Monday, August 29, 2011
Salam Aidilfitri 1432H dan Salam Kemerdekaan Ke 54
Friday, August 26, 2011
BOLEHKAH GUAN ENG DAN DAP PULAU PINANG MEMBERIKAN KERUSI KETUA MENTERI PULAU PINANG KEPADA ORANG MELAYU ?
Pak Zad tertarik untuk membicarakan satu teori berdasarkan satu analisis andaian,dengan mengemukakan persoalan sama ada Guan Eng dan DAP boleh memberikan kerusi Ketua Menteri Pulau Pinang kepada pemimpin Melayu DAP ataupun pemimpin Melayu Pakatan Rakyat daripada DAP, PKR atau PAS sekiranya mereka menang PRU 13,dengan kerusi Melayu DAP dan PKR/PAS menjadi majoriti dalam pada masa itu.
Teori Andaian PRU13 DUN Pakatan Rakyat Pulau Pinang Mendapat Kerusi Majoriti ( Kerusi Pemimpin Melayu Pakatan Rakyat VS Kerusi Pemimpin Cina/India Pakatan Rakyat )
Parti Pakatan Rakyat | Kerusi Melayu Yang Menang |
DAP | 3 |
PKR | 8 |
PAS | 5 |
Jumlah | 16 |
| |
PKR | 2 ( Kerusi Cina/India ) |
DAP | 8 ( Kerusi Cina/India ) |
Jumlah | 10 |
TOTAL | 26 |
Sebagai renungan dan imbas kembali, Guan Eng pernah mengeluarkan satu kenyataan pada beberapa bulan yang lepas iaitu “ sekiranya BN menang dalam PRU yang akan datang,BN akan melantik Ketua Menteri dikalangan pemimpin UMNO(Melayu)”. Kenyataan ini adalah satu strategi politik Guan Eng bagi mengingatkan pengundi-pengundi Cina impak PRU akan datang sekiranya BN menang maknanya UMNO akan jadi Ketua Menteri,sudah tentunya strategi ini memberi satu kesan minda yang mendalam kepada pengundi-pengundi Cina Pulau Pinang,yang selama ini sejak merdeka tidak pernah adanya Ketua Menteri Pulau Pinang di kalangan pemimpin Melayu.
Kenyataan Guan Eng ini kemudian di sambut dengan kenyataan balas oleh Pemimpin UMNO negeri Dato Zainal Abidin Osman sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Pulau Pinang yang menolak dakwaan Guan Eng dengan mengatakan bahawa BN tetap akan menghormati pemuafakatan dalam BN seperti status quo yang ada sejak dulu lagi. Maknanya BN telah memberi satu jaminan perkara yang Guan Eng sebutkan tidak akan berlaku. Ini jelas pada analisa Pak Zad, Guan Eng cuba bermain strategi untuk ‘slow’kan strategi UMNO yang bergitu aktif dalam strategi menawan semula Kerajaan Pulau Pinang, dan dilihat oleh Guan Eng sebagai satu ancaman kepada DAP Pulau Pinang.
Daripada mukadimah awal diatas,Pak Zad cuba mengemukakan senario “ kerusi Ketua Menteri Pulau Pinang diberi kepada pemimpin Melayu”,dengan mengemukakan senario tersebut dicetuskan oleh Guan Eng sendiri baru-baru ini. Tetapi sebagai satu teori baru yang akan berasaskan satu analisa andaian, Pak Zad nak mengemukan persoalan bagaimana pula sekiranya pada PRU 13 akan datang kerusi Melayu DAP dan kerusi Melayu PKR/PAS menjadi majoriti dalam keseluruhan kerusi-kerusi Pakatan Rakyat. Sanggupkah Guan Eng dan DAP menyerahkan kerusi Ketua Menteri Pulau Pinang kepada Pemimpin Melayu? .
