Thursday, May 2, 2013

PRU 13 : SIRI 14 (NORMAN FERNANDEZ : MERAYU KEPADA PENGUNDI BUKAN MELAYU SUPAYA TIDAK MENGUNDI PAS)


 

Apabila Norman Fernandez yang juga pemimpin no 2 DAP Johor berkata "bukan Melayu perlu memikirkan dengan teliti sama ada mereka mahu memperjudikan masa depan mereka bersama PAS ", oleh itu beliau merayu pengundi bukan Islam supaya tidak mengundi PAS. (Berita Harian 29/4). Kenyataan keras Norman ini telah mengejutkan para strategist PR di Johor kerana ia telah mengangu fokas PR yang sedang berusaha secara serius untuk mengatur strategi bagi " menawan " Johor dalam PRU 13. Malah yang memeningkan kepala para strategist DAP, PAS dan PR ialah Norman adalah pemimpin besar DAP Johor yang juga terlibat dalam mengatur strategi untuk menawan Johor dalam PRU 13. Persoalan nya adakah kes ini juga adalah sebahagian dari strategi PR di Johor, supaya kempen Pakatan Rakyat di Johor akan kelihatan dalam media arus perdana dan kes nya akan mula di bincang oleh para pengundi Johor dan pastinya agenda PR sudah mula meresap ke dalam minda para pengundi.


Ini satu persoalan yang menarik? Adakah kenyataan Norman Fernandez ini satu strategi DAP dan PR dalam keadaan mereka terlalu "desprate " untuk mendapatkan kembali undi pengundi-pengundi Cina terutamanya di Johor ,selepas DAP mendapat kesan yang terlalu negatif akibat dari kenyataan Harun Din untuk melaksanakan Hudud  sekiranya Pakatan Rakyat menawan Putrajaya. Analisa awal menunjukkan DAP dan PAS sedang mengunakan strategi " mind game " ,untuk menawan " minda " pengundi Cina dan Melayu dengan kenyataan daripada Harun Din dan kenyataan Norman Fernandez yang cukup keras seolah-olah ada keretakan antara PAS dan DAP . Mungkin strategi Harun Din adalah untuk menarik pengundi Melayu dan Islam untuk mengundi PAS kerana masih mahu Hudud dilaksanakan dan " mind game " PAS ialah supaya pengundi Melayu kembali kepada PAS selepas PAS di KO kan oleh isu kalimah Allah.


Manakala strategi Norman Fernandez yang lebih berani daripada Karpal Singh, adalah untuk menarik pengundi Cina dan bukan Islam untuk mengundi DAP kerana Norman dengan berani menyeru kepada pengundi Cina dan bukan Islam supaya jangan mengundi PAS dan menolak PAS dan "mind game " DAP ialah DAP berani untuk " attack " PAS dan berani untuk memberi kata dua dan mengugut PAS untuk pengundi Cina dan bukan Islam jangan mengundi PAS . " Mind Game " DAP ini supaya pengundi Cina kembali kepada DAP selepas DAP terkena pukulan Harun Din yang mahukan Hudud dilaksanakan.

 
Bagi melihat sama ada isu kenyataan Norman Fernandez ini satu strategi " mind game " ,cuba kita analisa kenyataan-kenyataan balas dari para pemimpin DAP dan PAS dalam isu ini. Mohamad Sabu (Timbalan Presiden PAS ) berkata - " Attempts to scare non-Muslims wont work because the wave of support for Pakatan Rakyat is strong" (Star 29/4). Kenyataan Mohamad Sabu cukup jelas mengetahui bahawa kenyataan Norman adalah bertujuan untuk menakut-nakutkan para pengundi bukan Islam, bahawa PR sekiranya berjaya menawan Johor dalam PRU 13 , PAS akan menjadi kerajaan negeri yang majoriti dan mungkin Menteri Besarnya adalah dari PAS, dan bagi DAP ia amat bahaya kepada bukan Islam dengan mengambil kira hasrat yang dinyatakan oleh Harun DIn. Oleh itu bagi Mohamad Sabu, beliau juga perlu bermain " mind game " dalam cubaan nya untuk " liberalkan " isu ,supaya pengundi Cina dapat kembali DAP kerana itu beliau sebut " wont work because the wave to support for Pakatan Rakyat is strong " dan kenyataan Norman bagi Mohamad Sabu tidak akan menjejaskan sokongan kepada Pakatan Rakyat . Seolah kita melihat satu permainan badminton , seorang mengangkat bulu tangkas dan seorang akan smash tapi berjaya di angkat semula oleh lawannya akhirnya permainan masih terus berlangsung.

