Wednesday, March 27, 2013

STRATEGI PAKATAN RAKYAT 2 (PERLAKSANAAN FORMULA 100 (1+1) + 30% = PUTRAJAYA)

 

 

Apabila DSAI dan Lim Kit Siang (LKS) telah di umumkan akan bertanding di Perak dan Johor pada PRU 13, ini bermakna strategi dan formula 100 (1+1) + 30% = Putrajaya telah menjadi realiti. Kedua-dua pemimpin Gergasi Pakatan Rakyat(PR) ini telah mengunakan strategi "test market" dalam perang saikologi mereka kepada kepimpinan BN. Formula 100(1+1)+30% = Putrajaya sudah mula menampakkan perlaksanaan tapi Pakatan Rakyat masih mahu bermain strategi kerana mereka pun masih belum yakin dengan Formula tersebut selepas respond yang mereka terima tidak di yakini oleh pengundi-pengundi PRU 13.

 
Walaupun begitu para strategi Pakatan Rakyat masih terus cuba untuk memasukkan agenda formula tersebut ke dalam minda para pengundi seolah-olah mereka sangat kuat dan mampu untuk ke Putrajaya. Malah dalam dua minggu ini, kita dapati terdapat pengumuman-pengumuman dari kepimpinan Pakatan Rakyat untuk mencaturkan dimana pemimpin mereka akan bertanding. DSAI telah "test market" untuk bertanding di Perak. Manakala Lim Kit Siang pula sudah diumumkan akan bertanding di Gelang Patah Johor. Saifudin Nasation dari Kelantan telah bertukar ke Kulim/Bandar Baru Kedah. Sallehudin Ayob juga telah bertukar dari Kelantan ke Johor. Ini bermakna setakat ini hanya Sallehudin Ayob saja sebagai pemimpin PAS yang diberitakan akan berubah tempat, lain-lain pemimpin PAS masih tak sanggup untuk menerima pakai formula 100(1+1)+30% = Putrajaya, mungkin PAS belum berani untuk menanggung risiko "kamikaze" strategi Pakatan Rakyat.

 
Secara strateginya apa yang berlaku diambang PRU 13 (semasa penulisan ini Najib belum umumkan pembubaran Parlimen), ialah para strategi Pakatan Rakyat cuba" membentuk pemahaman dalam minda pengundi dan rakyat Malaysia yang Pakatan Rakyat sangat bersedia dan mampu membentuk kerajaan persekutuan" dan mengharapkan rakyat Malaysia dapat "visualkan" dalam minda mereka yang Pakatan Rakyat mampu. Inilah strategi mereka sekarang. Ia itu satu strategi permainan minda yang cukup berkesan, untuk mereka cuba menyaingi strategi BN yang pada masa ini berjaya menyebabkan Pakatan Rakyat dalam keadaan defensif.

 
Sekiranya dihalusi lagi strategi 1+1 Pakatan Rakyat, kita dapati seolah-olah Pakatan Rakyat cuba membuat satu design PRU 13 iaitu Pulau Pinang - diketuai oleh Guan Eng dan Mohamad Sabu, Perak - diketuai oleh DSAI, Ngeh Bersaudara dan Nizar, Johor - diketuai oleh Salahuddin Ayub dan Lim Kit Siang, Kedah - diketuai oleh Saifuddin Nasution dan Mahfuz Omar, Selangor - diketuai oleh Azmin Ali, Trengganu oleh Ustaz Hadi, Kelantan masih lagi Nik Aziz dan bagi Negeri Sembilan, Melaka, Perlis dan Pahang masih lagi dalam percaturan. Manakala di Sabah masih lagi terus dengan DSAI untuk mengetuainya dan Sarawak  pula DSAI dan Bian akan mengetuainya. Di Sabah dan Sarawak, DSAI terpaksa mengetuainya kerana formula 30% kerusi Sabah/Sarawak adalah sangat penting untuk DSAI dan Pakatan Rakyat.

