Thursday, October 20, 2011

GUAN ENG DAN MAT SABU TEWAS DITANGAN NAJIB



GUAN ENG DAN MAT SABU TEWAS DITANGAN NAJIB.


Sejak kebelakangan ini, nampak jelas media-media arus perdana dan media-media alternatif amat berkesan dalam membina kekuatan atau kelemahan kepada tokoh politik samada kerajaan ataupun pembangkang. Dato’ Seri Najib, Guan Eng dan Mat Sabu telah di “test” oleh media-media ini dengan analisa-analisa berita melalui kenyataan-kenyataan mereka yang menyentuh hati dan minda rakyat terutamanya pengundi-pengundi PRU 13. Tapi yang paling jelas ialah para pengundi boleh melihat bagaimana ahli-ahli politik ini dalam menguruskan strategi mereka dalam mendapatkan kenyakinan dan kepercayaan rakyat.


Jika dibandingkan antara tiga tokoh ini iaitu Dato Seri Najib, Guan Eng dan Mat Sabu, Pak Zad angkat topi kepada Dato Seri Najib yang tenang dan cukup ceria dalam berhadapan dengan media walaupun Dato Seri Najib di attack oleh pembangkang dan media-media antarabangsa yang kurang percaya atau yakin yang kerajaan akan mansuhkan ISA, perlaksanaan belanjawan 2012 yang amat menarik sejak merdeka dan penggumuman mengenai “grenti” yang UMNO tidak akan tuntut kerusi Ketua Menteri Pulau Pinang sekira BN menang di Pulau Pinang. Ini kalau dibandingkan dengan bagaimana Guan Eng dan Mat Sabu yang mereka beremosi dalam berhadapan dengan media terutamanya media arus perdana. Malah dalam satu insiden Guan Eng tak membenarkan TV 3 dan Utusan Malaysia untuk berada semasa persidangan media beliau. Bergitu juga dengan Mat Sabu yang juga beremosi apabila di attack oleh media dalam isu Mat Indera, hingga menimbulkan isu menafikan yang beliau tidak bermaksud bergitu. Malah Mat Sabu dalam mensensasikan lagi isu yang di bawanya beliau telah menambahkan lagi kenyataan yang memedihkankan hati majoriti masyarakat seperti menyatakan sekiranya pungutan suara dibuat ketika itu belum tentu Tunku Abd Rahman akan dipilih sebagai Perdana Menteri.


Bagi Pak Zad, kita boleh ukur bagaimana kualitinya Dato Seri Najib dalam menguruskan “krisis” dan situasi “attack” yang di buat oleh media-media yang kritikal termasuk media alternatif ataupun media antarabangsa. Dato Seri Najib telah memberikan layanan yang rasional dan tidak emosi dan ini dilihat oleh Pak Zad sebagai betapa hebatnya Dato Seri Najib jika dibandingkan dengan Guan Eng atau Mat Sabu. Malah kenyataan Dato Seri Najib semasa diambang kita menyambut Hari Malaysia dan Kemerdekaan telah menyebabkan pemimpin-pemimpin utama pembangkang terkedu dan membisu, nasib baik tak ada yang sakit jantung. Mana tidaknya siapa sangka dalam kita sedang menyambut kemerdekaan ke 54, ISA diumumkan akan di mansuhkan.


Makna isu ISA yang menjadi perjuangan parti-parti pembangkang telah terkubur dek angkara keberanian Dato Seri Najib. Malah siapa sangka “mansuh” menjadi sebutkan berbisa Dato Seri Najib bukannya “pindaan” . Apapun pengumuman Dato seri Najib telah menyebabkan para strategist Pakatan Rakyat dan pemimpin Pakatan Rakyat dalam keadaan panik dan tidur tak lena hingga ke saat ini. Mereka terpaksa berkumpul semula minda-minda mereka untuk merombak semula strategi mereka dan terpaksa lah mereka mengatur plan baru untuk mengurangkan semula keyakinan rakyat kepada Dato seri Najib dan kerajaan BN.


Bagi Pak Zad, strategi yang Guan Eng dan Mat Sabu pakai dalam cubaan mereka untuk memenangi kepercayaan rakyat atau pengundi, mungkin Berjaya peringkat awal kerana mereka dapat masuk dalam media perdana yang mengulaskan kenyataan mereka. Tetapi terperangkap dalam “dakapan” strategi politik mereka. Oleh itu kita dapat saksikan macamana “ending” awal yang dibuat , Guan Eng telah mengeluar satu kenyataan meminta maaf kepada Tuanku Sultan Johor selepas Tunku merasa murka. Walaupun bergitu Guan Eng masih tidak mahu mengaku yang beliau mengeluarkan kenyataan tersebut. Malah Mat Sabu pula mengunakan strategi berdalih-dalih dan strategi “blaming” dalam menutup kesilapan pengetahuan sejarahnya dan juga dalam cubaan untuk menyerang akar umbi UMNO dengan mempersoalkan sejarah kepimpinan Negara.

Bagi Pak Zad, kedua-dua pemimpin Pakatan Rakyat ini, telah cuba mencabar strategi Najib dan BN dengan menyerang mengunakan fakta-fakta sejarah dan fakta-fakta persekitaran, dengan erti kata ia perlu di polimekkan di akhbar dan rakyat perlu dilibatkan untuk di bahaskan. Lagi lama media mempolimikkan isu-isu tersebut, lagi lama Pakatan Rakyat dapat keuntungan dan laba. Tetapi para strategi Najib lebih cekap membaca strategi-strategi Pakatan Rakyat, dengan pengumuman yang dianggap oleh ramai strategist politik sebagai strategi berbisa Najib hinggakan Pakatan Rakyat amat panik kerana para pengundi sudah mula memberi keyakinan semula kepada Najib dan BN.


Apa yang jelas bagi Pak Zad, jika dalam bulan September hingga Oktober 2011 ini dijadi gelanggang pertarungan Strategi antara Dato Seri Najib, Guan Eng dan Mat Sabu untuk satu “test” bagi mendapatkan keyakinan dan kepercayaan pengundi, Pak Zad mengistiharkan kemenangan besar kepada Dato Seri Najib. Strategi Najib adalah lebih berjaya dan lebih di yakini jika di bandingkan dengan tokoh kepimpinan Pakatan Rakyat. Sudah pastinya para strategist Pakatan Rakyat yang sedang panik cuba mendapatkan nasihat para sifu mereka di seluruh dunia untuk terus melawan Najib dan BN.

No comments:

Post a Comment