Thursday, September 15, 2011

APA SEBENARNYA DALAM MINDA MAT SABU ??



Dalam beberapa minggu ini, Mat Sabu telah menjadi ‘ Highlight’ dalam semua media perdana dan bukan media perdana . Maknanya Mat Sabu telah menjadi amat popular di Malaysia. Semuanya kerana ucapannya yang dianggap amat ‘ beracun’ kerana itu ramai yang amat sensara bila mendengar ucapan dan kenyataannya. Persoalan pokok Mat Sabu ialah menolak teori dan fakta sejarah yang ada dan Mat Sabu telah mengemukan satu teori dan tafsiran baru, dengan mengatakan perjuang kemerdekaan yang menjadi fakta sejarah bukan perjuang sebenar tapi mereka adalah kakitangan awam penjajah. Tetapi menyatakan pejuang yang bukan kakitangan awam penjajah seperti Mat Indera adalah pejuang yang sebenar.

Teori dan tafsiran Mat Sabu dengan mengambil contoh Peristiwa Bukit Kepong, telah ‘ Trigger” satu polimik dalam Negara. Pak Zad tak berhasrat nak mengulas hal ini dalam article ini, tetapi Pak Zad lebih berminat untuk cuba membaca apa yang ada dalam minda Mat Sabu. Bagi Pak Zad, Mat Sabu bukan calang-calang orangnya, beliau adalah pemikir strategist PAS dan Pakatan Rakyat, serta yang paling Pak Zad minat ialah Mat Sabu adalah rakan rapat Guan Eng semasa mereka di tahan di bawah ISA dulu. Sudah tentunya apabila Mat Sabu menyatakan sesuatu, ia bukan satu kenyataan “membabi buta” tapi ada tujuan yang paling besar dan bukan tujuan remeh.

Oleh itu Pak Zad berminat nak kaji apa sebenarnya yang dalam minda Mat Sabu. Bagi Pak Zad, dalam polimek ini Mat Sabu sengaja dijadikan sebagai ‘Punching beg’ oleh Pakatan Rakyat ketika Pakatan Rakyat sedang berhadapan dengan penyisihan sokongan akibat dari kes DSAI vs Saiful yang sedang berlangsung. Oleh itu strategi ‘ mengalih pandangan ‘ adalah amat perlu supaya tumpuan rakyat dan pengundi di alihkan kepada isu yang sensitif yang juga ada kaitan dengan ketika kita sedang merayakan semangat merdeka ke 54 dengan mengemuka tafsiran tersebut. Jadi sekiranya dianalisa mengenai polimek media dan masyarakat, amat jelas begitu hangat dan begitu emosi sekali. Bagi Pak Zad , Mat Sabu telah Berjaya untuk menjadikan kenyataannya sebagai satu isu yang paling hangat dan berjaya untuk beliau mengalihkan pandangan dari isu DSAI vs Saiful ke isu fakta sejarah.

Kejayaan Mat Sabu mengalih pandangan ini, telah menjadi pelampung penyelamat kepada survival Pakatan Rakyat untuk seketika. Semua masyarakat akan bercakap mengenai kenyataan Mat Sabu, untuk membicarakan siapa sebenarnya pejuang kemerdekaan,Pemimpin-pemimpin UMNO yang berjuang secara diplomasi kah ataupun Pemimpin-pemimpin bukan UMNO yang berjuang secara radikal melalui Gerakan-gerakan seperti AWAS, API atau PKM. Bagi Pak Zad ini lah yang sebenarnya yang ada dalam minda Mat Sabu iaitu untuk mempersoalkan fakta sejarah dengan mengemukan nama Mat Indera yang katanya sumbangannya dilupakan dan cuba juga mempersoalkan kenapa pemimpin yang di nyatakan tidak jadikan perjuangan tapi sebagai pengkhianat Negara, sedangkan Mat Indera dan Chin Peng adalah penentang British, sepatutnya mereka adalah hero yang melawan penjajah. Disinilah kecekapan hujah Mat Sabu yang telah menimbul satu tafsiran baru dan cuba memerangkap semua orang termasuk para pemimpin negara dan para ilmuan negara.

