Showing posts with label PAS. Show all posts
Showing posts with label PAS. Show all posts

Wednesday, October 14, 2009

PAKATAN RAKYAT : APA ERTINYA KEKALAHAN DAN KEMENANGAN ?

Mengikut Napoleon Bonarparte – “Tiada perkataan TIDAK BOLEH di dalam kamus aku”, ini kata-kata Napoleon kepada tentera-tentera Perancis apabila mereka diminta untuk menyerang musuh-musuh Perancis di Eropah ketika itu, dan kata-kata ini adalah kata-kata motivasi dan semangat yang cuba dimasukkan oleh Napoleon kepada tenteranya supaya mereka berjuang habis-habisan hingga ke darah terakhir dan Napoleon tidak mahu tewas tapi sentiasa mahu menang.

Inilah semangat jentera PAS dan Pakatan Rakyat di Bagan Pinang sepanjang kempen mereka. Iaitu mereka tidak mahu kalah. Oleh itu semua strategi adalah kepada mahu menang walau apa cara sekali pun. Inilah jawapan kepada apa yang berlaku di Bagan Pinang beberapa insiden dan kes yang melibatkan PAS dan Pakatan Rakyat mengunakan strategi agresif untuk menimbul satu suasana yang tegang dan menakutkan pengundi-pengundi. Mereka mahu menang tetapi dengan semua jalan tak kira dengan strategi baik ataupun strategi sebaliknya. Bermakna mereka mengunakan strategi “matlamat menghalalkan cara”. Matlamat adalah lebih penting kerana itu apa cara sekalipun yang digunakan itu bukan persoalan, termasuk mengunakan mengunakan taktik kotor.

Apapun motto Napoleon “TIADA YANG MUSTAHIL” telah dihayati oleh jentera PAS dan Pakatan Rakyat di Bagan Pinang, walaupun akhirnya mereka tewas teruk. Pada mereka semangat kemenangan dari pilihanraya kecil yang lepas yang lebih menyebelahi PAS dan Pakatan Rakyat, yang menyebabkan mereka begitu yakin boleh mengubah ramalan yang mengatakan mereka sukar untuk menang kerana Bagan Pinang adalah kubu Barisan Nasional. Mereka merencanakan untuk mengunakan strategi “menyerang” di garisan permulaan lagi tetapi ternyata gagal. Ini kerana PAS dan Pakatan Rakyat terpaksa mengubah strategi kepada “defensive” kerana calonnya di “attack” dalam semua sudut. Inilah kekalahan yang pertama kepada PAS kerana kalah dari segi strategi dan kekalahan ini ialah satu kelemahan PAS dan Pakatan Rakyat yang juga membuktikan bahawa kemenangan mereka di siri pilihanraya kecil yang lepas adalah kerana kelemahan jentera UMNO dan BN dan bukannya kekuatan jentera PAS atau Pakatan Rakyat.

Walaupun mereka mengunakan motto “TIADA YANG MUSTAHIL” tetapi di Bagan Pinang, BN telah lebih menghayati motto ini dengan membuktikan walaupun mereka kalah dalam siri pilihanraya kecil yang lepas, mereka tetap bersemangat tiada yang mustahil untuk bersaing dengan Pakatan Rakyat . Makna BN telah berjaya memecahkan badi kekalahan dengan semangat Napoleon dan PAS telah tenggelam dengan juga semangat tersebut. Apapun yang membezakan antara PAS dan BN adalah strategi berkesan yang mereka gunakan. Strategi BN lebih berjaya untuk memasuki minda pengundi-pengundi, termasuk minda-minda pengundi Cina dan India yang pada mulanya dikatakan sukar untuk BN mendapatkan undi-undi tersebut, tetapi dengan semangat tiada yang mustahil BN berjaya untuk menarik pengundi-pengundi tersebut kembali mengundi BN.

Adakah peralihan trend pengundi-pengundi Cina dan India yang beralih untuk mengundi BN, menjadi satu ancaman kepada kestabilan Pakatan Rakyat. Mungkin jawapan ialah “Tiada apa-apa kesan“ kata Pakatan Rakyat, jawapan ini ialah jawapan untuk menutup kegusaran mereka, kerana mereka tahu cara BN iaitu sekali BN bangun dari tidur ia akan menjadi seperti singa yang sedang lapar akan terus mencari mangsa untuk ia makan. Inilah yang sangat ditakuti oleh Pakatan Rakyat kerana mereka tahu sekiranya UMNO dan BN bangkit dari tidur sudah tentu akan menyusahkan mereka. Oleh itu mereka sentiasa mahukan UMNO terus tidur dan kalau boleh jangan dibangkitkan langsung. Tetapi realitinya sekarang UMNO dan BN sudah mula bangkit dan akan mula untuk mengancam Pakatan Rakyat.

Apapun dalam perkembangan sekarang, akibat dari kemenangan Bagan Pinang oleh BN, akan ada satu perkembangan yang menarik dalam persaingan antara BN dan Pakatan Rakyat. Sudah tentunya Pakatan Rakyat akan memikirkan strategi baru dalam mengancam kekuasaan BN dan begitu juga dengan BN yang juga sedang mengaturkan strategi-strategi baru untuk menentang Pakatan Rakyat. Apakah “TIADA YANG MUSTAHIL” ataupun “SEMUA YANG MUSTAHIL”.

Monday, October 5, 2009

PILIHANRAYA KECIL BAGAN PINANG : APAKAH YANG ADA DALAM PEMIKIRAN “2 S” (SALAHUDDIN AYUB DAN SAIFUDDIN) SELEPAS HARI PENAMAAN CALON.

Kata Hadi Awang, “Kita sedar peluang untuk menang payah, tapi(kemenangan) tidak mustahil”. Manakala kata Salahuddin Ayub “Kita akui kita parti underdog tetapi beberapa petunjuk menunjukkan kita ada peluang di Bagan Pinang”. Kedua-dua kenyataan pemimpin PAS ini mengakui bahawa PAS dan Pakatan Rakyat agak sukar untuk mencipta kemenangan, tetapi apa yang ada di dalam pemikiran mereka ialah untuk mencipta satu “up set” di Bagan Pinang. Bagi mereka berdua peluang untuk “up set” tiada yang mustahi kerana itu Pak Zad menjangkakan Salahuddin Ayub dan Saifuddin sedang dan sudah mengaturkan strategi untuk meng “upset”kan UMNO/BN.

Dalam pengamatan Pak Zad dari 24 siri sembang yang Pak Zad kemukan sejak 24 hari yang lepas di dalam blog ini, terdapat lima perkara pokok yang akan menjadi agenda dalam pemikiran Salahuddin Ayub dan Saifuddin. Pertama – Bagaimana nak memusnahkan imej calon BN? Kedua – Bagaimana nak meningkat imej calon PAS? Ketiga – Apakah strategi awal, pertengahan dan akhir PAS dan Pakatan Rakyat? Keempat – Keberkesan strategi menyerang dan strategi untuk mendapat simpati. Kelima – Strategi tumpuan kepada pengundi India dan Cina.

Kelima-lima perkara pokok tersebut akan menjadi “pillar” kepada agenda strategi yang akan diaturkan oleh minda “2 S” ini. Di dalam Harakah Online dan laman Webs Pilihanraya Kecil Bagan Pinang PAS, telah mengulas isu-isu yang akan menjadi topik kempen mereka. Kesemua kelima-lima perkara pokok ini menjadi topik yang di ulas secara meluas di dalam kedua media yang di kawal oleh PAS. Maknanya analisa Pak Zad di dalam 24 siri tersebut juga tepat dengan apa yang Pak Zad jangkakan. Mereka sedang mengaturkan satu keputusan yang up set di Bagan Pinang.

Cuba kita ambil beberapa tindakan selepas hari penamaan calon yang dilakukan oleh Salahuddin Ayub, seperti mengeluarkan kenyataan psikologi seperti kenyataan di atas iaitu perkataan “under dog” dan “beberapa pertunjuk menunjukkan kita ada peluang”. Ia mungkin satu kenyataan bertujuan untuk mendapat simpati ataupun ia juga untuk menghantar mesej kepada jentera PAS yang mereka ada senjata sulit untuk menewaskan UMNO/BN. Pak Zad yakin ini adalah strategi awal Salahuddin dan Saifuddin,iaitu untuk mengumpul kekuatan sambil berundur setapak dan kemudiaannya nanti mereka akan mulakan “attacking” dari sudut-sudut kekuatan dan kelemahan UMNO/BN.

