Thursday, June 7, 2012

NASIHAT DR MAHATHIR KEPADA POLITIK PULAU PINANG

Kata Tun Dr Mahathir " Malay votes would play a crucial role in determining which party wins Penang in the next general election ".(The Star 21/5/2012) Ini satu kenyataan yang mempunyai makna " strategy " yang berbagai. Bagi setengah pakar strategist politik ia adalah satu mainan " psychology war fare " yang di main oleh Dr Mahathir kepada Guan Eng dan para pemikir strategi DAP. Ada juga pakar strategist yang mentafsirkan ia adalah satu cara Dr Mahathir untuk mengerakkan orang-orang Melayu Pulau Pinang supaya sedar bahawa " undi orang Melayu " boleh menjadi undi penentu kepada penentuan siapa yang menjadi Kerajaan Negeri pada PRU 13 .

 Kenyataan Dr Mahathir boleh disifatkan sebagai satu kenyataan ' provokasi '  kepada Guan Eng Dan para strategist politik DAP kerana secara realitinya jumlah pengundi Melayu dan jumlah kerusi Melayu di DUN Pulau Pinang sebahagian besarnya adalah minoriti. Persoalannya kenapa Dr Mahathir boleh menyatakan begitu, sedangkan Dr Mahathir juga tahu di Pulau Pinang " the majority " adalah pengundi Cina dan mereka juga adalah mungkin sebagai penentu seperti apa yang berlaku apabila dalam PRU 12 , dimana semua kerusi Gerakan, MCA dan MIC samada kerusi Parlimen ataupun kerusi DUN telah tewas kepada DAP. Analisa-analisa politik mengenai PRU 12 banyak membuktikan kemenangan DAP terutamanya di Pulau Pinang adalah kerana DAP telah mendapat " undi penentu " dari pengundi-pengundi Cina . Malah kalau di kaji melalui kenyataan Guan Eng semasa kempen PRU 12 dan sebelum PRU 12, juga bertemakan bagaimana Guan Eng Dan para strategist DAP mengunakan strategi " anti UMNO " dan " anti BN " dalam membina persepsi yang DAP adalah alternatif untuk kaum Cina terutamanya di Pulau Pinang.

Ini kerana Guan Eng Dan para strategist politik DAP tahu bahawa pengundi Cina adalah penentunya " siapa yang boleh menjadi Kerajaan di Pulau Pinang " bukannya pengundi Melayu. Tetapi apabila Dr Mahathir mengeluarkan kenyataan " Malay votes would play a crucial role" , ia telah menyimpang dari realiti dan sudah tentunya ia telah memeningkan kepala Guan Eng Dan para strategist DAP untuk mencari makna kepada kenyataan ini. Mereka tahu Dr Mahathir bukan saja-saja mengeluarkan kenyataan tersebut tetapi ada makna lebih mendalam lagi dan mereka perlu mencari makna tersebut, kalau tidak kenyataan Dr Mahathir ini boleh  " Trigger " satu keadaan yang Akan menyukarkan Guan Eng Dan DAP di Pulau Pinang.

Apa yang menarik bolehkah undi Melayu Akan jadi penentu parti mana akan menang PRU 13 di Pulau Pinang? Bagi DAP amat mustahil kerana dilihat dari sudut kerusi jelas kerusi yang mempunyai majoriti pengundi Cina adalah majoriti iaitu antara 20 - 23 kerusi dan kerusi yang mempunyai pengundi campuran majoriti 5 - 7 kerusi. Maknanya mereka amat yakin mempunyai jumlah kerusi yang mempunyai majoriti pengundi Cina dan pengundi campuran majoriti sebanyak 25 - 30 kerusi dan kerana hujah ini lah mereka mungkin menolak kenyataan Dr Mahathir. Malah kalau di ukur dari kekuatan persaingan untuk memenangi hati pengundi Cina antara DAP dengan Gerakan Dan MCA di Pulau Pinang, jelas DAP lebih kedepan, oleh itu fokus DAP masih kepada pengundi-pengundi Cina.

Apa sebenarnya yang dimaksudkan oleh Dr Mahathir ? Mungkin dalam mindanya, ia membina semula kenyakinan kepada pengundi Melayu yang mereka masih relevan dalam politik Pulau Pinang terutamanya selepas orang Melayu yang telah dikejutkan dengan kekalahan BN Dan pembentukan Kerajaan Negeri oleh DAP dan sudah 4 tahun mereka merasai satu kehidupan di bawah Kerajaan DAP, yang di rasai tidak banyak membantu mereka seperti apa yang dikatakan oleh Dr Mahathir " I am sad to see that ( many) Malays in Penang are still struggling to make end meet; living in squatter houses made of zinc roofs and plywood despite being surrounded by luxury skyscrapers. Nothing is being done about their( the Malay) well-being in the state despite their substantial numbers here."(the Star 21/5/2012). Ini lah yang berada di minda Dr Mahathir dan ini jugalah yang akan menakutkan Guan Eng Dan para strategist politik DAP yang mungkin telah mengamalkan strategi " divide and rule " dan kenyataan Dr Mahathir pula seolah untuk meminta orang-orang Melayu bersatu.

Kata Dr Mahathir " The 250,000 registered Malay voter in Penang should unite and set aside their political differences .... "(The Star 21/5/2012) Ini lah di takuti oleh para strategist politik DAP  kerana kenyataan Dr Mahathir boleh mempengaruhi pemikiran pengundi-pengundi Melayu Dan masyarakat Melayu masih mendengar kata-kata Dr Mahathir. Oleh itu para strategist politik DAP tentunya akan sibuk untuk mencari strategi baru bagi melawan strategi Dr Mahathir untuk menyatukan orang-orang Melayu. Bolehkah orang-orang Melayu Pulau Pinang bersatu Dan membuang semua perbezaan politik mereka? Ini lah formula yang Dr Mahathir katakan " undi Melayu adalah kuasa penentu kepada parti mana yang Akan membentuk Kerajaan di Pulau Pinang ", iaitu masyarakat Melayu perlu bersatu, baru mereka kuat dan sudah tentunya boleh menghalang hasrat DAP ataupun PKR untuk mengekalkan kuasa pemerintahan di Pulau Pinang. Ini lah yang sangat ditakuti oleh Guan Eng Dan para strategist politik DAP iaitu hilang kuasa.

Oleh itu kenyataan-kenyataan Dr Mahathir semasa perjumpaan dengan veteran UMNO Pulau Pinang pada 21 Mei 2012, tidak boleh dipandang ringan oleh Guan Eng Dan para strategist politik DAP. Kenyataannya boleh jadi madu kepada orang-orang Melayu Dan UMNO tapi untuk DAP Dan PKR ia boleh jadi racun yang boleh menghalang hasrat Guan Eng Dan para strategist politik DAP untuk kembali berkuasa pada PRU 13 nanti.

No comments:

Post a Comment