Pak Zad cuba menyelami minda Guan Eng dan para strategist politik DAP dalam menjawab persoalan diatas. Pak Zad akan cuba membuat analisa berdasarkan kepada teori kemungkinan dan andaian. Teori Kemungkinan yang pertama ialah kalau dilihat dari segi sejarah politik Pulau Pinang sejak merdeka lagi kerusi Ketua Menteri Pulau Pinang tidak pernah terlepas ketangan UMNO. Walaupun ada ketika-ketikanya UMNO telah memenangi kerusi DUN lebih besar daripada Gerakan dan MCA,tetapi UMNO masih menghormati semangat BN iaitu setiakawan,UMNO rela dengan hati terbuka tetap menyerahkan kerusi Ketua Menteri kepada Gerakan. Jadi adakah Guan Eng dan DAP sanggup berbuat demikian seperti UMNO lakukan dengan memberikan kerusi tersebut kepada Pemimpin Melayu DAP, PKR/PAS? Dalam hal ini Pak Zad sandarkan kepada sejarah politik Pulau Pinang,sukar bagi Guan Eng berbuat demikian kerana Guan Eng dan DAP mungkin tak mahu mencipta sejarah iaitu Guan Eng dan DAP Pulau Pinang menjadi pemula kepada penyerahan kerusi Ketua Menteri kepada Pemimpin Melayu.
Teori Kemungkinan yang kedua pula ialah kalau kita melihat dari segi situasi semasa kini iaitu Guan Eng dan DAP telah memecah sejarah politik Malaysia moden dengan DAP buat pertama kali sejak penubuhan 1964 yang telah bertanding dalam PRU sejak 1964,inilah pertama kali parti DAP dapat menguasai pemerintahan sebuah negeri di Malaysia iaitu Pulau Pinang dan negeri Pulau Pinang pula adalah antara 3 buah negeri( Melaka dan Perak) yang tercatat dalam agenda untuk DAP menawan ketiga-tiga negeri ini. Oleh kerana ia adalah kerajaan DAP yang pertama dan Guan Eng dan DAP cuba menonjolkan diri untuk menjadi ‘ the best Ketua Menteri’ dan ‘ the best and good State Goverment’ (sejak kebelakangan ini sentiasa mendakwa mereka adalah terbaik daripada kerajaan BN di Pulau Pinang di era Tun Lim Chong Eu dan era Tan Sri Koh Tsu Koon ,walaupun boleh di persoalkan dan di perdebatkan),sudah tentu Guan Eng dan DAP tak sanggup untuk menyerahkan kepada pemimpin Melayu Pakatan Rakyat dan sudah tentunya ada kemungkinannya Guan Eng dan DAP akan mengunakan strategi yang sama di buat oleh BN iaitu menghormati semangat setiakawan dalam Pakatan Rakyat dan menerima sejarah politik Pulau Pinang untuk meminta ‘special treatment’ diberi agar kerusi Ketua Menteri Pulau Pinang terus di kekalkan kepada Guan Eng dan DAP,dengan perkataan lain kepada pemimpin Cina.
Teori Kemungkinan yang ketiga ialah sanggupkah Guan Eng dan DAP melanggar kepercayaan pengundi-pengundi Cina yang majoriti di 28 DUN Pulau Pinang yang telah mengundi DAP sejak 2008 yang pastinya mahukan Guan Eng dan DAP terus menerajui kerusi Ketua Menteri. Lebih pentingnya lagi ialah amanah yang di berikan oleh pengundi-pengundi Cina supaya dengan Guan Eng dan DAP menerajui kepimpinan kerajaan Negeri,kepentingan masyarakat Cina sebagai penduduk yang majoriti di Pulau Pinang akan di jaga kepentingannya. Kemungkinan di atas sudah tentu mengujudkan satu situasi serba salah dan dilema kepada Guan Eng dan DAP,sama ada mereka nak keluar dari situasi bersadarkan kepentingan kaum atau berpegang kepada perjuangan keadilan sosial yang menjadi tiang perjuangan DAP yang di lancarkan pada 2006 iaitu “ middle path”. Tetapi Pak Zad jangkakan Guan Eng dan DAP akan memilih survival politik mereka dulu iaitu untuk terus kekalkan kerusi Ketua Menteri kepada pemimpin Cina DAP.
Bagi Pak Zad,dari ketiga-tiga teori kemungkinan tersebut yang telah dianalisa sebagai satu jawapan kepada persoalan sama ada Guan Eng dan DAP sanggup untuk menyerahkan kerusi kepada pemimpin Melayu DAP,PKR ataupun PAS. Yang jelas daripada analisa di atas ia boleh memberi satu cabaran kepada Guan Eng dan DAP sama ada ikhlas atau tidak dalam mengiktiraf kepimpinan Melayu dalam saf kepimpinan Pakatan Rakyat.
Tuesday, August 23, 2011
BOLEHKAH DAP PULAU PINANG MENANG TANPA PENGUNDI CINA?