Dalam masa selepas penamaan calon juga Salahuddin Ayub juga telah mengeluarkan kenyataan untuk menafikan yang penyokong PAS dan Pakatan Rakyat telah bertindak kasar kepada pemimpin UMNO iaitu Menteri Hal Ehwal Pengguna dan Ketua PUTERA UMNO, dan telah mencederakan Ketua PUTERA UMNO. Salahuddin Ayub telah menyatakan ia adalah satu provokasi UMNO untuk memburukkan jentera PAS dan Pakatan Rakyat. Inilah adalah strategi “denial” yang digunakan oleh mereka bagi menolak strategi UMNO/BN untuk bermain dengan strategi mendapat simpati dari para pengundi Bagan Pinang. Pak Zad jangka isu ini akan berada di “surface” kempen sehingga pertengahan tempoh kempen, samada ia memberikan impak yang positif kepada PAS atau UMNO/BN ia bergantung kepada bukti kes tersebut dan Polis nampaknya menjadi hakim dalam isu ini. Apapun Salahuddin Ayub dan Saifuddin telah berjaya dalam meneutralkan isu tersebut di atas penafian PAS.

Malah dalam masa 24 jam selepas penamaan calon. Salahuddin Ayub juga telah cuba merosakkan imej calon UMNO/BN iaitu Isa Samad, dengan mendedahkan kelemahan Isa Samad sebagai bekas menteri besar dan pemimpin di Bagan Pinang iaitu di dalam kes pembinaan jalan raya 10 km di kawasan Bagan Pinang semasa Isa Samad menjadi Menteri Besar. Kata Salahuddin Ayub, sekiranya Isa Samad hebat kenapa beliau tidak selesaikan isu ini hingga sekarang. Strategi pendedahan yang menjadi satu strategi yang paling popular di Bagan Pinang dan setiasa akan digunakan oleh PAS dan Pakatan Rakyat. Seperti kata Pak Zad dalam sembang-sembang yang lepas PAS akan “attack” Isa Samad dengan mengunakan strategi mendedahkan semua sejarah Isa Samad semasa beliau menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan. Inilah yang disebut strategi memburukkan imej calon,dengan tujuan untuk mengelirukan minda pengundi.

Secara jelasnya,pada peringkat ini Salahuddin Ayub dan Saifuddin (2 S) telah mengambil satu pendekatan untuk meneutralkan keadaan di Bagan Pinang. Mereka hanya cuba untuk menjawab persoalan yang timbul bagi menyaingi kedudukan BN kerana mereka tidak mahu berkedudukan terlalu jauh dari BN. Strategi mereka ialah untuk menyerang secara mengejut ketika jenteras BN sedang lalai ataupun sedang selesa kerana terlalu yakin.

Mungkin pada awal berkempen mereka akan mengangkat bendera putih kerana mereka mengakui mereka tewas. Tetapi Pak Zad jangka mereka akan bangkit semula dan berkemungkinan pada pertengahan kempen mereka berkedudukan seri iaitu PAS dan UMNO sama-sama berkedudukan seimbang, dan pada akhir tempuh berkempen iaitu di hari kedua akhir, Pak Zad jangka PAS akan melonjakkan dada nya ke garis penamat dengan mengunakan senjata sulitnya yang berkemungkinan boleh menarik dan memenangi hati pengundi terutamanya atas pagar dan 40 peratus pengundi pos.

Cuba kita renung satu pesanan Perdana Menteri kepada pengundi Bagan Pinang “Kita mesti sedar bahawa ini adalah pilihanraya kecil bukan soal membentuk kerajaan. Dalam pilihanraya kecil, apa yang penting ialah khidmat seorang bakal wakil rakyat ,siapa yang boleh beri khidmat bakti dan dapat menyelesaikan masalah pengundi di sana” dan katanya lagi “Itu yang menjadi kayu ukur seperti di Bagan Pinang”. Apa pula komen Salahuddin Ayub dan Saifuddin mengenai ulasan Perdana Menteri ini.

Friday, October 2, 2009

PILIHANRAYA KECIL BAGAN PINANG : PEMIKIRAN DAN STRATEGI LIM KIT SIANG.

Kata Lim Kit Siang “The Bagan Pinang by election is a contest between country’s political past and future – between the politics of corruption, injustice and appression prevalent before March 8, 2008 and the politics of integrity, justice and freedom struggling to be bom after March 8 political tsunami” (http://blogLimKitSiang.com). Ini pandangan awal Lim Kit Siang mengenai pencalonan Isa Samad sebagai calon BN. Yang menariknya di sini Kit Siang cuba mengunakan strategi perbandingan dan strategi kesimpulan dengan mengatakan pilihanraya kecil ini adalah antara politik bercirikan kotor dan bercirikan bersih, dan yang bercirikan bersih kata Kit Siang akan di lenyapkan.

Pak Zad amat berminat untuk mengulaskan pandangan dan kritikan emosi Kit Siang ini, yang seolah-olah mengunakan “black hat” dalam analisanya. Beliau bergitu pessimis dengan kesimpulannya itu. Pak Zad rasa “there’s something missing’ dalam analisanya, iaitu faktor realiti. Apa yang membawa kepada pandangan dan kritikan beliau ialah berdasarkan kepentingannya untuk menyatakan Pakatan Rakyat adalah parti yang memperjuangkan politik bersih. Tetapi secara realitinya dengan apa yang terjadi di Selangor (Isu yang sedang di siasat oleh SPRM) dan beberapa isu yang berlaku di Pulau Pinang boleh menjadi jawapan yang Kit Siang cuba tidak menyatakan kebenarannya dan cuba berselindung daripada kenyataan sebenar.

Strategi yang Kit Siang cuba dibuat olehnya di Bagan Pinang ialah menjadikan Isa Samad sebagai “kambing hitam” untuk memastikan Pakatan Rakyat akan mendapat impak yang positif di Bagan Pinang ataupun pilihanraya Umum ke 13 nanti. “Attack” krebiliti Isa Samad maknanya akan menghancurkan krebiliti BN. Kata Kit Siang lagi “Isa Samad nomination as BN candidate in Bagan Pinang by election is a clear affirmation that integriti and good governance do not rate high in order of priorities of Najib premiership”.

Kenyataan ini satu kritikan yang terlalu nakal, seolah-olah Najib dan BN tidak meletakkan soal integriti sebagai perkara utama. Jelas apa yang cuba di buat oleh Kit Siang ialah cuba untuk membuat satu “propaganda” yang calon BN tidak berintegriti dan mereka adalah pendokong integriti. Propaganda ini sudah tentunya akan dijadikan strategi DAP dan PKR Cina untuk ditaburkan kepada kawasan-kawasan yang mempunyai pengundi Cina yang ramai, dengan matlamat untuk mendapat undi daripada pengundi Cina. Benarkah Pakatan Rakyat memperjuangan integriti? Kalau kita lihat isu di Selangor dan Pulau Pinang iaitu negeri yang mereka kuasai secara langsung, sudah tentu sekali lagi Kit Siang tidak bercakap benar, mungkin Kit Siang terlupa .

Pada pandangan Pak Zad kerana itu kes di Selangor mereka cuba jadikan SPRM sebagai “kambing hitam” untuk “divert”kan segala isu kepada kes Beng Hock dan kini DAP cuba mengunakan strategi yang sama menjadikan Isa Samad sebagai “kambing hitam”, kata Kit Siang “the mysterious death of political aide Teoh Beng Huat at MACC Headquaters on July 16 stands as an indictment of MACC war againt PR instead of war against corruption”, kenyataan ini bertujuan untuk menciptakan keresahan minda pengundi-pengundi Bagan Pinang dan akhirnya pengundi-pengundi akan terkeliru dan akan termakan dengan propaganda mereka.

Kata Kit Siang lagi “Najib crebility as an anti-corruption reformen had already suffered grievious blows with the MACC bogged down in an open war againt PR as catspaw of UMNO/BN to destabilize and topple PR state goverment when its first and only task is to decide war on corruption”. Amat jelas Kit Siang mengunakan strategi untuk “divert”kan masalah yang mereka hadapi dengan meletakkan MACC sebagai mangsa DAP dengan usaha untukkan runtuhkan krebilitikan MACC. Ini lah juga strategi yang DAP gunakan untuk membantu Salahuddin Ayob dalam menstrategi untuk menjatuhkan krebiliti Isa Samad.

Pak Zad yakin strategi yang Kit Siang cuba di buat disini adalah untuk menunjukkan yang Pakatan Rakyat bersih dan berintegriti kerana itu calon yang ditonjolkan adalah calon yang bersih kata mereka. Kit Siang cuba mainkan strategi perbandingan antara Isa Samad dengan Zulkifli Omar dan BN dengan PR,kemudiannya beliau cuba mengunakan strategi kesan ataupun impak iaitu sekiranya Isa Samad menang maka tamat integriti, justice and freedom. Pengunaan-pengunaan strategi-strategi tersebut akan membina keresahan dan kekeliruan kepada pengundi dan kemudian nanti mereka akan masukkan propaganda mereka dan akhir akan mereka ”control the mind of the voter”.