 
Jelas design yang cuba di buat oleh Pakatan Rakyat untuk PRU 13 dengan mengunakan formula 1+1 dan formula 30% dengan mereka telah meletakkan pemimpin gergasi mereka ke negeri-negeri yang dalam jangkaan mereka untuk menang. Mungkin dalam minda para strategist Pakatan Rakyat dengan meletakkan pemimpin gergasi mereka di negeri-negeri dalam formula 100 iaitu Perak, Johor, Negeri Sembilan, Sarawak dan Sabah yang akan menjanjikan tambahan 28 kerusi Parlimen Semenanjung daripada 78 kerusi yang sedia ada dan 17 kerusi di Sabah dan Sarawak (baca article Strategi Pakatan Rakyat satu formula 100(1+1) + 30% = Putrajaya). Pada mereka dengan gergasi pemimpin Pakatan Rakyat di negeri-negeri tersebut akan memberi satu mesej kepada pengundi dan rakyat di negeri-negeri tersebut yang Pakatan Rakyat sudah bersedia untuk berkuasa di Putrajaya.

 
Analisa strategi menunjukkan bahawa "attacking game" sudah bermula. Pemimpin gergasi Pakatan Rakyat yang mengetuai negeri-negeri tersebut sudah mula "attack" kepimpinan BN negeri. Semestinya mereka akan "attack" melalui formula "menyerang" secara terbuka dengan mempersoalkan isu-isu kepincangan kerajaan negeri (isu rasuah,kroni dan integriti), dengan tujuan untuk membawa rakyat dan pengundi untuk menilai prestasi kerajaan negeri BN dengan mereka cuba membuat perbandingan dengan negeri Pulau Pinang yang pada mereka adalah model negeri yang terbaik, sedangkan di Pulau Pinang isu-isu sosial dan masalah ekonomi sedang berlaku dan politik warlord juga sedang berlaku hingga rakan-rakan Pakatan Rakyat tak berani menegur Ketua Menteri nya.


"Attacking Game" adalah strategi gergaji dua mata. Ini kerana "attackingnya" akan menyebabkan fokus pengundi akan lari dari menerima kuasa penarik "Najib" kepada "kuasa penolakkan kepada kepimpinan BN negeri dan kerana itu strategi "Tukar" kepimpinan adalah mesej mereka, sedangkan realitinya perkara yang dibawa oleh Pakatan Rakyat tersebut boleh di persoalkan. Tetapi bagi mereka yang penting suasana perlu di hangatkan.

 
Dari analisa diatas, formula 100(1+1)+30% = Putrajaya, sudahpun berlepas dari garisan permulaan. Maknanya pada realitinya formula dan strategi Pakatan Rakyat ini mungkin di yakini sebagai satu strategi yang amat berkesan dalam matlamat Pakatan Rakyat ke Putrajaya. Apapun pada masa sekarang kepimpinan politik Malaysia sedang tunggu dengan penuh debar, bilakah Najib akan bubarkan parlimen. Pastinya strategi BN adalah lebih baik dalam berdepan dengan strategi Pakatan Rakyat  kerana BN masih duduk di kerusi hadapan dan pasti boleh membaca setiap langkah Pakatan Rakyat. Sebagai renungan cuba kita hayati kata-kata Tun Daim Zainuddin - "Saya juga rasa yang kita tidak seharusnya memberi terlalu banyak ruang berita kepada Anwar. Inilah yang disukainya. Beliau tidak suka jika tidak dihiraukan,jadi pada saya abaikan saja. Biarkan dia menjadi penghibur, menari dan menyanyi dalam ceramahnya " ( Berita Harian 25 Mac 2013(m.s 24).
                                                                 
 

Thursday, March 14, 2013

STRATEGI SATU PAKATAN RAKYAT : FORMULA 100( 1 + 1 )+ 30% = PUTRAJAYA

 
 
ANALISA FORMULA
 
1. 100 - maknanya 100 kerusi Parlimen di Semenanjung Malaysia yang dijangka di menangi oleh Pakatan Rakyat. Dengan mengambil kira Pakatan Rakyat dapat mengekalkan 78 kerusi Parlimen yang di menangi didalam PRU 12 dan mereka yakin boleh menangi 28 kerusi tambahan baru untuk PRU13. Kerusi tambahan ini (28 kerusi) adalah diyakini akan dapat dimenangi dari kerusi-kerusi di Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Majoriti kerusi-kerusi ini adalah dari kawasan-kawasan Bandar yang pastinya DAP sebagai penyumbangnya. DAP yakin mereka boleh menang di semua kerusi Parlimen majoriti Cina. Satu kenyakinan yang hebat Pakatan Rakyat ialah untuk merampas 12 kerusi Parlimen di Johor. Tahap kenyakinan mereka untuk mendapatkan 100 kerusi Parlimen di Semenanjung Malaysia adalah tinggi.
 
