Wednesday, June 20, 2012

GUAN ENG VS TENG CHANG YEOW 2


GUAN ENG VS TENG CHANG YEOW 2

Politik Pulau Pinang terutamanya politik kaum Cina telah mula kembali berkocak dengan serius. Kerajaan Guan Eng DAP ataupun PR mula bertukar dari suasana tidak tercabar kepada suasana yang mula tercabar. Ini semua kerana perlantikan Teng (TCY) oleh Dato Seri Najib sebagai Pengerusi BN Negeri yang baru mengantikan Tan Sri Koh, Teng adalah pemimpin muda Gerakan yang seangkatan umurnya dengan Guan Eng. Sudah tentunya politik Pulau Pinang dalam PRU13 nanti Akan dilihat satu pertembungan yang hebat antara pemimpin muda iaitu Guan Eng dan Teng + Dato Zainal . Ini pastinya membina satu landskap strategi politik yang berbeza dan sengit sekali seperti kata Teng " Penang BN will use the " attack and explain" approch in countering the oppositions propaganda over various issues aimed at confusing the public". Kenyataan ini memberi satu tekanan kepada Guan Eng selepas mereka " berhoney moon " sejak memenangi PRU 12 2008 yang langsung tak di gugat oleh parti gerakan ataupun mca.

Tapi kali ini selepas Teng di lantik, jentera BN sudah mula melancarkan psikologikal warfare " attack and explain " kepada Guan Eng Dan Kerajaan DAP Dan PR Pulau Pinang . Yang menariknya Teng dan BN Negeri telah melancarkan
Program " semboyan di bunyikan " di 13 kawasan Parlimen Pulau Pinang. Program ini adalah satu perang psikologi yang dimainkan secara sistematik untuk BN menyerang di semua kawasan parlimen dengan pendekatan " Attack and explain ". Pada Kali ini BN bukan lagi dalam kedudukan defensif tetapi BN mahukan Guan Eng dan DAP pula yang berkedudukan yang defensif .

Kata Teng, " This approach will focus on exposing the truth on issues often played up by Pakatan Rakyat to win public suppport ". Ini adalah strategi yang bijak yang di bawa oleh BN Negeri untuk tidak berlawan dengan emosi tapi berlawan secara diplomasi dan rationaliti. BN menyerang Guan Eng dengan cukup berhemah dan berbudi bahasa, secara memberi penerangan dan maklumat kepada semua dakwaan-dakwaan yang dibuat oleh Guan Eng yang menguna pakai strategi " the blame game ". Strategi " The blame game " oleh Guan Eng adalah satu cara DAP untuk menimbulkan " perception  that everything that gone wrong for Penang was caused by previous state government. ".
Strategi Guan Eng ini adalah untuk memenangi minda pengundi-pengundi Cina Pulau Pinang.

Oleh itu Teng Dan para strategist BN telah bersedia untuk menyerang Guan Eng dan para strategist DAP dengan cara " attack and explain ". Ini semua BN tahu
" blame game " yang di mainkan oleh Guan Eng Dan DAP adalah atas dasar satu pembohongan kepada rakyat Pulau Pinang. Ini yang diterangkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin Timbalan Perdana Menteri sebagai tidak lojik " Guan Eng baru tiga tahun mentadbir sudah kata pelaburan masuk. Mana boleh, banyak perbincangan perlu dibuat dengan pelabur asing, kita beri inisiatif . Lupa yang sokong kalau bukan Kerajaan BN ". Ini lah strategi " attack and explain", yang menjadi peluru Teng Dan BN kepada Guan Eng Dan DAP, yang pastinya mereka cendera tapi tidak parah.

Kata Timbalan Perdana Menteri " ini bukan cakap kosong tetapi fakta, mungkin pahit untuk Guan Eng dengar tetapi saya perlu nyata kebenaran bahawa Pulau Pinang maju disebabkan sokongan BN ". Kenyataan ini adalah " strategi positioning " yang di bina semula oleh Teng, Dato Zainal Dan pemimpin BN Negeri. Strategi Positioning ini  telah meletakkan semula BN diatas garisan pemula yang sama dengan Guan eng kerana BN telah ditinggalkan satu ketika oleh Guan Eng bergitu jauh sekali. Inilah yang sangat di takuti oleh Guan Eng dan para strategist DAP, kerana BN sudah mula kuat dibawah Teng dan BN yang baru ini.

Guan Eng Dan para strategist DAP Akan lebih takut lagi apabila Teng menyatakan " I am leading a team of BN candidates into battle hoping to win. I don't want to rate the chances but we must have a positive mindset". Makna bagi Teng PRU 13 adalah " do or die " survival BN Pulau Pinang. Bergitu bagi Guan Eng Dan DAP PRU 13 juga adalah " do or die"  untuk mereka. Oleh itu " peperangan sengit" sudahpun berlaku antara Teng dan Guan Eng sehingga PRU 13, siapa yang menang atau kalah akan ditentukan oleh pengunaan strategi yang politik yang tepat dan betul. Tetapi pada ketika ini BN telah berjaya berada di atas garisan yang sama dengan Dap dan kita sedang tunggu pada bila bila masa saja Guan Eng dan Dap akan berada di belakang BN. Bak kata Teng " the previous leadership has laid the foundation and we will buil on it".

No comments:

Post a Comment