Wednesday, March 27, 2013

STRATEGI PAKATAN RAKYAT 2 (PERLAKSANAAN FORMULA 100 (1+1) + 30% = PUTRAJAYA)

 

 

Apabila DSAI dan Lim Kit Siang (LKS) telah di umumkan akan bertanding di Perak dan Johor pada PRU 13, ini bermakna strategi dan formula 100 (1+1) + 30% = Putrajaya telah menjadi realiti. Kedua-dua pemimpin Gergasi Pakatan Rakyat(PR) ini telah mengunakan strategi "test market" dalam perang saikologi mereka kepada kepimpinan BN. Formula 100(1+1)+30% = Putrajaya sudah mula menampakkan perlaksanaan tapi Pakatan Rakyat masih mahu bermain strategi kerana mereka pun masih belum yakin dengan Formula tersebut selepas respond yang mereka terima tidak di yakini oleh pengundi-pengundi PRU 13.

 
Walaupun begitu para strategi Pakatan Rakyat masih terus cuba untuk memasukkan agenda formula tersebut ke dalam minda para pengundi seolah-olah mereka sangat kuat dan mampu untuk ke Putrajaya. Malah dalam dua minggu ini, kita dapati terdapat pengumuman-pengumuman dari kepimpinan Pakatan Rakyat untuk mencaturkan dimana pemimpin mereka akan bertanding. DSAI telah "test market" untuk bertanding di Perak. Manakala Lim Kit Siang pula sudah diumumkan akan bertanding di Gelang Patah Johor. Saifudin Nasation dari Kelantan telah bertukar ke Kulim/Bandar Baru Kedah. Sallehudin Ayob juga telah bertukar dari Kelantan ke Johor. Ini bermakna setakat ini hanya Sallehudin Ayob saja sebagai pemimpin PAS yang diberitakan akan berubah tempat, lain-lain pemimpin PAS masih tak sanggup untuk menerima pakai formula 100(1+1)+30% = Putrajaya, mungkin PAS belum berani untuk menanggung risiko "kamikaze" strategi Pakatan Rakyat.

 
Secara strateginya apa yang berlaku diambang PRU 13 (semasa penulisan ini Najib belum umumkan pembubaran Parlimen), ialah para strategi Pakatan Rakyat cuba" membentuk pemahaman dalam minda pengundi dan rakyat Malaysia yang Pakatan Rakyat sangat bersedia dan mampu membentuk kerajaan persekutuan" dan mengharapkan rakyat Malaysia dapat "visualkan" dalam minda mereka yang Pakatan Rakyat mampu. Inilah strategi mereka sekarang. Ia itu satu strategi permainan minda yang cukup berkesan, untuk mereka cuba menyaingi strategi BN yang pada masa ini berjaya menyebabkan Pakatan Rakyat dalam keadaan defensif.

 
Sekiranya dihalusi lagi strategi 1+1 Pakatan Rakyat, kita dapati seolah-olah Pakatan Rakyat cuba membuat satu design PRU 13 iaitu Pulau Pinang - diketuai oleh Guan Eng dan Mohamad Sabu, Perak - diketuai oleh DSAI, Ngeh Bersaudara dan Nizar, Johor - diketuai oleh Salahuddin Ayub dan Lim Kit Siang, Kedah - diketuai oleh Saifuddin Nasution dan Mahfuz Omar, Selangor - diketuai oleh Azmin Ali, Trengganu oleh Ustaz Hadi, Kelantan masih lagi Nik Aziz dan bagi Negeri Sembilan, Melaka, Perlis dan Pahang masih lagi dalam percaturan. Manakala di Sabah masih lagi terus dengan DSAI untuk mengetuainya dan Sarawak  pula DSAI dan Bian akan mengetuainya. Di Sabah dan Sarawak, DSAI terpaksa mengetuainya kerana formula 30% kerusi Sabah/Sarawak adalah sangat penting untuk DSAI dan Pakatan Rakyat.

 
Jelas design yang cuba di buat oleh Pakatan Rakyat untuk PRU 13 dengan mengunakan formula 1+1 dan formula 30% dengan mereka telah meletakkan pemimpin gergasi mereka ke negeri-negeri yang dalam jangkaan mereka untuk menang. Mungkin dalam minda para strategist Pakatan Rakyat dengan meletakkan pemimpin gergasi mereka di negeri-negeri dalam formula 100 iaitu Perak, Johor, Negeri Sembilan, Sarawak dan Sabah yang akan menjanjikan tambahan 28 kerusi Parlimen Semenanjung daripada 78 kerusi yang sedia ada dan 17 kerusi di Sabah dan Sarawak (baca article Strategi Pakatan Rakyat satu formula 100(1+1) + 30% = Putrajaya). Pada mereka dengan gergasi pemimpin Pakatan Rakyat di negeri-negeri tersebut akan memberi satu mesej kepada pengundi dan rakyat di negeri-negeri tersebut yang Pakatan Rakyat sudah bersedia untuk berkuasa di Putrajaya.

 
Analisa strategi menunjukkan bahawa "attacking game" sudah bermula. Pemimpin gergasi Pakatan Rakyat yang mengetuai negeri-negeri tersebut sudah mula "attack" kepimpinan BN negeri. Semestinya mereka akan "attack" melalui formula "menyerang" secara terbuka dengan mempersoalkan isu-isu kepincangan kerajaan negeri (isu rasuah,kroni dan integriti), dengan tujuan untuk membawa rakyat dan pengundi untuk menilai prestasi kerajaan negeri BN dengan mereka cuba membuat perbandingan dengan negeri Pulau Pinang yang pada mereka adalah model negeri yang terbaik, sedangkan di Pulau Pinang isu-isu sosial dan masalah ekonomi sedang berlaku dan politik warlord juga sedang berlaku hingga rakan-rakan Pakatan Rakyat tak berani menegur Ketua Menteri nya.


"Attacking Game" adalah strategi gergaji dua mata. Ini kerana "attackingnya" akan menyebabkan fokus pengundi akan lari dari menerima kuasa penarik "Najib" kepada "kuasa penolakkan kepada kepimpinan BN negeri dan kerana itu strategi "Tukar" kepimpinan adalah mesej mereka, sedangkan realitinya perkara yang dibawa oleh Pakatan Rakyat tersebut boleh di persoalkan. Tetapi bagi mereka yang penting suasana perlu di hangatkan.

 
Dari analisa diatas, formula 100(1+1)+30% = Putrajaya, sudahpun berlepas dari garisan permulaan. Maknanya pada realitinya formula dan strategi Pakatan Rakyat ini mungkin di yakini sebagai satu strategi yang amat berkesan dalam matlamat Pakatan Rakyat ke Putrajaya. Apapun pada masa sekarang kepimpinan politik Malaysia sedang tunggu dengan penuh debar, bilakah Najib akan bubarkan parlimen. Pastinya strategi BN adalah lebih baik dalam berdepan dengan strategi Pakatan Rakyat  kerana BN masih duduk di kerusi hadapan dan pasti boleh membaca setiap langkah Pakatan Rakyat. Sebagai renungan cuba kita hayati kata-kata Tun Daim Zainuddin - "Saya juga rasa yang kita tidak seharusnya memberi terlalu banyak ruang berita kepada Anwar. Inilah yang disukainya. Beliau tidak suka jika tidak dihiraukan,jadi pada saya abaikan saja. Biarkan dia menjadi penghibur, menari dan menyanyi dalam ceramahnya " ( Berita Harian 25 Mac 2013(m.s 24).
                                                                 
 

1 comment: