Tuesday, April 23, 2013

PRU 13 : SIRI 11 ( Strategi Memburukkan Kerajaan BN : Satu Strategi " Blaming Game " Pakatan Rakaya )



Kata DSAI dengan bergitu yakin tetapi " desprate " - " Kerajaan baru akan mempastikan keyakinan di kalangan orang awam,pelabur dan pemegang saham melalui polisi ekonomi yang konsisten serta perincian keutamaan polisi. Perubahan kerajaan dapat memberi keseimbangan keperluan rakyat dalam pasaran bebas,manakala Malaysia dapat menjadi negara berdaya saing dalam pasaran bebas tanpa menindas golongan miskin " . (Suara keadilan 19/4/2013). Ini adalah satu kenyataan bagaimana DSAI cuba bermain strategi untuk membawa minda pengundi PRU 13 bahawa pada 5 Mei nanti mereka akan jadi Kerajaan mengambil alih Putrajaya. DSAI mengunakan strategi " maneuvers " untuk memaksa BN untuk "react " kepada kenyataan ini .

Bagi DSAI dan para strategist PR , mereka mahu supaya BN kelihatan bergitu lemah dan " ineffective " dalam menjawap persoalan tersebut. Mereka mahu BN dalam kedudukan " defensif " dan tidak mampu untuk melakukan " attacking " . DSAI pada masa ini telah cuba untuk " position" kan PR untuk berada di depan BN . Strategi " maneuvers " yang digunakan oleh para strategist PR, adalah strategi untuk menghilangkan fokas kepada para strategist BN. Ini kerana sudah tentunya para strategist BN akan sibuk untuk menjawap persoalan yang di timbulkan oleh DSAI dan Para strategist PR terutamanya isu-isu yang boleh mempengaruhi "minda " pengundi seperti isu aliran haram yang ditimbulkan oleh badan kewangan luar . Walaupun DSAI tahu isu ini telah pun di jawab didalam Parlimen tetapi mereka masih terus mengunakan isu ini . Sedangkan di parlimen perkara ini sudah pun diperdebatkan oleh DSAI dan para pemimpin pembangkang . Tetapi DSAI telah jadikan isu sebagai strategi "blaming game " untuk menjajah minda pengundi PRU 13 bahawa Kerajaan BN korup. 

Strategi DSAI dan para strategist PR ini dalam The Rovian Playbook ( Karl Rove adalah pakar strategi politik dalam era Bush dan era Obama ) disebut  sebagai " take the offensive " - " an aggresive approach that establishes the agenda of the campaign ,while putting their opponent on the defensive " . Makna nya DSAI dan para strategist PR telah mengunakan strategi dan tactik Rovian untuk mempastikan BN terkeluar dari landasan . Dengan semua pemimpin BN sibuk untuk menjawab semua isu-isu yang DSAI dan para pemimpin PR lontarkan dan ini akan menyebabkan BN akan kurang dalam menjelaskan hala tuju dan aku janji BN. Seolah-olah BN terlalu berdosa dengan rakyat diatas apa yang PR dakwakan. Ini taktik amat bahaya kepada BN . Sekiranya di biarkan untuk terus attack BN.

Oleh itu pada PRU 13 ini yang sudah bermula , DSAI dan PR telah mengunakan strategi tersebut di atas, dalam kempen seluruh negara . PR mengatakan Kerajaan BN korup dan kekayaan diberikan kroni BN saja , merecyclekan semua isu-isu lama sejak selepas Tsunami 2008 . Setiap malam PR terus berkempen dengan irama yang sama . Mereka mengatakan PR adalah bersih dan berintegriti. Sedangkan realitinya tidak . Persoalan isu - isu tersebut juga sudah dijawab dalam parlimen oleh pemimpin kerajaan dan juga siasatan juga telah dibuat oleh pihak berwajib termasuk SPRM . Semua ternyata tiada ada asas . Jadi sebagai melawan strategi PR dan DSAI ,BN harus pada permulaan kempen PRU 13 tidak perlu mengikut rentak mereka . BN jangan makan umpan dari pancing mereka . BN harus juga bermain " pancing " untuk mengumpan DSAI dan PR . Biarlah umpan PR itu disitu kerana lama kelamaan para pengundi akan menolak " umpan " tersebut kerana sudah muak dengan isu-isu tersebut.