Inilah pemikiran Kit Siang yang tersurat dan yang tersirat. Bijaknya Kit Siang ialah dengan membina satu situasi atau keadaan pencalonan Isa Samad memberi impak jangka panjang dan mengkritik secara keras agenda “TRANSFORMASI” kerajaan Najib. Pak Zad harap para strategist BN dapat menyediakan strategi yang berkesan untuk menjawab kritikan nya mengenai calon BN. Kit Siang sudah bersedia, tetapi adakah BN juga sudah bersedia? Kita akan dapat melihat satu peperangan strategi akan berlaku di Bagan Pinang.

Thursday, October 1, 2009

PILIHANRAYA KECIL BAGAN PINANG : NILAI TAHAP KEYAKINAN CALON PILIHANRAYA BAGAN PINANG.

Selepas kedua-dua parti samada BN dan PAS/Pakatan Rakyat mengumumkan calon-calon mereka, Pak Zad ingin cuba untuk membuat penilaian tahap keyakinan kedua-dua calon tersebut. Secara perbandingannya sudah pasti kedua-duanya mempunyai kekuatan masing-masing, tetapi dilihat dari kenyataan calon-calon tersebut, kita boleh membuat satu ukuran tahap keyakinan mereka.

Kata Hadi Awang “Saya melihat beliau (Zulkifly) mempunyai potensi untuk membuat perubahan di Bagan Pinang ini, paling penting telah diterima oleh pengundi serta Pakatan Pembangkang di Teluk Kemang khususnya PAS kawasan ini”. Manakala Muhyidin Yasin pula berkata “The decision was made after the top leadership had caried out a detailed survey at the grassroots level among Malay, Chinese and Indian in the state consituenscy”.

Nampak cukup jelas, kenyataan Muhyidin Yasin lebih menjelaskan tahap keyakinannya Isa Samad sebagai calon yang berwibawa, jika dibandingkan dengan kenyataan Hadi Awang yang nadanya mendatar dan tiada penekanan yang membuktikan inilah pilihan terbaik calon PAS dan Pakatan Rakyat. Muhyidin Yasin menyentuh secara terus terang yang mengatakan “the top leadership” telah buat keputusan pemilihan calon selepas membuat kajian di peringkat “grassroots” Melayu, Cina dan India. Ini secara psikologinya memberi mesej kepada pengundi-pengundi Bagan Pinang apa yang “offer”kan oleh BN adalah calon yang dibuat berdasarkan kehendak rakyat di Bagan Pinang.

Mengikut Hadi Awang, mereka hanya menawarkan calon yang mempunyai potensi untuk membuat perubahan di Bagan Pinang. Perkataan POTENSI dan MEMBUAT PERUBAHAN adalah perkataan yang tidak mencerminkan satu tahap keyakinan yang tinggi. Potensi membawa makna PAS masih belum pasti yang calon ini benar-benar boleh membawa obor perjuangan mereka di Bagan Pinang. Kenyataan tersebut tidak menampakkan satu keyakinan tinggi. Hadi Awang sepatutnya menyatakan “INILAH CALON KITA YANG AKAN MENJADI WAKIL RAKYAT BAGAN PINANG PADA 11 OKT NANTI”. Barulah kenyataan tersebut adalah lebih berkeyakinan.

Kita lihat pula apakah respons calon-calon ini selepas mereka diumumkan sebagai calon . Kata Zulkifli Omar “ Saya tidak bimbang dengan siapa saya akan bersaing termasuklah calon BN, Tan Sri Isa Samad. Saya yakin pengundi di sini boleh membuat keputusan bijak”. Manakala Isa Samad mengatakan “Saya sudah bersedia untuk menang pilihanraya ini dan menang dengan majoriti lebih besar merupakan tanggungjawab saya”.

Nampak cukup jelas tahap keyakinan cukup jauh beza antara Isa Samad dengan Zulkifli Omar. Perkataan yang di oleh Isa Samad ialah “SAYA SUDAH BERSEDIA UNTUK MENANG..”, manakala Zulkifli Omar mengunakan perkataan “SAYA TIDAK BIMBANG DENGAN SIAPA SAYA AKAN BERSAING..” Isa Samad sudah yakin untuk menang,manakala Zulkifli Omar baru untuk bersaing. Makna kenyataan Isa Samad lebih menyakinkan daripada Zulkifli Omar.

Kata Zulkifli Omar “ ...YAKIN PENGUNDI DISINI BOLEH MEMBUAT KEPUTUSAN BIJAK“ dan bandingkan kenyataan Isa Samad “ ..DAN MENANG DENGAN MAJORITI LEBIH BESAR MERUPAKAN TANGGUNG JAWAB SAYA”. Sudah tentu amat jelas kenyataan Isa Samad lebih menyakinkan kerana Isa Samad meletakkan kemenangan majoriti besar. Manakala Zulkifli Omar dengan nada merayu untuk pengundi membuat keputusan bijak adalah kenyataan yang mempunyai tahap keyakinan rendah.

Satu lagi patah perkataan yang boleh membuktikan Zulkifli Omar bergitu was-was dan tidak berkeyakinan tinggi ialah perkataan “ SAYA YAKIN PENGUNDI DISINI...”. Perkataan “PENGUNDI DISINI” membawa makna Zulkifli Omar masih mengasingkan dirinya bukan sebagai keluarga di kawasan Bagan Pinang, walaupun kita tahu Zulkifli Omar bukan pengundi berdaftar di Bagan Pinang, tapi ia bukan alasan untuk mengasingkan diri daripada pengundi kawasan ini.

Secara analisa perbandingan yang dibuat diatas, amat jelas Pakatan Rakyat melalui Calon PAS iaitu Zulkifli Omar, mempunyai tahap keyakinan yang amat rendah dan tidak mampu untuk menyaingi dengan Calon BN iaitu Isa Samad yang analisa di atas begitu tinggi tahap kenyakinannya. Maknanya strategi PAS dan Pakatan Rakyat untuk mengunakan strategi menyerang sudah terbalik jadinya. Dalam keadaan sekarang BN pula berkeadaan menyerang dan PAS pula dalam keadaan “defensive”. Pada ramalan Pak Zad,sebelum mereka berada di atas garisan permulaan, PAS sudah dan akan kehilangan “momentum” strategi yang berkesan. Sedar atau tidak “EGO” PAS dan PAKATAN RAKYAT akan di ajar di Bagan Pinang.

Wednesday, September 30, 2009

PILIHANRAYA KECIL BAGAN PINANG : STRATEGI PAKATAN RAKYAT SELEPAS ISA SAMAD DI ISYTIHARKAN SEBAGAI CALON BN.

