Saturday, May 4, 2013

PRU 13 : SIRI 15 ( GUAN ENG DAN PARA STRATEGI DAP SUDAH PANIK DENGAN AURA NAJIB )



Apabila lebih 50 000 orang telah turun dalam program Najib dan BN bersama rakyat di Padang Tembak Air Itam Pulau Pinang pada Selasa yang lepas , seolah-olah satu " Tsunami " baru akan berlaku pada 5 Mei nanti . Ini pastinya mengenjutkan Guan Eng dan para strategist DAP ,yang masih terus mengatakan DAP dan Pakatan Rakyat masih popular di Pulau Pinang . Realitinya jika di bandingkan dengan penghimpunan DAP dan Pakatan Rakyat di Kolej Han Chiang pada malam hari Isnin lepas yang dikatakan kurang 10 000 orang hadir ,dengan program Najib di Air Itam pada malam hari Selasa ,jelas Najib telah memulakan " Tsunami baru " di Pulau Pinang . Malah kandungan ucapan Najib pada malam tersebut adalah lebih praktikal daripada ucapan-ucapan pemimpin PR di Han Chiang pada malam sebelumnya yang masih bernada " mengutuk " , " menuduh " dan " menipu " para pengundi yang hadir .

Najib telah membuat beberapa pengumuman penting yang sangat praktikal dan janji yang pasti boleh di tepati kerana Najib telah pun melafazkan bahawa itu satu aku janji kepada rakyat . Pengumuman tersebut telah menyebabkan Guan Eng dan para strategist DAP telah mula kembali ke " drawing board " untuk membincang semula strategi baru untuk melawan " mind games " Najib dan para strategist BN.  Najib telah berjaya menyerang Guan Eng dan DAP, dengan strategi " aku janji " BN dengan mengumumkan perkara -perkara yang boleh menarik minat pengundi Pulau Pinang supaya kembali mengundi BN dan kembalikan kuasa Negeri kepada BN . Najib telah menyentuh tentang " affordable housing " ( BN akan membina 9,999 unit rumah ) yang tidak mampu di lakukan oleh Guan Eng. Najib dan BN berjanji untuk membatalkan  Projek pembinaan Laluan Terowong Dasar laut  yang sangat di tolak oleh rakyat Pulau Pinang . Juga Najib juga telah menyerahkan surat untuk menukar status Kolej Han Chiang kepada sebuah Kolej Universiti . Ketiga perkara di atas adalah isu yang dapat Najib selesaikan dengan sendirinya Najib dan BN telah berjaya memasuki minda dan hati para pengundi Cina Pulau Pinang. Mungkin slogan DAP di luar Pulau Pinang iaitu " ubah " dan " kali ini la " sudah pun memasuki Pulau Pinang walaupun slogan itu bukan untuk Pulau Pinang . Jadi pengundi Cina sudah mula berfikir untuk " ubah " Guan Eng dan DAP dan  " kali ini la " masanya untuk ubah DAP kepada BN .

Kepanikan Guan Eng dan para strategist DAP juga agak jelas apabila Guan Eng terpaksa gunakan strategi " defensif " dengan menjawab perkara-perkara yang di umumkan oleh Najib terutamanya isu " affordable housing ". Kata Guan Eng  pengumuman Najib adalah " empty election promises " . Ini kenyataan emosi Guan Eng yang terdesak apabila Najib mengumumkan BN akan membina 9,999 unit rumah di tiga lokasi di sebelah Pulau ( Najib tidak menyebut lokasi mana ). Guan Eng agak panik kerana itu Guan Eng cuba mempersoalkan pengumuman Najib dengan berkata -" In an already heavily congested area with high density,how is the Federal Goverment going to built new highways to overcome traffic jams with the increased density from nearly 15, 000 new homes "( Star 2/5 ).  Maknanya Guan Eng tahu Najib boleh laksanakan dengan janji tersebut dan Guan Eng juga tahu bahawa pengundi amat berminat dengan janji Najib, ini boleh " ubah " undi pengundi Cina dari DAP ke BN . Oleh itu terpaksa Guan Eng dan para strategist DAP mengunakan strategi " mempersoalkan " janji Najib dan BN.

