Apabila PM berkata " Oleh kerana bahang
pilihanraya dah dapat kita rasai dan ramai sudah pun kena deman
pilihanraya...,saya lihat malam ini hebat.....rasa- rasanya esok saya nak mengadap
Agong. Kita sudah bersedia? Boleh menang?"
, tentu para strategist semua parti politik mula membuat tafsiran yang PM amat
serius dan cukup semangat untuk membubarkan parlimen dalam masa terdekat.
Mungkin para strategist ini juga sedang berfikir
samada PM juga sedang berstrategist dalam kenyataannya ini. Jadi apa yang dalam
minda PM perlu lah di terjemahkan dengan tepat oleh para strategist ini. Tetapi
ia bukan mudah utk diterjemahkan. Setiap orang yang berkuasa sudah tentu akan memikirkan
bagaimana nak mengekalkan kuasa termasuklah dalam mencari masa yang sesuai untuk
memanggil pilihanraya baru . Jadi kuasa masih di tangan PM untuk berbuat
demikian .
Dalam sejarah PRU di Malaysia hanya terdapat 2 PRU (
PRU 1969 dan PRU 2008) yang BN berhadapan dengan pilihanraya yang sukar dan
tidak dapat mengekalkan kerusi dua pertiga dalam Parlimen ketika itu dan banyak
negeri jatuh kepada parti pembangkang . Ini semua mungkin kerana PM ketika itu
gagal untuk memilih tarikh yang sesuai untuk membubarkan parlimen bagi memberi
laluan untuk SPR mengadakan pilihanraya dan mungkin juga pada masa itu PM
ketika itu juga gagal untuk mengtafsirkan suasana dan situasi ketika itu hinggakan
PM tertipu dengan keghairahan untuk menang. Akhirnya BN yang menerima padah dan
nyaris tidak kehilangan kuasa memerintah kerajaan Malaysia. Tapi yang paling
jelas kedua-dua PM hilang jawatan PM sebagai impak dari kesilapan menentukan
tarikh yang sesuai untuk membubarkan parlimen.
Mungkin pada kali ini PM amat berhati hati kerana
beliau juga pada tahun 2008 bersama-sama dengan PM ketika itu juga telah
tertipu dengan situasa dan keadaan persekitaran politik yang pada jangkaan mereka
adalah menyebelahi BN tetapi situasi yang ada agak pelik dan berubah secara
mendadak, akhirnya tsunami melanda politik BN dan gagal mendapat kerusi dua pertiga
. Ini lah yang menjadi fobia kepada PM untuk memilih tarikh untuk bubarkan
parlimen.
Bagi para strategist parti pembangkang, mereka akan cuba memasang strategi dengan cuba
mencipta suasana yang palsu yang suasana sekarang dalam semua segi "menyebelahi PM dan BN" dengan
tujuan PM dan para strategist BN akan terperangkap dengan perangkap ini. Ini
strategi yang mereka gunakan padaPRU 12 2008
dan berjaya .
Bagi PM dan para strategist BN, mereka perlu meneliti
semua segi dan tidak terperangkap dengan suasana ciptaan pembangkang. Mereka
juga pada masa ini bermain strategi untuk mengelirukan pemimpin pembangkang dan
para strategist mereka dengan menciptakan suasana " pressure" seolah-olah
pilihanraya " at the corner ". Suasana yang palsu cipta para
strategist BN melalui kenyataan-kenyataan PM dan TPM telah menyebabkan parti pembangkang
lebih terseksa untuk terus berteka-teki bila PM akan membubarkan parlimen.
Apakah pakatan rakyat mempunyai jawapan kepada teka-teki
ini? Pada masa ini jelas mereka belum ada jawapannya dan yang ada hanya
strategik untuk " menekan "
kerajaan dan terus merasakan BN sudah
berjaya mendapat kepercayaan semula rakyat dan PM boleh membubarkan parlimen.
Tetapi buat masa ini, PM sudah lebih bersedia Dari PM yang lepas.
Adakah PM akan membubarkan parlimen dalam masa
terdekat? Mengikut Dato Tengku Adnan
" itu semua spekulasi, PM ada urusan, nak pergi majlis kenduri kawin di
Johor dan kemudian menghadiri majlis konvokesyen anaknya, namum kita bersedia
bila bila masa untuk mengadakan pilihanraya" . Kenyataan ini akan lagi
memeningkan kepala para strategist parti pembangkang kerana " permainan untuk
menentukan tarikh pembubaran parlimen " masih berlangsung dan yang boleh
meniupkan wisel penamatnya hanyalah PM. Jadi dalam bulan mei, jun, julai, ogos, sept dan okt, bulan-bulan ini akan
menjadi bulan pilihan yang cukup penting dalam sejarah politik Malaysia. Bulan
mana yg bertuah kita tunggu pengumuman oleh PM pada bila-bila masa. Jadi teka-teki masih terus bermain dan kita
akan terus menunggu jawapannya.
No comments:
Post a Comment