Bagi Mat Sabu, lagi lama isu ini di polimekkan lagi banyak untungnya yang beliau dapat dan Pakatan Rakyat dapat. Oleh itu mindanya terus berbicara dengan menambahkan kenyataan lain yang juga ada kaitann dengan isu tafsiran sejarah seperti referendum atau pungutan suara dibuat ketika itu antara Tunku Abdul Rahman dengan pemimipin lain, kata Mat Sabu Tunku Abdul Rahman belum tentu boleh menjadi Perdana Menteri ketika itu. Inilah yang Pak Zad kata kan tadi yang Mat Sabu ini telah di jadikan “hero “oleh Pakatan Pembangkang kerana Mat Sabu tidak takut kepada arus yang menentannya, malah dia tetapkan teruskan kontrovesi yang di diciptanya dan membiarkan ramai orang terus melatah.

Mempersoalkan fakta sejarah dengan membuat tafsiran baru, pada minda Mat Sabu ialah dengan secara langsung mempersoalkan peranan yang di mainkan oleh pemimpin-pemimpin UMNO, MCA dan MIC yang fakta sejarah telah menjadikan mereka sebagai perjuang. Bagi Mat Sabu selagi fakta sejarah kata begitu selagi itulah generasi sekarang akan mengagongkan peranan UMNO, MCA dan MIC, maka selagi itu Pakatan Rakyat sukar nak gugat BN. Jadi pada Minda Mat Sabu, mereka perlu usik fakta sejarah dan buat tafsiran baru, biar semua orang berdebat dan berhujah, dan ini sudah tentunya akan menyebabkan ramai orang mula berfikir semula. Oleh itu Mat Sabu telah Berjaya dalam hal ini. Pak Zad percaya dan amat yakin bukan Mat Indera yang diperjuangkan oleh Mat Sabu tetapi Mat Sabu mahu untuk mengusik sejarah dengan secara saikologi untuk menyatakan pemimpin bukan UMNO,MCA dan MIC juga adalah perjuang yang menentang penjajahan.

Bagi Pak Zad, strategi yang Mat Sabu gunakan mememang menarik kerana ia telah menyebabkan masyarakat terutamanya bekas-bekas perajurit dan balu-balu anggota keselamatan yang telah meninggal dunia, serta waris mereka amat marah dan terguris dengan kenyataan Mat Sabu dan ini tidak diperdulikan oleh Mat Sabu, yang sangat diperdulikan oleh Mat Sabu ialah agenda yang tersirat ia itu masa untuk “attack” BN dengan mempersoalkan sejarah perjuang kemerdekaan dan Peristiwa Bukit Kepong. Untuk Mat Sabu usaha merenggangkan faktar sejarah dengan UMNO,MCA dan MIC perlu dibuat demi untuk meronbohkan benteng kekuatan BN yang bersadarkan kepada fakta sejarah.

Sebagai renungan Pak Zad nak petik kata-kata Tun Dr Mahathir - “Biar dia(Mat Sabu)cakap banyak, baru kita tahu lubuk hati dia yang sebenar. Kalau dia tidak cakap,kita tak tahu siapa dibelakang dia. Sekarang ini kita tahu,mereka sebenarnyas adalah penyokong komunis dan pengganas. Sebab itu,saya ingat tak perlulah tangkap dia(Mat Sabu), beri dia cakap banyak-banyak supaya kita akan tahu jenis orang di belakangnya. Ini rakyat harus tahu kerana kalau tidak, mereka terus tertipu sepanjang masa”(Utusan Malaysia 9/9/11). Pada pandangan Pak Zad apa yang dinyata sebagai kenyataan adalah tidak penting tetapi apa yang ada di minda Mat Sabu adalah sangat penting kerana itu kita perlu baca minda Mat Sabu.


No comments:

Post a Comment