Showing posts with label Dato' Seri Najib. Show all posts
Showing posts with label Dato' Seri Najib. Show all posts

Tuesday, October 20, 2009

UMNO : TRANSFORMASI 4

Pak Zad akan terus bersembang mengenai agenda “transformasi” UMNO yang sedang arusnya dibawa oleh Najib. Bagi Pak Zad ini adalah satu detik perubahan “mind set” dalam sejarah UMNO, yang seorang Presiden UMNO berhempas pulas untuk mempertahankan “survival” UMNO dari “tsunami” yang akan melenyapkan parti keramat ini. Oleh itu Najib membawa satu arus perubahan”transformasi” UMNO secara drastik dan radikal.

Oleh itu perubahan “mind set” sangat penting bagi Najib, ia menjadi agenda perlaksanaan dalam “road map” transformasi UMNO. Mungkin agak sukar untuk merubah “mind set” ahli-ahli UMNO ataupun kepimpinan UMNO. Dr Mahathir juga pernah mencuba dan Dr Mahathir juga pernah mengaku semasa ucapan di perhimpunan UMNO yang beliau memohon maaf kepada ahli-ahli UMNO kerana beliau gagal dalam agendanya untuk menukar “mind set “ ahli-ahli UMNO.

Walau bagaimanapun ia bukan menjadi satu alasan untuk tidak Najib lakukan “transformasi” tersebut dengan memberi perhatian utama kepada untuk merubah “the mind set” kepimpinan UMNO dan ahli-ahli UMNO. Najib tahu “to transform it needs the mind to be change”, kalau tidak “transformasi”nya akan menjadi titik nota sahaja.

Cuba kita renung kata-kata Najib yang memberi fokus kepada satu perubahan “mind set” ,katanya “Saya menyeru agar ahli-ahli UMNO menyegarkan kembali budaya khidmat dan kesukarelawan dalam parti. Ikhlaskan lah diri untuk menumpah bakti dan jasa tanpa di suruh-suruh demi kepentingan parti dan rakyat Malaysia”. Ini lah salah satu perubahan “mind set” yang Najib nyatakan dalam ucapannya. Beliau mahukan ahli-ahli berubah “mind set” kembali kepada semangat budaya khidmat dan kesukarelawan dalam parti bukan lagi budaya khidmat untuk mendapatkan projek ataupun habuan.

Bagi Pak Zad, ini satu cabaran besar kepada Najib dan barisan kepimpinan UMNO di semua peringkat iaitu “how to change the mind set”. Pak Zad Nampak formula yang paling mujarab ialah kembali kepada ajaran Al-Quran dan Sunnah Nabi. Sudah tentunya penghayatannya akan mengajar semua insan tak kira UMNO ataupun PAS untuk bertindak berlandaskan agama. Makna kawalan minda ini adalah berdasarkan landasan agama.

Buktinya Najib sendiri memulakan ucapannya dengan menceritakan tentang tentang sejarah Islam. Ini mengambarkan Najib juga membina “transformasi”nya berlandaskan kepada landasan keIslaman. Tentu mesejnya juga ialah UMNO perlu kembali ke seruan agama. Malah apabila beliau membuat analisa tentang perjuangan UMNO dan mengatakan asalnya PAS sekarang adalah berasal dari UMNO, cukup membuktikan perjuangan UMNO asal adalah berlandas perjuangan Islam sebagai perjuangan utama.Pada ketika itu survival agama Islam dan Melayu ialah di tangan UMNO dan tiada parti lain yang boleh berperanan seperti ini.

Inilah “transformasi” Najib yang juga menjadi agenda perlaksanaannya. Apapun ia harus dan wajib bermula di saf kepimpinan UMNO dulu di semua peringkat,jangan biarkan Najib berseorangan seperti “Mat Jenin”.

UMNO – TRANSFORMASI 3

Kata Najib “UMNO tidak boleh lagi kelihatan sebagai Parti yang hanya dilihat condong kepada satu-satu pihak sahaja. Sebagai tonggak Parti pemerintah, kita tidak mampu di anggap hanya sebagai bertumpu kepada inisiatif niaga besar-besaran atau projek mega semata-mata, tetapi sebaliknya kita mesti menjadi Parti yang menjuarai rakyat”. Apa yang cuba disuratkan oleh Najib ialah UMNO adalah parti yang dilahirkan oleh perjuangan rakyat maka ia wajib kembali ke perjuangan asalnya iaitu menjuarai perjuangan rakyat.

