Monday, November 26, 2012



JANJI DITEPATI  VS JANJI TIDAK DITEPATI

Pak Zad terpesona dengan dengan ucapan PM dalam pembentangan Budget 2013 yang telah memulakan dengan ucapannya dengan memetik terjemahan AlQuran surah  Al -Baqarah                                                                               sebagai pemula ucapannya " Berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan kerana dimana sahaja kamu berada pasti Allah akan menghimpunkan kamu semua pada hari kiamat untuk menerima balasan . Sesungguhnya Allah maha berkuasa atas tiap-tiap sesuatu " adalah firman Allah SWT  juga boleh  diterima oleh semua penganut agama-agama di dunia kerana ia adalah satu hasrat yang
universal. Bagi Pak Zad inilah manifestasi hasrat PM untuk menterjemahkan hasrat "Janji DiTepati" yang menjadi slogan dan misi BN untuk disampaikan kepada rakyat dan para pengundi PRU 13.

Bagi PM semua janji-janji Perikatan atau BN sejak merdeka lagi dan janji dalam PRU 12 yang mana BN telah kesemuanya perlu dimanifestasikan dengan tepat dan betul, walaupun rekod BN sejak PRU 12 menunjukkan BN telah berusaha bersungguh-sungguh untuk sentiasa menepati janji pilihanraya kerana itu BN sentiasa menang kerana rakyat dan para pengundi masih bergantung harap kepada BN dan mereka sentiasa mengundi BN. Tetapi bagi Dato Seri Najib, untuk PRU 13 , BN perlu tonjolkan semula perkataan " Janji Ditepati " untuk terus menyelami minda-minda para pengundi yang BN sentiasa tepati janji dan terus akan melaksanakan semua janji-janjinya seperti yang di gariskan dalam manifesto BN setiap PRU.

Kata PM - " Siapakah yang boleh menjanjikan masa depan yang lebih baik dan lebih bersinar berbanding dengan pembangkang, yang tahap kredibiliti dan kenyakinan boleh dipertikaikan. Masa depan kita, masa depan anak-anak kita terlalu mahal untuk diperjudikan dan mengambil risiko yang terlalu besar..." . Ini persoalan yang cuba diletakkan oleh PM kepada semua pengundi dan rakyat Malaysia untuk membuat perbandingan "track record " Kerajaan BN yang telah menjalankan tanggung jawabnya sejak merdeka lagi dan telah membawa Malaysia sebagai sebuah negara yang cukup maju dikalangan negara sedang membangun.

Pak Zad nak cuba buat sedikit perbandingan antara Janji BN ataupun Najib dan Janji DAP ataupun Janji Guan Eng. Pak Zad cuba hayati kenyataan Guan Eng dalam perutusan Hari Malaysia pada 15 September 2011 (buletinonline), kata Guan Eng - " Warga Pulau Pinang semakin yakin dan optimis terhadap masa depan kerana mereka boleh bergantung kepada Kerajaan berjiwa rakyat yang mendengar kata rakyat, melakukan kerja untuk rakyat dan memberi harapan untuk masa depan yang lebih cerah. Sekarang juga sudah terhasil satu pengiktirafan bahawa ganjaran akan diperolehi berdasarkan daya upaya, kejujuran dan usaha untuk mengejar kecemerlangan. Sesungguhnya tiada penganti bagi prestasi, produktiviti dan kecekapan." Dengan banyak pendedahan demi pendedahan yang di keluarkan oleh bekas-bekas pemimpin DAP, pemimpin pemimpin PKR dan PAS, juga pemimpin-pemimpin BN dan keluhan-keluhan rakyat sejak kebelakangan ini, cukup jelas kenyataan Guan Eng diatas adalah satu kenyataan atau janji yang kosong dan tidak di tepati.

Bolehkah rakyat Pulau Pinang optimis dengan masa depan yang cerah kepada Kerajaan DAP dan Guan Eng dengan pembinaan terlalu banyak rumah-rumah mewah dan apartment - apartment mewah di kawasan Pulau? Adakah Guan Eng dan Kerajaan DAP mendengar kata-kata rakyat dengan Kerajaan Guan Eng terlalu kurang membina rumah-rumah murah di kawasan Pulau? Adakah Guan Eng dan Kerajaan DAP melakukan kerja untuk rakyat dengan tiada kawalan harga rumah di Pulau yang melambung bergitu tinggi hingga mencapai ke angka Rm 500 000.00 - lebih Rm 1 juta ? Mungkin juga Guan Eng dan Kerajaan DAP juga telah memberikan harapan masa depan yang cerah kepada rakyat di Pulau dan Seberang Prai dengan memberi kelulusan-kelusan kepada syarikat-syarikat swasta untuk membangunkan kawasan-kawasan yang pada mulanya telah dirancang untuk diberi kepada rakyat terkebawah ? Adakah Guan Eng, Ramasamy dan Mansor yang jelas tidak sebulu dan tidak sekata masih berlaku kritik-mengkritik secara "dalam kelambu" antara pemimpin tertinggi Kerajaan Negeri Pulau Pinang, tidak berani kritik secara bersemuka, bolehkah ia dikatakan sebagai daya usaha, kejujuran dan usaha untuk mengejar kecemerlangan oleh ketiga-tiga pemimpin Kerajaan Negeri ini? Dengan ekonomi Pulau Pinang yang bergitu perlahan (GDP) "first nine month 2012" dari 5.7 % 2008 ke 1.8 % ( jan- sept 2012),boleh dikatakan sebagai masa depan yang cerah ? .

