Malah ada kajian di buat oleh
pengkaji-kaji politik, mengatakan kemenangan DAP pada pilihanraya 2008 adalah
kerana pengundi memberi undi protes kepada Barisan Nasional dan
kepimpinannya,dan bukannya kerana DAP kuat ataupun pengundi-pengundi memang
menyokong perjuangan mereka tetapi pengundi mengundi adalah lebih kepada protes
kepada Barisan Nasional. DAP amat memahami situasi ini kerana mereka juga agak
terkejut dengan kemenangan tersebut dan bagi mereka peluang yang datang sekali
dalam sejarah mereka,kerana itu mereka terpaksa memikir dan mencari strategi
baru bag untuk mengekalkan kuasa di Pulau Pinang,Kedah,Selangor dan Kelantan negeri-negeri
yang di perintah oleh pembangkang.
DAP tahu , buat masa ini
persekitaran politik Malaysia masih tidak sesuai untuk pengunaan konsep
Malaysian Malaysia, dan untuk survival DAP, mereka perlu satu strategi baru
tapi tidak mengorbankan konsep tersebut. Kerana itu DAP terpaksa menukarkan
konsep dan perjuangan “Malaysian Malaysia” kepada slogan dan konsep baru tetapi
pengertian adalah sama dengan konsep “Malaysian Malaysia”.
Berdasarkan itu wujudlah konsep
“Middle Malaysia” dan “keadilan untuk semua”. Kedua-dua konsep membawa maksud
DAP telah berjuang ke arah mewujudkan masyarakat pelbagai kaum dengan
menawarkan peluang saksama dan keadilan untuk semua. Ini adalah juga tafsiran
dan makna kepada “Malaysian Malaysia” yang mendukung kepada kesamarataan kepada
semua kaum,walaupun DAP tahu apa yang ada dalam perlembagaan mungkin sukar di
terima oleh kaum-kaum tertentu. Tetapi DAP terus mendendang lagu lama tapi
dengan irama baru dan senikata baru. Yang menariknya irama dan senikata baru
nampak lebih menarik dan pada masa ini sudah ada ramai peminat yang meminati
irama ini, hingga ada yang sudah lalai seperti rakan-rakan mereka di dalam PR yang
juga terpaksa mengorbankan perjuangan mereka dan menerima alunan merdu irama
baru.
Apa irama yang DAP dendangkan?
Mereka mendendangkan irama perpaduan tulen untuk Malaysia dengan menyemaikan
persefahaman dan perpaduan di kalangan rakyat berteraskan prinsip memelihara
kepentingan bersama.Kata DAP perpaduan Negara mesti mencerminkan kesepakatan,
persefahaman serta muafakatan sejati antara kaum, budaya dan agama. Tidakkah
irama ini juga yang dibawa oleh konsep “Malaysian Malaysia” yang di perjuangkan
oleh DAP sejak dulu lagi, yang menolak kepada hak-hak tidak sama rata,yang
ketika itu inilah yang menyebabkan pertembungan antara DAP dan UMNO secara
tradisi dan dengan PAS secara sekali sekala.Dulu mungkin DAP agak radikal dalam
perjuangan tersebut,tetapi dengan mereka sebagai pemerintah di Pulau Pinang dan
hasrat mereka untuk ke Putrajaya mereka terpaksa mengunakan strategi lembut
dalam persekitaran politik pada masa ini.
Apakah senikata baru yang DAP bawa?
Perkataan popular sekarang yang di dalam kamus DAP ialah perkataan “RASIS”,
iaitu mana-mana orang yang mempersoalkan hak dan menyentuh tentang sejarah
bangsa dan kaum, mereka akan di anggap sebagai “RASIS”.Kata Guan Eng semasa
perutusan Hari Kemerdekaan ke 53 di dalam laman blognya, “Di kala DAP rapat dengan orang Melayu,
golongan rasis telah memutarbelitkan niat murni kami untuk memupuk persudaraan
dengan orang Melayu.Di kala DAP menghulurkan salam silaturahim kepada umat
Islam di Malaysia, kumpulan rasis yang sama itu memutarbelitkan hasrat suci
kami untuk bersahabat dan mengikat tali persudaraan dengan umat Islam. Di kala
DAP mengajak semua kaum di Negara ini, sama ada Melayu, Cina, India,
Kadazandusun, Iban dan sebagainya untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama
rendah, kumpulan-kumpulan rasis yang telah kehabisan modal terus membohongi
rakyat untuk memastikan usaha perpaduan tulen ini gagal”. Kenyataan ini juga
membukti bagaimana DAP mengunakan strategi " perpaduan tulen "
sebagai slogan untuk memenangi hati pengundi PRU 13 ,walaupun pada realitinya
perjuangan " Malaysian Malaysia " masih menebal dalam perjuangan
mereka.
