Thursday, April 4, 2013

PESANAN UNTUK PENGUNDI CINA PULAU PINANG

 
 
Tsunami 2008 telah memberi rezeki terkejut kepada GUAN ENG dan DAP di Pulau Pinang. DAP dan Pakatan Rakyat telah menjadikan kerajaan di Pulau Pinang dan Guan Eng anak jati bukan Pulau Pinang di angkat menjadi Ketua Menteri yang baru ketika itu. Banyak kajian dibuat ketika itu untuk mengkaji kenapa secara drastik BN tewas mengejut di Pulau Pinang. Sedangkan rekod BN adalah amat cemerlang dengan menjadikan Pulau Pinang sebagai antara negeri yang terkaya dan maju di MALAYSIA. Tetapi BN kalah pada PRU 12 di Pulau Pinang.
 
 
Kajian-kajian telah membuktikan bahawa kekalahan BN Pulau Pinang terutamanya kekalahan " tanpa kerusi " oleh Gerakan dan MCA adalah berpunca daripada sentimen emosi protes majoriti pengundi-pengundi PRU 12 terhadap "janji tidak ditepati" oleh Kerajaan BN dan juga "ditambah nilai kebencian " dan " anti UMNO " yang terlalu ekstrim yang di pupuk oleh DAP dan Guan Eng sejak september 2007 hingga semasa berkempen dalam PRU 12. Malah kajian memperlihatkan 70% daripada responden dalam kajian ini kurang berpuas hati dengan cara kerajaan menangani masalah ekonomi. Oleh itu kajian-kajian tersebut membuktikan kekalahan BN bukan kerana kekuatan Guan Eng dan DAP atau kerana DSAI dan Pakatan Rakyat, tetapi kerana kelemahan jentera BN dan dasar-dasar BN ketika itu. Tetapi ada juga kajian-kajian yang dibuat menunjukkan kemenangan Guan Eng dan DAP serta Pakatan Rakyat di Pulau Pinang adalah kerana nasib semata-mata. Oleh itu tidak hairanlah ada pemimpin DAP Pulau Pinang terkejut dan sangat-sangat terkejut apabila SPR mengumumkan kemenangan 29 kerusi kepada Pakatan Rakyat dan mereka boleh membentuk kerajaan Pulau Pinang.
 
 
Berdasarkan itu pengundi-pengundi Cina Pulau Pinang yang terkenal sejak dulu lagi mempunyai "budaya politik" yang sukar dijangkakan dan juga yang sering berubah-berubah pola pengundian mereka, tetapi pada PRU 13 masih belum boleh menjangkakan pola pengundian mereka. Walaupun begitu Guan Eng dan DAP yang sekarang ini mempunyai 19 kerusi DUN majoriti pengundi-pengundi Cina masih amat yakin yang 19 kerusi ini tetap akan menjadi milik DAP dan tidak boleh digugat oleh Gerakan ataupun MCA. Ini bermakna Guan Eng dan para strategist DAP telah melakukan semua langkah-langkah strategi "untuk mengekalkan kuasa" di 19 DUN tersebut dengan strategi "memberi dan menerima" di DUN-DUN tersebut selama 5 tahun mereka berkuasa. Tetapi sejak 5 tahun, BN Pulau Pinang dan Perdana Menteri cuba memasuki minda pengundi-pengundi Cina Pulau Pinang supaya kembali berfikir bahawa kesejahteraan yang di rasai sekarang adalah warisan dan hasil usaha daripada dasar-dasar kerajaan BN terdahulu. Oleh itu rakyat Pulau Pinang terutamanya para pengundi Cina boleh merasa nikmat dan kesejahteraannya pada masa ini dan pastinya janji BN Pulau Pinang akan terus membina Pulau Pinang yang sejahtera dengan pembangunan yang berstruktur sekiranya BN kembali memerintah Pulau Pinang.
 
 
Pengundi-pengundi Cina Pulau Pinang wajib berfikir dan membuat pertimbangan, nikmat pembangunan di Pulau Pinang yang akhirnya mendorong kepada kesejahteraan ekonomi Pulau Pinang adalah kerana dasar-dasar jangka panjang Kerajaan BN terdahulu. Nama-nama pemimpin besar BN seperti Tun Lim Chong Eu dan Tan Sri Koh Tsu Koon adalah arkitek pembangunan Pulau Pinang bukannya Guan Eng. Guan Eng hanya menjadi penerus kepada landasan yang telah sedia ada. Pengundi-pengundi Cina perlu berfikir sejenak, sejak 5 tahun yang lepas apakah landasan baru yang di bawa oleh Guan Eng ? Adakah CAT, Laluan Bawah Laut ataupun dasar jimat kerajaan negeri adalah sebagai landasan baru DAP? Masihkah pengundi-pengundi Cina Pulau Pinang ingat janji-jani Guan Eng dan DAP sebaik saja memenangi PRU 12? Jawapannya ialah "janji tidak ditepati " oleh Guan Eng.
 
