Wednesday, September 8, 2010

DAP : STRATEGI “MALAYSIAN MALAYSIA” SATU TRANSFORMASI

Sejak pilihanraya umum 2008 dan sejak DAP memenangi Kerusi Ketua Menteri Pulau Pinang dan menjadi “play maker” untuk negeri-negeri di bawah PKR kecuali Kelantan, DAP sudah “silence”kan konsep Malaysian Malaysia yang di perjuangkan sejak dulu lagi. Ini kerana mereka tahu sentivitivi orang-orang Melayu yang mencurigai konsep tersebut sebagai ancaman kepada hak-hak kaum Melayu. DAP juga tahu konsep tersebut yang menjadi penyebab mengapa orang Melayu menjauhkan diri daripada DAP.

Malah ada kajian di buat oleh pengkaji-kaji politik, mengatakan kemenangan DAP pada pilihanraya 2008 adalah kerana pengundi memberi undi protes kepada Barisan Nasional dan kepimpinannya,dan bukannya kerana DAP kuat ataupun pengundi-pengundi memang menyokong perjuangan mereka tetapi pengundi mengundi adalah lebih kepada protes kepada Barisan Nasional. DAP amat memahami situasi ini kerana mereka juga agak terkejut dengan kemenangan tersebut dan bagi mereka peluang yang datang sekali dalam sejarah mereka,kerana itu mereka terpaksa memikir dan mencari strategi baru bagaimana untuk mengekalkan kuasa di Pulau Pinang dan untuk sentiasa kuat di negeri-negeri yang di perintah oleh pembangkang.

Oleh itu, buat masa ini persekitaran politik Malaysia masih tidak sesuai untuk pengunaan konsep Malaysian Malaysia, dan untuk survival DAP, mereka perlu satu strategi baru tapi tidak mengorbankan konsep tersebut. Kerana itu DAP terpaksa memtransformasikan “Malaysian Malaysia” kepada slogan dan konsep baru tetapi pengertian adalah sama dengan konsep “Malaysian Malaysia”.

Berdasarkan itu wujudlah konsep “Middle Malaysia” dan “keadilan untuk semua”. Kedua-dua konsep membawa maksud DAP telah berjuang ke arah mewujudkan masyarakat pelbagai kaum dengan menawarkan peluang saksama dan keadilan untuk semua. Ini adalah juga tafsiran dan makna kepada “Malaysian Malaysia” yang mendukung kepada kesamarataan kepada semua kaum,walaupun DAP tahu apa yang ada dalam perlembagaan mungkin sukar di terima oleh kaum-kaum tertentu. Tetapi DAP terus mendendang lagu lama tapi dengan irama baru dan senikata baru. Yang menariknya irama dan senikata baru nampak lebih menarik dan pada masa ini sudah ada ramai peminat yang meminati irama ini, hingga ada yang sudah lalai seperti rakan-rakan mereka di dalam PKR yang juga terpaksa mengorbankan perjuangan mereka dan menerima alunan merdu irama baru.

Apa irama yang DAP dendangkan? Mereka mendendangkan irama perpaduan tulen untuk Malaysia dengan menyemaikan persefahaman dan perpaduan di kalangan rakyat berteraskan prinsip memelihara kepentingan bersama.Kata DAP perpaduan Negara mesti mencerminkan kesepakatan, persefahaman serta muafakatan sejati antara kaum, budaya dan agama. Tidakkah irama ini juga yang dibawa oleh konsep “Malaysian Malaysia” yang di perjuangkan oleh DAP sejak dulu lagi, yang menolak kepada hak-hak tidak sama rata,yang ketika itu inilah yang menyebabkan pertembungan antara DAP dan UMNO secara tradisi dan dengan PAS secara sekali sekala.Dulu mungkin DAP agak radikal dalam perjuangan tersebut,tetapi dengan mereka sebagai pemerintah di Pulau Pinang dan hasrat mereka untuk ke Putrajaya mereka terpaksa mengunakan strategi lembut dalam persekitaran politik pada ini.

Apakah senikata baru yang DAP bawa? Perkataan popular sekarang yang di dalam kamus DAP ialah perkataan “RASIS”, iaitu mana-mana orang yang mempersoalkan hak dan menyentuh tentang sejarah bangsa dan kaum, mereka akan di anggap sebagai “RASIS”.Kata Guan Eng semasa perutusan Hari Kemerdekaan ke 53 di dalam laman blognya, “Di kala DAP rapat dengan orang Melayu, golongan rasis telah memutarbelitkan niat murni kami untuk memupuk persudaraan dengan orang Melayu.Di kala DAP menghulurkan salam silaturahim kepada umat Islam di Malaysia, kumpulan rasis yang sama itu memutarbelitkan hasrat suci kami untuk bersahabat dan mengikat tali persudaraan dengan umat Islam. Di kala DAP mengajak semua kaum di Negara ini, sama ada Melayu, Cina, India, Kadazandusun, Iban dan sebagainya untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah, kumpulan-kumpulan rasis yang telah kehabisan modal terus membohongi rakyat untuk memastikan usaha perpaduan tulen ini gagal”.

Kata Guan Eng lagi, ”Mereka bertindak demikian kerana mereka sedar bahawa politik secara pecah perintah dan syak – wasangka antara kaum sudah tidak diterima lagi. Mereka bimbang mereka tidak akan menjadi relevan lagi. Mereka takut kehilangan saki baki kuasa yang mereka pernah ada suatu ketika dahulu.”

Oleh itu tidak hairan lah mengapa DAP mengunakan perkataan RASIS kepada semua tindakan balas yang di buat oleh BN ataupun khususnya kepada UMNO. Maknanya apa saja kenyataan yang di buat oleh UMNO atau BN samada untuk mempertahankan hak-hak orang Melayu dan membuat analisa perbandingan dengan kaum lain,akan sentiasa dinilai oleh DAP sebagai RASIS, kerana DAP menggunakan strategi seperti apa yang di nyatakan oleh Guan Eng dalam para di atas.

Oleh itu amat jelas DAP amat bijak dalam mengatur strategi mereka untuk mengekalkan kuasa mereka di Pulau Pinang, dengan strategi men”silence”kan slogan “Malaysian Malaysia” dan menggetengahkan konsep-konsep seperti “utamakan Malaysia” dan yang terbaru “Middle Malaysia”. Dengan slogan dan konsep baru ini,slogan “Malaysian Malaysia” dihilangkan secara terbuka tetapi secara tersirat ia masih menjadi tiang seri kepada perjuangan DAP. Ini lah permainan dan strategi yang licik yang di mainkan oleh Guan Eng dan DAP.

Sebagai renungan, kita renung kata-kata Guan Eng, “Saya ingin tegaskan bahawa DAP dengtan penuh iltizam telah berjuang kearah mewujudkan masyarakat pelbagai kaum dengan menawarkan peluang saksama dan keadilan untuk semua. DAP tetap menjunjung Perlembagaan Persekutuan 1957 yang menjamin hak-hak setiap rakyat di Negara ini”.

No comments:

Post a Comment