Secara sahnya Isa Samad telah diumumkan sebagai calon BN di Bagan Pinang. Ini bermakna harapan Pakatan Rakyat untuk melobi Isa Samad sebagai calon telah berjaya. Strategi psikologi dan strategi simpati yang disusun aturkan oleh PAS dan Pakatan Rakyat telah berjaya dimakan umpannya oleh UMNO dan BN. Oleh itu tahap kenyakinan PAS dan Pakatan Rakyat untuk mencipta kemenangan kesembilan begitu terbuka sekali. Bolehlah Pak Zad katakan pasukan Pakatan Rakyat telah menang pusingan pertama. Maknanya Pakatan Rakyat telah mendahului sebelum ke garisan permulaan.
Kita juga sedang menunggu siapa pula calon PAS yang akan mewakili Pakatan Rakyat. Walaupun ramalan awal Pak Zad tak tepat untuk calon BN tapi Pak Zad masih yakin ramalan calon PAS masih lagi apa yang Pak Zad nyatakan dalam analisa Pak Zad yang terdahulu ialah Persuruh Jaya PAS Negeri Sembilan. Inilah calon yang paling layak dan setanding dengan Isa Samad. Inilah strategi utama PAS dan Pakatan Rakyat meletakkan calon yang setanding, berpengalaman, berpengaruh dan bersih daripada isu etika. Strategi ini nampaknya sedang di aturkan oleh Salahuddin Ayob dan pakar-pakar strategi PAS dan Pakatan Rakyat. Bagi Pak Zad ini adalah satu strategi perbandingan yang akan di lakukan oleh PAS dan Pakatan Rakyat. Isa Samad dan calon PAS yang di pilih akan di buat profil perbandingan di dalam setiap kempen mereka nanti.
Strategi ini adalah sama dengan strategi untuk memusnahkan imej calon seperti pernah PAS dan Pakatan Rakyat lakukan di Kuala Terengganu, Bukit Gantang dan Permatang Pasir. Maknanya PAS dan Pakatan Rakyat sudah membuat “home work” terlebih dahulu tentang Isa Samad. Walaupun pada “surface”nya PAS berdolak dalih yang mereka tidak akan “attack” calon seperti fatwa yang di katakan oleh Nik Aziz. Tetapi apabila sampai kepada realiti iaitu semasa berkempen secara automatik strategi mereka berubah. Pak Zad jangka PAS dan Pakatan Rakyat sudahpun mempunyai semua maklumat mengenai Isa Samad terutamanya maklumat yang boleh mempegaruhi pemikiran pengundi kerana strategi yang akan mereka gunakan pada peringkat ini ialah untuk memasuki pemikiran pengundi dengan mengemukakan isu-isu sejarah calon BN ini. Mereka juga akan mengunakan strategi tekanan bertubi-tubi atau berkali-kali mengenai Isa Samad yang akhirnya akan menyebabkan pengundi akan di “turn over”kan dan mempercayai maklumat-maklumat tersebut.
Persoalannya sekarang apakah pengundi Bagan Pinang benar-benar sayangkan Isa Samad ? Dan mereka akan begitu fanatik tidak akan pedulikan strategi yang akan di gunakan oleh PAS dan Pakatan Rakyat. Sekiranya ini benar maknanya pengundi Bagan Pinang bergitu sayangkan kepada Isa Samad. Tetapi apabila membaca analisa Harakah Daily yang menyatakan dengan penuh keyakinan “30% pengundi Cina dan India di jangka memihak kepada Pakatan Rakyat, 30% pengundi Pos yang bakal dikawal oleh BN dan 40% pengundi Melayu yang bakal penentu Pakatan atau BN”. Persoalan di atas nampaknya akan mempunyai jawab yang agak berbeza kerana sentimen mungkin akan berubah sepanjang masa berkempen nanti.
Oleh itu Pak Zad jangka PAS dan Pakatan Rakyat akan terus mengunakan strategi “attack the opponent”. Isa Samad akan di “attack” sebelum di gariskan permulaan. Jadi para strategist UMNO dan BN kena betul-betul buat “buat home work” dulu. Terutamanya syarat-syarat untuk menjadi calon, dengan memberi jawapan samada Isa Samad tidak melanggar mana-mana syarat untuk menjadi calon. Adakah kesalahan salah laku pemilihan UMNO tidak menjadi halangan kepada beliau bertanding. Pak Zad jangka ini lah yang PAS dan Pakatan Rakyat akan lakukan iaitu untuk mencari kesilapan teknikal kepada pencalonan calon BN.
Sebagai renungan kita hayati kata-kata Setiausaha Politik Khas kepada Persuruhjaya PAS Negeri Sembilan Yau Con Seng “kita(Tionghua) jangan beri satu undi pun kepada calon Bn dalam pilihanraya kali ini”(Harakah Daily 29/9/09). Ini adalah jawab strategi apa yang PAS dan Pakatan Rakyat akan gunakan selepas Isa Samad diisytiharkan sebagai calon BN.

Tuesday, September 29, 2009

PILIHANRAYA BAGAN PINANG : TRANSFORMASI PEMIKIRAN PENGUNDI-PENGUNDI CINA DAN INDIA BAGAN PINANG.

Pilihanraya Kecil Bagan Pinang akan menjadi penentu kepada persoalan samada pengundi mengundi berdasarkan kepada sentimen persekitaran domestik ataupun persekitaran luaran. Maksudnya ialah samada pengundi Bagan Pinang akan terpengaruh dengan isu-isu kempen dalaman iaitu persekitaran Bagan Pinang (lokaliti) ataupun mereka terpengaruh dengan isu-isu luaran iaitu nasional.

Dari apa yang dinyatakan melalui kenyataan pemimpin-pemimpin politik samada Barisan ataupun Pakatan Rakyat, semua isu-isu samada domestik atau luaran akan menjadi isu-isu utama di dalam kempen mereka. Strategi parti-parti politik ialah untuk menghangatkan persekitaran, mereka perlu memainkan isu-isu ini, tetapi yang paling disukai oleh para strategis parti-parti politik ialah isu-isu luaran seperti isu nasional diluar dari Bagan Pinang.

Maknanya pengundi-pengundi Bagan Pinang perlu bersedia dengan ketahanan yang kuat kerana momentum kempen yang sudah bermula. Para pengundi akan dihidangkan dengan isu-isu sensitif berdasarkan kaum kerana undinya nanti adalah berdasarkan kaum. Contohnya pengundi Cina akan dihidangkan tentang janji masa depan yang diciptakan oleh Pakatan Rakyat iaitu keadilan untuk semua dan ketuanan Malaysia. Sudah tentunya ia satu cabaran yang hebat kepada MCA dan Gerakan untuk membalas hujah untuk memenangi hati pengundi Cina. Dari segi daya penarik sudah tentu strategi kempen DAP dan PKR Cina lebih menarik dan maju ke hadapan kerana janji tersebut adalah sesuatu yang mereka sedang tunggu. Tidak hairanlah PAS pada pilihanraya yang lepas mendapat 56% undi Cina dan Barisan hanya mendapat 44%.

Dalam konteks ini bolehkah pengundi Cina membina satu “ transformasi” dari mengundi berdasarkan emosi dan fanatik kepada mengundi yang berdasarkan rasionaliti dan realiti sejarah. Transformasi ini amat diperlukan kerana pengundi Cina juga perlu melihat isu-isu domestik yang berlaku di Bagan Pinang yang stabil dan tidak diracun oleh pemikiran luar. Pertimbangan ini amat penting dan untuk membuktikan pengundi Cina mengundi berdasarkan rasionaliti dan bukan emosi. Tetapi persoalannya bolehkah ia dibuat oleh MCA atau Gerakan, jawapan ialah mereka tak mampu. Oleh itu transformasinya amat sukar tetapi kita masih percaya dan yakin pengundi Cina di Bagan Pinang adalah bijak dan boleh menilai sebelum mengundi.

Pengundi-pengundi India juga memerlukan satu transformasi pemikiran untuk menentukan siapa yang mereka akan mengundi samada Barisan ataupun Pakatan Rakyat. Tetapi apabila dilihat berdasarkan “mood” yang bertiup, pengundi India akan lebih tertarik kepada PKR India yang sentiasa meniupkan lagu-lagu survival masyarakat India yang didakwa masih tertindas dan MIC gagal dalam menjaga masa depan masyarakat India. Maknanya pengundi India masih sukar untuk di transformasikan.

MIC mugkin tidak mampu untuk mengubahkan pemikiran tersebut kerana MIC sendiri juga dalam proses untuk di transformasikan. Jadi apa yang boleh di buat ialah jangan biarkan pengundi India yang mempunyai lebih 20% undi menjadi teman PKR India. Mungkin tindakan PEMUDA UMNO untuk mengerakkan jenteranya ke kawasan estet yang bermajoriti kaum India amat baik. Sekiranya MIC tak mampu mungkin UMNO boleh membantu terutamanya untuk memberi penjelasan kepada pengundi India. Ini boleh memberi satu ruang baru kepada pengundi India untuk mendapat maklumat yang betul daripada UMNO yang dijadikan Kambing Hitam oleh Pakatan Rakyat. Maknanya tranformasi pengundi India agak sukar tetapi tidak semestinya mereka tidak boleh berubah.

Mungkin kenyataan Ketua Puteri Sabah boleh menjadi sesuatu pendekatan yang boleh menggerakkan proses transformasi tersebut, katanya “pendekatan ‘satu dengan satu‘ iaitu mendengar masalah rakyat dan cuba mengatasinya akan terus digunakan di Bagan Pinang kerana ia berkesan dalam mendekati pengundi dan menjelaskan dasar kerajaan BN”.Katanya lagi “Dengan mendengar luahan hati pengundi dan menjelaskan kekeliruan yang membuatkan mereka ragu-ragu memilih BN, mereka akan lebih memahami kebaikan kerajaan BN”. Ini mungkin jawapannya samada pengundi Cina atau India boleh ditransformasi pemikiran mereka.

