Kurang dari 12 jam
lagi, para pengundi akan mula mengundi untuk PRU 13. Provokasi dari PR telah
bermula atas dasar perasaan "takut" kepada kekalahan. DSAI telah mula
strategi "attack" SPR dan Kerajaan atas dakwaan membawa pengundi
"bukan warganegara" untuk mengundi dan juga dakwaan membawa masuk
pengundi Sabah dan sarawak untuk mengundi kawasan-kawasan di Semenanjung dengan
kerajaan menyewa kapal terbang MAS untuk membawa masuk para pengundi ini. Kata
DSAI, PR ada bukti yang boleh menjadi sumber sebagai sesuatu yang sah. Walaupun
dakwaan DSAI adalah terlalu tidak rasional dan DSAI masih bermain strategi lama
iaitu membina satu provokasi melaui persepsi untuk menarik para pengundi untuk
mempercayai PR telah di nafikan hak mereka untuk menang dan BN telah bermain
strategi kotor. Kata Ezam - "Ini semua berkaitan persepsi, ia adalah permainan
persepsi. Anwar adalah 'sifu' dalam perkara ini, bukannya soal kebenaran. Masa
saya dengan (memegang jawatan Setiausaha Politik Anwar), peraturan pertama
(Anwar) ialah membina persepsi dan kata Ezam lagi - "Anwar membina
persepsi kata BN buat penipuan, menghilangkan krebiliti SPR dan buat rakyat
hilang keyakinan kepada SPR "( Berita Harian 4/5 ). Ini adalah strategi
DSAI pada saat ini.
DSAI pada masa
saat-saat akhir ini telah hilang idea ataupun sudah kekeringan strategi. Oleh
itu DSAI dan Para Strategist PR terpaksa recycle strategi lama ini untuk
mengelirukan pengundi dan strategi untuk mendapatkan simpati pengundi. Pada
realitinya pada masa sekarang DSAI dan kepimpinan PR dalam keadaan
"desprate" dan terdesak kerana "mode" para pengundi tidak
lagi mengundi berdasarkan "emosi" tetapi mengundi secara "rasional".
Mode inilah yang sangat di takuti oleh DSAI dan para strategi PR. Bagi mereka
selagi pengundi mengundi berdasarkan emosi selagi itu mereka senang untuk
bermain "mind games" dengan para pengundi. Tetapi sekiranya para
pengundi dalam keadaan mengundi secara "rasional", Pakatan Rakyat akan pastinya kalah dalam PRU
13. Kata Ezam (bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan) - " Yang tidak terkejut
dengan dakwaan itu, Anwar terdesak kerana mula risau kemungkinan akan kalah
pilihanraya kali ini ". Sehubungan itu kata Ezam lagi - "Anwar
membuat tuduhan bagi membangkitkan kemarahan rakyat terhadap kerajaan dan SPR
sekiranya keputusan PRU 13 tidak memihak kepada Pakatan pembangkang "( Berita Harian 4/5). Ini adalah "mind games" DSAI pada
masa ini .
Oleh itu dalam masa kurang 12 jam sebelum hari
mengundi, DSAI, GE dan para strategist PR akan mengunakan semua medium media
untuk membina "emosi" yang BN telah dan akan bermain
"kotor" dalam PRU 13. Permainan membina "emosi" ini akan
dibuat dengan mengunakan keadah "blaming game". PR akan terus
menyatakan "isu" yang mempersoal perkara -perkara yang atau sedang
berlaku seperti "pengundi bukan warga negara" dan isu "bawa
pengundi Sabah dan Serawak untuk mengundi di Semenanjung". Atau mungkin
juga mula untuk "provok" SPR dalam SOP ataupun TOR SPR contohnya isu
"dakwat". Strategi DSAI dan PR ialah untuk menimbulkan ketidak
keyakinan pengundi kepada pengurusan pilihanraya ini. Kata Ezam (bekas
Setiausaha Politik DSAI ) - "Jika Anwar jujur beliau sepatutnya membuat
laporan kepada pihak berkuasa dan SPR. Sebaliknya, beliau memaklumkan kepada
media. Kenapa terus (maklum) kepada media. Ini kerana mahu membina persepsi "
( Berita Harian 4/5). Kata Ezam lagi - "beliau percaya akan lebih banyak
perkara dilakukan Anwar menjelang hari pengundian, semata-mata bagi membina
persepsi " .(Berita Harian 4/5).