BN pada masa ini terus " memancing " Pakatan Rakyat dengan strategi " attack " . BN boleh attack PR dengan isu-isu masa kini yang boleh menyebabkan para pengundi mula berfikir .  BN juga boleh mengunakan strategi "maneuvers  ".  Isu - isu seperti kegagalan Kerajaan DAP Pulau Pinang menjaga komuniti golongan miskin dalam isu rumah mampu milik , isu kerajaan negeri Pulau Pinang kedekut untuk berbelanja untuk mempastikan simpanannya tinggi sedangkan masalah kesejahteraan rakyat di serahkan kepada Kerajaan Persekutuan ( di komen oleh Laporan Audit Negara ), Isu pengunaan perkataan Allah SWT yang dibangkit oleh Guan Eng , Isu siapa Perdana Menteri Malaysia sekira PR memerintah, Isu Air di Selangor dan Kelantan - kerajaan PR yang tidak mampu menyelesai masalah rakyat, isu ketidakcekapan dalam pengurusan Kerajaan Negeri Kedah dan Kelantan hingga tanah-tanah dan balak diberikan kepada syarikat luar negara dan luar negeri Kedah dan Kelantan, isu pengangguran di Kelantan dan Kedah yang kritikal dan isu Ketua Menteri dan Menteri Besar yang banyak berpolitik " blaming " setiap kali ada kelemahan mereka  dan sentiasa menyalahkan UMNO dan BN yang menyebabkan perkara tersebut berlaku, boleh dijadikan bahan untuk strategi "atttacking " BN.

Semua isu-isu tersebut juga boleh menyebabkan DSAI dan PR akan berada dalam defensif . Dengan isu-isu tersebut didedahkan ia boleh menyebabkan para pengundi mula berfikir bahawa PR secara realitinya bukan satu parti alternatif yang baik ,malah masa diberikan sejak 2008 untuk buktikan keupayaan mereka di Kedah,Kelantan , Pulau Pinang dan Selangor ,tetapi mereka gagal untuk membuktikan  PR adalah alternatif untuk menyaingi Kerajaan BN . Kerajaan negeri Pakatan Rakyat bergerak atas kebergantungan kepada perancangan pembangunan Kerajaan Persekutuan BN . Nasib Kerajaan PR adalah baik di Pulau Pinang dan Selangor kerana kedua-dua negeri tersebut adalah salah satu negara yang maju atas dasar Kerajaan BN sebelum 2008 . Manakala Kedah dan Kelantan kedua negeri yang antara yang miskin,tetapi dengan dasar kerajaan BN kedua dua negeri tidak dianak tirikan oleh Kerajaan BN kerana pembangunan tetap masuk ke Kelantan dan Kedah. Ini strategi " attacking"  untuk membuatkan para pengundi membuat perbandingan  dan berfikir bahawa sekiranya mereka gagal sebagai Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat bolehkah mereka menjadi Kerajaan Persekutuan .

Dalam siri kempen pada minggu pertama ini, BN harus terus berada diposisi " attacking " dan jangan sekali-sekali BN berada dalam posisi "defensif " kerana bila BN berada di belakang pasti sukar untuk menyaingi PR . Kita akan terus membaca " minda " DSAI dan para strategist PR untuk hari-hari kempen yang baru berada pada hari keempat dan kita masih ada sepuluh hari lagi untuk terus berkempen . Dalam politik ,siapa yang bijak dalam strategi dan taktik ,maka dia lah akan menang .



No comments:

Post a Comment