Tuesday, April 30, 2013

PRU 13 : SIRI 13 (PANDANGAN-PANDANGAN AHLI FORUM NASIONAL - PAKATAN TAK SEPAKAT - APA KATA MEREKA ANJURAN MAJLIS PERUNDINGAN MELAYU(MPM) 26/4/2013)



 

1.      (a) " Selaku kaum peniaga,pengundi Cina perlu sedar apa yang berlaku kepada ekonomi negara pada 1997. Rekod Anwar pada ketika itu perlu dinilai apakah beliau berkemampuan atau sekadar  bertindak mengikut telunjuk Tabung Kewangan Dunia(IMF) sehingga rakyat menderita " (Dr Chandra Muzaffar ,Bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Utusan Malaysia 27/4)

 

2.      (b) " Jika pengundi Cina fikir Anwar akan beri segala kepada mereka itu kesilapan paling besar. Anwar merupakan alat kepada AS dan jika dia terpilih menjadi Perdana Menteri ,hasrat pengundi Cina mahu melihat hubungan mesra Malaysia-China kekal berakhir " ( Dr Chandra Muzaffar, Bekas Timbalan Presiden PKR, Utusan Malaysia, 27/4 )

 
Analisanya - Pengundi Cina diingatkan bahawa mereka sebenarnya tersilap besar jika menganggap Ketua Pembangkang DSAI sebagai tokoh yang bakal menyelamat dan memberi seluas peluang kaum Cina sebagaimana diharapkan . Kata Dr Chandra - " perkara pertama yang akan dilakukan Anwar jika terpilih menjadi PM ialah mengubah dasar luar terhadap negara China kerana tunduk kepada kemahuan Amerika Syarikat " . ( Utusan Malaysia 27/4)


3.      (a) "Selaku masyarakat yang cinta kepada keamanan, pengundi Cina tidak boleh melakukan eksperimen atau terikut-ikut dengan sentimen yang didendangkan pembangkang kononnya kerajaan sedia ada perlu diubah dan digantikan dengan pakatan diketuai Anwar "( Tan Tuan Tat, Bekas Ketua Cawangan DAP Sungai Pelet, Utusan Malaysia, 27/4)

 
(b)  "Negara ini sudah di bangun dengan sebegini rupa hasil kematangan serta kebijaksanaan politik kepimpinan sedia ada dan pengundi Cina perlu menjadi sebuah masyarakat yang tahu bersyukur dengan nikmat ini bukan seperti Tian Chua(Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat) " (Tan Tuan Tat, Bekas Ketua Cawangan DAP Sungai Pelet, Utusan Malaysia, 27/4 )

 

Analisanya - Kata Tan - "Pengundi Cina harus sedar bahawa transformasi yang di perkenalkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak telah banyak memberi kemakmuran kepada negara "(Utusan Malaysia 27/4 ). Yang jelas Pengundi Cina silap besar jika anggap Anwar sebagai penyelamat dan realitinya pada masa kini sejak kita merdeka ( 1957 ) Kerajaan BN yang telah membantu masyarakat Cina untuk berjaya dalam bidang perniagaan melalui dasar-dasar kerajaan yang komprehensif. Jadi yang jadi penyelamatnya ialah Najib Tun Razak dan BN.


4.           (a)  " Bolehkah kita percaya kepada Anwar, Anwar  sebenarnya tak ambil peduli soal rakyat. Yang di peduli hanyalah dirinya sahaja. Anwar for Anwar, Kalau nak ubah Anwar, saya amat sokong " ( Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim, Bekas Naib Pengerusi DAP Utusan Malaysia 27/4)

 
(b) " Nak ubah Kit Siang,Guan Eng, 100 peratus saya sokong. Karpal? Lagilah saya sokong. Mereka di dalam DAP konon memperjuangkan demostrasi. Tetapi itu atas nama. Lihat bagaimana kontroversit pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (GEC). Inilah DAP ". ( Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim, Bekas Naib Pengerusi DAP, Utusan Malaysia ,27/4 )


(c) " ...melahirkan rasa hairan terhadap "perkahwinan" DAP dan PAS yang berjuang dalam pakatan pembangkang dengan ideologi berlainan yang sekadar mahu mengejar Putrajaya " (Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim, Bekas Naib Pengerusi DAP, Utusan Malaysia 27/4)

 
Analisanya - Kata Tunku Abdul Aziz - "para pengundi diingat agar berhati-hati memilih kerajaan dalam PRU 13 dan melaksanakan tanggung jawab itu secara waras, bukannya mengikut perasaan. Bagi tujuan itu para pengundi perlu memikirkankan sama ada mahu negara ini terus di tadbir kerajaan sedia ada yang berpengalaman atau sebaliknya. Tetapi bagi saya, kerajaan yang sedia ada telah berkhidmat dengan baik. Mengapa perlu bawa mereka yang tiada pengalaman tadbir negara? Nak tadbir negara ini bukannya sesuatu yang mudah. Pilihlah kerajaan dengan berhati-hati. Apa perlu nak "ubah"? Malaysia negara demokrasi dan kerajaan tak menganiaya rakyat. Ubah memang sedap didengar tetapi perlu dinilai sebaik-baiknya terutama golongan muda  "(Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim, Bekas Naib Pengerusi DAP, Utusan Malaysia 27/4)