Menjelang hari
mengundi yang kurang dari 12 jam lagi, kata
Najib (Perdana Menteri Malaysia) - " Yakin kepimpinan pembangkang
kini gementar apabila sokongan majoriti rakyat makin BERALIH kepada Barisan
Nasional ( BN). Senario makin BERUBAH apabila BN dapat menangani masalah di
beberapa kawasan seperti Parlimen Maran dan Permatang Pauh, malah Pulau Pinang
juga sudah BERALIH kepada BN" (Berita Harian 4/5) . Impaknya DSAI dan Para
Strategi PR terpaksa kembali ke " drawing board " untuk mula mencari
strategi baru untuk kembali berfikir bagaimana untuk menarik semula pengundi
kepada PR di saat akhir ini . Oleh iti DSAI dan para strategist PR terpaksa
kembali mengunakan "strategi membina persepsi" yang terpaksa di
recycle semula .
Kata Najib lagi -
" Anwar( DSAI ) gementar ketika ini. Di Marang ( Dato Seri Hadi Awang )
pun dah takut sebab dia dah tak ramai penyokong sekarang . Mursyidul Am PAS
(Datuk Nik Aziz Nik Mat ) di banyak tempat pun dia tak boleh dapat sokongan dan
Lim Kit Siang ( Penasihat DAP ) , rakyat Johor tak suka " (Berita Harian
4/5 ). Oleh itu tidak hairan lah DSAI ,
GE, LKS dan Hadi serta para strategist PR sedang berusaha untuk mengunakan
" Strategi balas " supaya mereka tidak berkedudukan " defensif
" tetapi untuk kembali dalam strategi " attacking " di hujung
kempen PRU 13 . Pakatan Rakyat pada masa ini sedang cuba membuat pecutan
terakhir sedang kan BN sudah pun berada di hampir ke garisan penamat . Walaubagaimanapun
permainan masih belum tamat dan BN harus bersiap sedia untuk terus "
bersedia dengan strategi terakhir untuk kekalkan kedudukan yang amat selesa ini
, yang penting BN perlu akur bahawa DSAI adalah seorang " fighter "
yang tidak mudah mengaku kalah .
Yang penting pada
masa ini ialah - " rakyat kena berjaga-jaga supaya jangan termakan dengan
perkara ini ( persepsi yang di bina oleh DSAI ). Jika sayangkan negara, kita
jangan terjebak dengan permainan politik murahan ini . Rakyat perlu percayakan
kepada SPR " ( Ezam Berita Harian 4/5 ). Ini kerana " bullet "
terakhir DSAI dan para strategist PR akan menghala kepada SPR yang akan
menguruskan PRU 13 . Pastinya SPR akan
menjadi " punching bag " oleh DSAI dan PR . Oleh itu SPR perlu
bersedia untuk " menghadapi " strategi Pakatan Rakyat ini .
Sebagai pesanan
untuk rakyat Malaysia dan para pengundi PRU 13 , kita renung kata- kata Datuk
Seri Najib - " Firstly , there need
to make a wise judgment on who they will vote for . They have to make their
decision with a rational mindset after taking everything into account , on who
is the most trustworthy in determining their future, where they can have the confidence to say tommorrow will
be better than today . Secondly, dont forget to go out and vote . Don't be
scared. There's simply a psychology ( war ) of fear ( by irresponsible parties
). If we succumb to this , it will mean those who responsible for ( creating
distrust ) will succeed . " ( Najib NST 4/5 ).
No comments:
Post a Comment