Thursday, May 30, 2013

PERHIMPUNAN 505 : "WINDING DOWN" DAN "WHAT NEXT".


 
Sudah lebih dua puluh hari selepas PRU 13, DSAI dan pakar strategi Pakatan Rakyat masih bermain strategi "mind games" mereka iaitu untuk mempastikan persepsi bahawa "PR telah di nafikan kemenangan dalam PRU 13 untuk ke Putrajaya" masih tebal dalam minda rakyat Malaysia. Road show perhimpunan 505 masih berlangsung tapi realitinya jumlah kehadiran sudah mula menurun, walaupun DSAI tetap menegaskan "... they were not winding down" (Star 28/5/13). Lojiknya banyak dakwaan DSAI mengenai salah laku dan perlanggaran PRU 13, sedikit-sedikit sudah timbul bukti bahawa dakwaan tersebut adalah tidak benar dan dibuktikan secara sah ianya tidak berlaku, ini sudah tentunya dengan sendiri "teori kemungkinan" yang di bina oleh DSAI dan para strategist Pakatan Rakyat juga sedikit-sedikit menjadi "teori palsu "dan" teori tidak benar". Mungkin kerana ini juga ramai peminat PRU 13 dan peminat yang termakan "persepsi" DSAI dan Pakatan Rakyat, juga mungkin yang sangat "anti UMNO dan BN", sudah mula sedar bahawa tindakan mereka sekali lagi telah di "perbodohkan" oleh DSAI dan para strategist Pakatan Rakyat, oleh itu mereka mula untuk menjauhi 505.

Bila ditanya persoalan ini DSAI menjawab - "But we also realise people want to move beyond rallies and we are discussing what we need to do next." (Star 28/5/13). Maknanya DSAI sendiri sudah pun merasai  "perhimpunan 505" sudah pun "winding down" kerana DSAI sedang memikirkan "what next" dan "beyond rallies". Oleh itu menjadi satu perkara penting dan wajib untuk para strategist BN yang belum selesa walaupun sudah mendapat kemenangan pada PRU 13, untuk mencari makna "we are discussing what we need to do next", dan membaca minda DSAI. Sudah tentu kenyataan DSAI ini, menunjukkan bahawa DSAI masih cuba bermain "mind games" dalam agendanya. Pastinya para strategist Pakatan Rakyat sedang berfikir untuk merangka satu strategi baru selepas mereka mencuba dengan strategi 505, yang ternyata telah gagal "mengerakkan mass movement ".

Para strategist BN pada kali ini perlu mengunakan strategi "attack" bukan lagi strategi "defensif". Sudah lebih 20 hari para strategist BN dalam keadaan di belasah oleh strategi Pakatan Rakyat dengan pembinaan persepsi seolah kerajaan BN adalah kerajaan yang tidak sah dan yang berhak adalah Pakatan Rakyat. Para strategi BN juga di provok dengan penuh emosi, dengan tujuan supaya para strategist BN melatah dan goyah. Dalam suasana ini, kuasa ALLAH SWT menjadi penentunya, atas kesabaran dan percaya serta yakin pada kebenaran, akhirnya satu-satu strategi "pembohongan" dan "penipuan" yang di bina atas strategi "PERSEPSI" telah terbukti "tidak berlaku dan tidak benar" dakwaan - dakwaan tersebut. Akhirnya para strategi Pakatan Rakyat dan DSAI mengaku "but we also realise people want to move beyond rallies ...". Oleh itu mereka sedang merangka "what next".

Apa agaknya dalam minda DSAI dan para strategist Pakatan Rakyat? Mungkin mereka masih mahu bermain "mind games" dan tetap mengunakan strategi pembinaan " persepsi " dan strategi "provokasi ". Oleh itu para strategist BN patut boleh membaca minda DSAI dan para strategist Pakatan Rakyat. Seterusnya boleh menjangka apakah "what next " ?

Mungkin boleh kita membuat andai dan jangkaan "what next". Ada teori kata mungkin DSAI akan membuat "rally yang lebih besar" tetapi amat mengharapkan sokongan mungkin dari pelajar-pelajar Universiti dan juga masyarakat di luar bandar, yang kurang dan tidak kelihatan dalam penghimpunan 505. Oleh itu kita boleh jangka kemungkinan para strategist Pakatan Rakyat akan fokaskan kepada membina persepsi yang boleh menarik minat kumpulan pelajar Universiti dan juga masyarakat di luar bandar. Kemudian mereka akan di provokkan untuk bersama dalam "rally" ini. Tetapi ini hanya teori kemungkinan saja, tetapi peratusannya agak tinggi kerana minda DSAI amat lebih kecenderungan kearah ini.