Monday, September 28, 2009

PILIHANRAYA KECIL BAGAN PINANG : FATWA NIK AZIZ DI BAGAN PINANG

Nik Abd Aziz Nik Mat telah mengingatkan penceramah parti itu supaya tidak menghamburkan kata-kata menyerang peribadi lawan sepanjang kempen pilihanraya kecil Bagan Pinang,sesuai dengan suasana umat Islam yang masih meraikan Aidilfitri. Dalam pengiraan Pak Zad ada sesuatu yang tak kena disini, pertama kali Pak Zad dengar PAS mengamal strategi berhemah seperti yang dinyatakan oleh Nik Aziz ini. Jika dilihat dalam pilihanraya kecil Bukit Gantang, pilihanraya Kuala Terengganu dan Pilihanraya Kecil Permatang Pasir strategi menghentam peribadi calon adalah strategi yang paling berjaya yang digunakan oleh Pakatan Rakyat. Serta ini juga strategi yang merupakan senjata yang paling berkesan digunakan dan juga antara faktor yang membawa kemenangan kepada Pakatan Rakyat di pilihanraya kecil yang lepas.

Kata Nik Aziz lagi “Pendekatan (Kempen) kita berubah ikut suasana, peribadi kalau nak sebut (biar) secara berdepan (dengan individu), depan mikrofon tak boleh. Saya tak suka sentuh peribadi,hal peribadi kenapa nak beritahu orang lain, kalau sentuh perangai secara umum tak apa. Contohnya kita sebut rasuah politik, sebut rasuah itu haram dalam agama dan demokrasi, nak sebut sebut secara umum tak apa, jangan tuju sesiapa dan kalau nak sebut juga, jumpa orang itu sendiri” Ini satu fakwa yang baru yang cuba dinyatakan oleh Nik Aziz di Bagan Pinang dan ia satu penghuraian yang penuh dengan persoalan, kenapa begitu berhemahnya strategi PAS yang dicadangkan oleh Nik Aziz. Adakah ini cara baru PAS untuk memenangi hati pengundi Melayu yang cuba dipancing oleh PAS dan Pakatan Rakyat, selepas mereka amat yakin mereka sudah mendapat majoriti undi pengundi Cina dan India.

Mungkin PAS cuba memerangkap Isa Samad supaya Isa Samad akan bersedia untuk bertanding kerana Nik Aziz sudah memberi satu jaminan yang mereka tidak akan “attack” peribadi calon. Oleh itu kenyataan Nik Aziz ini adalah satu perangkap kepada UMNO supaya memilih Isa Samad sebagai calon. Mungkin ini adalah strategi baru untuk memastikan yang PAS mahukan Isa Samad untuk bertanding dan apabila Isa Samad bertanding sudah tentu mereka sudahpun bersedia untuk mengunakan strategi seperti pilihanraya kecil yang lepas.

Nampak jelas Nik Aziz juga mengunakan strategi psikologi untuk membuktikan mereka mempunyai jentera yang paling bersih dan baik dalam berkempen nanti. Tetapi kalau kita kaji kenyataan beliau seterusnya iaitu “Nak cakap soal Parti lawan berkaitan dasar tak apa. Saya cakap dasar UMNO SESAT, tak bawa orang kemana-mana”. Kenyataan ini membikinkan fatwa Nik Aziz lagi mengelirukan, apa sebenarnya di pemikiran Nik Aziz. Pak Zad jangka beliau sedang memberi isyarat kepada jentera PAS dan Pakatan Rakyat supaya mereka menukar STRATEGI DARI MENYERANG KEPADA STRATEGI MEMBINA SIMPATI. Nik Aziz nak nampak yang strategi menyerang tidak berkesan kerana mereka tahu mereka tak cukup stamina kerana jentera Barisan sudah menunggu untuk menyekat serangan tersebut seperti strategi apa yang berlaku di Selangor dan Perak. Pak Zad sedang menunggu apa pula komen Salahuddin Ayob tentang fatwa Nik Aziz ini.

Kata pepatah politik “musuh harus di hormati dan untuk menewaskan musuh kita harus menghayati apa yang di fikirkan oleh musuh untuk menewaskan kita“. Mungkin ini yang sebenarnya terkandung dalam pemikiran Nik Aziz ketika ini.

Sunday, September 27, 2009

PILIHANRAYA KECIL BAGAN PINANG : KENAPA PAS TUNDUK KEPADA DAP DALAM KES DI SELANGOR.

Mengikut Salahuddin Ayob “PAS tidak pernah membuat keputusan untuk mengkaji semula kedudukannya dalam Pakatan Rakyat pada semua peringkat”. Salahuddin Ayob mengulas laporan yang mengatakan PAS Selangor sedia meneliti secara terperinci saranan pemimpin Pakatan Rakyat supaya parti itu mengkaji semula kedudukanya dalam Pakatan Rakyat, berikutan pendirian tegas Dr Hasan Ali yang mahukan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT) dirombak. Isu ini telah menjadi isu hangat di Selangor dan menimbulkan satu polimik antara Dr Hasan Ali dan pemimpin DAP Selangor.

Kata Salahuddin Ayob lagi “PAS tetap dengan komitmen untuk bersama Pakatan Rakyat. Jika ada masalah yang berlaku,ia perkara biasa. Dalam keluarga dua tiga orang pun ada masalah apa lagi Pakatan yang besar”. Tegas Salahuddin Ayob lagi “PAS tetap mahu mentadbir Selangor bersama rakan Pakatan Pembangkang walaupun terdapat perbalahan di antara mereka di negeri itu” dan katanya lagi “Apa jua masalah di Selangor, saya yakin ia akan diselesaikan dalam semangat setiakawan antara PAS, Parti Keadilan Rakyat(PKR) dan DAP.”

Apa yang cuba “dihighlightkan” di atas ialah pandangan-pandangan Pengarah Pilihanraya PAS dan Pakatan Rakyat yang akan menjadi “Master Mind” di pilihanraya kecil Bagan Pinang,yang terlalu khuatir mengenai krisis di Selangor yang secara terbuka membuktikan Pakatan Rakyat sebenarnya ada masalah besar terutamanya antara parti yang memperjuangankan Negara Islam iaitu PAS dan Parti yang tidak mahu menerima atau menolak Malaysia untuk dijadikan Negara Islam iaitu DAP. Krisis ini nampaknya akan memeningkan kepala Salahuddin Ayob kerana pada jangkaannya isu ini juga akan di menjadi isu hangat di Bagan Pinang.

Krisis antara PAS dengan DAP ini akan menjelmakan satu krisis antara perjuangan PAS dan DAP yang jauh panggang dari api untuk mereka bersatu secara 100 peratus. Sekiranya di teliti isu-isu yang berlaku di Selangor seperti isu penjualan arak, isu Exco PAS memberi kuasa menahan tanpa waran kepada Pegawai Masjid yang melibatkan orang Islam yang melakukan kesalahan jenayah syariah dan isu SELCAT, jelas menunjukkan PAS cuba melaksanakan perjuangan Islamnya di Negeri Selangor tetapi dihalang dan dibelasah dengan teruknya oleh kepimpinan DAP Selangor. Hinggakan kepimpinan DAP seperti Charles Santiago (YB DAP Parlimen Klang) membelasah Dr Hasan Ali dengan meminta Dr Hasan Ali perlu didisiplinkan oleh partinya dan menyarankan agar Dr Hasan Ali disingkirkan dari jawatan Exco Selangor. Malah Speaker DUN Selangor Teng Chang Khim menyatakan dengan lebih tegas “There is no communication breakdown among coalition members, Hasan Ali is the only problem in the coalition and he has been consistently inconsistent on varies issues” . Jelas Dr Hasan Ali telah dianggap sebagai “virus” kepada Pakatan Rakyat di Selangor.

Yang anehnya dalam Dr Hasan Ali amat memerlukan sokongan daripada kepimpinan PAS Pusat untuk bersama dengannya tetapi sebaliknya berlaku, PAS Pusat terpaksa tunduk kepada DAP walaupun apa yang diperjuangkan oleh Dr Hasan Ali adalah perkara asas dalam perjuangan Islam PAS. Tetapi melalui kenyataan Salahuddin Ayob jelas nadanya ia tunduk kepada DAP. Mengapa ini berlaku kerana PAS memerlukan DAP di Bagan Pinang. Oleh itu PAS terpaksa mengunakan strategi psikologi untuk tidak berkrisis denga DAP pada masa sekarang.

Salahuddin Ayob telah mengunakan strategi ini dalam mempastikan semua perancangannya untuk Bagan Pinang tidak terjejas akibat krisis di Selangor. Bagi PAS , 10% pengundi Cina di Bagan Pinang amat penting dan PAS amat berharap DAP boleh memainkan peranan untuk mendapat undi tersebut. Malah pada pilihanraya Umum yang lalu calon PAS telah mendapat 56% daripada undi Cina di Bagan Pinang. Oleh itu di dalam pembacaan Salahuddin Ayob, apapun PAS perlu menghormati DAP dan kerana itu PAS terpaksa tunduk kepada DAP di dalam krisis di Selangor demi untuk mencipta kemenangan calonnya di Bagan Pinang.