Pilihanraya Sarawak ke 10 yang lepas, telah membuktikan DAP adalah parti politik dominan untuk pengundi-pengundi Cina Bandar. DAP telah memenangi 12 kerusi dari 15 kerusi yang di tandingi dan mengalahkan SUPP, (termasuk Presidennya juga tewas) di tangan DAP di semua 12 kawasan tersebut. Bagi Presiden MCA pula, senario ini amat kritikal kerana baginya ia sekali lagi membukti masyarakat Cina Bandar masih mempunyai trend yang sama dengan pemikiran pengundi Bandar di Semenanjung seperti apa yang berlaku pada PRU yang lepas .
Sejak PRU 2008 banyak tulisan wartawan-wartawan dan penganalisa politik telah berpolimik dalam surat-surat khabar, bagi memberi pandangan mengenai senario luar biasa DAP dan sekali lagi DAP buktikan pada pilihanraya Sarawak ke 10 yang lepas . Paling menarik untuk Pak Zad analisakan ialah sekiranya kita ambil kira keputusan di Sarawak dan dilihat dengan perkembangan politik di Pulau Pinang yang pada masa ini menampakkan Guan Eng dan DAP lebih dominan daripada Gerakan dan MCA Pulau Pinang,maka amat sukar bagi UMNO dan MIC serta BN untuk merampas kembali Pulau Pinang daripada Guan Eng dan DAP.
Analisa diatas amat mudah kerana keputusan PRU 2008, semua kerusi majoriti pengundi Cina (19 kerusi) di menangi oleh DAP dan semua kerusi yang majoriti campur(9 kerusi) dimenangi oleh PKR ,maknanya dalam pemikiran para strategi DAP Pulau Pinang mereka cukup mudah boleh mengekalkan kuasa untuk terus memerintahkan Pulau Pinang kerana DAP boleh mengekal 19 kerusi yang dimenanginya dan mungkin boleh berharap 5 atau tujuh kerusi daripada PKR ataupun PAS. Pak Zad begitu yakin dengan apa yang ada di minda para strategist politik DAP dan strategi-strategi yang di guna pakai oleh Guan Eng dan DAP sekarang iaitu memenangi hati pengundi Cina Pulau Pinang dan strategi ‘attack and blaming’ kepada UMNO dan Gerakan Pulau Pinang kepada apa yang berlaku di Pulau Pinang.
Jadi adalah jelas pada masa ini,DAP berada di hati pengundi-pengundi Cina di semua kawasan majoriti Cina dan Gerakan dan MCA tak berupaya untuk menyekat keadaan ini. Oleh itu dalam politik Pulau Pinang penentu kepada kemenangan untuk memerintah kerajaan negeri nampaknya berada di tangan pengundi-pengundi Cina terutamanya di 19 buah kawasan yang di menangi oleh DAP yang majoritinya pengundi Cina dan juga kawasan campuran majoriti yang juga pengundi Cina (dimana daripada 9 kerusi yang PKR menang terdapat 6 kerusinya di menangi oleh calon Cina dan India). Jelas pengundi Cina adalah penentu kepada kemenangan ini.
Pak Zad cuba membuktikan dari analisa keputusan PRU 2008, terdapat 8 DUN yang mempunyai majoriti melebihi 80% pengundi Cina, DAP telah memenanginya dengan amat selesa,manakala 3 DUN yang mempunyai majoriti melebihi 70 % pengundi Cina, DAP dan PKR telah menanginya dengan amat selesa,manakala 5 DUN yang mempunyai majoriti 60 % pengundi Cina, juga DAP telah memenanginya dengan undi yang amat selesa. Manakala 7 DUN yang mempunyai majorit 50 % pengundi Cina telah dimenangi oleh DAP dan PKR dengan amat selesa.
