PRU 13 sudah tamat
dan keputusan juga telah diketahui BN ditentukan oleh ALLAH SWT untuk menang
untuk kekal di Putrajaya. PR pula ditentukan oleh ALLAH SWT untuk tidak
diizinkan ke Putrajaya. Kita perlu kembali kepada kepercayaan " Qada dan
Qadar " yang telah tertulis siapa yang ALLAH SWT telah tentukan. ALLAH SWT
telah tentukan NAJIB sebagai PM (pemimpin Malaysia). Manakala ANWAR telah ALLAH
SWT tentukan untuk terus menjadi Pemimpin Pembangkang. Ini adalah ketentuan
yang dibuat oleh ALLAH SWT bukan nya kita sebagai manusia tentukan.
ANWAR perlu
muasabah dan munajat diri, serta bersyukur kerana ALLAH SWT masih memberi
rezeki pada nya. ANWAR dan PR masih menang dengan pertambahan kerusi dan masih
menjadi kerajaan di beberapa Negeri. Jadilah seperti NAJIB yang masih bersyukur
walaupun BN menang dengan prestasi yang menurun. Bersyukurlah ANWAR, kerana
KARPAL dan DAP serta PAS pun sudah iktiraf dan menerima " verdict "
rakyat PRU 13. Kenapa perlu kamu(ANWAR)
mengajak rakyat untuk sekali lagi membuat " verdict " secara
tak sah. ANWAR (kamu) masih perlu bermain " mind games " dan masih
perlu bermain " persepsi ", dengan rakyat.
Apa yang kamu
(ANWAR) tak puas hati dengan keputusan PRU 13? Tak puas hati kerana DAP
sekarang menjadi dominan dalam PR kerana menang 38 kerusi Parlimen. Ataupun tak
puas hati kamu (ANWAR) tentang yang prestasi menurun undi majoriti di PERMATANG
PAUH kerana diancam oleh Dr Mazlan calon BN di sana. Ataupun kamu (ANWAR) malu
pada kepimpinan DAP dan PAS dan para peminat kamu (ANWAR) kerana selama ini
kamu (ANWAR)rasa kamu lah paling popular dalam politik Malaysia. Ataupun kamu
(ANWAR) rasa tercabar dan malu kerana kewibawaan kamu (ANWAR) telah mula
menurun dan ini menyebabkan rakan rakan luar negara kamu (ANWAR) akan lari
meninggalkan kamu (ANWAR). Ataupun kamu (ANWAR) masih mahu untuk bermain
strategi untuk terus menjadi relevan dan mahu kamu (ANWAR) sentiasa berada
dalam minda rakyat, walaupun rakyat sudah membuat "verdict". Yang
jelas ANWAR, rakyat sudah muak dengan permainan " gila kuasa " kamu
(ANWAR).
Rakyat dan pengundi
sudah matang dan mereka tahu realitinya. Walaupun ANWAR mengajak rakyat untuk
turun membuat protes atas dakwaan ANWAR PRU 13 penuh penipuan TETAPI : Rakyat
dan pengundi PRU 13 (13 juta) tidak sebodoh itu. Rakyat boleh berfikir -
sekiranya ada penipuan kenapa DAP menang besar dan masih kuat untuk terus
memerintah Pulau Pinang. Rakyat boleh berfikir - sekiranya ada penipuan kenapa
PAS menang besar dan masih kuat untuk terus memerintah Kelantan. Rakyat boleh
berfikir - sekiranya ada penipuan kenapa PAKATAN RAKYAT menang besar di
Selangor dan kekal kuasa di Selangor. Rakyat boleh berfikir - sekirannya ada
penipuan kenapa prestasi DAP dan PAS meningkat di banyak negeri. Rakyat boleh
berfikir - sekiranya ada penipuan ,kenapa KARPAL dan DAP telah menerima "
verdict " rakyat PRU 13. Rakyat boleh berfikir - sekiranya ada penipuan,
kenapa Mustapa dan PAS juga terima keputusan " verdict " rakyat PRU13.
Rakyat boleh berfikir - sekiranya ada penipuan, kenapa prestasi BN turun merudum
terutama MCA dan Gerakan. Rakyat boleh berfikir - sekiranya ada penipuan,
kenapa ada para Menteri dan Ketua Menteri/Menteri Besar serta Timbalan Menteri
BN yang tewas. Rakyat boleh berfikir - sekiranya ada penipuan, kenapa ramai
pemimpin yang menjadi Ketua komponen BN yang tewas. Rakyat boleh berfikir -
sekiranya ada penipuan, kenapa DAP menang di bandar-bandar. Rakyat boleh
berfikir - bahawa persoal di atas di hasilkan melalui satu sistem pilihanraya
yang sama dan mengikut undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen dan di
uruskan oleh Suruhanjaya Pilihanraya
Malaysia(SPR), bukan dari sistem yang berbeza dan SPR yang sama.
Jadi rakyat tahu, ANWAR
sudah keterlaluan dalam "mind games" yang pada masa ini emosinya
lebih besar daripada rasionalitinya. Rakyat tahu - Anwar sudah tidak rasional Rakyat
tahu - Anwar sudah amat kecewa kerana tidak dapat menjadi PM. Rakyat tahu -
Anwar sudah tewas pada Guan Eng, Karpal Singh, Lim Kit Siang dan Hj Hadi dari
segi wibawa Rakyat tahu - Anwar akan kehilangan " populariti " nya
Rakyat tahu - Anwar
masih mahu bermain " games " yang sama macam 1997 selepas Anwar di
pecat oleh Dr M. Rakyat tahu - Anwar sedang mengunakan dakwaan isu SPR dan isu
penipuan sebagai agenda untuk membawa rakyat untuk " protes" Rakyat
tahu - Anwar sedang cuba untuk mempergunakan rakyat untuk memenuhi perasaan
kecewanya
Oleh itu rakyat
pastinya sudah muak dengan cara Anwar ini dan pastinya rakyat pada kali tidak
akan bersamanya
Sekiranya Anwar
betul - kenapa Presiden Obama telah mengiktiraf Najib. Sekiranya Anwar betul -
kenapa PM Singapura juga telah mengiktiraf Najib. Sedangkan semua rakyat tahu
Amerika dan Singapura antara rakan-rakan baik diplomatik Anwar.
OLEH ITU SEMUA
RAKYAT MALAYSIA , KITA PERLU BERFIKIR SECARA RASIONAL BUKAN EMOSIONAL , KENAPA
PERLU KITA DIPERALATKAN LAGI OLEH AGENDA ANWAR . YANG ADA DI DEPAN KITA TELAH
DITENTUKAN OLEH KEPUTUSAN PRU 13 DENGAN LEBIH 80 % YANG MENGUNDI . APA LAGI
YANG TIDAK ADIL. BOLEH KAH LEBIH 80 % PENGUNDI SENANG DI TIPU BERGITU.
CUKUP-CUKUP LAH ANWAR ,RAKYAT SUDAH BOSAN DENGAN CARA POLITIK YANG TIDAK
DEMOKRATIK ,NAK JUGA MENANG PERLU ANWAR TUNGGU PRU 14. SEMOGA MAJORITI RAKYAT
TIDAK TURUN UNTUK BERPROTES SEPERTI YANG ANWAR MAHU. KITA TERUS BERDOA KEPADA
ALLAH SWT AGAR NEGARA KITA YANG DI SAYANGI AKAN TERUS TERPELIHARA KEAMANAN DAN
KESTABILANNYA, AMIN.
No comments:
Post a Comment