Percaturan yang di buat melalui strategi ini terpaksa di mainkan oleh Salahuddin Ayob kerana beliau mahu menguruskan strategi pilihanraya didalam keadaan yang paling stabil supaya beliau boleh memberi tumpuan dan fokas untuk mengerakkan jentera PAS dan Pakatan Rakyat di Bagan Pinang. Krisis Selangor jika tidak di selesaikan sudah tentu menjejaskan peluang PAS di Bagan Pinang.


Saturday, September 26, 2009

PILIHANRAYA KECIL BAGAN PINANG : APA YANG ADA DI DALAM PEMIKIRAN SALAHUDDIN AYOB ,PENGARAH PILIHANRAYA KECIL BAGAN PINANG.

Salahuddin Ayob telah dilantik oleh PAS dan Pakatan Rakyat sebagai Pengarah Pilihanraya Kecil Bagan Pinang, yang sudah tentu menjadi orang yang paling penting untuk jentera Pilihanraya PAS dan Pakatan Rakyat. Beliau juga adalah “the master mind” dalam mengatur strategi untuk PAS dan Pakatan Rakyat di Bagan Pinang. Oleh itu setiap kenyataan beliau perlu di teliti dan perlu dibaca secara terperinci.

Pak Zad akan cuba membaca apakah yang ada di dalam pemikiran Salahuddin Ayob, berdasarkan kepada kenyataan yang beliau dan pemimpin Pakatan Rakyat keluarkan dalam beberapa minggu ini. Pembacaan pemikiran beliau sangat penting kerana ia akan membawa kita kepada apakah strategi yang beliau akan gunakan untuk dilaksanakan oleh jentera PAS dan Pakatan Rakyat. Pak Zad jangka ada 3 perkara penting dan utama yang ada di pemikiran Salahuddin Ayob pada masa ini,yang juga beliau nanti akan terjemahkan ke dalam strategi perlaksaan untuk mengerakkan jentera pilihanraya PAS dan Pakatan Rakyat.

a. PEMIKIRAN SALAHUDDIN AYOB 1 : STRATEGI UNTUK MELEMAHKAN CALON BN.

Yang ada di dalam fikirannya ialah beliau mahukan calon BN adalah calon yang ada masalah dan masalah ini sudah tentu akan dieksploitasi oleh jentera PAS dan Pakatan Rakyat. Oleh itu jawapan kepada mengapa PAS amat beria-ia sangat untuk mempertahankan Isa Samad sebagai calon BN adalah kerana faktor ini. Jadi di dalam pemikiran Salahuddin Ayob mereka perlu mengunakan psikologi untuk mempastikan Isa Samad bertanding dan sekiranya Isa Samad bertanding, bagi Salahuddin Ayob, beliau akan jadikan Isa Samad sebagai medan “pendedahan etika” sama seperti di pilihanraya kecil Kuala Terengganu dan Permatang Pasir. Pemikiran ini mungkin telah dibaca oleh para strategis BN, tetapi sudah tentu Salahuddin Ayob juga sudah bersedia dengan strategi untuk melemahkan calon dengan cara yang lebih “advanced”.

Bagi Salahuddin Ayob,dengan strategi ini, calon BN akan sentiasa dalam keadaan defensif dan terpaksa mempertahankan diri. Akhirnya ia akan melemahkan calon dan calon tidak lagi boleh berfungsi dengan baik. Inilah pada pandangan Pak Zad yang ada dalam pemikiran Salahuddin Ayob yang paling utama.

b. PEMIKIRAN SALAHUDDIN AYOB 2 : STRATEGI UNTUK SENTIASA MENYERANG.

Dalam pemikiran beliau ialah jentera BN tidak boleh dibiarkan dalam keadaan menyerang. Ini kerana kawasan Bagan Pinang adalah kubu kuat UMNO dan sudah tentu BN akan mengunakan semua kemudahan yang ada samada kemudahan kerajaan Negeri atau kemudahan kerajaan Persekutuan. Ini bermakna kalau BN dibiarkan menyerang, BN akan mengunakan kemudahan tersebut. Oleh itu didalam pemikiran Salahuddin Ayob, PAS dan Pakatan Rakyat perlu sentiasa menyerang mengunakan isu-isu seperti faktor calon BN, isu-isu domestik di Bagan Pinang iaitu kegagalan ADUN lama dalam menjaga pengundi Bagan Pinang dan isu-isu nasional yang melibat prestasi kerajaan Persekutuan seperti isu kenaikan harga minyak, isu kuil hindu di Shah Alam, kes kepala lembu di Shah Alam yang kaitan dengan pengundi India dan kegagalan parti-parti komponen BN iaitu MCA dan Gerakan menjaga pengundi-pengundi Cina.

Jentera PAS dan Pakatan Rakyat akan menyerang mengunakan isu-isu ini sebagai bahan kempen samada di dalam ceramah mereka, melalui internet, melalui bahan-bahan cetak yang diedarkan kepada pengundi,kempen rumah ke rumah dan melalui kenyataan-kenyataan akhbar. Apa yang berlaku strategi “attack” ini akan menyebabkan calon dan jentera BN akan menjadi sibuk kerana mereka terpaksa menjawab semua isu yang di kemukan oleh jentera PAS dan Pakatan Rakyat. Situasi kesibukan yang sengaja diciptakan oleh pemikiran Salahuddin Ayob akan juga melemahkan jentera BN kerana ia masih berkedudukan defensif dan tidak menyerang, ia sudah pastinya BN akan terus ketinggalan dalam perlumbaan ini. Inilah strategi permikiran Salahuddin Ayob yang mahu memerangkapkan jentera BN.

c. PEMIKIRAN SALAHUDDIN AYOB 3 : STRATEGI UNTUK MENGUASAI PEMIKIRAN JENTERA BN.

Dalam pemikiran Salahuddin Ayob,strategi ini adalah sama dengan strategi yang digunakan Anwar Ibrahim apabila mencanangkan kepada seluruh dunia yang tarikh 16 September 2008 Pakatan Rakyat akan mengambil alih Kerajaan Persekutuan. Kenyataan Anwar Ibrahim telah berjaya menguasai pemikiran majoriti rakyat Malaysia yang percaya dan yakin akan berlaku. Inilah yang cuba di fikirkan oleh Salahuddin iaitu untuk menguasai pemikiran pengundi-pengundi Bagan Pinang dan rakyat Malaysia seluruhnya. Apa yang jelas Salahuddin Ayob dan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat telah mengeluarkan kenyataan yang berbentuk psikologi seperti UMNO akan mengunakan isu perkauman untuk berkempen, Pakatan Rakyat dalam keadaan menyerang, Pakatan Rakyat akan memberikan kejutan di Bagan Pinang, Pakatan Rakyat akan menang walau ia kawasan UMNO, SPR perlu melihat semula isu pengundi pos dan pengundi India jangan undi BN kerana BN tidak menolong orang-orang India.

Kenyataan-kenyataan tersebut adalah berbentuk psikolog dan ia bertujuan untuk memasukkan setiap perkataan dalam pemikiran pengundi dan apabila ia di ulang-ulang dalam kempen sudah tentu pengundi-pengundi akan mulai mempercayainya. Maknanya Pakatan Rakyat sudah berjaya untuk menguasai pemikiran pengundi-pengundi. Bagi pemikiran Salahuddin Ayob strategi ini sekiranya berjaya di lakukan,akan menyukarkan jentera BN untuk berkempen.

Secara kesimpulan analisa untuk membaca pemikiran Salahuddin Ayob adalah berdasarkan teori kemungkinan dan ia mungkin betul dan mungkin juga tidak betul. Tetapi pada realitinya daripada kenyataan-kenyataan dari beliau dan pemimpin atasan Pakatan Rakyat analisa ini mungkin ada kebenarannya.Cuba kita renungi kata-kata SUN TZU “Strategy without tactics is the slowest route to victory, tactics without strategy is the noise before defeat”.

Friday, September 25, 2009

BAGAN PINANG : SIAPAKAH BAKAL MENJADI CALON BAGAN PINANG

Selepas 15 tajuk Pak Zad sembangkan di dalam blog ini, pada kali ini Pak Zad nak membuat tekaan atau “prediction”, siapakah calon Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional. “Prediction” Pak Zad berdasarkan kepada kajian yang dibuat dan dilaporkan oleh Merdeka Review iaitu 48.5% mengatakan faktor calon adalah paling utama, 41.5% mengatakan kekuatan parti politik sebagai faktornya dan hanya 8.1% yang tidak dapat menentukan faktor yang bagaimana. Maknanya kajian ini telah mengesahkan faktor calon(candidate factor) adalah kriteria utama dalam menentukan calon yang sesuai.