Ini adalah pesanan yang amat radikal yang disuarakan oleh Najib sebagai salah satu agenda “transformasinya”. Beliau mahu kepimpinan UMNO dan ahli UMNO secara keseluruhan dan di semua peringkat untuk kembali memberi fokus kepada perjuangan keramat UMNO ialah kembali kepada rakyat di bawah. Bukannya UMNO hanya menjadi medan untuk orang-orang yang mencari kepentingan dan kekayaan. Kerana itu Najib juga telah memberi amaran kepada hartawan dan jutawan Melayu yang dilahirkan atas perjuangan UMNO jangan lupa diri kerana mereka sebenarnya dilahirkan atas perjuangan rakyat bawahan iaitu airmata dan keringat rakyat yang miskin.

“Transformasi” yang Najib hendak lakukan ialah untuk menukarkan “mind set” kepimpinan UMNO di peringkat atas dan di peringkat bawah, bahawa perjuangan UMNO mesti berfokus kepada rakyat bawahan. Najib telah meminta mereka menukar “mind set” untuk selalu turun ke bawah dan kawasan untuk mendengar keluhan dan masalah rakyat secara “one to one” dan menyelesaikan masalah secara “case by case”. Ini telah ditetapkan oleh Najib sebagai KPI kepimpinan UMNO. Bagi Najib, kepimpinan UMNO wajib berada bersama rakyat dan kembali sebagai “front line” kepada rakyat di kampung-kampung ataupun di desa-desa.

“Transformasi” ini adalah satu perubahan kepada membina semula jambatan perhubungan yang erat yang di bina antara masyarakat dengan UMNO. Pembinaan perhubungan inilah yang diciptakan oleh Allahyarham Dato Onn Jaafar dulu yang dapat mengerakkan satu arus dan gelombang manusia yang berhati waja yang akhirnya Berjaya menewaskan “Malayan Union” yang diciptakan oleh gergasi British, tetapi tewas kepada sang kenit yang berhati gergasi.

Maknanya di sini, ”transformasi” Najib ialah beliau mahu kepimpinan dan ahli-ahli UMNO supaya kembali kepada semangat Dato Onn Jaafar iaitu perjuangan untuk masyarakat Massa dan kembali kepangkuan rakyat terbanyak. Oleh itu kepimpinan UMNO perlulah minda nya diubah dulu sebelum ahli-ahli di saf bawah akan berubah. Tiada yang mustahi “mind set” semua ini boleh berubah.


UMNO – TRANSFORMASI 2

Pak Zad ada menyebut dalam sembang bertajuk UMNO – TRANSFORMASI 1, yang agenda “Transformasi” UMNO amat menakutkan para strategist Pakatan Rakyat kerana itu mereka dalam keadaan “pening lalat” dan mereka terpaksa mengunakan strategi “attack” UMNO dan BN, agar ia akan memperlahankan perlaksanaan agenda tersebut ataupun cuba mengalihkan fokus rakyat daripada terpersona dengan agenda “branding” UMNO kepada isu-isu yang merosakkan imej UMNO dan BN. Inilah yang sedang berlaku kepada Menteri Kesihatan Malaysia yang baru saja dilantik sebagai Timbalan Presiden MCA dan sekarang beliau dijadikan alat untuk alihkan pandangan kepada fokus rakyat daripada “transformasi” UMNO dan MCA kepada isu-isu etika yang sedang di cipta oleh para strategist mereka.

Inilah yang Pak Zad sebutkan satu serangan akan dibuat oleh Pakatan Rakyat ketika para strategist UMNO ataupun BN dalam keadaan yang lalai atau dalam keadaan yang tidak bersedia. Apa yang dihadapi oleh pemimpin MCA itu juga sedang menunggu para pemimpin UMNO kerana Pakatan Rakyat memang mahir dengan ciptaan isu-isu sensasi dan mereka sudah lali dengan slogan kena saman. Pak Zad jangka strategi ini sedang bermain di minda para strategist Pakatan Rakyat, oleh itu seperti yang Pak Zad kata dalam sembang yang lepas para strategist UMNO dan BN perlu siap sedia untuk mengharungi serangan Pakatan Rakyat yang akan muncul bila-bila masa.