2. (1+1) -  maknanya 100 kerusi yang mereka yakin untuk menang (daripada 78 kerusi(sedia ada) dicampurkan dengan 22 kerusi (kerusi baru yang boleh menang)), dengan mengunakan strategi di perkara 1 di atas, Pakatan Rakyat juga mengunakan strategi 1 + 1, iaitu semua pemimpin besar Pakatan Rakyat meninggalkan kawasan Parlimen yang mereka pasti menang dengan mengantikan pemimpin muda Pakatan Rakyat dan pemimpin besar tersebut bertanding di kawasan-kawasan baru yang merupakan kawasan Parlimen yang dimenangi oleh BN pada PRU12 dan mencabar calon-calon BN. Yang menarik lagi dalam strategi ini ialah pemimpin besar Pakatan Rakyat akan bertanding di kawasan-kawasan pemimpin besar BN. Ini adalah strategi "kamikaze" Pakatan Rakyat kerana bagi mereka PRU 13 adalah soal hidup atau mati peluang untuk ke Putrajaya. Pemimpin besar Pakatan Rakyat juga akan bertanding di kawasan-kawasan yang BN menang dengan majoriti kecil semasa PRU12, kata mereka peluang untuk pemimpin besar Pakatan Rakyat untuk menang adalah cerah. Jadi formula 1+1 maknanya kerusi yang mereka tinggal akan terus kekal untuk menang dan tempat baru yang mereka bertanding akan juga mereka menang dan ini merupakan tambahan kerusi kepada Pakatan Rakyat.
 
3. 30% - maknanya formula terjahan yang menjadi penentu kepada Pakatan Rakyat ke Putrajaya ialah kerusi-kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak. Di Sabah dan Sarawak jumlah kerusi Parlimen ialah 56 kerusi (Sarawak 36 kerusi dan Sabah 20 kerusi). Strategi Pakatan Rakyat ialah mereka memerlukan 30% kerusi-kerusi di Sabah dan Serawak. Maknanya Pakatan perlu 17 kerusi (30%)di Sabah dan Sarawak (Sarawak 11 kerusi dan Sabah 6 kerusi) dan dengan itu jumlah kerusi Pakatan di PRU 13 ialah 117 kerusi, sudah pastinya Pakatan Rakyat boleh memerintah dengan simple majoriti (111). Oleh itu strategi 30% adalah cukup memadai untuk menyatakan kenyakinan pengaruh Pakatan Rakyat di Sabah dan Sarawak.
 
4. Analisa keseluruhan Formula 100(1+1) + 30% = Putrajaya
Bagi mereka  formula ini amat relevan dan tepat . Formula ini lahir daripada analisa kenyataan-kenyataan pemimpin Pakatan Rakyat ke atas "tahap keyakinan" mereka yang tinggi dalam menyatakan hasrat mereka ke Putrajaya. Mereka menyatakan suasana tahap "kenyakinan sosial" dan tahap "kenyakinan Politik" para pengundi adalah tinggi kepada mereka. Walaupun mereka berada dilema dalam tahap "kenyakinan Ekonomi". Benarkah formula ini adalah formula strategi Pakatan Rakyat, kita hanya perlu menunggu detiknya sedikit masa lagi. Benarkah Pakatan Rakyat akan mengunakan formula strategi ini dalam peperangan psikologikal dengan BN? Sudah pasti ada kebenarannya dan meraka sudah memulakan di Johor.
 
                                                                            

Wednesday, February 20, 2013

SATU RENUNGAN UNTUK RAKYAT MALAYSIA



Bila-bila saja Dato Seri Najib akan membubarkan Parlimen dan kemudiannya SPR akan setkan tarikh PRU 13. Rakyat Malaysia seluruhnya cukup berdebar menunggu siapa yang akan ke Putrajaya. Semua berita dan perkembangan politik semasa sedang di perhatikan oleh rakyat dan para pengundi PRU 13. Mungkin ini akan menjadi neraca pertimbangan para pengundi bagi menentukan siapa yang akan mereka mengundi.

