Thursday, April 18, 2013

PRU 13 : SIRI 8 ( DAP DAN PERJUANGANNYA : SUDAH TUKAR

 
 
Dalam memperlihatkan perjuangan DAP pada masa sekarang,Pak Zad akan memetik beberapa kenyataan pemimpin-pemimpin DAP pada suatu masa dulu sebagai renungan danpembaca boleh membuat analisa sendiri, terutama perjuangan “Malaysian Malaysia” yang pada masa ini di silence kanseketika, tetapi dari tindakan-tindakan mereka, DAP sedangmelaksanakan konsep itu secara tersirat.
 
 
Petikan 1
 
“DAP merasa bangga kerana perjuangan Malaysian Malaysia(Malaysia milik rakyat Malaysia) yang diperkenalkan adalah cita-cita yang murni dan masih relevan pada hari ini. Oleh sebab itu DAP menawarkan perjuangannya kepada semua rakyat Malaysia sebab kita semua mempunyai satu masa depan yang sama. Sebagai negara majmuk, Malaysia tidak dimiliki oleh mana-mana satu kaum dan tidak ada satu kaum harus menganggap mereka sahajalah rakyat Malaysia.
 
 

Sepanjang 40 tahun ini, DAP cuba mengembangkan impian Malaysian Malaysia ini, walaupun parti menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan.” (Chow Kon Yeow Pemimpin DAP Pulau Pinang, 2006)


Petikan 2
 
“Sempena ulang tahun 40 ini, DAP telah membawa kesinambungan perjuangan Malaysian Malaysia dengan memperkenalkan “Utamakan Malaysia” sebagai pendekatan untuk mencapai matlamat perpaduan nasional dan kemakmuran ekonomi bagi semua rakyat Malaysia. DAP masih menganggap bahawa perpaduan nasional tidak akan dapat dicapai berdasarkan unsur kaum dan agama tetapi atas identiti bersama berdasarkan kepada prinsip-prinsip demokrasi, kebebasan, keadilan, integriti dan martabat insan” (Chow Kon Yeow pemimpin DAP Pulau Pinang,2006)
 
 
Petikan 3
 
“Kita mesti mengenepikan cara menyatupadukan rakyat menerusi bangsa dan agama. Kita mesti anggap semua adalah sebahagian daripada rakyat Malaysia. “Utamakan Malaysian” memastikan kebahagiaan dan kemakmuran ekonomi kepada semua dan jangan hanya kepada konco-konco tertentu sahaja” (Lim Guan Eng,2006)
 
 
Petikan 4
 
“DAP berjanji akan berpegang kuat kepada ideologi satu Negara Malaysia yang bebas, demokratik dan berfahaman sosialis, berdasarkan prinsip-prinsip keadilan kaum dan kesaksamaan sosial dan ekonomi yang berasaskan institusi demokrasi berparlimen” (PERISYTIHARAN SETAPAK, dibuat pada kongres Kebangsaan DAP pertama di Setapak, Kuala Lumpur pada 27 Julai 1967) Pet “Masanya telah tiba untuk rakyat Malaysia menentukan sama ada mereka mahu kembali kepada idealisme dan isi asal Perlembagaan Merdeka 1957 atau rela ditekan di bawah undang-undang yang semakin menyekat hak asasi dan kebebasan.
 
 
Idealisme dan isi asal Perlembagaan Negara memberi jaminan perlindungan hak dan kebebasan kepada rakyat Malaysia berasaskan hak saksama dan keadilan.Hanya dengan mengembalikan hak dan kebebasan ini yang telah dijamin oleh Perlembagaan Merdeka,barulah kita dapat memastikan impian sebenar setiap rakyat Malaysia untuk hidup bebas merdeka dapat direalisasikan” (Lim Guan Eng, 2006)
 
 
Petikan 6
 
“Impian kehidupan bebas merdeka yang dilindungi undang-undang adil harus berasaskan kepada :
 
i.   Perpaduan Nasional tulen yang tidak berlandaskan kaum atau
     agama tetapi berasaskan nilai-nilai yang dikongsi bersama oleh
     rakyat Malaysia;
ii.  Peluang saksama;
iii. Pentadbiran demokratik dan amalan kedaulatan undang-
    undang (rule of law)
iv. Penciptaan kekayaan dan pengagihan yang adildan
v. Perang terhadap korupsi, penyalahgunaan kuasa”
                                                                         (Guan Eng,2006)
 
 
Petikan 7
 
“Kontrak sosial semua kaum di Malaya menjelang 1957 adalah hasil usaha bersama semua pihak untuk mewujudkan Negara merdeka, sekular, mengamalkan hak asasi, menghormati hak- hak politik dan ekonomi setiap warganegara yang ditadbirkan oleh kedaulatan undang-undang (rule of law). Kontrak sosial itu adalah berasaskan intipati Laporan Suruhanjaya Reid yang menjadi batu asas Perlembagaan Malaya Merdeka” (Lim Guan Eng,2006)
 
 
Petikan 8
 
“Malangnya, pemerintahan Perikatan (dan kemudiannya BN) telah mencabul idealisme dan isi asal Perlembagaan ini dan kontrak sosial 1957 dengan meminda Perlembagaan Persekutuan sehingga ia tidak lagi melindungi hak dan kebebasan rakyat. Perlaksanaan DEB mulai tahun 1970 dengan pada mulanya bertujuan membasmi kemiskinan
dan merapatkan jurang di antara kaum, bukan sahaja telah mencabul kontrak sosial, malah mengukuhkan keistimewaan satu kaum sehingga menjadi “hak” sedangkan ia cuma sebagai ‘tongkat’ sementara sahaja” (Lim Guan Eng ,2006)
 