Ada juga teori yang mengatakan DSAI juga sudah habis modal strategi nya walaupun strategi Pakatan Rakyat adalah sentiasa "attack" tetapi oleh kerana kekebalan strategi BN, BN berjaya menghalang semua strategi Pakatan Rakyat hingga PRU 13 menyebelahi BN untuk terus berada di Putrajaya. Oleh itu DSAI terpaksa menguna dan mencari strategi baru dan DSAI pastinya akan kembali ke "drawing board" untuk terus berfikir. Teori ini bukan membuktikan para strategist BN telah menang dalam peperangan dengan Para Strategi Pakatan Rakyat. Tetapi ia hanya satu strategi "test market" sementara  yang dibuat oleh para strategi Pakatan Rakyat. Selepas itu mereka mungkin akan melangkah ke depan dengan strategi yang lebih hebat dan mantap lagi, yang pastinya para strategist BN akan terus di asak dengan lebih hebat lagi. Oleh itu para strategi BN perlu lebih bersedia untuk babak seterusnya .

 Secara kesimpulannya, babak pertama DSAI sedang berjalan dan juga sudah "winding down" dan pastinya babak kedua akan di mulakan pada bila-bila masa saja. DSAI dan para strategist Pakatan Rakyat sudah mula bersedia. Walau apa pun strategi DSAI dalam "what next", pesanan Tun Daim Zainuddin mungkin boleh menjadi penawar strategi BN dan menjadi racun kepada para strategist Pakatan Rakyat, kata Tun Daim - "it's a serius business electing a goverment, so let's leave this clown's( Anwar's) strategy alone and not play to his game". Oleh itu "what next" DSAI juga mungkin akan gagal sekiranya para strategist BN boleh membaca apa dalam minda DSAI dan bersedia dengan perisai yang lebih terancang dan sistematik kerana rakyat sudah bosan dengan strategi "penipuan" dan "pembohongan" yang di lakukan oleh para strategist Pakatan Rakyat.

Thursday, May 9, 2013

PRU 13 : STRATEGI ANWAR IBRAHIM SELEPAS PRU 13 ( Mind Games (1M), Persepsi dan Provokasi ( 2P) )



 
DAP amat gembira dengan prestasi mereka dalam PRU 13 kerana memenangi 38 kerusi Parlimen . Realitinya DAP sudah menjadi parti paling dominan dalam Pakatan Rakyat . Secara majoritinya Lim Kit Siang adalah layak untuk menjadi Ketua Pembangkang di Parlimen tetapi mungkin memberikan jawatan tersebut kepada DSAI atas dasar " prinsip ". Apa pun dalam keputusan PRU 13 amat tidak mengembirakan Anwar kerana Anwar gagal ke Putrajaya dan  memegang jawatan sebagai Perdana Menteri.  Ketidakpuasan hati Anwar bergitu dijelmakan secara sistematik melalui dakwaannya kegagalan pembangkang menawan Putrajaya kerana PRU 13 tidak dijalankan secara telus selain BN membawa pengundi hantu,termasuk rakyat asing ( Berita Harian 8/5). Oleh itu Anwar dan PR telah merancang untuk mengerakkan semula " gerakan reformasi " era 1998 (gerakan selepas Anwar di pecat oleh Dr Mahathir) dan pada malam 8/5 (lebih 50,000) penyokong PR berkumpul di Stadium Kelana Jaya untuk memulakan apa yang Anwar difinasikan sebagai " gerakan protes " untuk menuntut sistem pilihanraya telus".