DUN Pulau Pinang yang Mempunyai Lebih 80% Pengundi Cina
Bil. | DUN | % | Parti Yang Menang |
1 | N7 SUNGAI PUYU | 86.93 | DAP |
2 | N13 BERAPIT | 85.32 | DAP |
3 | N15 PADANG LALANG | 82.97 | DAP |
4 | N23 AIR PUTEH | 82.13 | DAP |
5 | N27 PENGKALAN KOTA | 94.74 | DAP |
6 | N28 KOMTAR | 82.71 | DAP |
7 | N31 BATU LANCANG | 86.84 | DAP |
8 | N34 PAYA TERUBUNG | 83.84 | DAP |
DUN Pulau Pinang yang Mempunyai Lebih 70% Pengundi Cina
Bil. | DUN | % | Parti Yang Menang |
1 | N24 KEBUN BUNGA | 76.69 | PKR |
2 | N25 PULAU TIKUS | 77.28 | DAP |
3 | N26 PADANG KOTA | 76.78 | DAP |
DUN Pulau Pinang yang Mempunyai Lebih 60% Pengundi Cina
Bil. | DUN | % | Parti Yang Menang |
1 | N8 BAGAN JERMAL | 68.61 | DAP |
2 | N18 BUKIT TAMBUN | 67.98 | DAP |
3 | N22 TANJUNG BUNGA | 61.05 | DAP |
4 | N32 SERI DELIMA | 64.61 | DAP |
5 | N33 AIR HITAM | 69.95 | DAP |
DUN Pulau Pinang yang Mempunyai Lebih 50% Pengundi Cina
Bil. | DUN | % | Parti Yang Menang |
1 | N9 BAGAN DALAM | 52.51 | DAP |
2 | N14 MACHANG BUBUK | 50.82 | PKR |
3 | N19 JAWI | 57.14 | DAP |
4 | N20 SUNGAI BAKAP | 57.25 | PKR |
5 | N29 DATO KERAMAT | 57.14 | DAP |
6 | N30 SUNGAI PINANG | 57.25 | DAP |
7 | N35 BATU UBAN | 58.31 | PKR |
Apa yang cuba Pak Zad nyatakan di atas, terdapat 23 kerusi DUN yang mempunyai antara 50 % - 80 % majority pengundi Cina pada pilihanraya umum 2008 telah dimenangi oleh DAP(19 kerusi) dan PKR(4 kerusi). Pada pandangan Pak Zad kawasan-kawasan (23 kerusi) adalah penentu kepada Guan Eng dan DAP samada boleh kembali memerintah Pulau Pinang ataupun tidak. Tetapi dengan perkembangan terkini dengan BN menyandarkan harapan kepada Gerakan dan MCA Pulau Pinang ia mungkin amat sukar untuk Gerakan dan MCA untuk merobohkan benteng DAP di 23 kawasan ini. Oleh itu, persoalan bolehkah DAP menang tanpa pengundi Cina? jawapan yang boleh Pak Zad berikan ialah DAP masih amat mengharap pengundi Cina dalam survival mereka untuk terus memerintah kerajaan Pulau Pinang dalam PRU yang akan datang.
Friday, August 19, 2011
GUAN ENG DAN DAP BERBULAN MADU DI PULAU PINANG
Maknanya Guan Eng hanya di cabar oleh orang Melayu melalui NGO Melayu dan juga daripada Parti Politik Melayu iaitu UMNO. Tapi dalam pengamatan Pak Zad dengan kerusi majoriti Cina adalah lebih 20 kerusi,ancaman dari NGO Melayu dan UMNO tidak memberi apa-apa kesan pada Guan Eng dan DAP,kerana itu Guan Eng dan DAP amat selesa dan boleh berhoney moon. Guan Eng tahu yang paling penting dalam strategi survival untuk PRU 13 adalah mengekal penguasaan DAP di 19 kerusi yang dimenanginya dan kerusi majoriti Cina yang di menangi oleh PKR dalam PRU 12. Bagi mereka ia tiada mustahil dan amat yakin tiada masalah kerana itu mereka boleh berhoney moon.
Jadi jelas Guan Eng dan DAP tiada persaingan yang hebat untuk mendapatkan undi pengundi Cina di kawasan majoriti Cina kerana itu mereka “berhoney moon” sakan dan amat” confidence” untuk menang sekiranya Dato Seri Najib umumkan PRU 13 hari ini. Pak Zad anggap Gerakan dan MCA Pulau Pinang tidak serius dalam peperangan dengan DAP untuk memenangi hati pengundi Cina di kawasan majoriti Cina. Kita boleh lihat sejak PRU 2008 hingga hari ini apa yang di buat oleh Gerakan dan MCA dalam mengembalikan keyakinan pengundi Cina kepada BN, jawabnya tiada yang berkesan dan kalau adapun hanya melepaskan batuk di tangga. Tidak ada satu perancangan yang sistematik dan strategi yang menyeluruh yang dibuat oleh Gerakan dan MCA Pulau Pinang. Ini lah Pak Zad katakan Gerakan dan MCA Pulau Pinang sudah nyawa-nyawa ikan yang di jangkakan sekiranya tewas lagi dalam PRU 13,maka tamat lah pengaruh Gerakan yang selama ini telah menjadikan Pulau Pinang sebagai ‘ base’ mereka sejak 1969 mengambil alih jawatan ketua Menteri dari MCA (Ketua Menteri Pertama Pulau Pinang dari MCA) dan MCA pula yang juga bercita-cita untuk kembali mengambil alih kerusi Ketua Menteri juga boleh mengucapkan selamat tinggal ‘ no way’ untuk MCA bagi mendapatkan kerusi yang amat empok kepunyaan Guan Eng dan DAP.
