Friday, September 17, 2010

KENYATAAN LEE KUAN YEW (LKY) MEMBERI MAKNA BARU KEPADA “MALAYSIAN MALAYSIA”

Apabila Lee Kuan Yew menyatakan dalam New York Times “race relation would be better if Singapore had not been turfed out of Malaysia”, ia adalah sesuatu yang perlu dianalisa secara yang tersirat dan juga secara tersurat. Bagi Pak Zad kenyataan oleh LKY bukan sengaja dinyatakan oleh pemimpin besar Singapura ini, tetapi ia mempunyai sesuatu mesej yang tertentu dan dengan satu tujuan yang tertentu. Terutamanya apabila mesej ini dinyatakan ketika Malaysia sedang menyambut Hari Malaysia pada 16 Sept.

Tun Dr Mahathir di dalam blognya juga menganalisa kenyataan LKY juga menyatakan ada sesuatu yang bermain di minda LKY dan bagi Tun Dr Mahathir ia perlu di lihat dalam berbagai segi dan Tun Dr Mahathir telah menganalisa kenyataan tersebut dalam konteks sejarah politik ketika LKY dan PAP berada dalam Malaysia selama 3 tahun (1963 – 1965) dan Dr Mahathir berjaya menimbulkan unsur-unsur keraguan kepada kenyataan LKY.

Antara unsur keraguan kepada perkataan ”race relation would be better if Singapore..”, Tun menyebutkan “in 1963 Singapore became part of Malaysia. Despite having promise that the PAP will not participate in Peninsular, Sabah and Sarawak politics. KY reneged and PAP tried to displace the MCA in the Alliance by appealing to Chinese sentiments in the peninsular, of course the slogan “Malaysian Malaysiawhich implied that the Chinese were not having equal rights with the Malay. If this appeal to Chinese sentiments againt the Malays was not racial, I do not know what is racial”.

Bagi Tun Dr Mahathir, tindak tanduk LKY dan PAP pada masa itu yang telah mungkir janji, untuk tidak terlibat dalam politik diluar Singapura, tetapi mereka telah terlibat dalam pilihanraya 1964 dan dengan slogan “Malaysian Malaysia” sebagai strategi politik LKY dan PAP telah cuba memenangi hati pengundi Cina di Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Ini disifatkan oleh Tun Dr Mahathir adalah satu bukti yang LKY dan PAP adalah bersifat “rasis” ketika itu, sedangkan politik Malaysia ketika ialah lebih bersifat “tolenrasi” atau bertolak ansur, yang berlandaskan semangat MERDEKA 1957. Tetapi LKY telah cuba menjiruskan minyak kepada bahana api perkauman pada ketika itu. Walaupun pada masa itu LKY gagal mempengaruhi pengundi-pengundi Cina yang tetap memilih Parti Perikatan pada pilihanraya 1964.

Walaubagaimanapun kata Tun Dr Mahathir, “By 1965 racism had taken hold and Tunku was forced to end Singapore’s membership of Malaysia. But the seed of Chinese racialism had been sown,so that even after the PAP left,the “Malaysian Malaysia” war cry was picked up by DAP, an offspring of DAP”. Kata Tun Dr Mahathir lagi “Till today the racist slogan “Malaysian Malaysia” is war-cry of DAP, racism in Malaysia is clearly the result of Singapore’s membership of the country for just three years. Can we really believe that Singapore had been “turfed out” Malaysia would have no racial problem”.

Analisa sejarah politik yang dibuat oleh Tun Dr Mahathir, sesuatu yang telah membuktikan keraguan kepada kenyataan LKY yang mengatakan sekiranya Singapura berada di dalam Malaysia, ”...much of what we’ve archieved in Singapore would be archieved in Malaysia” dengan syarat kata LKY “....had Malaysia accepted a multiracial base for their society,”. Pada pendapat Pak Zad inilah intipati kepada kenyataan LKY itu. LKY cukup berani mengatakan formula di Malaysia gagal mencapai perpaduan sebenar dan formula di Singapura adalah formula yang paling berjaya.