 

Kaedah Anwar dan para strategist PR ialah " membina mind games " dalam minda rakyat Malaysia . Beliau mahu minda rakyat menerima " permainan persepsi " mereka iaitu BN menang secara penipuan . Bagi mereka strategi " mind games " dan " permainan persepsi " dan di ikuti dengan " provokasi " akan mempergaruhi minda rakyat dan akhirnya rakyat akan mempercayai dan rakyat boleh melakukan " mass protes " kepada Kerajaan Najib. Inilah matlamat Anwar iaitu mengerakan " mass protest " seperti apa yang berlaku di Mesir, Libya dan Tunisia ( Arab Spring ). Bagi Anwar selagi rakyat bermindakan emosi selagi itu senang bagi nya untuk mempengaruhi rakyat. Oleh kerana itu Anwar dan Para strategist PR telah " attack " BN dan minda rakyat dengan momokan seperti peratusan undi popular PR (51 %) lebih tinggi dari BN( 47 %), jadi sepatutnya PR lah yang patut jadi kerajaan dan dakwaan kemenangan BN dalam PRU 13 secara " tipu muslihat ". Inilah persepsi yang Anwar bina untuk mengelirukan minda rakyat.

 

Mereka akan mainkan momokan ini berkali-kali dan berulang-ulang dalam kaedah mengikut kapasiti mereka terutamanya dalam media sosial mereka . Ini kerana kaedah "mind games" , "persepsi" dan "provokasi" ( strategi 1M 2P) perlu kan kaedah "attacking" secara berulang-ulang dan "non stop" untuk pasti kan suasana dan persekitaran BN (Kerajaan Persekutuan ) dalam keadaan "defensif" dan terpaksa "menjawab" isu-isu yang di bawa dalam arus protes tersebut. Matlamat strategi 1M 2P adalah untuk "mengerakan "mass protest" atas dasar untuk mengujudkan perasaan "anti BN". Apapun yang paling penting strategi IM 2P sudah bermula malam tadi di Stadium Kelana Jaya. Kita masih ingat "gerakan reformasi" di hujung 1990an, Anwar masih mengunakan strategi ini. Dr Mahathir pernah berhadapan dengan "gerakan reformasi" ala gerakan reformasi Indonesia dan Dr Mahathir berjaya memusnahkan "gerakan ini dengan bijaksana",  walaupun Suharto gagal. Maknanya Dr Mahathir lebih bijak dari Anwar dan akhirnya gerakan itu dilenyapkan menjadi gerakan politik secara sah dengan penubuhan Parti Keadilan Rakyat Malaysia.

 

Pada masa kini, Anwar masih mahu mengunakan strategi 1M 2P lagi. Tetapi dengan menjadi "keputusan PRU 13" sebagai agenda ketidakpuasan hati nya sebagai agenda untuk mengerakan "mass protes "  ala " Arab spring " . Anwar mahu  protes ini berlangsung secara berterusan sebagai satu "pressure "kepada Najib dan Kerajaan BN di Putrajaya dan cubaan untuk melemahkan Najib dan Kerajaan BN, kemudiannya akan hilang populariti nya, akhirnya strategi ini akan menumbangkan Najib dan BN. Itulah agenda Anwar dalam strategi 1M 2P. Dalam pembacaan teori strategi politik, strategi Anwar tidak sukar untuk di baca dan di halang. Ini kerana Anwar terpaksa mempastikan "gerakan ini very consistant" dan juga untuk "mempastikan the majority rakyat "menyokong gerakan Anwar ini.

 

Kedua-dua perkara diatas jelas menjadi cabaran kepada Anwar dan para strategist PR. Yang penting Anwar masih terlupa yang "bersetuju" dengannya hanya lah Anwar dan para penyokongnya yang totok dengan perjuangan nya. Persoalannya adakah DAP setuju dengan gerakan ini. Guan Eng, Karpal dan Lim Kit Siang pastinya tidak setuju kerana mereka juga takut gerakan "mass protest" akan berjangkit ke negeri Pulau Pinang yang DAP perintah dan Guan Eng sendiri sudah pun melalui pengalaman ini semasa pemerintahan nya selepas PRU 12. Begitu juga dengan PAS adakah mereka setuju dengan tindakan ini, sudah tentunya tidak kerana sudah selesa dengan kemenangan selesa PAS di Kelantan. Mungkin kehadiran mereka (DAP dan PAS) malam tadi hanya proses untuk mereka menghormati Anwar. Dalam sejarah politik demokrasi, pemimpin yang kecewa secara peribadi (emosi) dan bukan berdasarkan kepada fakta dan realiti (rasional) tidak akan berjaya contohnya pada tahun 1997 -1998 Anwar sendiri gagal dalam gerakannya). Oleh itu formula untuk berlawan strategi dengan Anwar ialah Najib perlu mengunakan pendekatan yang berlawanan dengan Anwar, sekiranya Anwar mengunakan strategi  negatif (menjatuhkan kerajaan secara kekerasan), maka Najib perlu mengunakan pendekatan positif (jangan gunakan kekerasan dalam tindakan menghalang gerakan Anwar , kerana tindakan kerasan adalah perangkap Anwar dan tindakan negatif ini akan menjadi minyak yang akan membesarkan api kecil yang cuba untuk membesar), Najib perlu fokas kepada membina kesejahteraan rakyat dengan melaksanakan  aku janji  BN dan biar rakyat merasakan kesejahteraan tersebut dan akhirnya rakyat tidak akan memperdulikan gerakan Anwar. Strategi ini boleh menghancurkan gerakan Anwar kerana rakyat lebih penting kepada kesejahteraan mereka dan bukan gerakan yang boleh merosakkan kesejahteraan mereka .  Akhirnya dengan sendiri gerakan akan bertambah kecil dan makin lama ia akan hilang dengan sendiri, seperti apa yang di buat oleh Dr Mahathir dulu.