Malah Guan Eng juga mempersoalkan janji Najib dengan berkata - " Datuk Seri Najib was being " disrespecful and dishonest " by not informing first the 4000 families who would face eviction under the move to built low and medium cost apartments in air Itam,Air Putih and Paya Terubong " ( Star 2/5). Ini satu kenyataan yang cukup jelas menunjukan Guan Eng dan DAP pada tahap panik yang tinggi terutamanya di kawasan  Air Putih, kerana  Guan Eng adalah  YB DUN kawasan tersebut  dan kelihatannya Najib boleh menyelesaikan masalah pengundi kawasan DUN Guan Eng. Walaupun secara realitinya  Guan Eng sendiri gagal menyelesaikannya. Oleh itu Guan Eng dan DAP terpaksa bermain " mind games " untuk mempersoalkan hasrat Najib dan BN dengan kata-kata " not informing first " dan " 4000 families who would face eviction " . Kedua-dua kata-kata tersebut sepatutnya Guan Eng dan DAP yang jawab bukannya Najib, nampak jelas Guan Eng dan DAP tidak menjalankan tugas di kawasan tersebut .

Kepanikan Guan Eng juga dapat di lihat apabila Guan Eng berkata " why the latest promise was not included in the Barisan Nasional manifesto, clearly,he is desprate to make empty promises just before the general election " ( Star 2/5) . Guan Eng masih cuba untuk mem liberalkan pengumuman Najib dengan cuba menarik para pengundi seolah-olah Najib dan BN tidak berupaya . Tetapi dalam lima tahun DAP memerintah isu " affordable housing " telah menjadi isu utama di Pulau Pinang dan tidak diselesaikan oleh Guan Eng. Ini yang menyebabkan Guan Eng terpaksa " menyanyikan " lagu lama iaitu dengan menyatakan janji kosong Najib kepada pengundi Pulau Pinang. Malah kenyataan Chow Kon Yeow (State Local Goverment and Traffic Management Committee Chairman ) dalam cubaan nya untuk menyokong strategi Guan Eng ,kata nya " those responsible for developing the projects would have to comply with the state goverment and local council's requirements " ( Star 2/5) agak lucu  dan betapa " tidak lojiknya " seolah-olah Najib dan BN tidak tahu " SOP" dan " TOR " dalam projek membina rumah ,sedang Kerajaan Persekutuan BN telah membina ribuan rumah-rumah di seluruh Malaysia . Pastinya tahap kenyakinan pengundi lebih kepada Kerajaan Persekutuan BN daripada kerajaan Negeri DAP dalam hal ini .

Mungkin Guan Eng dan Para Strategist DAP sudah pun amat terasa bahawa " Bendera Biru 1 Malaysia " yang berkibar di seluruh daratan Pulau Pinang lebih menyerlah dari bendera Roket DAP . Malah kata Guan Eng - " Pakatan Rakyat is not threatened nor intimidated by the thousands of blue flags that have enveloped the state . We ( Pakatan Rakyat ) do not want to win on flags, but what we want is to win on voters " ( Star 30/4). Kepanikan Guan Eng juga terbayang apabila kata nya " I would rather use money that spent on flags to help people " . Kata-kata ini jelas membuktikan tahap " keyakinan " Guan Eng dan DAP untuk mengekal kuasa di Pulau Pinang sudah menurun ke tahap yang paling kritikal . Sebagai renungan kepada Guan Eng dan para strategist DAP ,dipetik kata-kata Sun Tzu - " Apa yang penting dalam peperangan adalah melumpuhkan rancangan strategik pihak musuh. Yang kedua penting memecahkan sekutunya secara diplomasi,kemudian barulah menyerang tenteranya " .


No comments:

Post a Comment