Apakah yang dikatakan faktor calon? Jawapan kepada persoalan tersebut ialah dengan kita meneliti kenyataan pemimpin-pemimpin politik yang ada kepentingan di dalam pilihanraya kecil ini. Dr Mahathir umpamanya menyatakan “UMNO should pick a candidate who is free of money politik for Bagan Pinang by election“ dan tambahan beliau lagi “However, having corruption-free candidate would be important factor in Bagan Pinang as well as in the general election” Manakala Muhyiddin Yassin pula menyatakan “I have to listened to the views from all parties in Negeri Sembilan as we want a capable and hardworking candidate to contest in Bagan Pinang”.

Komen seorang ahli parti UMNO veteran mengatakan “Another important factor is the choice of candidate. He must not only be one liked by the people but must also be agreeable to all party members”. Jelas ketiga-tiga kenyataan tersebut memberi makna calon yang paling sesuai ialah calon yang bersih, berkebolehan, boleh bekerja keras, calon yang diterima pengundi dan calon yang diterima oleh ahli-ahli parti. Ini adalah kriteria asas dalam pemilihan calon yang Pak Zad gunakan dalam “prediction” Pak Zad.

Berdasarkan kepada situasi semasa Pak Zad meramalkan akan ada pertandingan antara 5 calon iaitu calon Barisan Nasional(UMNO), calon PAS (Pakatan Rakyat) dan 3 calon bebas (calon Melayu,Cina dan India). Ketiga-tiga calon bebas adalah calon yang akan mencuri perhatian kerana mereka dijangka akan berperanan untuk memecah undi Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat.Setiap undi yang mereka dapat sudah tentunya akan mengurangkan undi samada Barisan Nasional ataupun Pakatan Rakyat. Strategi calon bebas ini juga ada kaitan juga mungkin satu strategi parti-parti politik yang bertanding yang menaja calon-calon bebas ini ataupun mungkin juga ada calon-calon tersebut yang telah mengkaji bahawa mereka boleh menjadi penentu, oleh itu mereka berbincang dengan parti-parti yang bertanding untuk membuat ‘deal’ untuk menarik diri tapi dengan bayaran yang lumayan. Kedua analisa tersebut adalah satu kemungkin.

Pada “prediction” Pak Zad, calon Barisan Nasional yang memenuhi kriteria yang di gariskan di atas ialah Sdra Najib Isa yang merupakan Naib Ketua Pemuda UMNO Teluk Kemang dan anak kepada Isa Samad yang merupakan Ketua Bahagian Teluk Kemang . Pak Zad yakin Najib Isa adalah paling layak kerana beliau adalah tokoh pemuda yang bersih dan di terima oleh ahli-ahli Bahagian Teluk Kemang.Walaupun dalam banyak kenyataan terdahulu yang mengatakan Isa Samad lah dikehendaki oleh mereka ,tetapi kriteria yang di nyatakan oleh Dr Mahathir yang menjadi halangan kepada Isa Samad sebagai calon. Pak Zad juga rasakan Isa Samad yang merupakan tokoh UMNO veteran yang sangat setia kepada perjuangan UMNO,tentunya amat memahami situasi ini. Pak Zad juga rasakan Isa Samad akan berkerja keras untuk mempastikan kemenangan anaknya dan UMNO khususnya . Inilah masanya untuk Isa Samad memberi peluang anaknya untuk meneruskan perjuangannya di arus perdana. Jadi dengan hujah di atas Pak Zad ramalkan Najib Isa akan menjadi pilihan UMNO di Bagan Pinang.

Manakala “prediction” untuk calon PAS yang memenuhi kriteria di atas ialah Saudara Zulkifli Mohd Omar yang merupakan Persuruhjaya PAS Negeri Sembilan dan juga bekas calon yang kalah didalam pilihanraya umum yang lepas. Calon ini adalah tokon pemimpin utama PAS Negeri Sembilan dan amat berpengaruh di Negeri Sembilan. Beliau juga calon yang cukup berpengalaman dalam menguruskan pilihanraya di Bagan Pinang dan amat rapat dengan pengundi-pengundi di Bagan Pinang. Jika di lihat kepada prestasi beliau pada pilihanraya yang lepas beliau telah mendapat undi popular sebanyak 45% (4,097 undi) dengan mendapat undi Melayu sebanyak 43%, Cina 56% dan India 54%. Maknanya calon PAS yang Pak Zad “predict”kan ini amat berpengaruh kepada pengundi Cina dan India yang melebihi 50%, hanya undi Melayu beliau kurang 7%. Ini membuktikan prestasinya amat baik dan pencalonannya boleh memberi satu saingan yang sengit kepada calon Barisan Nasional.

Untuk calon bebas pula Pak Zad jangka calon Bebas Melayu akan datang dari ahli PKR yang pada masa ini telah diberi amaran oleh Anwar Ibrahim sekiranya beliau masuk bertanding,beliau akan dipecat sebagai ahli PKR. Calon juga dari segi kewibawaan juga ada kekuatannya kerana pernah menjadi wakil ahli Parlimen Teluk Kemang dari PKR. Peluang beliau untuk bertanding nampak terbuka luas dan dari kenyataan beliau nampaknya beliau “tidak makan saman” walaupun yang menyaman beliau adalah Anwar Ibrahim. Kehadiran beliau sebagai calon akan pastinya mengusarkan jentera Pakatan Rakyat kerana undi “solid” Melayu untuk PAS akan pastinya akan terganggu oleh calon bebas ini.

Pak Zad juga meramalkan akan adanya calon bebas dari bangsa Cina dan bangsa India. Kedua calon bebas ini akan memberikan satu cabaran yang amat sukar kepada kedua-dua parti samada Barisan ataupun Pakatan Rakyat. Ini kerana kedua-dua parti tersebut amat memerlukan undi dari pengundi Cina dan India yang menjangkau 30% dari jumlah pengundi di Bagan Pinang. Oleh itu dengan kehadiran calon bebas Cina dan India sudah tentu matlamat untuk mendapat undi penentu ini agak sukar.Pada pandangan Pak Zad setiap calon bebas India dan Cina dapat membawa 3-5 % undi.

Adalah jelas itulah “prediction” Pak Zad yang dihujahkan berdasarkan kepada kriteria yang dibuat berdasarkan kepada satu kajian yang di buat. Apakah tepat atau tidak kita akan menyaksikannya pada 29 September nanti di mana kedua-dua parti yang besar akan umumkan calon-calon mereka. Manakala bagi calon bebas pula kita terpaksa tunggu pada 3 Okt iaitu semasa hari penamaan calon. Bagi Pak Zad yang pasti pertandingan antara calon-calon yang diramalkan di atas akan sengit dan semua akan bergantung kepada strategi masing-masing.

Thursday, September 24, 2009

BAGAN PINANG : “THE DANGER OF MAKING FALSE MOVES”

Kenyataan di atas adalah kenyataan dari Presiden Eisenhower yang memberi peringatan kepada kepimpinan CIA dalam mereka menguruskan isu CUBA pada tahun 1960. Peringatan dibuat oleh Presiden Eisenhower selepas CIA telah gagal dalam operasinya di Cuba dalam usaha mereka menjatuhkan Fidel Castro. Bagi Pak Zad nasihat President Eisenhower ini ada relevennya dengan apa akan berlaku di Bagan Pinang, sekiranya strategi yang dipilih adalah salah dan tidak sesuai serta di buat secara terburu-buru. Dalam analisa Pak Zad dalam sembang-sembang Pak Zad yang lalu,membuktikan perkara tersebut wujud.

“The danger of making false moves” membawa makna pertamanya ialah bahayanya membuat sesuatu tindakan ataupun pergerakan yang silap. Dalam konteks ini Presiden Eisenhower telah merujuk kepada tindakan-tindakan CIA dalam usaha mereka menjatuhkan Fidel Castro dengan melakukan satu tindakan-tindakan yang ternyata silap dan akhir memberikan kesan yang amat negatif kepada imej Amerika ketika itu. Maknanya setiap tindakan yang dibuat perlulah berhati-hati dan teliti sebelum ia hendak dijadikan satu strategi yang berkesan. Sekiranya ia tidak di buat berhati-hati ia akan mengundang padah dan bahaya kepada tindakan-tindakan susulannya nanti.