Keraguan yang dinyatakan oleh Tun Dr Mahathir, cukup jelas LKY masih tidak bertapak dalam realiti yang sebenar. LKY masih mahukan slogan “Malaysian Malaysia” yang diciptanya pada pilihanraya 1964 adalah formula yang terbaik untuk Malaysia, tetapi pada realitinya apa yang dilakukan di Singapura banyak yang boleh kita persoalkan. Seperti kata Tun Dr Mahathir “wheather the PAP admits it or not, the party has always been led and dominated by ethnic Chinese and have won election principally because of Chinese voters. The others are not even icing on the cake”.

Intipati formula LKY adalah “ ...whatever your race, language or religion, you are equal citizen...” dan katanya lagi “we will not as majority squeeze the minority because once we’re by ourselves, the Chinese become majority”. Kedua-dua kenyataan LKY ini membawa satu makna iaitu formula Singapura adalah semua rakyat Singapura adalah “equal citizen” tiada yang dominan, tetapi ayat yang terakhir iaitu “...once we’re by ourselves, the Chinese become majority” adalah bercanggah dengan “equal citizen” dan realitinya Singapura masih lagi Negara yang jauh lagi kepada “equal citizen” dan kaum Cina Singapura masih lagi kaum yang dominan.

Perkataan “equal citizen” ini membawa makna semua kaum adalah samarata dan tiada satu kaum pun yang dominan. Ini juga kalau dilihat makna dan pengertian slogan “Malaysian Malaysia” yang kata Tun Dr Mahathir “baton” tersebut sedang dibawa oleh DAP selepas PAP menyerahkannya selepas pilihanraya 1964, adalah membawa pengertian yang sama iaitu “equal citizen”. Jadi dengan tersendirinya persoalan mengapa LKY menyatakan perkara tersebut pada saat Malaysia sedang menyambut Hari Malaysia, telah terjawab iaitu LKY sedang cuba membantu DAP dan masyarakat Cina Malaysia untuk terus memperjuangkan “equal citizen” seperti kata Guan Eng dalam perutusan Hari Malaysia “The DAP fights for equal rights and opportunities for all, regardless of race or religion,”.

Apakah kenyataan LKY dan Guan Eng yang seolah mempunyai makna yang sama sebagai satu kebetulan? Pak Zad yakin selepas dianalisa kenyataan mereka, ia bukan satu kebetulan. Dalam empat analisa yang Pak Zad buat dalam blog Pak Zad, cukup membuktikan Guan Eng dan DAP mempunyai hasrat yang sama untuk mereka mengunakan strategi “perpaduan tulen” yang sama dengan apa yang disebut oleh LKY sebagai “equal citizen”. LKY telah cuba membukti idea “perpaduan tulen” telah berjaya di Singapura dan Singapura menjadi modelnya dan mesej yang cuba dihantar oleh LKY kepada rakyat Malaysia pada sambutan Hari Malaysia ialah formula kepada kemajuan di Malaysia ialah pakai model Singapura.

Jadi tidak hairanlah DAP dan Guan Eng sudah mula menukar strategi mereka dari slogan “Malaysian Malaysia” yang sukar diterima oleh orang Melayu kepada slogan yang lebih lembut iaitu kearah “perpaduan tulen”. Yang jelas DAP dan Guan Eng telah mendapat “support “ dari kenyataan LKY. Bagi Pak Zad slogan “perpaduan tulen” yang dibawa oleh Guan Eng perlu dikaji secara serius kerana slogan ini telah dimainkan oleh DAP dan Guan Eng secara intelektual dan dihujah dengan cukup akademik oleh mereka dan sudah tentu slogan ini akan mempunyai ramai peminatnya.

Apapun sebagai renungan elok juga kita renung kata-kata Tun Dr Mahathir dalam blognya dalam ulasannya tentang kenyataan LKY “If Singapore is part of Malaysia the PAP can certainly reproduce the Singapore kind of non-racial politic because together with Malaysia Chinese, the PAP will ethnically dominate and control Malaysia politics. No dissent would be allowed and certainly no one would dare say anything about who really runs the country”.

No comments:

Post a Comment