Thursday, May 24, 2012

JAWAPAN GUAN ENG KPD TEKA TEKI NAJIB


                             
Kata Guan Eng " Polls will be held by July " ( Penang DAP 13 th 
General Election mobilisation assembly 20/5/2012).
Ini maknanya Guan Eng telah mencuba menjawab teka-teki Najib yang telah memberi satu teka-teki kepada para strategist parti pembangkang bilakah PRU 13 akan  diadakan. Adakah betul ataupun salah tapi bagi Guan Eng ia bukan persoalannya yang penting, Guan Eng cuba membaca pemikiran Najib dalam mencari tarikh yang sesuai untuk bubarkan parlimen.

Sebagai menguatkan jawapan teka-teki Najib, Guan Eng menyatakan 2 alasan dlm ramalanya :



" First , BN has opened their election's operation centre "

" Second, Barisan cannot wait any longerbecause the global economy may  not be good in six months to come"( The Star 21/5/2012)

Kedua - dua alasan ini bagi Guan Eng adalah fakta penting untuk Najib membuat pertimbangan dalam mencari tarikh yang sesuai untuk bubarkan parlimen. Kedua- dua alasan tersebut juga memberikan Guan Eng untuk memberi 
jawapan kepada teka-teki Najib iaitu PRU 13 akan diadakan pada bulan Julai.

Bagi Guan Eng, Najib tiada pilihan kerana itulah masa yang sesuai untuk bubarkan parlimen, lebih-lebih lagi isu ekonomi dunia yang tidak menentu. Guan Eng percaya faktor ekonomi menjadi penentu kepada Najib untuk bubarkan  parlimen. Lain-lain faktor tidak menjadi satu faktor utama, mungkin juga selepas rakyat " diberikan berbagai-bagai insentif kewangan secara tunai " oleh kerajaan. Tentunya Guan Eng dan parti pembangkang rasa tertekan kerana strategi kerajaan berjaya " menarik" rakyat kepada parti kerajaan, selepas cubaan parti pembangkang untuk " gula-gulakan rakyat dengan tawaran Buku Jingganya " tetapi Najib dan parti kerajaan lebih kedepan dengan strategi memberi insentif kepada rakyat. Inilah faktor ekonomi yang dimaksudkan oleh Guan Eng iaitu kerajaan telah berbelanja begitu boros dengan mengeluar duit tunai kepada rakyat kerana itu Guan Eng kaitkan dengan ekonomi dunia.



Mungkin bagi Guan Eng , strategi untuk meramalkan bagi pihak parti  pembankang juga satu strategi yang sangat perlu bagi memberi satu tekanan kepada Najib dan parti kerajaan. Bagi Guan Eng mungkin Najib dan Parti  kerajaan jangan diberi ruang terbuka untuk sewenang-wenang menentukan  tarikh pilihanraya, tetapi parti pembangkang juga mempunyai hak untuk berbuat demikian.



Dengan ramalan yang dibuat oleh Parti Pembangkang, ia memberi satu gambaran jelas kerana ia mungkin akan menjadi satu lagi pertembungan idea yang sangat berbeza dalam menentukan bilakah tarikh PRU 13. Walaupun kuasanya masih di tangan Najib,tetapi Guan Eng mahu mereka juga boleh “ menekan ” Najib, supaya Najib terperangkap dengan strategi parti pembangkang dan terpaksa membubarkan parlimen dengan mengikut tarikh dan masa yang mereka mahukan. Oleh kerana itulah Guan Eng sentiasa memberi pandangan dan responnya kepada teka-teki Najib,supaya Najib juga sentiasa berfikir “ bilakah masa terbaik untuk  parlimen di bubarkan” ataupun berfikir  “untuk tidak mahu membubarkan parlimen”. Jadi Guan Eng dan Parti Pembangkang cuba untuk membuat Najib supaya dalam keadaan “dilema”.



Pada masa sekarang,jelas Guan Eng dan Parti Pembangkang agak berjaya dalam strategi mereka untuk membuatkan Najib dan Parti Pembangkang dalam keadaam “dilema”, tetapi dalam masa yang sama Najib dan Parti kerajaan juga berjaya untuk menekan Guan Eng dan Parti Pembangkang untuk terus bermain teka-teki bilakah parlimen akan dibubarkan. Apapun yang berlaku kuasa tetap di tangan Najib.








No comments:

Post a Comment