 

Anwar sudah lupa pada masa ini, Najib sudahpun menerima pengiktirafan  dari Presiden Obama, Perdana Menteri Singapura, Perdana Menteri Australia, Britain dan juga New zealand, serta negara-negara seluruh dunia. Ini membuktikan semua pemimpin besar dunia ini mengakui BN menang PRU 13 secara adil dan sah mengikut lunas demokrasi. Rakan-rakan kepimpinan Pakatan Rakyat juga sudahpun mengiktiraf keputusan PRU 13 kerana itu Guan Eng dan Ahmad Yakob telah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar di Pulau Pinang dan juga Kelantan. Ini membukti yang tidak iktiraf keputusan PRU 13 ialah Anwar yang masih teringin untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia dan untuk itu Anwar telah membawa penyokong totoknya dan rakyat minoriti yang terhasut  untuk menjadi benteng untukny .


Wednesday, May 8, 2013

PRU 13 : CUKUP CUKUP LA SUDAH " BLAMMING GAME " ANWAR IBRAHIM, TERIMA AJE KENTENTUAN ALLAH SWT, YANG TIDAK IZINKAN PAKATAN RAKYAT KE PUTRAJAYA.





PRU 13 sudah tamat dan keputusan juga telah diketahui BN ditentukan oleh ALLAH SWT untuk menang untuk kekal di Putrajaya. PR pula ditentukan oleh ALLAH SWT untuk tidak diizinkan ke Putrajaya. Kita perlu kembali kepada kepercayaan " Qada dan Qadar " yang telah tertulis siapa yang ALLAH SWT telah tentukan. ALLAH SWT telah tentukan NAJIB sebagai PM (pemimpin Malaysia). Manakala ANWAR telah ALLAH SWT tentukan untuk terus menjadi Pemimpin Pembangkang. Ini adalah ketentuan yang dibuat oleh ALLAH SWT bukan nya kita sebagai manusia tentukan.

 

ANWAR perlu muasabah dan munajat diri, serta bersyukur kerana ALLAH SWT masih memberi rezeki pada nya. ANWAR dan PR masih menang dengan pertambahan kerusi dan masih menjadi kerajaan di beberapa Negeri. Jadilah seperti NAJIB yang masih bersyukur walaupun BN menang dengan prestasi yang menurun. Bersyukurlah ANWAR, kerana KARPAL dan DAP serta PAS pun sudah iktiraf dan menerima " verdict " rakyat PRU 13. Kenapa perlu kamu(ANWAR)  mengajak rakyat untuk sekali lagi membuat " verdict " secara tak sah. ANWAR (kamu) masih perlu bermain " mind games " dan masih perlu bermain " persepsi ", dengan rakyat.

 

Apa yang kamu (ANWAR) tak puas hati dengan keputusan PRU 13? Tak puas hati kerana DAP sekarang menjadi dominan dalam PR kerana menang 38 kerusi Parlimen. Ataupun tak puas hati kamu (ANWAR) tentang yang prestasi menurun undi majoriti di PERMATANG PAUH kerana diancam oleh Dr Mazlan calon BN di sana. Ataupun kamu (ANWAR) malu pada kepimpinan DAP dan PAS dan para peminat kamu (ANWAR) kerana selama ini kamu (ANWAR)rasa kamu lah paling popular dalam politik Malaysia. Ataupun kamu (ANWAR) rasa tercabar dan malu kerana kewibawaan kamu (ANWAR) telah mula menurun dan ini menyebabkan rakan rakan luar negara kamu (ANWAR) akan lari meninggalkan kamu (ANWAR). Ataupun kamu (ANWAR) masih mahu untuk bermain strategi untuk terus menjadi relevan dan mahu kamu (ANWAR) sentiasa berada dalam minda rakyat, walaupun rakyat sudah membuat "verdict". Yang jelas ANWAR, rakyat sudah muak dengan permainan " gila kuasa " kamu (ANWAR).

