Sunday, April 14, 2013

PRU 13 : SIRI 6 ( KUASA PENGUNDI BARU : KEARAH MANA ?)

 
 

Mengikut Datuk Wan Ahmad Wan Omar (Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) - " Seramai 2.3 juta atau 21.69 peratus daripada keseluruhan 13,291,385.00 orang yang layak mengundi pada PRU 13 merupakan pemilih baharu yang mengundi buat julung kalinya tahun ini "(Utusan Malaysia 4/4/2013). Katanya lagi "angka itu merupakan jumlah pengundi baharu paling tinggi pernah dicatatkan setakat ini". Beliau juga menyatakan "kelayakan kumpulan ini boleh menentukan kerajaan yang bakal menerajui negara, menjadikan mereka sasaran "pancing" parti-parti politik yang bertanding pada PRU 13 ini. Golongan itu merupakan kelompok yang tidak mengikut telunjuk orang lain. Walaupun mungkin bukan penentu keputusan dalam PRU 13 namun undi kumpulan itu pastinya akan memberi kesan besar dalam pertempuran kali ini yang disifatkan "ibu segala pilihanraya" (Utusan Malaysia 4/4/2013).

 
Manakala dalam penulisan Yong Yen Nie (Asiaone/news-Singapore Press Holding Portal) menyatakan - "Malaysia - call them the wild card in Malaysia's coming national election" and under the age of 40 and there are internet savvy,passionate about Malaysia's Future and more willing to experiment".  Azmi Hassan pula dalam ruangan Gerbang global Utusan Malaysia menyatakan - "Tidak dinafikan bahawa berlakunya apa yang dipanggil tsunami politik selepas PRU 2008 adalah antara penyebab utama kenaikan mendadak jumlah pengundi baru. Sememangnya pengundi baharu ini inginkan perubahan, iaitu kearah senario politik yang lebih sihat dan membina " (Utusan Malaysia 4/4/2013).

 
Amir Saifude Ghazali (Timbalan Pengarah Pusat Demokrasi dan Pilihanraya Universiti - Umcedel) telah menyifatkan mereka ini adalah "pengundi aras padar" dan menurut beliau - "mereka adalah golongan kelas menengah dan atasan, berpendidikan tinggi, berumur kurang 40 tahun dan majoritinya merupakan lepasan pusat pengajian tinggi. Mereka ini merupakan golongan kritikal kerana memilih parti berdasarkan prestasi, akses kepada maklumat selalu membuat perbandingan dan pemilihan yang rasional. Ini bermakna golongan ini akan hanya memberi undi kepada mana-mana parti yang boleh mempengaruhi mereka.  Jelasnya dari segi komposisi kaum, pengundi di atas pagar itu terdiri daripada Cina 53% dan Melayu 37% (Utusan Malaysia 5/4/2013).

 
Maknanya 2.3 juta pengundi "first timer" ini diakui oleh penganalisa-penganalis politik sebagai "kuasa" yang sangat kuat yang boleh mengubah dan menentukan keputusan PRU 13. Oleh itu pada masa ini parti-parti politik yang akan bertanding dalam PRU 13 telahpun memulakan perang psikologinya untuk bersaing memenangi hati pengundi-pengundi baru ini. Menurut  Pakar Strategist Pilihanraya DAP -  "oleh kerana 60% dari pengundi muda adalah berumur 30 tahun kebawah dan mereka ini adalah "internet savvy" DAP amat yakin mereka akan menyokong pembangkang seperti PRU 12". Manakala Azmi Hassan  berpendapat kuasa pengundi baharu PRU 13 yang pertama kali mengundi boleh "menamatkan" karier politik tiga pemimpin Vateran parti pembangkang iaitu Lim Kit Siang (Johor), Anwar Ibrahim (Pulau Pinang/Perak) dan Nik Aziz (Kelantan) yang secara lojiknya sememangnya sudah lama patut berundur. Ini kerana pada pendapat Azmi Hassan kuasa pengundi baru boleh membawa "wave" bahawa sudah sampai masanya pemimpin muda harus di beri peluang untuk bertanding. (Utusan Malaysia 4/4/2013).

 
Menurut Kajian yang dilaksanakan oleh Umcedel sepanjang 2011 - Januari 2013 mendapati, jumlah pengundi muda yang mahu mengundi BN adalah 42 % dan Pakatan Pembangkang adalah 37%. Manakala 21% masih tidak pasti untuk memilih BN ataupun Pakatan Pembangkan (kumpulan atas pagar). Hasil kajian juga mendapati pengundi-pengundi di atas pagar ini tidak dapat menyatakan pendirian parti politik pilihan mereka kerana tidak yakin dengan ahli politik, institusi politik, politik sedia ada dan politik gagal menarik minat mereka. (Utusan Malaysia 5/4/2013).

 
Dari kajian di atas menunjuk peluang BN adalah lebih cerah untuk diyakini oleh pengundi-pengundi muda (42%) di bandingkan dengan Pakatan Rakyat (37%). Walaubagaimanapun persaingan yang sengit akan tetap berlaku antara BN dan Pakatan Rakyat untuk mengatur strategi politik untuk menawan hati pengundi muda (21%). Sebagai renungan kita  petik kenyataan Perdana Menteri Najib Tun Razak - "Sama ada anda adalah pengundi kali pertama atau telah mengundi sebelum ini, masanya telah tiba untuk menentukan masa depan negara. Saya harap anda membuat pilihan yang tepat ".

No comments:

Post a Comment