 
Apa pula impaknya kepada penyokong PAS dan DAP dalam strategi " mind games " ini ? Di Pulau Pinang ,PAS Tanjong desak parti itu keluar Pakatan Rakyat kerana bantah kenyataan Timbalan Pengerusi DAP Johor ,Norman Fernandez yang larang bukan Islam undi PAS .(Berita Harian 30/4). Di Selangor lebih 300 ahli DAP menyokong desakan Fernandaz dan berikrar tidak akan mengundi calon PAS yang bertanding di Parlimen dan kerusi DUN Kapar,Klang dan Kota Raja.( Berita Harian 30/4). Manakala mengikut G. Asoghan ( Bagan DAP parliamentary liason Commitee Publicity Sectary/ Calon bebas DUN Bagan Dalam ) - " PAS had,since March 2008,introduced policies that have infringed on the rights of non-muslims,particularly in Kedah,Kelantan and Selangor .(Star 30/4).Di Kedah pula S. Neelamekan( Kedah DAP Commitee member ) " had also jointed Fernandez in urging voters to reject PAS until the party abandoned its call for an Islamic state " ( Star 30/4). Dari bukti dari kenyataan di atas, impak paling besar ialah para penyokong kedua-dua parti (PAS dan DAP ) telah mendapat mesage yang jelas bahawa kedua-dua kepimpinan parti mempunyai agenda untuk mempastikan PAS mendapat undi daripada pengundi Melayu Islam kerana PAS sedang cuba kembali menjadi " champion " untuk Islam dan DAP pula sedang berusaha untuk mendapatkan kembali undi Cina dan bukan Islam dengan mereka juga cuba untuk menjadi " champion " kepada kaum Cina dan bukan Islam dalam PRU 13 . Inilah strategi " mind games " mereka dan telah meletakkan para pengundi Melayu Islam dan Cina dan Bukan Islam sebagai bahan permainan mereka.


Bolehkah permainan " mind games " DAP dan PAS mengalahkan mode pengundi pada ketika ini( 3 hari sebelum pengundian ) yang secara " wave " nya condong kepada BN ? Ia juga satu persoalan yang menarik. Kita cuba menganalisa dari sudut pandangan dari kenyataan para pemimpin PAS dan DAP untuk mengukur adakah mereka sudah bersedia dengan strategi " mind game " ini. Mengikut Aminoldinhuda Hassan (Timbalan Persuruhjaya PAS Johor) - " menyifatkan kenyataan Fernandaz mengecewakan kerana ia dibuat secara melulu dan tidak kena masanya. Penderian Fernandez membawa pembangkang selangkah ke belakang sekali gus dibimbangi menjejaskan sasaran mereka menguasai lebih banyak negeri,termasuk Johor pada PRU 13" (Berita harian 29/4). Kata Aminoldinhuda lagi - " Dalam pembangkang khususnya di Johor, kami sudah ada kesepakatan tetapi Fernandez mencetuskan syak wasangka dan kebimbangan pengundi bukan Melayu terhadap PAS " ( Berita Harian 29/4 ). Manakala Dr Boo Cheng Hau ( Pengerusi DAP Johor ) berkata - " He should have been more careful in making statements,especially during this critical period" (Star 29/4). Kenyataan-kenyataan di atas cukup membuktikan bahawa DAP dan PAS tidak bersedia dengan strategi " minds games " ini ,kerana itu mereka amat terkejut dengan kenyataan  Fernandez ini . Kedua-dua pemimpin ini merasakan kenyataan Fernandaz akan memberikan kesan negatif kepada PAS dan DAP dalam misi mereka untuk menawan undi Melayu dan Islam Johor dan juga Cina dan bukan Islam Johor.

 
Bagaimana pula DAP dan PAS cuba keluarkan diri dari kemelut ini ? Juga kita lihat kepada kenyataan para pemimpin kedua-dua parti ,bagaimana mereka cuba " liberalkan " isu tersebut . Kata Lim Guan Eng ( SU Agong DAP ) - " He (Fernandez) is not a candidate and he has also stated that it was an individual view, and not the party's " ( Star 29/4).  Harun Taib ( PAS Ulama Council Chief ) pula berkata - " What he had said does not make any sense as PAS and DAP are Pakatan partners and we are united " (Star 29/4). Kata Mohamad Sabu - " .. any change in policies involving Islam which could affect non-muslims would only be done through consultation if Pakatan wins power " ( Star 29/4) . Manakala Salahuddin Ayub berkata " it was his personal opinion and did not reflect the stand of Johor DAP " ( Star 29/4) . Semua kenyataan dan pandangan daripada pemimpin tertinggi PAS dan DAP di atas,cukup jelas membuktikan yang kenyataan Fernandaz cukup " berapi " dan boleh menjejaskan strategi PR di Johor . Oleh kerana itu pemimpin diatas cuba untuk " meliberalkan " isu tersebut supaya ia tidak kritkal dan akhirnya mereka cuba membuat satu keputusan bahawa kenyataan Fernandaz adalah pandangan peribadi, walaupun kenyataan Fernandaz adalah satu kenyataan bersifat " provokasi " kepada kepimpinan PAS .

 
Sebagai renungan kita cuba fikirkan kenyataan Fernandaz dalam menjawab semua kenyataan di atas . Katanya - "  This is democracy and everyone is entitled to their opinion . If PAS President Datuk Seri Hadi Awang, PAS Secretary General Datuk Mustafa Ali and PAS Vice President Datuk Husam Musa can give their opinions, why not me " .( Start 29/4). Katanya lagi - " I felt the need to express myself after PAS leaders started issuing all sorts of statements which were uncompromising on Hudud " . Yang jelas Fernandaz adalah tegas dan beliau memang bermain " mind games " dengan PAS untuk mencabar PAS hingga PAS pada masa ini tersepit dan sudah pasti nya sasaran mereka untuk menawan Johor  sudah mula memasuki terowong hitam . Seperti kata Najib - " I am appealing to the people to hold on to that (culture of moderation and accommodation ) because the big dreams of the state will otherwise disappear, and that will be a sad day for Johor " ( Star 30/4 ).


No comments:

Post a Comment