Buat masa ini mereka sedang menghuru hara MCA rakan UMNO dengan krisis dalam yang berlaku hinggakan Presiden MCA diattack oleh ahli-ahlinya dengan kuasa EGM dan strategi mereka seterusnya meng”attack” Timbalan Presiden MCA . Maknanya mereka mengunakan strategi untuk melemahkan rakan UMNO supaya UMNO terpaksa datang untuk membantu bagi menyelesaikan kemelutnya. Tindakan ini pada jangkaan mereka akan menyebabkan UMNO akan memberi fokus kepada isu penyelesaian MCA dan sudah tentu akan memperlahan agenda “transformasi” UMNO.

Apa yang berlaku pada MCA sedang menunggu pula UMNO, yang pada jangkaan Pak Zad, Pakatan Rakyat akan mengunakan isu-isu seperti apa yang di hadapi oleh MCA. Banyak isu-isu yang yang dibawa oleh Pakatan Rakyat adalah pendedahan-pendedahan dari sumber dalaman samada dari maklumat sulit yang dikeluarkan secara terbuka oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab yang merupakan penyokong-penyokong atau simpati kepada perjuangan Pakatan Rakyat ataupun juga daripada musuh-musuh politik dalam UMNO dan BN yang geram dan cemburu kepada rakan mereka yang mendapat kuasa. Mereka ini yang telah “inject” maklumat kepada parti-parti yang menentang UMNO dan BN . Maklumat ini yang digunakan untuk menjatuhkan UMNO dan BN.

Para strategist UMNO dan BN boleh buat satu analisa tentang apa yang Pak Zad sebut di atas kerana isu-isu dan pendedahan yang mereka buat bukan datang dalam keadaan yang “tidak boleh di percayaai” tapi dalam satu keadaan yang “boleh di percayaai”. Ini kerana sumbernya dipetik dari dalam dan dinyatakan dalam keadaan yang menimbulkan satu situasi yang mencurigakan dan ia boleh mengelirukan rakyat. Oleh itu kajilah dan buat satu konklusi, bagaimana para strategi Pakatan Rakyat mencipta satu situasi yang kontroversi yang akan di hadapi oleh UMNO dan Pakatan Rakyat.

Yang penting ialah strategi Pakatan Rakyat untuk menghalang agenda “transformasi” UMNO. Walaupun mereka pening lalat tetapi dalam keadaan pening mereka masih mampu untuk kucar kacirkan laluan “transformasi” UMNO. Oleh itu nasihat Pak Zad UMNO perlu amat berhati-hati. Setiap isu yang dikemukan oleh Pakatan Rakyat perlu di analisa secara berhati-hati dan jangan melatah kerana mereka mahukan UMNO melatah . Sekiranya UMNO melatah senang lah mereka untuk meratah UMNO satu persatu. UMNO perlu ingat pada ketika ini Najib telah meletak semula UMNO dalam keadaan yang terbaik, jangan gagalkan usaha Najib ini.

UMNO : TRANSFORMASI 1

Kata Presiden UMNO “UMNO harus dilihat, ditanggap serta diyakini sebagai parti yang ampuh membela untung nasib rakyat. UMNO tidak boleh dilihat sebagai sebuah parti yang hanya ghairah memperjuangkan kelompok yang sedikit. Sebaliknya, kita mahu UMNO dilihat, dirasai serta diyakini sepenuhnya sebagai sebuah parti inklusif yang mendahulukan rakyat dan bukannya mendahulukan diri sendiri. Maka itu persepsi UMNO sebagai parti untuk mencari makan mesti dibuang jauh-jauh mesti ditinggalkan” . Dari kata-kata di atas terdapat 4 perkara yang utama yang diungkapkan oleh Najib, pertama - UMNO harus di beri satu branding baru, kedua – perjuangan UMNO adalah untuk rakyat, ketiga – persepsi UMNO parti untuk cari makan dan kenyangkan perut individu perlu dimatikan dan keempat – strategi untuk mendapat kembali kenyakinan rakyat.

Maknanya ucapan di atas Pak Zad anggapkan amat berhantu kepada parti-parti pembangkang kerana 4 perkara yang Pak Zad sebutkan di atas adalah satu transformasi yang UMNO sedang lalui dan sekiranya “Transformasi” tersebut melalui laluan yang betul dan di sahut dengan menyeluruh warga UMNO, UMNO akan menjadi satu tsunami baru yang melanda dan melemaskan Pakatan Rakyat yang sekarang sedang dijangkiti penyakit H1N1 yang belum reda.

