Saturday, March 30, 2013

GUAN ENG VS TENG CHANG YEOW 3




"The Battle Of Giant" antara Guan Eng dengan Teng Chang Yeow mungkin akan dapat kita saksikan dalam PRU 13 yang sedang kita tunggu detik dan masa yang akan diumumkan oleh Najib sikit masa lagi. Mengikut laporan Star 29 Mac 2013  Guang Eng wants face-off with Teng) kedua-dua pemimpin utama DAP dan BN sudahpun begitu positif untuk bertanding secara anak jantan dan bernekad secara "kamikazi" untuk menjadikan para pengundi menjadi penentu kepada kemenangan politik PRU 13 .

 
Kata Guan Eng - " Since he wants a face-off, lets go back to his old constituency where he was assemblyman for three terms", ini satu kenyataan yang berani Guan Eng dan strateginya untuk "mencabar" Teng supaya bertanding di DUN Padang Kota tempat yang Teng pernah menjadi wakil rakyatnya selama tiga penggal. Strategi Guan Eng ialah untuk menunjukkan dia tak takut kepada cabaran Teng untuk bertanding satu lawan satu dengannya. Strategi ini juga sebagai strategi "test market" Guan Eng kepada para pengundi Cina Pulau Pinang yang Guan Eng tidak takut kepada kekalahan dan lebih hebat lagi Guan Eng mencadangkan supaya gelangang pertarungan ialah di DUN Padang Kota yang mungkin memberi kelebihan kepada Teng kerana rekod 3 penggal Teng disitu.

 
Teng juga telah di beritakan di dalam portal memcabar Guan Eng lebih dahulu untuk "willing to contest against Lim in GE " daripada Guan Eng. Ini bermakna Teng lebih "anak jantan" dari Guan Eng kerana sanggup untuk berkamikazi untuk hidup atau mati . Strategi Teng lebih hebat kerana selaku Pengerusi BN negeri yang merupakan Ketua BN di Pulau Pinang yang boleh memilih mencari jalan yang mudah untuk bertanding tapi tetap mencari jalan sukar dengan berani "mencabar" Guan Eng supaya bertanding secara "anak jantan". Kenyataan Teng ini mungkin agak mengejutkan Guan Eng dan para strategist DAP kerana tak sangka Teng begitu berani.

 
Mungkin kerana satu yang tidak diduga oleh Guan Eng dan DAP, maka oleh Guan Eng dan para strategist DAP terpaksa membuat satu serangan balas" melalui "tawaran balas" untuk mengajak Teng untuk bertanding di DUN Padang Kota tempat yang Teng pernah menjadi DUN selama tiga penggal. Ini strategi Guan Eng dan DAP untuk membuktikan Guan Eng lebih anak jantan daripada Teng, kerana Guan Eng telah mencadangkan DUN yang mana untuk mereka bertanding. Bagi Guan Eng dan DAP  mereka masih kelihatan hebat dan sentiasa mendahului dan masih di depan Teng dan BN.

 
Walaupun  bergitu Teng pernah berkata "I am leading a team of BN candidates into battle hoping to win. I dont want to rate the chances but we must have a positive mindset "( NST 10/6/2012). Dengan minda Teng seperti ini sejak mula mengambil tugas sebagai Pengerusi BN pada 2012, pastinya Guan Eng amat tercabar terutamanya apabila Teng berani pula untuk bertanding secara "face-off" dengan beliau. Jadi jelas Teng juga tidak takut " mati " dalam pertandingan "kamikazi" ini. Sudah  tentunya Guan  Eng dan para strategist sangat  risau  dengan  keberanian  Teng.

 
Lagi menarik untuk di analisa  mengenai  cadangan Guan  Eng  untuk  DUN Padang Kota sebagai medan pertandingan ,ialah  DUN tersebut pada  masa ini  di pegang oleh Pengerusi DAP  Pulau  Pinang Chow  Kon Yeow yang di beritakan sebagai  " as  a threat  to his post (CM) ".  Mungkin ini  juga strategi Guan  Eng untuk lemahkan semua musuh politiknya  sama  ada dalam  DAP ataupun  diluar  DAP.

 
Teng  juga pernah memberi amaran  awal kepada  Guan  Eng  semasa  memulakan tugas sebagai Pengerusi  BN Pulau Pinang, dengan berkata -  "No one will go to battle  without thinking of  winning .  Any  general who  has  led a war will  have this in mindd". Kita  akan  tunggu "battle  off  the  Giant" PRU  13. Apa pun  Teng  pada masa ini lebih  berani  daripada  Guan Eng  dalam mengaturkan strategi .


No comments:

Post a Comment