Sudah memasuki hari keenam "The Battle of the giant" seakan-akan realitinya akan terjadi pertandingan DUN PRU 13 antara Guan Eng dengan Teng Chang Yeow. Mereka adalah "giant" yang cukup gentleman untuk menjadikan pengundi PRU 13 sebagai penentu kepada "the war" antara DAP dan BN di Pulau Pinang. Seperti di dalam analisa Guan Eng vs Teng 3, kedua-dua mempunyai strategi cukup hebat, Teng adalah sebagai pemulanya kerana berani mencabar Guan Eng untuk bertanding satu lawan satu dalam PRU 13 dan dianggap sebagai anak jantan atas keberanian tersebut. Manakala Guan Eng dalam keadaan terkejut atas keberanian Teng, telah mencabar balas Teng supaya bertanding di DUN Pengkalan Kota, DUN yang pernah tiga kali Teng menjadi YB DUN Pengkalan Kota. Kedua-dua mempunyai strategi masing-masing supaya mereka di lihat sebagai pemimpin yang berani dan sanggup berperang secara kamikazi.
Dalam sejarah PRU di Pulau Pinang, bapa Guan Eng, Lim Kit Siang (LKS) mempunyai sejarah yang tersendiri, LKS pada masa itu telah menjadi seperti Teng Chang Yeow pada masa ini yang telah mencabar dua (2) orang Ketua Menteri BN yang mempunyai gelaran DR dari Gerakan iaitu Dr Lim Chong Eu dalam PRU 1990 dan Dr Koh Tsu Koon dalam PRU 1995. Pada kali ini Teng Chang Yeow pula yang berani mencabar Ketua Menteri Pulau Pinang era 2008 iaitu Guan Eng dalam PRU 13. Semangat anak jantan yang ada pada Lim Kit Siang yang selalunya berani mencabar musuh politiknya pada kali ini tidak terjelma dalam jiwa anaknya Lim Guan Eng kerana "proses mencabar" dimulai oleh Teng Chang Yeow Pengerusi BN negeri yang semesti "telah mengkaji" strategi Lim Kit Siang pada masa dulu tapi tidak dikaji oleh Guan Eng sebagai anaknya.
Dalam perkembangan terbaru, suasana cabar mencabar telah menjadi hangat, dengan Teng lebih berani mencabar Guan Eng untuk tidak menjawab cabaran Guan Eng untuk bersetuju bertanding di DUN Padang Kota. Malah Teng dengan berani menyatakan" ...was willing to have a face-off with Lim in election on condition that the Barisan leader gets to pick the seat state". Maknanya Teng mengambil strategi yang sama dengan Guan Eng untuk mencadangkan tempat pertandingan di DUN yang sepatutnya BN yang pilih bukanya Guan Eng ataupun DAP. Lojiknya cadangan ini ialah oleh kerana Teng yang memulakan cabar-mencabar ini sepatutnya Teng lah yang mencadangkan tempat ataupun Guan Eng menerima cadangan Teng tanpa menyatakan kawasan mana yang perlu mereka bertempur. Inilah kebijaksanaan Teng berpolitik menolak cadangan Guan Eng tapi mengemukan cadangan baru yang ada lojik. Malah Teng juga cuba "mencubit" Guan Eng dengan juga mencadangkan kepada Guan Eng supaya sekiranya beliau bersetuju untuk "berentap" dengan Guan Eng,Guan Eng jangan bertanding di Parlimen, Guan Eng perlu bertanding hanya di DUN saja seperti Teng.
Menarik lagi apabila Guan Eng terpaksa dengan penuh emosi menyatakan kepada Teng - " To show my sincerity in wanting to let this contest happen in Padang Kota and not permit Teng to weasel out of his own challenge to me, I am making one final concession to him "(Star 1/4/2013). Maknanya Guan Eng sudah terperangkap dengan peperangan saikologi Teng. Malah Guan Eng juga telah bersetuju untuk tidak bertanding di Parlimen dengan syarat Teng bertanding di Padang Kota. Jelas dalam kenyataan Guan Eng dan Teng, mereka masih lagi 'bermain tarik tali" dan tidak tunduk kepada kehendak masing-masing.
Oleh kerana Teng masih tidak mahu tunduk dengan cadangan Guan Eng, Guan Eng terpaksa menyatakan " ..if Teng refused to stand in Padang Kota,he would not waste his time with him anymore ". Maknanya Guan Eng sudah cuba untuk menutup cabaran ini lebih awal, walaupun polimek ini masih belum ditutup oleh Teng. Ini kerana Teng cuba "bermain layang-layang" dengan Guan Eng untuk cuba melihat keberanian Guan Eng sama ada beliau takut untuk bertanding di mana-mana kerusi DUN yang lain selain DUN Padang Kota. Mungkin pada realitinya Guan Eng memang tidak berani.
Malah Karpal Singh juga cuba bermain strategi dalam " the battle of the giant", dengan penuh emosi dengan menyifatkan Teng sebagai " just a boy scout " and not of the same class as the Dr Lim Chong Eu ". Jelas membukti seorang lagi pemimpin besar DAP yang berada keadaan panik takut kepada keberanian Teng. Mungkin Karpal teringat kekalahannya pada PRU 1995 kepada " just a boy scout " ini. Maknanya "boy scount" ini bukan calang-calangnya kerana Teng Chang Yeow boleh menjadi "ular" yang berbisa yang sekali mengigit Karpal Singh(1995), Chow Kon Yeow(1999 dan 2004)) sudahpun tewas dan pastinya Guan Eng akan menjadi mangsa seterusnya pada PRU 13.
No comments:
Post a Comment