 

Rakyat dan pengundi sudah matang dan mereka tahu realitinya. Walaupun ANWAR mengajak rakyat untuk turun membuat protes atas dakwaan ANWAR PRU 13 penuh penipuan TETAPI : Rakyat dan pengundi PRU 13 (13 juta) tidak sebodoh itu. Rakyat boleh berfikir - sekiranya ada penipuan kenapa DAP menang besar dan masih kuat untuk terus memerintah Pulau Pinang. Rakyat boleh berfikir - sekiranya ada penipuan kenapa PAS menang besar dan masih kuat untuk terus memerintah Kelantan. Rakyat boleh berfikir - sekiranya ada penipuan kenapa PAKATAN RAKYAT menang besar di Selangor dan kekal kuasa di Selangor. Rakyat boleh berfikir - sekirannya ada penipuan kenapa prestasi DAP dan PAS meningkat di banyak negeri. Rakyat boleh berfikir - sekiranya ada penipuan ,kenapa KARPAL dan DAP telah menerima " verdict " rakyat PRU 13. Rakyat boleh berfikir - sekiranya ada penipuan, kenapa Mustapa dan PAS juga terima keputusan " verdict " rakyat PRU13. Rakyat boleh berfikir - sekiranya ada penipuan, kenapa prestasi BN turun merudum terutama MCA dan Gerakan. Rakyat boleh berfikir - sekiranya ada penipuan, kenapa ada para Menteri dan Ketua Menteri/Menteri Besar serta Timbalan Menteri BN yang tewas. Rakyat boleh berfikir - sekiranya ada penipuan, kenapa ramai pemimpin yang menjadi Ketua komponen BN yang tewas. Rakyat boleh berfikir - sekiranya ada penipuan, kenapa DAP menang di bandar-bandar. Rakyat boleh berfikir - bahawa persoal di atas di hasilkan melalui satu sistem pilihanraya yang sama dan mengikut undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen dan di uruskan oleh Suruhanjaya Pilihanraya  Malaysia(SPR), bukan dari sistem yang berbeza dan SPR yang sama.

 

Jadi rakyat tahu, ANWAR sudah keterlaluan dalam "mind games" yang pada masa ini emosinya lebih besar daripada rasionalitinya. Rakyat tahu - Anwar sudah tidak rasional Rakyat tahu - Anwar sudah amat kecewa kerana tidak dapat menjadi PM. Rakyat tahu - Anwar sudah tewas pada Guan Eng, Karpal Singh, Lim Kit Siang dan Hj Hadi dari segi wibawa Rakyat tahu - Anwar akan kehilangan " populariti " nya

Rakyat tahu - Anwar masih mahu bermain " games " yang sama macam 1997 selepas Anwar di pecat oleh Dr M. Rakyat tahu - Anwar sedang mengunakan dakwaan isu SPR dan isu penipuan sebagai agenda untuk membawa rakyat untuk " protes" Rakyat tahu - Anwar sedang cuba untuk mempergunakan rakyat untuk memenuhi perasaan kecewanya

Oleh itu rakyat pastinya sudah muak dengan cara Anwar ini dan pastinya rakyat pada kali tidak akan bersamanya

 

Sekiranya Anwar betul - kenapa Presiden Obama telah mengiktiraf Najib. Sekiranya Anwar betul - kenapa PM Singapura juga telah mengiktiraf Najib. Sedangkan semua rakyat tahu Amerika dan Singapura antara rakan-rakan baik diplomatik Anwar.