Terlalu sukar untuk menjawab persoalan diatas sekiranya hati kita telah ditutupi oleh perasaan dendam dan kebencian, inilah yang ada pada mata dan hati ramai pengundi-pengundi yang totok kepada DAP, PKR dan PAS. Tetapi sekiranya kita buka hati dan mata untuk menerima realiti, serta dengan apa yang berlaku didepan mata dan apa yang kita dengari, tentu kita akan mengatakan Kerajaan Guan Eng "cakap tak serupa bikin" dan Janji tidak di Tepati. Pak Zad juga nak petik kata-kata Mansor Timbalan kepada Guan Eng - pada mulanya dia kata Guan Eng adalah "erogant", tapi bila di depan Guan Eng dia kata Guan Eng adalah seumpama "tokong" . Maknanya soalan yang Pak Zad letakkan di atas adalah betul dan pastinya jawapan dari Kenyataan Dato Seri Najib dan hasratnya dan BN untuk menunaikan janji adalah boleh di yakini dan di percayai untuk ditepati serta dilaksanakan adalah jawapan yang tepat. Jika dibandingkan jawapan kepada Guan Eng dan Kerajaan DAP yang tentunya janji mereka penuh dengan emosi dan tidak rasional dan tak ditepati.

Kesimpulannya memang benarlah para strategi DAP, PKR dan PAS amat takut dengan "slogan Janji di tepati" yang merupakan satu strategi yang terbaik di buat oleh para strategi BN dalam arena peperangan strategi dengan Parti Pembangkang yang teringin sangat untuk ke Putrajaya. Oleh itu para strategi DAP, PKR dan PAS cuba mencabar slogan ini termasuklah dalam isu tema pada sambutan perayaan kemerdekaan pada tahun ini. Apa yang jelas "Janji Di Tetapi vs Janji tak di Tepati" yang menang sekarang ialah "janji di Tepati" . Kata Najib -" Changes can take place in the country without having to change the goverment and this has been proven by Barisan Nasional " . Kalau di Amerika Syarikat  Obama telah di pilih semula kerana hasratnya untuk " go forward " dan majoriti rakyat Amerika amat yakin dengan Obama untuk "go forward", jadi bergitu juga hasrat Najib untuk " go forward " bagi meneruskan transformasi (change ) untuk masa depan Malaysia, oleh itu rakyat Malaysia wajar berikan "mandat" baru kepada Najib dan BN .

Monday, November 19, 2012




اللَّهُمَّ انصُرِ الإِسلام والمْسُلِمِينَ
اللَّهُمَّ انصُرِ المْسُلِمينَ فِي كُلِّ مَكَانٍ
(اللَّهُمَّ انصُرِ المْسُلِمينَ فِي فَلَسطِين (3كالي
اللَّهُمَّ دَمَّر الكفَارَ واليَهُـودَ والنَّصَارَى والمْشُرِكِينَ
اللَّهُمَّ يَا اللّـه يَا اللّـه يَا اللّـه إِهزِمهُم وَانصُرناَ عَلَيهِم
TERJEMAHANNYA:
Wahai Tuhan kami, Berilah kemenangan kepada Islam dan Muslimin,
Ya Tuhan kami, Berilah kemenangan kepada Muslimin di semua tempat,
Ya Tuhan kami, Berilah kemenangan kepada orang Islam di Palestin (3x),
Ya Tuhan kami, Hancurkanlah Kuffar, Yahudi, Nasrani dan Musyrikin,
Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah, Ya Tuhan kami,
Kalahkan mereka, Dan menangkan kami ke atas mereka.

 
YA ALLAH KAU SELAMATKAN LAH PALESTIN
YA ALLAH KAU SELAMATKAN LAH RAKYAT PALESTIN DARI TERUS MENJADI MANGSA KEKEJAMAN TENTERA REJIM ZIONIS ISRAEL LAKNAT
YA ALLAH KAU SELAMATKANLAH MASJID AL-AQSA DARI TERUS MENJADI SASARAN PIHAK YAHUDI LAKNAT
YA ALLAH KAU TAMBAHKAN LAH KEKUATAN KEPADA PEJUANG PALESTIN
YA ALLAH KAU LINDUNGILAH KANAK2 KECIL YANG TIDAK BERDOSA
YA ALLAH KAU LINDUNGILAH KAUM WANITA PALESTIN DARI TERUS MENJADI MANGSA PEMBUNUHAN TENTERA REJIM ZIONIS LAKNAT
YA ALLAH KAU TURUNKAN LAN MALAPETAKA KEPADA TENTERA REJIM YAHUDI LAKNAT
YA ALLAH KAU TURUNKAN LAH MALAPETAKA KEPADA ISRAEL,AMERIKA SERTA SEMUA NEGARA YANG BERSEKONGKOL DENGAN REJIM YAHUDI DALAM PEMUSNAHAN NEGARA ISLAM PALESTIN
ALLAH HU YA ALLAH
KAU HANCURKAN LAH SEMUA TENTERA REJIM YAHUDI YANG BERADA DIDALAM NEGARA PALESTIN,AL-AQSA
YA ALLAH KAU TURUNKAN LAH BALA KEPADA ISRAEL,AMERIKA SERTA SEMUA NEGARA YANG BERSEKONGKOL MEMBUNUH RAKYAT PALESTIN YANG TIDAK BERDOSA
YA ALLAH..
KAU PERKENANKAN LAH DOA KAMI
KAU MAKBULKAN LAH DOA-DOA KAUM MUSLIMIN DAN MUSLIMAT
AMINNNNN