Oleh itu Pakatan Rakyat tidak akan membiarkan situasi “Transformasi” yang melanda UMNO itu dengan tenang, mereka akan menganggu Najib dan pemimpin UMNO dengan kerja-kerja menjawab isu-isu yang akan membabitkan skandal-skandal yang diciptakan oleh mereka. Dengan erti kata mereka mahukan Najib dan pemimpin UMNO serta BN dalam keadaan “defensif”. Sekiranya ini berlaku pada jangkaan mereka, mereka telah berjaya untuk menyekat “transformasi” UMNO daripada berlaku. Mereka perlu menghalang daripada ia betapak di semua lapisan UMNO. Kerana mereka tahu implikasinya sekiranya UMNO sudah dipulihkan.

Para strategist Pakatan Rakyat sudah dan sedang “study” secara mendalam dan terperinci intipati ucapan Najib. Mereka sedang menkaji seperti apa yang Pak Zad buat di atas. Ini kerana ucapan Najib banyak menyatakan “strategi” UMNO dalam memenangi kembali hati orang Melayu dan pengundi-pengundi Muda Melayu, serta juga untuk kembali mendapat kenyakinan pengundi-pengundi Cina dan India. Oleh itu para strategist Pakatan Rakyat amat risaukan dengan strategi UMNO yang mengunakan keadah-keadah “transformasi” . Bukti yang jelas apabila UMNO dan BN telah memenangi pilihanraya Bagan Pinang dengan majoriti yang besar dan analisa juga membukti pengundi-pengundi Cina dan India telah mula menukarkan penilaian mereka daripada pertimbangan emosi kepada lebih rasional. Perkembangan ini amat menakutkan Pakatan Rakyat.

Pak Zad jangka strategi “transformasi” UMNO ini akan menjadi agenda utama untuk dibincangkan di dalam konvensyen Pakatan Rakyat yang akan di adakan tidak lama lagi. Pemimpin Pakatan Rakyat terutamanya DSAI akan memasukan analisa “transformasi” UMNO dalam ucap utamanya nanti. Tentu DSAI akan memberi ulasan yang terperinci mengenai kesan dan impaknya agenda “transformasi” UMNO di dalam perjuangan Pakatan Rakyat. Yang jelasnya DSAI dan pemimpin Pakatan Rakyat amat mengetahui yang mereka dalam keadaan kritikal sekiranya UMNO di biarkan dengan agenda “transformasi “ itu.

Para strategist UMNO perlu bertindak cepat untuk membina benteng atau perisai bagi menghadapi serangan secara “direct” atau serangan mengejut oleh para strategist Pakatan Rakyat. Para strategist UMNO perlu juga menyerang dengan mempercepatkan agenda “transformasi” di semua peringkat. Tindakan pantas ini adalah benteng dan perisai yang Pak zad sebutkan tadi. UMNO tidak boleh berkedudukan defensif kerana ia amat bahaya,kerana itu UMNO perlu sentiasa agresif dan bertenaga untuk berperang saikologi dengan Pakatan Rakyat.

Apapun pada saat dan ketika ini, UMNO telah mendahului Pakatan Rakyat dengan semangat agenda “transformasi”nya. Pada pandangan Pak Zad sekiranya di buat satu kajian persepsi rakyat kepada UMNO, yakin dan percayalah UMNO akan berada di depan semua parti-parti politik di Malaysia ini.

Thursday, October 15, 2009

UMNO : SUDAHKAH BERSEDIA UNTUK DI TRANSFORMASIKAN?

Apabila Najib berkata “I think we have come to a stage where UMNO is seen as party which looks after the welfare and well-being of all Malaysians”. Ini memberi satu mesej bahawa UMNO akan bergerak kearah satu “transformasi” kerana ia bukan lagi satu parti yang hanya berfokas kepada perjuangan Melayu sahaja tetapi perjuangannya juga akan memberi kesan yang positif kepada seluruh masyarakat Malaysia. Katanya lagi “It does not mean that we concentrate on our members only, although our members are important. We must have capacity and wisdom to expand what we can do in terms of delivering our message and fulfilling all the aspirations and resolving the problems of the people as a whole” . Kata-kata Najib amat relevan dengan apa yang menjadi tuntutan sekarang iaitu UMNO boleh menjadi “the champion kepada Melayu” tetapi UMNO juga harus menjadi “the champion kepada orang bukan Melayu”.

