Wednesday, September 5, 2012

PERMAINAN EMOSI GUAN ENG DAN PARA STRATEGIST DAP


 

 

Permainan Saikologi mengunakan emosi adalah satu pendekatan sains politik yang sangat popular digunakan oleh para strategist politik didalam "peperangan politik" untuk bersaing bagi mendapatkan tempat di minda para pengundinya. Seperti kata  Drew Westen "In politic,when reason and emotion collide,emotion invariably wins. Elections are decided the marketplace of emotions,a marketplace filled with values,images,analogies,moral sentiments,and moving oratory,in which logic plays only a supporting role." (The Political Brain). Maknanya perang saikologi mengunakan emosi adalah kaedah yang sangat berkesan dalam memenangi hati pengundi daripada peperangan saikologi mengunakan "logik" ataupun "rasionaliti".

 

Dalam buku ini juga Drew Westen menyatakan " The evidence is over whelming that three things determine how people vote,in this order: their feelings toward the parties and their principles, their feelings toward the candidates,and ,if they haven't decided by then,their feelings toward the candidates' policy position."(The Political Brain). Jelas apa yang di nyatakan oleh Drew Westen,faktor " feelings" ataupun perasaan,yang kaitan rapat dengan makna kepada emosi,adalah penentu kepada pengundi siapakah yang akan mereka mengundi. Strategi " memainkan emosi dan perasaan pengundi" sangat aktif digunakan dalam Pilihanraya President di Amerika Syarikat.

 

Dalam pilihanraya di Malaysia juga para strategist politik juga suka mengunakan strategi ini,dan dalam kajian yang di buat dalam pilihanraya Umum di Pulau Pinang pada tahun 2008(PRU 12),para strategist DAP dan Guan Eng mengunakan strategi " memainkan emosi pengundi-pengundi di Pulau Pinang " terutamannya pengundi-pengundi Cina ,dengan membina satu perasaan " anti Umno" kerana Umno Pulau Pinang di anggap sebagai terlalu dominan dan Gerakan serta MCA terlalu tunduk kepada UMNO . Oleh itu para strategist DAP memanipulasikan isu siapakah penganti Tan Sri Koh sebagai Ketua Menteri selepas PRU 12, sebagai contoh apabila satu nama yang di sebut sebagai pengganti Tan Sri Koh,para strategist DAP telah mengunakan isu penganti ini dengan mengaitkan nama tersebut sebagai nama yang mendapat restu dari UMNO dan memainkan lagi isu ini,yang penganti ini adalah calon yang sentiasa tunduk kepada UMNO. Strategi manipulasi kan isu ini adalah satu strategi untuk memainkan isu sentimen dan emosi pengundi-pengundi Cina Pulau Pinang yang sudahpun terlekat di minda mereka.

 

Impak kepada pengunaan strategi memainkan "emosi" ini lah menyebabkan semua kerusi Cina BN yang di berikan kepada Gerakan dan MCA  tewas terkena tsunami emosi . Oleh kerana hasrat Guan Eng dan DAP untuk terus kekal menjadi kerajaan Pulau Pinang dalam PRU 13 ,maka para strategist DAP sekali lagi akan mengunakan strategi "emosi" dan "sentiment" untuk memenangi minda pengundi-pengundi Cina Pulau Pinang yang sudahpun termakan hasutan" anti UMNO" sejak PRU 12.  Oleh itu tugas dan kerja para strategi DAP agak mudah dalam PRU 13 kerana fanatiknya pengundi Cina majoriti masih menebal iaitu menolak UMNO dan BN . Apa yang perlu dibuat oleh Guan Eng dan para strategist DAP ialah terus-menerus memainkan emosi pengundi-pengundi Cina dengan sentiment anti UMNO.

 

Inilah yang dilakukan oleh Guan Eng dan para strategist DAP dengan sentiasa mainkan isu-isu emosi dengan tujuan untuk memenangi minda para pengundi. Apa yang penting bagi para strategist DAP ialah pengundi-pengundi Cina perlu berada dalam lingkungan pengaruh DAP. Oleh itu tidak hairanlah setiap kali isu-isu yang dibangkitkan oleh UMNO dan BN mengenai dakwaan  salah laku Guan Eng dan Kerajaan DAP Pulau Pinang,ia seolah-olah satu strategi yang lemah dan tidak kuat dan senang ditangkas oleh para strategist DAP. Akhirnya isu tersebut tidak mempunyai impak yang boleh menjejaskan Guan Eng dan DAP. Ini bermakna Guan Eng dan DAP telah berjaya mengikat semua "emosi" pengundi-pengundi Cina supaya menyakini Guan Eng dan DAP ,jika dibandingkan bagaimana pembinaan emosi yang telah dilakukan oleh Guan Eng dan DAP untuk membencikan UMNO dan BN yang cukup tebal,hinggakan "emosi" tersebut dijelmakan lebih kuat untuk membina "emosi" yang Guan Eng dan DAP adalah yang terbaik untuk pengundi-pengundi Cina di Pulau Pinang.

 

Apakah permainan "emosi" ini sangat berjaya dapat digunakan dalam PRU 13 di Pulau Pinang? Jawapan nya memang benar dan akan terus digunakan oleh Guan Eng dan DAP dalam mereka cuba untuk mengekalkan kekuasaan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.