Sejak pilihanraya 2008, apabilla DAP berjaya membentuk kerajaan negeri di Pulau Pinang dan buat pertama kali dalam sejarahnya seorang pemimpin DAP menjadi Ketua Menteri di Pulau Pinang, serta telah berjaya menjadi “master mind” dalam pentadbiran kerajaan di Perak (sebelum Perak kembali kepada Kerajaan Barisan Nasional) dan juga di Selangor walaupun Menteri Besarnya adalah dari PKR, senarionya pada masa itu DAP tidak lagi seperti DAP pada tahun-tahun 1980an dan 1990an,y ang terumbang ambing mencari pengaruhi dan kuasa. Tetapi pada masa ini DAP telah menjadi naga dan singa yang sangat berkuasa dalam lanskap politik di Malaysia.
Dalam kurang dari dua tahun DAP telah menunjukkan kebangkitan yang cukup hebat dan amat berani dalam menjadi “the champion” kepada kaum Cina dan menjadi “play-maker” kepada parti pembangkang Melayu seperti PAS dan pemimpin Melayu PKR. DAP amat berani dalam isu-isu yang dikatakan membawa erti “keadilan untuk semua” ataupun dalam kamus politik mereka konsep “Malaysia Malaysian”, kemudiannya mereka transformasikan sebagai “Middle Malaysia” dan tidak pernah mereka gugurkan konsep perjuangan “Malaysia Malaysian”. DAP terus ke depan dengan keberanian mereka dan amat bijak dalam mengatur strategi politik mereka.Mereka sentiasa meletakkan diri mereka di hati pengundi Cina dengan strategi yang mereka adalah perjuang kepada masa depan Cina, yang sentiasa memahami hasrat kaum Cina.
Tidak hairanlah sekira dibuat perbandingan antara DAP dengan MCA dan GERAKAN yang kedua-dua adalah berada dalam Barisan Nasional, DAP lebih dominasi dan lebih kuat dari kedua-dua parti tersebut. DAP telah berjaya menarik minat kaum Cina di Malaysia dengan dengan strategi memburukkan MCA dan GERAKAN, dengan mengatakan UNDI MCA/GERAKAN maknanya UNDI untuk menguatkan UMNO dan Melayu (kajian semasa strategi DAP semasa pilihanraya 2008). DAP berjaya dalam dakyah ini dan memasuki minda-minda kaum Cina, dan buktinya DAP menang banyak kerusi di Parlimen dan kerusi-kerusi DUN di Pulau Pinang, Perak, Selangor dan juga di Negeri Sembilan (boleh lihat mana-mana analisa pilihanraya 2008). Yang terbaru ialah apabila DAP menang di Sibu Sarawak, cukup membuktikan bagaimana DAP dan strategi mereka amat cemerlang.
DAP bijak mengunakan isu-isu yang ada kepentingan dengan kaum Cina, untuk mendapatkan sokongan kaum Cina dan di lakukan tanpa sorok-sorok secara terbuka. Mereka sering mengunakan strategi “mempersoalkan” hal-hal yang akan merugikan kaum Cina. Bukti yang terkini isu pemimpin DAP Selangor yang mempersoal isu keistimewaan Melayu dalam pemberian kontrak kepada kontraktor Melayu, DAP meminta keistimewaan ditarik balik dan strategi ini amat berani kerana ia mungkin berbunyi “rasis” tetapi pada DAP ia satu perkara lojik dan bukan “rasis”. Apa yang berlaku ini telah menaikkan saham DAP sebagai “the champion” kepada kaum Cina kerana berani untuk mempersoalkan satu perkara yang sangat sensitif.
Jika di buat perbandingan dengan MCA/GERAKAN, DAP lebih hebat dan kerana itulah tidak hairan kita apabila MCA melalui pemimpinnya sudah mula mengunakan strategi yang sama dengan DAP iaitu mengunakan strategi “mempersoal” isu-isu sensitif dengan menjadikan kepentingan Melayu sebagai “kambing hitam”. Tidak hairanlah apabila MCA telah mula mempersoalkan tentang hak-hak keistimewaan Melayu dalam ekonomi ,dengan erti kata lain mereka cuba mengunakan strategi DAP dalam menjadi “the Champion” kepada kaum Cina. Strategi MCA ini adalah satu cara untuk mendapatkan kembali kepercayaan kaum Cina kepada MCA yang sebelum pilihanraya 2008 MCA adalah pilihan politik kaum Cina. Tetapi selepas pilihanraya 2008 dan krisis yang berlaku dalam MCA ia amat menyukarkan MCA dalam mendapat UNDI kaum Cina, ini boleh dilihat dalam pilihanraya kecil Hulu Selangor dan Sibu (dalam membantu SUPP), pengundi-pengundi Cina menjauhi MCA/GERAKAN dan mendekati DAP yang lebih di yakini.
Strategi DAP amat menjadi kerana DAP telah mengunakan strategi memburukkan Barisan Nasional dan UMNO dengan semua permasalahan Negara yang berlaku adalah kerana UMNO (lihat analisa kempen pilihanraya 2008). Manakala mana-mana Parti yang ada kaitan dengan UMNO seolah membenarkan UMNO menjadi kuat dan dominasinya. Strategi ini di tambah dengan peranan pemimpin PKR yang pernah menjadi pejuang Melayu dan pemimpin Negara, yang mengesahkan bahawa Malaysia perlukan pendekatan baru iaitu keadilan untuk semua tanpa mengira kaum dan telah tercatat dalam sejarah dalam ucapan pemimpin ini di Kampung Baru suatu ketika dulu, pemimpin ini menyatakan sudah sampai masanya ketuanan melayu di gantikan dengan ketuanan rakyat .Katanya “All of you will witness this tonight.We will not talk about Malay supremacy but the supremacy of all Malaysians”- (Kampung Baru 14 April 2008). Ini telah menambah saham untuk DAP untuk mengorak langkah dengan mengunakan strategi “we not talk about Malay supremacy but supremacy of all Malaysians” dan mereka telah berjaya dengan memtransformasikannya kepada “middle Malaysia”.
Apapun pada masa ini DAP telah mencipta satu rekod baru dalam transformasi politik Malaysia pada masa ini. Mereka juga lebih ke depan daripada parti-parti di dalam Barisan Nasional dalam menyelami isu-isu dan pengunaan strategi yang berkesan. Mereka juga masih mendominasi politik kaum Cina di Malaysia dan mungkin juga akan berjaya memenangi hati pengundi-pengundi majoriti Melayu seperti di Pulau Pinang. Mungkin kajian Merdeka Centre pada Februari 2008 boleh menjadi renungan, berdasrkan pungutan suara hanya 28% daripada responden sahaja bersetuju bahawa jika rakyat mengundi pembangkang ia akan melemahkan kuasa politik Melayu. Manakala 37% daripada mereka berpendapat pembangkang Melayu perlu diberikan ruang untuk mengimbagi kuasa UMNO.Kemudiannya dalam pungutan suara pada Mac 2008 pula, 67% responden menolak dakwaan bahawa Melayu yang mengundi DAP adalah pengkhianat bangsa.
No comments:
Post a Comment