Apabila Guan Eng menyatakan dalam Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang " Sekiranya UMNO kembali berkuasa, saya rasa semua kuil Hindu terancam " ( utusan Malaysia (Awang selamat) 13 mei 2012). dan ini menyebabkan semua 10 adun BN keluar dewan untuk membantah kenyataan tersebut.
Persoalan timbul, kenapa Guan Eng membuat kenyataan tersebut sedangkan Guan Eng amat memahami yang kenyataan tersebut akan ditafsirkan sebagai kenyataan yang berunsur " rasist" Dan Akan ditentang hebat oleh UMNO mungkin juga orang-orang Melayu Pulau Pinang.
Malah persoalan juga timbul kenapa pula Guan Eng Cuba untuk melaga-lagakan antara UMNO dan orang Melayu dengan penganut agama Hindu Dan orang-orang India. Atau adakah Guan Eng cukup yakin bahawa DAP dan Kerajaan Negeri mendapat undi " solid " Dari orang-orang Cina Pulau Pinang kerana itu dia tidak mengeluarkan kenyataan untuk mengutuk Gerakan ataupun MCA kerana Guan Eng tahu MCA dan Gerakan bukan ancaman kepada DAP.
Ketiga-tiga persoalan tersebut adalah berakarkan kepada satu strategi politik Guan Eng dan DAP iaitu provokasi " untuk menguasai minda pemimpin-pemimpin BN dan para strategi BN. Apa pun yang berlaku Guan Eng telah berjaya membina persepsi iaitu UMNO adalah penyebab kepada " musnahnya kuil Hindu " (seperti kenyataan di DUN) Dan ditambah lagi dengan kenyataan untuk membina " persepsi " sekira UMNO memerintah Pulau Pinang banyak lagi kuil Hindu akan di robohkan. Mungkin strategi Guan Eng ialah untuk merobohkan tahap kenyakinan orang India kepada UMNO dan akhirnya pengundi kaum India akan kembali kepada pakatan rakyat. Ini mungkin impak yang cuba Guan Eng lakukan , satu strategi yang cukup baik dan berkesan.
Apakah 10 org ADUN Umno Pulau Pinang akan " menyerang terus menyerang " Guan Eng dan menjadikan ia sebagai strategi politik ? Ya di peringkat awal tapi tidak consistant diperingkat pertengahan dan akhir. Tiada strategi " follow up " untuk pastikan ia menjadi strategi berkesan dalam menekan Guan Eng . Yang jelas UMNO terlepas peluang yang terbuka untuk " attack " Guan Eng dan DAP.
Tetapi Guan Eng berjaya membina " persepsi " untuk menyalahkan UMNO. Inilah kebijaksanaan Guan Eng dalam peperangan saikologi dengan pemimpin UMNO dan BN. Strategi ini juga di pakai oleh Guan Eng sebelum pilihanraya umum ke 12, iaitu membina persepsi anti UMNO dikalangan pengundi Cina Pulau Pinang, dengan myatakan betapa dominannya UMNO dalam BN . Akhirnya Guan Eng berjaya memasukkan persepsi tersebut dalam minda pgundi Cina dan menyebabkan pengundi Cina menolak MCA dan Gerakan di Pulau Pinang dengan kekalahan semua kerusi yang dipertandingkan oleh MCA dan Gerakan.
Jadi PRU 13 terutamanya strategi untuk mgekalkan kuasa pemerintahan sebagai kerajaan di Pulau Pinang, Guan Eng masih mahu mengunakan strategi " provokasi " dan strategi " membina persepsi " dalam berhadapan dengan UMNO . Daripada apa yang dibuat oleh Guan Eng pada masa ini amat jelas " Guan Eng tahu dimana kelemahan UMNO ". Para pemimpin UMNO Pulau Pinang wajib berhati-hati dalam semua Hal yang berkaitan dengan Guan Eng, jangan tersalah langkah seperti PRU 12.