 
Petikan 9
 
“Perlembagaan 1957 adalah satu dokumen sekular yang lengkap dengan idealisme demokrasi, rule of law, kebebasan dan harga diri serta maruah insan. Jika kita kembali kepada prinsip asas Perlembagaan Merdeka ini, kita boleh bergerak maju ke arah di mana pembangunan ekonomi dan demokrasi boleh bergerak bersama-sama; dimana kebebasan bererti tiada lagi sekatan hak dan penindasan; di mana peluang saksama menjadi pilihan berbanding hasil saksama secara paksaan; di mana rule of law memastikan keadilan sosial; di mana penciptaan kekayaan diiringi oleh pengagihan kekayaan yang adil dan di mana kemakmuran ekonomi tidak bererti korupsi yang menjadi-jadi” (Lim Guan Eng,2006) penyelewengan,
 
 
Petikan 10
 
“Dengan mengunakan kaum dan bangsa, Kerajaan Pusat Malaysia telah tidak memperdulikan nasib orang miskin bukan Melayu, termasuk kaum India yang mana sesetengah orang India miskin lebih melarat hidup dari kaum Melayu miskin” (Lim Guan Eng,2006)
 
 
Petikan 11
 
“Penyelesaian terbaik adalah kecemerlangan dan meritokrasi kerana ia menjamin kemakmuran untuk semua pihak. Kecemerlangan dan meritokrasi bererti Malaysia mendapat yang terbaik. Tanpa mengira kaum dan agama, sekolah, universiti, jabatan dan agensi kerajaan dan institusi lain akan mendapat tenaga kerja yang terbaik melalui meritokrasi” (Lim Guan Eng,2006)
 
 
Petikan 12
 
“Pemimpin-pemimpin DAP yang memulakan perjuangan DAP dengan slogan “Malaysian Malaysia” telah pun mengemaskinikan pendirian mereka dengan suara baru “Utamakan Malaysian” yang diterima pakai sewaktu sambutan ulang tahun parti ke-40 pada 2006” (Wan Hamidi Hamid, 2009)
 
 
Petikan 13
 
“bahawa “Utamakan Malaysian” bertujuan untuk mengagalakkan rakyat Malaysia berbangga sebagai warganegara Malaysia yang menolak politik perkauman” (Dr Boo Cheng Hou,Pemimpin DAP Johor,oktober 2006)
 
 
Petikan 14
 
“Sejak Merdeka, parti-parti perkauman seperti UMNO, MCA dan MIC membolot kuasa dalam bidang politik. Walaupun UMNO, MCA dan MIC mengaku memperjuangkan kaum masing-masing, BN sebenarnya berfungsi sebagai jentera hegemoni UMNO. Isu Melayu dipinggirkan di bawah hegemoni yang dibangkitkan baru-baru ini akan menghalang perpaduan kebangsaan di samping akan menghalang perpaduan kebangsaan di samping akan menegakkan semula sifat BN yang sering mengapi-mengapi konflik perkauman untuk memperkukuhkan kedudukan pemerintah UMNO dan BN berdasarkan ‘pecah dan perintah’ (Dr Boo Cheng Hou,2006)
 
 
Petikan 15
 
“Sejak penubuhan parti,DAP tidak pernah memikirkan untuk menyertai BN kerana terlalu banyak asas perbezaan polisi di antara DAP dan BN. DAP tidak dapat menerima polisi BN yang membezakan rakyat Malaysia sebagai Bumiputra dan bukan Bumiputra” (Loke Siew Fook,2002)
 
 
Petikan 16
 
“Ini tidak bermaksud bahawa DAP anti-orang Melayu tetapi apa yang diperjuangkan oleh DAP ialah sebuah Negara berbilang kaum, bahasa dan agama yang rakyatnya menikmati hak yang sama-rata dan setiap rakyat Malaysia tanpa mengira kaum akan berasa mereka adalah anak Malaysia. Konsep Malaysian Malaysia yang diperjuangkan oleh DAP telah diiktirafkan oleh BN apabila Perdana Menteri (Dr Mahathir) sendiri mengumumkan wawasan 2020 yang matlamat utamanya ialah melahirkan sebuah Bangsa Malaysia. Namun, Bangsa Malaysia yang ingin kita lahirkan tidak akan menjadi matlamat sekiranya masih terdapat polisi yang membahagikan rakyat kepada dua kelompok dan mendapat layanan yang berbeza” (Loke Siew Fook,2002)
 
 
Kesemua petikan-petikan di atas, di nyatakan adalah untuk meminta para peminat politik DAP untuk membuat analisa sendiri, adakah slogan “Malaysian Malaysia”, ”Utamakan Malaysia” dan “Middle Malaysia” adalah perkara yang sama. Ataupun mungkin juga slogan-slogan yang dicipta oleh DAP adalah strategi awal untuk memenangi hati pengundi Cina sebelum DAP berkuasa di Pulau Pinang. Tetapi selepas berkuasa DAP terpaksa menukar strategi baru iaitu strategi cuba memenangi bukan saja pengundi Cina tetapi juga pengundi “the Majoriti” iaitu pengundi Melayu dan pengundi India. Ia juga kelihatan sebagai satu strategi untuk mengekalkan kuasa di Pulau Pinang ataupun DAP juga berhasrat untuk mengembangkan kuasa mereka sehingga ke Putrajaya.
 
 
Sebagai renungan kita petik kata-kata Sun Tzu - " Mencapai seratus kemenangan dalam seratus pertempuran bukanlah puncak kemahiran,sebaliknya mengalahkan musuh tanpa bertempur itulah mercu kecemerlangan " .
 

No comments:

Post a Comment