culturally, politically and economically.” Amat menarik sekali kenyataan ini seolah Pulau Pinang adalah Singapura dan Singapura adalah Pulau Pinang. Pak Zad Nampak jelas Guan Eng nak jadikan Pulau Pinang macam Singapura. Kalau inilah hasrat Guan Eng tidak sukar untuk kita memahaminya kerana DAP adalah anak yang di lahirkan oleh PAP (baca tulisan Pak Zad dalam blog Pak Zad yang banyak menyentuh tentang perkara ini) selepas Lee Kuan Yew (LKW) dan PAP kalah dalam pilihanraya 1964 dan Singapura keluar dari Malaysia. Jadi mungkin tak salah kalau Guan Eng nak jadi kan Singapura sebagai model tapi janganlah sampai melupakan pemimpin-pemimpin BN dan Kerajaan BN yang berjasa .Cerita dan sentuhlah sikit jasa-jasa mereka, tapi dalam pengamatan Pak Zad tak dak langsung, hanya ada mengkritik dan terus mengkritik, seolah-olah Guan Eng dan DAP yang terbaik dan cemerlang.
Dalam banyak-banyak kenyataan Guan Eng dalam ucapannya ini, terdapat satu para yang amat menarik, katanya ”Part of today’s changing world involves a need to forge links and networks regionally including China. We must give recognition of our special relationship with these countries including Singapore where we are bonded by blood, tested by time and driven by shared values of excellence, competiveness and integrity. From early on, as part of the Straits Settlements, Singapore and Penang have shared strong bonds. Many a Penangite has migrated to or works Singapore and many a Singaporean visits Penang. The nearly 20 flights daily to and fro between our Islands are full.” (http://limguaneng.com/index.php/2011/08/12/transforming-penang-by-building-a-future) Yang menariknya di sini Guan Eng mengungkapkan yang Pulau Pinang ada kaitan dengan Singapura dari sejarah termasuk apa yang di maksudkan oleh Guan Eng sebagai perhubungan ‘too close’ dan perkataan “ …where we are bonded by blood, tested by time…”. Apa yang ada dalam minda Guan Eng ialah Pulau Pinang dan Singapura mempunyai satu sejarah yang sama dan semestinya Pulau Pinang perlu menjadi seperti Singapura di masa akan datang.
Dalam soal diatas tidak sukar untuk kita memahaminya kerana selain sejarah silam yang sama seperti kata Guan Eng, kerajaan Pulau Pinang dan kerajaan Singapura juga mempunyai satu sejarah politik yang sama sejak 1964, kerana sejarah membuktikan yang DAP adalah berasal dari PAP yang terpaksa keluar dari Malaysia pada tahun 1965. Malah kalau kita bandingkan logo DAP dan PAP seolah-olah logo mereka seakan sama (boleh check tulisan Pak Zad yang terdahulu). Oleh itu apabila Guan Eng bercakap mengenai Singapura akan menjadi model kepada Pulau Pinang ia bukan satu perkara luar biasa tetapi kita boleh ukur hasratnya yang tersirat.
Bukan menjadi fokas utama Pak Zad untuk mengulas perkara di atas, tetapi dari kenyataan Guan Eng di Singapura ini macam ada sesuatu yang tak kena dan yang paling teruk ialah sikap Guan Eng cuba menafikan kebenaran, yang kejayaan Pulau Pinang datangnya daripada dasar dan polisi jangka panjang Kerajaan BN sebelum pilihanraya 2008 dan Kerajaan Persekutuan sejak 1970.
Apa jua yang dinyatakan oleh Guan Eng dalam ucapan itu, adalah agak tidak logik bagi Kerajaan DAP Pulau Pinang yang hanya berkuasa 3 tahun boleh mencapai kejayaan dan Pak Zad nak petik satu aanalisa dalam Utusan Malaysia melalui ruangan Isu-isu Akhbar Cina bertarikh 25 Ogos 2011 yang mengulas tulisan dalam Akbar China Press menerusi tulisan,Chun Kek Mun yang menyentuh mengenai kejayaan Pulau Pinang menarik kemasukan pelaburan baru bertajuk “Pulau Pinang perlu bangkit semula”. Ia mengatakan perkara paling sekali yang diperlu dilakukan oleh seseorang itu ialah jangan masuk bakul angkat sendiri. Lebih-lebih lagi jangan mengiklankan diri sendiri. Sebaik-sebaiknya, kita wujudkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) untuk diri sendiri bagi mengetahui berapakah markah yang kita telah perolehi. Menyentuh perkara yang sama,Kerajaan DAP Pulau Pinang telah memerintah negeri itu selama 3 tahun, tetapi tidak pernah membuat KPI untuk mereka sendiri.
Ini bermakna seperti ulasan diatas, DAP mengunakan strategi jalan pintas untuk menyatakan pencapaian mereka terutamanya melalui ucapan di Singapura ini dan sudah tentu satu cubaan Guan Eng untuk membuktikan kepada antarabangsa yang kerajaan DAP Pulau Pinang walaupun baru 3 tahun memegang kuasa mereka telah membukti mereka adalah lebih baik daripada Kerajaan Negeri yang diperintah oleh BN. Guan Eng sanggup menangung risiko, akibat dakwaannya itu kerana pastinya ramai pakar-pakar ekonomi yang akan mempersoalkan analisa dan dakwaan tersebut. Bagi Pak Zad ucapan Guan Eng ini adalah satu usaha dan strategi politik Guan Eng dan DAP untuk membuktikan kepada arena antarabangsa yang Kerajaan DAP Pulau Pinang dan Pakatan Rakyat “boleh menjadi kerajaan yang baik” lebih baik dari kerajaan BN yang terdahulu, walaupun dakwaan mereka boleh di persoalkan. Inilah strategi Guan Eng dan DAP iaitu mengunakan strategi permainan “blaming” kepada BN dan “credit” kepada Guan Eng dan DAP.
No comments:
Post a Comment