 

OLEH ITU SEMUA RAKYAT MALAYSIA , KITA PERLU BERFIKIR SECARA RASIONAL BUKAN EMOSIONAL , KENAPA PERLU KITA DIPERALATKAN LAGI OLEH AGENDA ANWAR . YANG ADA DI DEPAN KITA TELAH DITENTUKAN OLEH KEPUTUSAN PRU 13 DENGAN LEBIH 80 % YANG MENGUNDI . APA LAGI YANG TIDAK ADIL. BOLEH KAH LEBIH 80 % PENGUNDI SENANG DI TIPU BERGITU. CUKUP-CUKUP LAH ANWAR ,RAKYAT SUDAH BOSAN DENGAN CARA POLITIK YANG TIDAK DEMOKRATIK ,NAK JUGA MENANG PERLU ANWAR TUNGGU PRU 14. SEMOGA MAJORITI RAKYAT TIDAK TURUN UNTUK BERPROTES SEPERTI YANG ANWAR MAHU. KITA TERUS BERDOA KEPADA ALLAH SWT AGAR NEGARA KITA YANG DI SAYANGI AKAN TERUS TERPELIHARA KEAMANAN DAN KESTABILANNYA, AMIN.



PRU 13 : SIRI 16 ( PERMAINAN PERSEPSI SEBAGAI SATU STRATEGI PECUTAN TERAKHIR DSAI DAN PARA STRATEGIST PAKATAN RAKYAT )

 
Kurang dari 12 jam lagi, para pengundi akan mula mengundi untuk PRU 13. Provokasi dari PR telah bermula atas dasar perasaan "takut" kepada kekalahan. DSAI telah mula strategi "attack" SPR dan Kerajaan atas dakwaan membawa pengundi "bukan warganegara" untuk mengundi dan juga dakwaan membawa masuk pengundi Sabah dan sarawak untuk mengundi kawasan-kawasan di Semenanjung dengan kerajaan menyewa kapal terbang MAS untuk membawa masuk para pengundi ini. Kata DSAI, PR ada bukti yang boleh menjadi sumber sebagai sesuatu yang sah. Walaupun dakwaan DSAI adalah terlalu tidak rasional dan DSAI masih bermain strategi lama iaitu membina satu provokasi melaui persepsi untuk menarik para pengundi untuk mempercayai PR telah di nafikan hak mereka untuk menang dan BN telah bermain strategi kotor. Kata Ezam - "Ini semua berkaitan persepsi, ia adalah permainan persepsi. Anwar adalah 'sifu' dalam perkara ini, bukannya soal kebenaran. Masa saya dengan (memegang jawatan Setiausaha Politik Anwar), peraturan pertama (Anwar) ialah membina persepsi dan kata Ezam lagi - "Anwar membina persepsi kata BN buat penipuan, menghilangkan krebiliti SPR dan buat rakyat hilang keyakinan kepada SPR "( Berita Harian 4/5 ). Ini adalah strategi DSAI pada saat ini.
 
DSAI pada masa saat-saat akhir ini telah hilang idea ataupun sudah kekeringan strategi. Oleh itu DSAI dan Para Strategist PR terpaksa recycle strategi lama ini untuk mengelirukan pengundi dan strategi untuk mendapatkan simpati pengundi. Pada realitinya pada masa sekarang DSAI dan kepimpinan PR dalam keadaan "desprate" dan terdesak kerana "mode" para pengundi tidak lagi mengundi berdasarkan "emosi" tetapi mengundi secara "rasional". Mode inilah yang sangat di takuti oleh DSAI dan para strategi PR. Bagi mereka selagi pengundi mengundi berdasarkan emosi selagi itu mereka senang untuk bermain "mind games" dengan para pengundi. Tetapi sekiranya para pengundi dalam keadaan mengundi secara "rasional",  Pakatan Rakyat akan pastinya kalah dalam PRU 13. Kata Ezam (bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan) - " Yang tidak terkejut dengan dakwaan itu, Anwar terdesak kerana mula risau kemungkinan akan kalah pilihanraya kali ini ". Sehubungan itu kata Ezam lagi - "Anwar membuat tuduhan bagi membangkitkan kemarahan rakyat terhadap kerajaan dan SPR sekiranya keputusan PRU 13 tidak memihak kepada Pakatan pembangkang  "( Berita Harian 4/5).  Ini adalah "mind games" DSAI pada masa ini .
 