Pada masa ini, kita di dendang dengan 2 jenis rentak politik iaitu rentak perjuangan Transformasi oleh BN dan rentak Reformasi oleh Pakatan Rakyat. Bagi BN, perjuangan Transformasi sedang berlansung dan berjalan secara realiti dan juga sedang di nikmati oleh semua rakyat Malaysia termasuk Parti-parti Pembangkang. Manakala Pakatan Rakyat pula perjuangan Reformasi yang digariskan dalam Buku Jingga mereka masih belum berjalan ataupun belum dilaksanakan secara 100 peratus,walaupun terdapat 4 negeri yang mereka menjadi Kerajaan. Ini bermakna Reformasi belum boleh dirasai oleh oleh rakyat Malaysia. Oleh itu kata mereka "berikan mereka peluang untuk menduduki Putrajaya" pastinya kata mereka reformasi boleh dinikmati oleh semua. Benar atau tidak kenyataan mereka perlu dilihat pada realiti yang berlaku pada masa kini.

Secara perbandingan, realitinya " janji perlu ditepati " . BN telah tepati janji-janji mereka untuk "rakyat didahulukan " dan kerana itu pada masa ini Najib dendangkan semua perubahan untuk di hayati oleh rakyat Malaysia. Dari transformasi Politik, transformasi sosial, transformasi ekonomi hingga landskap Malaysia di transformkan oleh Najib. Manakala reformasi yang dibawa oleh Pakatan Rakyat yang menjadi slogan utama DSAI sejak 1998, tidak juga direalisasikan oleh Kerajaan Kedah,Kerajaan Kelantan, Kerajaan Selangor dan Kerajaan Pulau Pinang yang merupakan Kerajaan Negeri yang dikuasai oleh PAS, PKR dan DAP. Bantahan-bantahan rakyat di Selangor dalam isu air, isu elaun tadika dan isu elaun ibu-ibu tunggal, bantahan rakyat di Kedah mengenai isu-isu alam sekitar empangan Pedu, bantahan rakyat di Kelantan mengenai isu air dan isu penorakaan tanah di Gua Musang dan Loging dan bantahan rakyat di Pulau Pinang mengenai isu-isu rumah mampu milik, isu-isu kalimah "Allah" dan isu-isu kebajikan rakyat Pulau Pinang yang lain, adalah bukti bertapa Pakatan Rakyat TIDAK menepati janji-janji mereka, sedang isu-isu yang DIBANTAH adalah isu-isu "CIVIL RIGHT" yang memang mereka menjadi "hero" sebelum mereka memenangi PRU 12 di negeri-negeri tersebut.

Apabila “MEREKA GAGAL” dalam melaksanakan tanggungjawab “MEREKA” sebagai kerajaan negeri dan juga sebagai Kerajaan Pakatan Rakyat yang sedang mereka tonjolkan diri sebagai "kerajaan alternatif" selain dari Kerajaan BN yang ada, “MEREKA” terus bermain
" BLAMMING GAME ". Menyalahkan kerajaan BN atas kegagalan mereka. Guan Eng menyalahkan UMNO dalam isu kalimah "ALLAH", Guan Eng menyalah UMNO KERANA kegagalan mereka untuk mendapatkan sokongan pengundi Melayu dan UMNO dituduh rasis. Manakalan Dato Azizan MB Kedah pula menyalah UMNO dan BN kerana kegagalan projek pembangunan di Kedah termasuk dalam isu balak di Empangan Pedu dan meminta RM 100 juta kepada kerajaan Persekutuan untuk menyelamatkan hutan di Pedu . Manakala Dato Khalid MB Selangor juga terus menyalah UMNO dan BN Selangor atas isu air di Selangor. Manakala di Kelantan pula Tuan Guru Nik Aziz MB Kelantan terus juga menyalah UMNO dan BN atas isu di Loging dan di Gua Musang. Yang jelas Pakatan Rakyat cuba menutup kelemahan pemimpin dan pentadbiran mereka yang cukup lemah dalam memerintah keempat-empat Negeri tersebut .

JELAS sejak dekat 5 tahun mereka memerintah (kes di Kelantan PAS memerintah lebih dari 20 tahun) telah menunjukkan realiti bagaimana KURANG hebatnya dan TERUKNYA PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT memerintah di 4 buah negeri ini. Walaupun realitinya secara kebetulan Pakatan Rakyat memerintah 2 buah negeri yang kaya warisan Kerajaan BN yang lalu (Selangor dan Pulau Pinang ), manakala Kedah adalah negeri yang terbantut perancangan pembangunan yang telah rancang oleh Kerajaan BN yang lalu, manakala Kelantan  sebuah negeri yang miskin kerana  PAS menjadi Kerajaannya tetapi "expectation " rakyat selepas PRU12 mahu melihat macamana Pakatan Rakyat boleh mengubah negeri-negeri tersebut menjadi terus kaya dan yang miskin ditukar menjadi kaya dengan pembangunan untuk rakyat. Sepatutnya bermula 2008 Pakatan Rakyat sepatutnya ada agenda tersebut, tetapi sehingga ke 2013, Kedah dan Kelantan tetap tidak bergerak malah banyak masalah pentadbiran dan miskin. Manakala Pulau Pinang dan Selangor, mempunyai kerajaan negeri dan KM/MB yang kuat berpolitik hingga soal kebajikan rakyat kurang di utamakan.

