Thursday, May 30, 2013

PERHIMPUNAN 505 : "WINDING DOWN" DAN "WHAT NEXT".


 
Sudah lebih dua puluh hari selepas PRU 13, DSAI dan pakar strategi Pakatan Rakyat masih bermain strategi "mind games" mereka iaitu untuk mempastikan persepsi bahawa "PR telah di nafikan kemenangan dalam PRU 13 untuk ke Putrajaya" masih tebal dalam minda rakyat Malaysia. Road show perhimpunan 505 masih berlangsung tapi realitinya jumlah kehadiran sudah mula menurun, walaupun DSAI tetap menegaskan "... they were not winding down" (Star 28/5/13). Lojiknya banyak dakwaan DSAI mengenai salah laku dan perlanggaran PRU 13, sedikit-sedikit sudah timbul bukti bahawa dakwaan tersebut adalah tidak benar dan dibuktikan secara sah ianya tidak berlaku, ini sudah tentunya dengan sendiri "teori kemungkinan" yang di bina oleh DSAI dan para strategist Pakatan Rakyat juga sedikit-sedikit menjadi "teori palsu "dan" teori tidak benar". Mungkin kerana ini juga ramai peminat PRU 13 dan peminat yang termakan "persepsi" DSAI dan Pakatan Rakyat, juga mungkin yang sangat "anti UMNO dan BN", sudah mula sedar bahawa tindakan mereka sekali lagi telah di "perbodohkan" oleh DSAI dan para strategist Pakatan Rakyat, oleh itu mereka mula untuk menjauhi 505.

Bila ditanya persoalan ini DSAI menjawab - "But we also realise people want to move beyond rallies and we are discussing what we need to do next." (Star 28/5/13). Maknanya DSAI sendiri sudah pun merasai  "perhimpunan 505" sudah pun "winding down" kerana DSAI sedang memikirkan "what next" dan "beyond rallies". Oleh itu menjadi satu perkara penting dan wajib untuk para strategist BN yang belum selesa walaupun sudah mendapat kemenangan pada PRU 13, untuk mencari makna "we are discussing what we need to do next", dan membaca minda DSAI. Sudah tentu kenyataan DSAI ini, menunjukkan bahawa DSAI masih cuba bermain "mind games" dalam agendanya. Pastinya para strategist Pakatan Rakyat sedang berfikir untuk merangka satu strategi baru selepas mereka mencuba dengan strategi 505, yang ternyata telah gagal "mengerakkan mass movement ".

Para strategist BN pada kali ini perlu mengunakan strategi "attack" bukan lagi strategi "defensif". Sudah lebih 20 hari para strategist BN dalam keadaan di belasah oleh strategi Pakatan Rakyat dengan pembinaan persepsi seolah kerajaan BN adalah kerajaan yang tidak sah dan yang berhak adalah Pakatan Rakyat. Para strategi BN juga di provok dengan penuh emosi, dengan tujuan supaya para strategist BN melatah dan goyah. Dalam suasana ini, kuasa ALLAH SWT menjadi penentunya, atas kesabaran dan percaya serta yakin pada kebenaran, akhirnya satu-satu strategi "pembohongan" dan "penipuan" yang di bina atas strategi "PERSEPSI" telah terbukti "tidak berlaku dan tidak benar" dakwaan - dakwaan tersebut. Akhirnya para strategi Pakatan Rakyat dan DSAI mengaku "but we also realise people want to move beyond rallies ...". Oleh itu mereka sedang merangka "what next".

Apa agaknya dalam minda DSAI dan para strategist Pakatan Rakyat? Mungkin mereka masih mahu bermain "mind games" dan tetap mengunakan strategi pembinaan " persepsi " dan strategi "provokasi ". Oleh itu para strategist BN patut boleh membaca minda DSAI dan para strategist Pakatan Rakyat. Seterusnya boleh menjangka apakah "what next " ?

Mungkin boleh kita membuat andai dan jangkaan "what next". Ada teori kata mungkin DSAI akan membuat "rally yang lebih besar" tetapi amat mengharapkan sokongan mungkin dari pelajar-pelajar Universiti dan juga masyarakat di luar bandar, yang kurang dan tidak kelihatan dalam penghimpunan 505. Oleh itu kita boleh jangka kemungkinan para strategist Pakatan Rakyat akan fokaskan kepada membina persepsi yang boleh menarik minat kumpulan pelajar Universiti dan juga masyarakat di luar bandar. Kemudian mereka akan di provokkan untuk bersama dalam "rally" ini. Tetapi ini hanya teori kemungkinan saja, tetapi peratusannya agak tinggi kerana minda DSAI amat lebih kecenderungan kearah ini.

Ada juga teori yang mengatakan DSAI juga sudah habis modal strategi nya walaupun strategi Pakatan Rakyat adalah sentiasa "attack" tetapi oleh kerana kekebalan strategi BN, BN berjaya menghalang semua strategi Pakatan Rakyat hingga PRU 13 menyebelahi BN untuk terus berada di Putrajaya. Oleh itu DSAI terpaksa menguna dan mencari strategi baru dan DSAI pastinya akan kembali ke "drawing board" untuk terus berfikir. Teori ini bukan membuktikan para strategist BN telah menang dalam peperangan dengan Para Strategi Pakatan Rakyat. Tetapi ia hanya satu strategi "test market" sementara  yang dibuat oleh para strategi Pakatan Rakyat. Selepas itu mereka mungkin akan melangkah ke depan dengan strategi yang lebih hebat dan mantap lagi, yang pastinya para strategist BN akan terus di asak dengan lebih hebat lagi. Oleh itu para strategi BN perlu lebih bersedia untuk babak seterusnya .

 Secara kesimpulannya, babak pertama DSAI sedang berjalan dan juga sudah "winding down" dan pastinya babak kedua akan di mulakan pada bila-bila masa saja. DSAI dan para strategist Pakatan Rakyat sudah mula bersedia. Walau apa pun strategi DSAI dalam "what next", pesanan Tun Daim Zainuddin mungkin boleh menjadi penawar strategi BN dan menjadi racun kepada para strategist Pakatan Rakyat, kata Tun Daim - "it's a serius business electing a goverment, so let's leave this clown's( Anwar's) strategy alone and not play to his game". Oleh itu "what next" DSAI juga mungkin akan gagal sekiranya para strategist BN boleh membaca apa dalam minda DSAI dan bersedia dengan perisai yang lebih terancang dan sistematik kerana rakyat sudah bosan dengan strategi "penipuan" dan "pembohongan" yang di lakukan oleh para strategist Pakatan Rakyat.

No comments:

Post a Comment