Oleh  itu dalam masa kurang 12 jam sebelum hari mengundi, DSAI, GE dan para strategist PR akan mengunakan semua medium media untuk membina "emosi" yang BN telah dan akan bermain "kotor" dalam PRU 13. Permainan membina "emosi" ini akan dibuat dengan mengunakan keadah "blaming game". PR akan terus menyatakan "isu" yang mempersoal perkara -perkara yang atau sedang berlaku seperti "pengundi bukan warga negara" dan isu "bawa pengundi Sabah dan Serawak untuk mengundi di Semenanjung". Atau mungkin juga mula untuk "provok" SPR dalam SOP ataupun TOR SPR contohnya isu "dakwat". Strategi DSAI dan PR ialah untuk menimbulkan ketidak keyakinan pengundi kepada pengurusan pilihanraya ini. Kata Ezam (bekas Setiausaha Politik DSAI ) - "Jika Anwar jujur beliau sepatutnya membuat laporan kepada pihak berkuasa dan SPR. Sebaliknya, beliau memaklumkan kepada media. Kenapa terus (maklum) kepada media. Ini kerana mahu membina persepsi " ( Berita Harian 4/5). Kata Ezam lagi - "beliau percaya akan lebih banyak perkara dilakukan Anwar menjelang hari pengundian, semata-mata bagi membina persepsi " .(Berita Harian 4/5).
 
Menjelang hari mengundi yang kurang dari 12 jam lagi, kata  Najib (Perdana Menteri Malaysia) - " Yakin kepimpinan pembangkang kini gementar apabila sokongan majoriti rakyat makin BERALIH kepada Barisan Nasional ( BN). Senario makin BERUBAH apabila BN dapat menangani masalah di beberapa kawasan seperti Parlimen Maran dan Permatang Pauh, malah Pulau Pinang juga sudah BERALIH kepada BN" (Berita Harian 4/5) . Impaknya DSAI dan Para Strategi PR terpaksa kembali ke " drawing board " untuk mula mencari strategi baru untuk kembali berfikir bagaimana untuk menarik semula pengundi kepada PR di saat akhir ini . Oleh iti DSAI dan para strategist PR terpaksa kembali mengunakan "strategi membina persepsi" yang terpaksa di recycle semula .
 
Kata Najib lagi - " Anwar( DSAI ) gementar ketika ini. Di Marang ( Dato Seri Hadi Awang ) pun dah takut sebab dia dah tak ramai penyokong sekarang . Mursyidul Am PAS (Datuk Nik Aziz Nik Mat ) di banyak tempat pun dia tak boleh dapat sokongan dan Lim Kit Siang ( Penasihat DAP ) , rakyat Johor tak suka " (Berita Harian 4/5 ).  Oleh itu tidak hairan lah DSAI , GE, LKS dan Hadi serta para strategist PR sedang berusaha untuk mengunakan " Strategi balas " supaya mereka tidak berkedudukan " defensif " tetapi untuk kembali dalam strategi " attacking " di hujung kempen PRU 13 . Pakatan Rakyat pada masa ini sedang cuba membuat pecutan terakhir sedang kan BN sudah pun berada di hampir ke garisan penamat . Walaubagaimanapun permainan masih belum tamat dan BN harus bersiap sedia untuk terus " bersedia dengan strategi terakhir untuk kekalkan kedudukan yang amat selesa ini , yang penting BN perlu akur bahawa DSAI adalah seorang " fighter " yang tidak mudah mengaku kalah .
 
Yang penting pada masa ini ialah - " rakyat kena berjaga-jaga supaya jangan termakan dengan perkara ini ( persepsi yang di bina oleh DSAI ). Jika sayangkan negara, kita jangan terjebak dengan permainan politik murahan ini . Rakyat perlu percayakan kepada SPR " ( Ezam Berita Harian 4/5 ). Ini kerana " bullet " terakhir DSAI dan para strategist PR akan menghala kepada SPR yang akan menguruskan  PRU 13 . Pastinya SPR akan menjadi " punching bag " oleh DSAI dan PR . Oleh itu SPR perlu bersedia untuk " menghadapi " strategi Pakatan Rakyat ini .
 
Sebagai pesanan untuk rakyat Malaysia dan para pengundi PRU 13 , kita renung kata- kata Datuk Seri Najib - "  Firstly , there need to make a wise judgment on who they will vote for . They have to make their decision with a rational mindset after taking everything into account , on who is the most trustworthy in determining their future, where they  can have the confidence to say tommorrow will be better than today . Secondly, dont forget to go out and vote . Don't be scared. There's simply a psychology ( war ) of fear ( by irresponsible parties ). If we succumb to this , it will mean those who responsible for ( creating distrust ) will succeed . " ( Najib NST 4/5 ).