Tidak hairanlah pada masa ini,sudah ada suara-suara dari dalam BN dan luar BN (ahli Parlimen Nibung Tebal dan ahli Parlimen Bayan Baru) telah mencadangkan pemimpin besar Gerakan Koh Tsu Koon yang juga Pengerusi BN Pulau Pinang supaya mengundur diri,dengan alasan-alasan yang sama seperti apa yang dinyatakan oleh Pak Zad, Tsu Koon sudah tiada taring langsung tak boleh melawan Guan Eng dan DAP. Tsu Koon tak dak idea dan strategi baru sejak kalah PRU 2008 kerana itu Gerakan terlalu ‘ slow’ untuk memenangi hati pengundi Cina. Malah ini yang menyebabkan gerak gempur BN tak berapa berkesan dan yang berkesan ialah gerak gempur UMNO untuk memenangi pengundi Melayu Pulau Pinang dan kerana itu angin perubahan untuk pengundi Melayu sudah pun peratusan tinggi berubah kepada UMNO dan BN,tetapi kegagalan Gerakan dan MCA Pulau Pinang sukar untuk BN mendapat undi Cina di kawasan majoriti Cina.Pak Zad nak cabar para strategi Gerakan dan MCA buat kajian sendiri kalau tak percaya bahawa mereka telah menyebabkan Guan Eng dan DAP ‘ berhoney moon’ .
Mungkin kerana faktor untuk menyaingi Guan Eng dan DAP ,Gerakan dan MCA Pulau Pinang terpaksa mengunakan strategi yang sama dengan Guan Eng dan DAP iaitu mengunakan pendekatan untuk mempersoalkan isu-isu yang ada kaitan dengan hak istimewa Melayu termasuk dasar-dasar dan polisi yang di khas kepada orang-orang Melayu. Mereka terpaksa mengunakan isu ini bagi mendapat semula kepercayaan pengundi-pengundi Cina. Tidakj hairan isu-isu pemberian biasiswa kepada anak-anak Cina cemerlang yang tidak mendapat biasiswa JPA baru-baru ini adalah manifestasi dari isu pendekatan menyaigi DAP ,dengan matlamat untuk menjadi ‘ the champion’ kepada orang-orang Cina dan Gerakan dan MCA memainkan isu ini,walaupun strategi ini amat berbahaya kerana ia mungkin menyinggung rakan mereka dalam UMNO tetapi mereka mengunakan juga strategi ini. Yang penting mereka perlu bersaing dengan DAP dalam mendapatkan undi Cina.
Walaupun pada akhirnya mereka berjaya untuk membuka peluang biasiswa tersebut dengan mendapat perhatian JPA dan terdapat perubahan selepas campurtangan daripada Perdana Menteri,tetapi strategi ini nampaknya bukan satu strategi yang baik kerana ia menampakan satu persaingan antara rakan-rakan dalam BN dan mereka terlupa sedikit iaitu musuh utama mereka adalah DAP. Jadi persoalan untuk menamatkan isu Guan Eng dan DAP ‘berhoney moon’ masih tidak terjawab. Guan Eng dan DAP Pulau Pinang masih mampu tersenyum kerana Gerakan dan MCA Pulau Pinang masih terus tidur dan lambat terjaga. Persoalannya bilakah Gerakan dan MCA Pulau Pinang akan mampu untuk melawan dengan Guan Eng dan DAP,susah Pak Zad nak jawab,tetapi pada masa ini BN Pulau Pinang boleh mengharap kepada UMNO dan MIC Pulau Pinang. Jadi Guan Eng dan DAP akan terus ‘ enjoy’ ‘honey moon,’ mereka sehingga PRU 13.