Thursday, May 9, 2013

PRU 13 : STRATEGI ANWAR IBRAHIM SELEPAS PRU 13 ( Mind Games (1M), Persepsi dan Provokasi ( 2P) )



 
DAP amat gembira dengan prestasi mereka dalam PRU 13 kerana memenangi 38 kerusi Parlimen . Realitinya DAP sudah menjadi parti paling dominan dalam Pakatan Rakyat . Secara majoritinya Lim Kit Siang adalah layak untuk menjadi Ketua Pembangkang di Parlimen tetapi mungkin memberikan jawatan tersebut kepada DSAI atas dasar " prinsip ". Apa pun dalam keputusan PRU 13 amat tidak mengembirakan Anwar kerana Anwar gagal ke Putrajaya dan  memegang jawatan sebagai Perdana Menteri.  Ketidakpuasan hati Anwar bergitu dijelmakan secara sistematik melalui dakwaannya kegagalan pembangkang menawan Putrajaya kerana PRU 13 tidak dijalankan secara telus selain BN membawa pengundi hantu,termasuk rakyat asing ( Berita Harian 8/5). Oleh itu Anwar dan PR telah merancang untuk mengerakkan semula " gerakan reformasi " era 1998 (gerakan selepas Anwar di pecat oleh Dr Mahathir) dan pada malam 8/5 (lebih 50,000) penyokong PR berkumpul di Stadium Kelana Jaya untuk memulakan apa yang Anwar difinasikan sebagai " gerakan protes " untuk menuntut sistem pilihanraya telus".

 

Kaedah Anwar dan para strategist PR ialah " membina mind games " dalam minda rakyat Malaysia . Beliau mahu minda rakyat menerima " permainan persepsi " mereka iaitu BN menang secara penipuan . Bagi mereka strategi " mind games " dan " permainan persepsi " dan di ikuti dengan " provokasi " akan mempergaruhi minda rakyat dan akhirnya rakyat akan mempercayai dan rakyat boleh melakukan " mass protes " kepada Kerajaan Najib. Inilah matlamat Anwar iaitu mengerakan " mass protest " seperti apa yang berlaku di Mesir, Libya dan Tunisia ( Arab Spring ). Bagi Anwar selagi rakyat bermindakan emosi selagi itu senang bagi nya untuk mempengaruhi rakyat. Oleh kerana itu Anwar dan Para strategist PR telah " attack " BN dan minda rakyat dengan momokan seperti peratusan undi popular PR (51 %) lebih tinggi dari BN( 47 %), jadi sepatutnya PR lah yang patut jadi kerajaan dan dakwaan kemenangan BN dalam PRU 13 secara " tipu muslihat ". Inilah persepsi yang Anwar bina untuk mengelirukan minda rakyat.

 

Mereka akan mainkan momokan ini berkali-kali dan berulang-ulang dalam kaedah mengikut kapasiti mereka terutamanya dalam media sosial mereka . Ini kerana kaedah "mind games" , "persepsi" dan "provokasi" ( strategi 1M 2P) perlu kan kaedah "attacking" secara berulang-ulang dan "non stop" untuk pasti kan suasana dan persekitaran BN (Kerajaan Persekutuan ) dalam keadaan "defensif" dan terpaksa "menjawab" isu-isu yang di bawa dalam arus protes tersebut. Matlamat strategi 1M 2P adalah untuk "mengerakan "mass protest" atas dasar untuk mengujudkan perasaan "anti BN". Apapun yang paling penting strategi IM 2P sudah bermula malam tadi di Stadium Kelana Jaya. Kita masih ingat "gerakan reformasi" di hujung 1990an, Anwar masih mengunakan strategi ini. Dr Mahathir pernah berhadapan dengan "gerakan reformasi" ala gerakan reformasi Indonesia dan Dr Mahathir berjaya memusnahkan "gerakan ini dengan bijaksana",  walaupun Suharto gagal. Maknanya Dr Mahathir lebih bijak dari Anwar dan akhirnya gerakan itu dilenyapkan menjadi gerakan politik secara sah dengan penubuhan Parti Keadilan Rakyat Malaysia.