 
Realitinya kepada pengundi-pengundi Cina adalah Guan Eng dan DAP sedang bermain strategi politik dalam survival mereka di Pulau Pinang. Mereka bermain politik dalam dasar CAT, yang telus kepada syarikat-syarikat gergasi tertentu sahaja yang juga boleh dipersoalkan tindakan mereka. Dasar Jimat cermat Kerajaan Negeri yang tidak mahu berbelanja untuk pembangunan rakyat yang akhirnya menyusahkan rakyat dan ini bukan dasar yang baik kerana membiarkan rakyat menangung penderitaannya. Mungkin dasar kerajaan Guan Eng ialah untuk mengurang difisit tapi impaknya rakyat yang tanggung masalahnya. Tetapi sekiranya peruntukan diberi untuk berbelanja kepada pembangunan rakyat sudah pasti ia dapat mengurang masalah rakyat. Barulah ialah adalah dasar berbelanja yang berhemat seperti apa yang pernah di buat oleh Ketua Menteri BN dahulu.
 
 
Sekiranya pembinaan laluan bawah laut yang menjadi agenda Guan Eng untuk menyelesai masalah kesesakan jalan raya, sedangkan pembinaan Jambatan Pulau Pinang kedua belum beroperasi tapi kajian sudah boleh membuktikan Jambatan ini boleh selesaikan masalah tersebut, jadi apa perlunya laluan yang kosnya cukup tinggi dan membazir serta mengancam alam sekitar dibina. Kata Teng (Pengerusi BN Pulau Pinang) -" The direction of the state is actually aimless. They dont have any policy or blue print for Penang "(NST 10/6/2012). Oleh itu Guan Eng dan DAP sentiasa mempunyai dilema dalam setiap tindakan mereka.
 
 
Para pengundi-pengundi Cina Pulau Pinang perlu ingat bahawa Guan Eng dan DAP cuba bermain " mind game " dengan mereka. Ini kerana apabila Guan Eng dan DAP sudah memasuki "tempuh" nyawa-nyawan ikan, baru mereka mula mengistiharkan yang Kerajaan DAP dan Pakatan Rakyat Pulau Pinang akan melaksanakan projek mega seperti "The Undersea Tunnel", Jalan Lebuhraya di Pulau Pinang (kedua-dua projek yang kos masih kita keliru samada RM 8 billion atau RM 6.3 billion ataupun RM 4.8 billion ) dan pengumuman untuk Projek "The Penang Paradigm 2013-2023. Semua program ini di umumkan diambang PRU 13. Persoalannya kenapa Guan Eng dan DAP tak umumkan pada tahun 2008 sebaik saja mereka menang ataupun pada 2009 selepas setahun mereka menang PRU 12. Inilah kelemahan ketara Kerajaan Guan Eng dan DAP Pulau Pinang.
 
 
Semua analisa tadi, jelas bercorak dan bermatlamatkan politik Guan Eng dan DAP yang cuba mempertahan survival untuk terus bertapat di Pulau Pinang. Para pengundi Cina  perlu tahu dan perlu ingat bawa kunci pembangunan Pulau Pinang masih seperti pasaran saham yang boleh naik dan boleh turun bila-bila masa. Kerajaan Pulau Pinang bukan nya yang menyimpan kunci pembangunan tersebut. Tetapi yang menyimpannya masih lagi kerajaan Pusat. Kerajaan Pusat yang menjadi penjaga gate nya (gate keeper) yang akan menentukan pembangunan Pulau Pinang. Mereka perlu ingat banyak projek-projek besar di Pulau Pinang adalah projek Kerajaan Persekutuan yang lakukan dan Kerajaan Persekutuan tidak melakukan diskriminasi kepada rakyat Pulau Pinang walaupun majoritinya memilih DAP dan Pakatan Rakyat. Sebagai renungan kepada PARA PENGUNDI CINA PULAU PINANG kita petik kata-kata Teng Pengerusi BN Pulau Pinang - " I have a vision for developing Penang " dan " The previous leadership has laid the foundation and we will buil on it" (NST 10/6/2012) . Persoalannya perlukah Pengundi-pengundi Cina memilih Guan Eng, DAP dan Pakatan Rakyat dalam PRU 13 atau perlukah Pengundi-pengundi Cina mengekalkan Pakatan Rakyat menjadi kerajaan Negeri selepas PRU 13 selepas kegagalan mereka.

No comments:

Post a Comment