Detik dan saat yang sangat
dinanti telah pun diumumkan oleh Najib tepat jam 11.30 pagi iaitu Parlimen
telah dibubarkan dan DUN juga akan dibubar sebaik saja Menteri besar / Ketua
Menteri mendapat perkenan Sultan / Raja di negeri masing-masing termasuk negeri
dibawah Pembangkang. Sekarang kita
sedang menunggu SPR untuk menentukan tarikh penamaan calon dan tarikh
pengundian. SPR pun mengikut undang-undang mempunyai masa dalam 60 hari bagi
mengendalikan pilihanraya tersebut. Yang paling penting semua parti-parti yang
berdaftar dengan ROS sudah mula untuk mengantur strategi terakhir sebelum hari
penamaan calon bagi mempastikan mereka sudah ada calon untuk kerusi Parlimen
dan DUN. Mengikut SPR terdapat 13.29 juta pengundi (as of last month) termasuk
273,429 pengundi awal (111,767 polis dan 161,662 tentera) dan 5,200 postal
voters yang mengundi pada PRU 13 nanti.
Sudahkah kita bersedia untuk
PRU 13 ? Mengikut Prof James Chin - " what
we are seeing as the tail end of a very very long campaign. My guess as that
the majority of Malaysians have already make up their minds on who to vote for
"(Blooberg.com/news). Pandangan ini adalah benar kerana sejak 2 tahun
ini, semua parti politik begitu aktif mengatur strategi masing-masing untuk
berada di barisan di hadapan antara satu sama lain dalam semua isu negara
terutamanya persaingan antara BN dengan Pakatan Rakyat (masih tidak berdaftar
dengan ROS sebagai satu Parti). Oleh kerana strategi mereka begitu agresif dan
terlalu aktif pandangan Prof James Chin seorang pensyarah Sains Politik di
kampus Malaysia Monash University adalah tepat seolah-olah pengundi-pengundi
sudah pun boleh membuat penentuan siapakah yang mereka akan mengundi.
Bagi Mohamed Nawab Mohamed
Osman - " This election is probably going
to be the closest ever in Malaysia history " (Fellow at the S. Rajaratnam
School of International Studies in Singapore). Kalau di lihat dari segi
struktur strategi berkempen yang di lakukan oleh Najib dan Anwar (BN vs PR)
yang masing-masing cuba untuk memasuki minda pengundi PRU 13 dan rakyat
Malaysia keseluruhannya, adalah kempen yang sangat sistematik dan terlalu
sengit impaknya dan oleh itu ia dilihat satu persaingan yang "closest ever".
(Blooberg.com/news)
Malah beliau juga berkata - "Its a do or die sort of election. On
the day when result are going to be announsed, there will be a lot of power
jockeying. Its going to be a good two or three months before things are going
to settle down ". Dari analisa kenyataan-kenyataan pemimpin-pemimpin
utama BN dan PR juga menjelaskan bahawa PRU 13 adalah yang sangat penting untuk
survival politik mereka. Oleh itu BN ataupun PR sangat perlukan kemenangan untuk
menjadi Kerajaan Persekutuan.
Kata Najib - "Rakyat
harus menilai sedalam-dalamnya ancaman janji pembangkang serta buat keputusan
bijak kerana ia bukan hanya berkaitan penentuan siapa yang menawan Putrajaya
pada PRU 13, tetapi masa depan dan nasib Malaysia". Ini pesanan Najib
kepada rakyat Malaysia untuk PRU 13. Dalam Kajian Merdeka Centre for Opinion Research yang dibuat kajian kepada 1021 para pengundi PRU 13 (Jan
23 - 6/2) mendapati Kerajaan BN mendapat 61% undi popular dan 48 % " very
happy with the Goverment.
Ini telah membuktikan
"peluang" untuk Najib dan BN untuk mengekalkan kerajaan di Putrajaya
sangat cerah. Tetapi terpaksa berhadapan dengan Anwar Ibrahim yang
sangat-sangat bercita-cita untuk menjadi PM dan Kerajaan di Putrajaya. Sudah
tentunya Anwar tidak akan memberi laluan mudah kepada Najib. Oleh itu PRU 13
akan kita saksikan pertembungan Strategi yang cukup hebat dalam agenda untuk
memenangi hati 13.29 juta pengundi. Yang jelas penentuan adalah di tangan para
pengundi.
No comments:
Post a Comment