5. (a) " walaupun pernah mempertahankan Ketua Pembangkang sewaktu pertuduhan liwat pada 1997, kepercayaan lebur selepas dua pengawai kanan diplomatik mendedahkan Singapura sudah lama menyimpan bukti aktiviti homoseksual Anwar. " (Dr Chandra Muzaffar Bekas Timbalan Presiden PKR, Utusan Malaysia 27/4)


(b) " Bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew dalam satu mesyuarat dengan pegawai kanan diplomatik Malaysia pada 1993 memberitahu beliau pelik kenapa Tun Dr Mahathir Mohamed tidak memecat Anwar kerana perisikan Singapura mempunyai bukti Anwar Homoseksual" (Dr Chandra Muzaffar Bekas Timbalan Presiden PKR,Utusan Malaysia 27/4)


Analisanya - Kata Dr Sidek Baba - " Masih terakam dalam hansard Parlimen pada 1997, Karpal Singh kata Anwar seorang peliwat. Tetapi kini Pengerusi DAP itu pula kata Anwar layak menjadi Perdana Menteri. Itu belum lagi soal kalimah Allah yang menyaksikan Anwar bersekongkol dengan Pakatan Pembangkang dan inilah sebabnya saya harus menolak Anwar " ( Utusan Malaysia 27/4 ).
 

6.       (a)  " Inilah yang berlaku sekarang, satu insiden buruk tidak boleh kita tolak kerana segala-galanya boleh berlaku, tambah-tambah lagi dalam tempoh kritikal iaitu 1,2,3 dan 4 Mei ini "(Ng Lum Yong, Bekas Pengasas PKR, Utusan Malaysia, 27/4 ).


(b) "Sejarah telah menunjukkan insiden yang dikhuatiri itu pernah berlaku sebelum ini antaranya ketika proses pemilihan Presiden Taiwan pada 2004 . Dalam tempuh 48 jam sebelum hari pengundian,berlaku insiden tembakan hingga menyebabkan Parti Kuomintang mengalami kekalahan sedangkan parti itu disebut-sebut akan menang besar pada pemilihan Presiden" ( Ng Lum Yong, Bekas Pengasas PKR, Utusan Malaysia, 27/4 )

 
Analisanya -  Kata Ng Lum Yong - " Kita jangan lupa Anwar seorang bijak dalam strategi politik . Cuba kita ingat bagaimana Anwar pernah buat pelbagai perkara sebelum ini bagi mempastikan rakyat bersimpati terhadapnya . " Katanya lagi - "Dengan insiden tersebut juga Anwar akan menggunakannya untuk meraih sokongan rakyat yang akhirnya akan memihak kepada pembangkang,segala kemungkinan boleh berlaku " ( Ng Lum Yong, Bekas Pengasas PKR, Utusan Malaysia,  27/4 )


7.      (a) "Di Kelantan apa yang mereka buat? Tiada apa-apa,kalau betul-betul mahu laksanakannya, dalam kuasa kerajaan negeri, PAS boleh buat macam-macam. Umpamanya melengkapkan prosedur kehakiman dan keterangan dengan melatih Hakim-hakim yang layak untuk menjalankan hukum Hudud,tetapi PAS tak buat " ( Nakhaie Ahmad, Bekas Naib Presiden PAS, utusan Malaysia,  27/4)


(b) "walaupun PAS beria-ia mahu melaksanakan hudud, umum mengetahui perkara itu tidak akan terlaksana memandangkan mesyuarat pemimpin pembangkang sudah membuat ketetapan untuk menolak hukum tersebut." (Nakhaie Ahmad, Bekas Naib Presiden PAS, Utusan Malaysia, 27/ 4 )


Analisanya - Penegasan berterusan PAS kononnya mahu melaksanakan hukum hudud PAS jika pembangkang menguasai Putrajaya hanya mainan politik parti itu yang bertujuan mengambil hati penyokong mereka.


Secara kesimpulannya Forum Nasional : Pakatan Tak Sepakat -Apa Kata Mereka  anjuran Majlis Perundingan Melayu(MPM), adalah forum yang telah membuat "post mortem "mengenai Pakatan Rakyat  ahli panelnya juga adalah pemimpin atau orang-orang yang pernah terlibat secara langsung dengan Pakatan Rakyat dan kepimpinan Pakatan Rakyat ketika ini. Padangan mereka adalah berdasarkan pengalaman dan pengamatan mereka semasa bersama dengan Pakatan Rakyat dan semasa mereka berada diluar Pakatan Rakyat. Impaknya ialah Pakatan Rakyat berhadapan dengan isu kenyakinan dan kepercayaan dari Pengundi PRU 13. Tetapi pengundi PRU 13 boleh bergantung harap dengan penuh kepercayaan dan keyakinan kepada BN seperti  kata Najib - " We have a clear agenda, a map and we can see which direction BN will take us . The opposition has no clear agenda "(NST 28/4/2013). Pilihan masih di tangan Pengundi PRU 13 tetapi pilihan yang terbaik pada ketika ini masih lagi BN .


No comments:

Post a Comment