Maknanya di sini bukannya UMNO terpaksa mengorbankan perjuangannya semangat 1946nya tetapi ia hanya menuntut untuk UMNO berkongsi perjuangannya bersama dengan orang bukan Melayu. Ia membawa maksud seperti apa yang di katakan oleh Najib “... we have come to a stage where UMNO is seen as party which looks after the welfare and well-being of all Malaysians”. Inilah “transformasi” pertama ia wajib dimainkan oleh UMNO dalam menjawab persoalan samada UMNO boleh berubah ataupun tidak. Kata Najib “Kita tidak boleh melakukan apa yang dinyatakan sebagai “zero-one-game”,maknanya kalau kita buat sesuatu untuk orang Melayu,kita menjejaskan,menyinggung perasaan yang lain....”

Presiden UMNO telah memulakan langkah kearah “transformasi” tersebut sejak mula beliau mengambil alih pemerintahan Negara,dengan membawa gagasan 1 MALAYSIA. Kemudiannya pada penghimpunan UMNO pada 13-16 Oktober ini Najib akan meneruskan agendanya “transformasinya” kepada UMNO melalui beberapa pindaan perlembagaan UMNO termasuk yang paling utama ialah mengenai kaedah baru pemilihan kepimpinan UMNO. Kata Najib “Bahawa UMNO adalah parti yang sanggup berubah ikut keadaan semasa dan kita akan pastikan UMNO relevan dulu, sekarang dan akan dating.Kita juga akan mendengar pandangan generasi muda yang lebih bermaklumat dan lebih kritikal tidak macam dulu...”. Kesanggupan untuk UMNO berubah adalah perkara pokok, walaupun Najib berkata kesanggupan itu menjadi agendanya, tetapi pada realitinya apakah kepimpinan tertinggi UMNO sanggup berkorban ataupun apakah semua Bahagian sanggup berubah dan apakah semua ahli UMNO sudah bersedia untuk menjadi “the champion” untuk menjadi pengukir utama agenda UMNO.

Inilah persoalan-persoalan yang akan menjadi halangan dan cabaran kepada agenda “transformasi” UMNO. Pelaku-pelakunya seperti Pemimpin UMNO di semua lapisan dan ahli-ahlinya yang melebihi 2 juta orang adalah juga akan menjadi penghalang kepada gerakan “transformasi ini” sekiranya mereka tidak benar-benar menghayati agenda “transformasi” ini. Kata Najib “ ..Kita sudah menerima mesej daripada pilihanraya dulu dan kita akan menampilkan satu imej yang lebih dinamik ,progresif serta mengelak daripada sebarang kecacatan yang boleh mengancam kedudukan kita” Inilah kaedah dan pendekatan “transformasi” yang digariskan oleh Najib . Beliau mahukan UMNO itu berimej dinamik dan progresif. Barulah ia relevan dengan realiti sekarang dan perubahan ini pada Najib akan boleh menarik genarasi muda untuk kembali bersama UMNO. Kata Najib “..Kita mesti menampilkan UMNO sebagai parti yang bermaruah, berintegriti dan bersih. Barulah kita boleh menakluk kemuncak moral. Itu penting dari segi pandangan rakyat terutama generasi muda dan mereka yang terpelajar,mereka ingin melihat parti UMNO yang berkualiti”. Inilah tafsiran Najib kepada tujuan dan matlamat agenda “tranformasi” tersebut iaitu UMNO perlu dijenama semula mengikut realiti minda genarasi muda pada masa kini.

Samada UMNO akan Berjaya dalam agenda “transformasi” ini ataupun tidak pada pandangan Najib “Paling penting ahli-ahli UMNO perlu menginsafi diri bahawa kita berada pada keadaan genting dan kritikal selepas pilihanraya lalu tetapi perancangan yang baik disertai semangat jitu mempu mengembalikan UMNO sebagai jenama boleh diterima rakyat sehingga mencatat kejayaan besar di Bagan Pinang”. Makna UMNO tiada pilihan lain sekiranya UMNO mahu kembali kepada peminat utamanya iaitu UMNO perlu meneruskan agenda “transformasi” ini. Sekiranya mereka gagal UMNO akan terkubur seperti apa yang terjadi di Jepun dan Taiwan.