Secara analisa perbandingan, kita boleh timbulkan satu persoalan, bolehkah Pakatan Rakyat menjadi Kerajaan Persekutuan untuk mengantikan Kerajaan Persekutuan BN? Dari segi realiti beberapa-berapa KAJIAN ILMIAH yang dibuat oleh sarjana-sarjana akademik yang juga pakar-pakar politik Malaysia, telah membuktikan secara data-data yang ada (sehingga kini ), TELAH MENYATAKAN bahawa BN mampu untuk MENANG dalam PRU 13, walaupun Pakatan Rakyat akan memberi saingan yang sengit, tetapi kajian mengatakan BN MAMPU untuk MENEWASKAN Pakatan Rakyat. Ini menunjukkan kajian-kajian yang respondennya adalah para pengundi masih tetap YAKIN pada Najib dan BN dan para pengundi masih TIDAK YAKIN dengan pemimpin Pakatan Rakyat dan parti-parti PAS, DAP dan PKR. Mungkin juga rekod kepimpinan Kerajaan Negeri Kelantan, Kerajaan Kedah, Kerajaan Selangor dan Kerajaan Pulau Pinang yang banyak kelemahannya dan yang masih mempunyai banyak masalah yang belum mereka selesaikan sehingga saat akhir sebelum PRU13. Sedangkan negeri-negeri yang BN kuasai bergitu menonjol pembangunan dan kesejahteraan rakyatnya dan ini amat di yakini oleh para pengundi-pengundi PRU13.

Bolehkah pengundi-pengundi PRU13 di Malaysia menjadi seperti pengundi-pengundi di Amerika Syarikat yang CUKUP MATANG dan memilih berdasarkan kepada rekod cemerlang yang berakarkan kepada REALITI di didepan mata bukannya sesuatu yang hanya  dinyatakan sebagai satu impian, dan para pengundi di Amerika Syarikat tetap memilih Presiden Obama yang sedang memegang kuasa di Rumah Putih. Pengundi Amerika tetap yakin dengan Obama daripada pencabarnya, mereka masih mahukan Obama kerana agenda "FORWARD" NYA yang lebih rasional dan menepati cita rasa rakyat Amerika . Di Malaysia, NAJIB telah membuat satu "transformasi" cukup besar dalam semua aspek dan ini sepatutnya menjadi satu kayu ukur yang harus dilihat oleh para pengundi dan bukannya melihat kepada janji dan impian yang tidak dicerminkan oleh pemimpin dan " perkahwinan kontrat " parti-parti Pakatan Rakyat. Mereka berkonfliks lebih awal sebelum PRU13 . PERSOALANNYA BOLEHKAH PENGUNDI-PENGUNDI PRU13 MENJADI SEPERTI PENGUNDI PILIHANRAYA PRESIDEN 2012 DI AMERIKA SYARIKAT IAITU MEMILIH BERDASARKAN REKOD PERKHIDMATAN DAN SIAPA YANG MEREKA LEBIH YAKINI?

KITA patut FIKIR dan renungkan realiti, jangan korbankan kesejahteraan dan kenikmatan yang kita kecapi sejak merdeka dari hasil usaha yang dilakukan oleh semua Perdana Menteri dan pemimpin-pemimpin Perikatan dulunya dan Barisan Nasional pada masa sekarang. JANGAN PERJUDIKAN KEAMANAN, PERPADUAN, KESEJAHTERAAN DAN KEMAKMURAN YANG DIREDAI OLEH ALLAHSWT KERANA SEMATA-MATA FORMULA UNTUK MENCUBA DAN MEMBERIKAN PELUANG KEPADA SATU PAKATAN YANG TELAH TERBUKTI TIDAK MAMPU UNTUK MELAKUKAN SEBAIK KERAJAAN BN YANG MENJADI KERAJAAN SEJAK MERDEKA LAGI.