 

Pada masa kini, Anwar masih mahu mengunakan strategi 1M 2P lagi. Tetapi dengan menjadi "keputusan PRU 13" sebagai agenda ketidakpuasan hati nya sebagai agenda untuk mengerakan "mass protes "  ala " Arab spring " . Anwar mahu  protes ini berlangsung secara berterusan sebagai satu "pressure "kepada Najib dan Kerajaan BN di Putrajaya dan cubaan untuk melemahkan Najib dan Kerajaan BN, kemudiannya akan hilang populariti nya, akhirnya strategi ini akan menumbangkan Najib dan BN. Itulah agenda Anwar dalam strategi 1M 2P. Dalam pembacaan teori strategi politik, strategi Anwar tidak sukar untuk di baca dan di halang. Ini kerana Anwar terpaksa mempastikan "gerakan ini very consistant" dan juga untuk "mempastikan the majority rakyat "menyokong gerakan Anwar ini.

 

Kedua-dua perkara diatas jelas menjadi cabaran kepada Anwar dan para strategist PR. Yang penting Anwar masih terlupa yang "bersetuju" dengannya hanya lah Anwar dan para penyokongnya yang totok dengan perjuangan nya. Persoalannya adakah DAP setuju dengan gerakan ini. Guan Eng, Karpal dan Lim Kit Siang pastinya tidak setuju kerana mereka juga takut gerakan "mass protest" akan berjangkit ke negeri Pulau Pinang yang DAP perintah dan Guan Eng sendiri sudah pun melalui pengalaman ini semasa pemerintahan nya selepas PRU 12. Begitu juga dengan PAS adakah mereka setuju dengan tindakan ini, sudah tentunya tidak kerana sudah selesa dengan kemenangan selesa PAS di Kelantan. Mungkin kehadiran mereka (DAP dan PAS) malam tadi hanya proses untuk mereka menghormati Anwar. Dalam sejarah politik demokrasi, pemimpin yang kecewa secara peribadi (emosi) dan bukan berdasarkan kepada fakta dan realiti (rasional) tidak akan berjaya contohnya pada tahun 1997 -1998 Anwar sendiri gagal dalam gerakannya). Oleh itu formula untuk berlawan strategi dengan Anwar ialah Najib perlu mengunakan pendekatan yang berlawanan dengan Anwar, sekiranya Anwar mengunakan strategi  negatif (menjatuhkan kerajaan secara kekerasan), maka Najib perlu mengunakan pendekatan positif (jangan gunakan kekerasan dalam tindakan menghalang gerakan Anwar , kerana tindakan kerasan adalah perangkap Anwar dan tindakan negatif ini akan menjadi minyak yang akan membesarkan api kecil yang cuba untuk membesar), Najib perlu fokas kepada membina kesejahteraan rakyat dengan melaksanakan  aku janji  BN dan biar rakyat merasakan kesejahteraan tersebut dan akhirnya rakyat tidak akan memperdulikan gerakan Anwar. Strategi ini boleh menghancurkan gerakan Anwar kerana rakyat lebih penting kepada kesejahteraan mereka dan bukan gerakan yang boleh merosakkan kesejahteraan mereka .  Akhirnya dengan sendiri gerakan akan bertambah kecil dan makin lama ia akan hilang dengan sendiri, seperti apa yang di buat oleh Dr Mahathir dulu.

 

Anwar sudah lupa pada masa ini, Najib sudahpun menerima pengiktirafan  dari Presiden Obama, Perdana Menteri Singapura, Perdana Menteri Australia, Britain dan juga New zealand, serta negara-negara seluruh dunia. Ini membuktikan semua pemimpin besar dunia ini mengakui BN menang PRU 13 secara adil dan sah mengikut lunas demokrasi. Rakan-rakan kepimpinan Pakatan Rakyat juga sudahpun mengiktiraf keputusan PRU 13 kerana itu Guan Eng dan Ahmad Yakob telah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar di Pulau Pinang dan juga Kelantan. Ini membukti yang tidak iktiraf keputusan PRU 13 ialah Anwar yang masih teringin untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia dan untuk itu Anwar telah membawa penyokong totoknya dan rakyat minoriti yang terhasut  untuk menjadi benteng untukny .


No comments:

Post a Comment