Jika dikaji di Bagan Pinang pada peringkat awal ini, ada beberapa tindakan yang telah dibuat yang berlandaskan kepada tindakan-tindakan bahaya seperti Pakatan Rakyat menuduh UMNO akan mengunakan isu perkauman dalam kempen mereka (kenyataan Salahuddin Ayob, Pengerusi Pilihanraya Kecil PAS di Bagan Pinang), dan pengunaan Isu-isu agama Hindu seperti isu kepala lembu dan perpindahan kuil di Shah Alam (S.Manikavasam PKR Supreme Coucil Member), ini akan menyebabkan Barisan akan mengaturkan strategi balas berdasarkan kepada perkauman dan keagamaan.

Kesannya amat bahaya sekali kerana tindakan ini dibuat berdasarkan satu bacaan iaitu untuk memenangi hati pengundi Cina dan India, yang isyaratnya ialah UMNO/Barisan gagal untuk menjaga kepentingan Cina dan India dan Pakatan Rakyat telah melakukan dengan baik sejak mereka menjadi kerajaan di Kedah, Selangor dan Pulau Pinang. Tetapi hakikatnya tidak kerana banyak bukti menunjukkan keresahan di kalangan kaum berlaku seperti isu Kampung Buah Pala di Pulau Pinang, isu penjualan arak di Selangor, dasar pembinaan rumah ibadat di Selangor, isu robohnya Pusat Penyembelihan Babi di Alor Star, isu kepala lembu di Selangor dan lain-lain lagi. Apapun “the danger of making false moves” yang dibuat oleh Pakatan Rakyat ini akan menjerat kepala mereka sendiri kerana tindakan tersebut seolah-olah satu penipuan kepada pengundi Melayu kerana mereka telah lebih menjaga hati pengundi orang-orang Cina dan India, dan mereka percaya rakan mereka iaitu PAS boleh “handle” pengundi Melayu yang beragama Islam. Jadi Pakatan Rakyat dalam keadaan ini mengunakan keadah “Divide and Rule”. Kaedah ini akan mengundang satu “resistance” di dalam masyarakat.

Kenyataan “the danger of making false moves” juga memberi maksud kedua iaitu bahayanya sekiranya mengunakan satu pergerakan palsu, yang membawa makna satu tindakan atau pergerakan yang dibuat adalah semata-mata untuk mengabui mata musuhnya seolah mereka telah mengambil tindakan itu, tetapi hakikatnya ialah itu bukan tindakan sebenarnya. Strategi ini selalu di gunakan untuk membaca respond kepada musuh dan seterusnya tindakan-tindakan susulan yang di buat untuk melawan semula strategi musuh. Apa bahayanya di sini ialah ia akan mengundang satu konfliks sekiranya “moves” tersebut mengancam “opponent” sudah tentunya akan adanya tidakan balas yang lebih aggresif.

Sekiranya kita kaitkan dengan apa yang berlaku di Bagan Pinang, strategi untuk “making false moves” telah di lakukan dengan baik sekali oleh Pakatan Rakyat dengan mencipta tindakan-tindakan sensitif seperti tindakan-tindakan memenangi hati pengundi Cina dan India melalui dakwaan-dakwaan yang UMNO/Barisan gagal menjaga masyarakat Cina dan India dan lebih menjaga masyarakat Melayu dan mereka menunggu respond daripada UMNO/Barisan, sudah tentunya UMNO/Barisan akan menjawab dakwaan tersebut dengan tindakan-tindakan yang agresif. Tetapi jika di kaji secara mendalam ia adalah satu tindakan “false moves” iaitu tidak benar kerana apa yang di analisa di para 4 dalam artikel ini adalah jelas Pakatan Rakyat telah membuat satu pembohongan dan ini yang dinyatakan sebagai “the danger” kerana ia akan mengundang satu konflik kerana dinyatakan di atas UMNO/Barisan akan mengambil tindakan untuk mempertahan imejnya. Mungkin matlamat Pakatan Rakyat agak berjaya kerana dapat membaca tindakan-tindakan UMNO/Barisan tetapi tindakan ini menimbulkan satu situasi yang cukup bahaya didalam masyarakat.

Berdasarkan analisa di atas, jelas peringatan Presiden Eisenhower ini yang dibuat pada tahu 1960, masih relevan hingga ke hari ini dan ia juga satu peringatan kepada mana-mana Parti Politik yang bertanding perlu bertanggung jawab jangan sewenang-wenang mengunakan “false moves” hanya untuk di jadikan satu strategi dan akhir bahaya telah di undang dan kesannya mungkin akan akan berlakunya konflik yang besar. Akhir sekali kenyataan Presiden Dwight Eisenhower “I have suffered an eight-year defeat on this” perlu di jadikan pendoman oleh para strategis di Bagan Pinang.

Monday, September 21, 2009

BAGAN PINANG : MUSLIHAT PAS DALAM MEMBELA ISA SAMAD SEBAGAI BAKAL CALON BARISAN NASIONAL.

Apa yang menarik ialah apabila Harakah edisi 20/9/09 telah meletakkan tajuk utamanya “ SEKAT JADI CALON.”, AGENDA BERTERUSAN KUBURKAN POLITIK ISA SAMAD”, ia menjadi satu persoalan mengapa dan kenapa. Laporan ini menyebut “harapan Tan Sri Mohd Isa Samad untuk menjadi calon bagi pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang tidak mudah yang di sangka. Begitu juga anaknya Najib Isa” . Tajuk dan laporan Harakah ini perlu di teliti secara terperinci kerana ia akan memberi banyak makna yang tersurat dan tersirat.

Dari sudut strategi politik, ia perlu dimulakan dengan analisa berdasarkan persoalan-persoalan. Seperti Mengapa harakah perlu letakkan isu pencalonan Isa Samad sebagai tajuk utamanya? Pentingkah isu Isa Samad ini, jika dibandingkan dengan isu pemilihan calon PAS ataupun isu-isu lain yang sedang diperjuangkan oleh PAS. Adakah dengan membawa isu pencalonan Isa Samad seolah-olah PAS cuba membela Isa Samad, yang mereka lihat UMNO memang tidak mahu Isa Samad dicalonkan, ia dibuktikan seperti laporan Harakah “Cadangan Pergerakan Wanita UMNO yang mahukan calon Wanita diletakkan bertanding mewakili BN di DUN Bagan Pinang, 3 Okt ini adalah usaha halus pihak tertentu dalam UMNO menyekat bekas Naib Presiden UMNO, Tan Sri Isa Samad kembali aktif dalam politik”.

Dengan persoalan yang dikemukan tadi, amat jelas ia memerlukan satu jawapan yang tepat. Tetapi jawapan yang boleh diberi ialah PAS telah mengunakan 3 strategi sekali gus iaitu pertama mengunakan strategi “take the offensive” iaitu membuat serangan awal dengan menyatakan Isa Samad sedang dihalang menjadi calon, dengan itu UMNO akan disibukkan untuk membuat penjelasan dan ini akan menyebabkan jentera UMNO tidak dapat memberi fokas kepada strategi yang di rancang, kedua PAS mengunakan strategi “attack your opponent’s strengths” iaitu PAS cuba untuk menyerang Isa Samad yang pada pengiraan ramai penganalisa ialah calon yang mempunyai kekuatan dan pengaruh di Bagan Pinang. Maknanya PAS telah “attack” kekuatan UMNO di Bagan Pinang dengan tujuan untuk “forces his opponent to back away from the very qualities that makes Isa Samad an attractive candidate” dan ketiganya PAS mengunakan strategi “Accuse your opponent of what he/she is going to accuse you of” iaitu PAS telah menunjukkan dan menuduh bagaimana kelemahan Isa Samad telah dibuktikan oleh orang-orang UMNO sendiri. Semua strategi tersebut terkandung di dalam laporan Harakah tersebut. Begitu juga dengan semua persoalan-persoalan yang dilontarkan terdahulu juga jawapannya berada di dalam ketiga-tiga strategi tersebut.

Apa pun yang jelas, PAS telah berjaya memanipulasikan “kedudukan” dan kisah-kisah lama Isa Samad dalam strateginya supaya kepimpinanan UMNO dan Barisan dalam keadaan tertekan sebelum ke medan peperangan. Yang jelas pada pemikiran Pak Zad, PAS lebih seronok sekiranya Isa Samad yang menjadi calon untuk Barisan kerana sudah mempunyai modal yang cukup untuk berdepan dengan jentera Barisan. Apakah nasib calon UMNO/Barisan di Bagan Pinang jadi seperti di Kuala Terengganu ataupun di Permatang Pasir, semuanya bergantung kepada bagaimana UMNO/Barisan memilih calon dan pihak pembangkang hanya menunggu masa yang sesuai untuk membelasah calon UMNO/Barisan sekiranya mereka salah memilih calon.