Kata Guan Eng lagi, ”Mereka bertindak demikian kerana mereka
sedar bahawa politik secara pecah perintah dan syak – wasangka antara kaum
sudah tidak diterima lagi. Mereka bimbang mereka tidak akan menjadi relevan
lagi. Mereka takut kehilangan saki baki kuasa yang mereka pernah ada suatu
ketika dahulu.” Persoalanya adakah DAP " real " parti berbagai kaum
,sedangkan apa yang berlaku dalam DAP dan kenyataan-kenyataan bekas-bekas
pemimpin DAP yang di "buang " oleh DAP membuktikan DAP masih belum
menjadi parti untuk rakyat Malaysia,ia masih parti yang di dominankan oleh kaum
Cina.
Oleh itu tidak hairan lah mengapa
DAP mengunakan perkataan RASIS kepada semua tindakan balas yang di buat oleh BN
ataupun khususnya kepada UMNO. Maknanya apa saja kenyataan yang di buat oleh
UMNO atau BN samada untuk mempertahankan hak-hak orang Melayu dan membuat
analisa perbandingan dengan kaum lain,akan sentiasa dinilai oleh DAP sebagai
RASIS, kerana DAP menggunakan strategi seperti apa yang di nyatakan oleh Guan
Eng dalam para di atas.
Oleh itu amat jelas DAP amat bijak
dalam mengatur strategi mereka untuk mengekalkan kuasa mereka di Pulau Pinang,
dengan strategi men”silence”kan slogan “Malaysian Malaysia” dan mengetengahkan
konsep-konsep seperti “utamakan Malaysia” dan yang terbaru “Middle Malaysia”.
Dengan slogan dan konsep baru ini,slogan “Malaysian Malaysia” dihilangkan
secara terbuka tetapi secara tersirat ia masih menjadi tiang seri kepada
perjuangan DAP. Ini lah permainan dan strategi yang licik yang di mainkan oleh
Guan Eng dan DAP.
Betulkah DAP memperjuangankan "
perpaduan tulin " dan " keadilan untuk semua " sedangkan dalam
pemilihan DAP pun dapat dilihat trend pemilihan yang lebih kepada ahli kaum
Cina saja dan selepas kepimpinan DAP
sedar yang " corak " kepimpinan yang dilantik tidak mencermin
berbagai kaum,barulah kepimpinan DAP melantik pepimpin DAP Melayu secara
"lantikan" dan bukannya di pilih. Jelas DAP masih cakap tidak serupa
bikin dalam hal ini. Yang jelas strategi untuk melaksanakan "keadilan
untuk semua " adalah strategi untuk mengabui mata para pengundi PRU 13.
Strategi DAP ini juga telah di " share " bersama oleh PKR dan PAS
yang juga telah menerima pakai konsep " keadilan untuk semua ",
tetapi realitinya DAP,PKR dan PAS masih belum selesaikan perkara asas mereka
iaitu perjuangan Parti-parti masing-masing. Walau bagaimanapun DAP masih
dianggap berjaya dalam mengetengahkan konsep " Malaysian Malaysia "
melalui slogan "perpaduan tulin " dan "keadilan untuk semua
" sebagai teras Pakatan Rakyat .
Mungkin Para
Strategi DAP dalam PRU 13 telah mengunakan strategi dan taktik daripada pakar
Strategist Politik Amerika iaitu Karl Rove yang terkenal dengan " The Rovian
Playbook : Campaign Tactics " . Karl Rove telah dianggap sebagai " Bush' s Brain " yang telah "
orchestrated each of Bush'sucessful political campaigns ". Malah Obama
juga telah mengunakan " Karl Rove election strategy " untuk Obama
memenangi Jawatan Presiden Amerika untuk
kali kedua. Dalam hubungi analisa diatas , DAP telah mengunakan strategi "
Take the Offensive " dengan mengunakan analogy " of a track meet, the Rove team gets off the
starting blocks first to take control of the race. The opponent then spends the
reminder of the contest recovering from initial burst,trying to catcah up .
This approach throws BusH"s political opponents " off message ",
so that he/she cannot get their message across to the public. ".
No comments:
Post a Comment