Tuesday, May 15, 2012

TEKA-TEKI NAJIB


Apabila PM berkata " Oleh kerana bahang pilihanraya dah dapat kita rasai dan ramai sudah pun kena deman pilihanraya...,saya lihat malam ini hebat.....rasa- rasanya esok saya nak mengadap Agong. Kita sudah bersedia? Boleh menang?" , tentu para strategist semua parti politik mula membuat tafsiran yang PM amat serius dan cukup semangat untuk membubarkan parlimen dalam masa terdekat.

Mungkin para strategist ini juga sedang berfikir samada PM juga sedang berstrategist dalam kenyataannya ini. Jadi apa yang dalam minda PM perlu lah di terjemahkan dengan tepat oleh para strategist ini. Tetapi ia bukan mudah utk diterjemahkan. Setiap orang yang berkuasa sudah tentu akan memikirkan bagaimana nak mengekalkan kuasa termasuklah dalam mencari masa yang sesuai untuk memanggil pilihanraya baru . Jadi kuasa masih di tangan PM untuk berbuat demikian .
Dalam sejarah PRU di Malaysia hanya terdapat 2 PRU ( PRU 1969 dan PRU 2008) yang BN berhadapan dengan pilihanraya yang sukar dan tidak dapat mengekalkan kerusi dua pertiga dalam Parlimen ketika itu dan banyak negeri jatuh kepada parti pembangkang . Ini semua mungkin kerana PM ketika itu gagal untuk memilih tarikh yang sesuai untuk membubarkan parlimen bagi memberi laluan untuk SPR mengadakan pilihanraya dan mungkin juga pada masa itu PM ketika itu juga gagal untuk mengtafsirkan suasana dan situasi ketika itu hinggakan PM tertipu dengan keghairahan untuk menang. Akhirnya BN yang menerima padah dan nyaris tidak kehilangan kuasa memerintah kerajaan Malaysia. Tapi yang paling jelas kedua-dua PM hilang jawatan PM sebagai impak dari kesilapan menentukan tarikh yang sesuai untuk membubarkan parlimen.

Mungkin pada kali ini PM amat berhati hati kerana beliau juga pada tahun 2008 bersama-sama dengan PM ketika itu juga telah tertipu dengan situasa dan keadaan persekitaran politik yang pada jangkaan mereka adalah menyebelahi BN tetapi situasi yang ada agak pelik dan berubah secara mendadak, akhirnya tsunami melanda politik BN dan gagal mendapat kerusi dua pertiga . Ini lah yang menjadi fobia kepada PM untuk memilih tarikh untuk bubarkan parlimen.


Bagi para strategist parti pembangkang, mereka  akan cuba memasang strategi dengan cuba mencipta suasana yang palsu yang suasana sekarang dalam semua segi "menyebelahi PM dan BN" dengan tujuan PM dan para strategist BN akan terperangkap dengan perangkap ini. Ini strategi yang mereka gunakan padaPRU 12 2008 dan berjaya .

Bagi PM dan para strategist BN, mereka perlu meneliti semua segi dan tidak terperangkap dengan suasana ciptaan pembangkang. Mereka juga pada masa ini bermain strategi untuk mengelirukan pemimpin pembangkang dan para strategist mereka dengan menciptakan suasana " pressure" seolah-olah pilihanraya " at the corner ". Suasana yang palsu cipta para strategist BN melalui kenyataan-kenyataan PM dan TPM telah menyebabkan parti pembangkang lebih terseksa untuk terus berteka-teki bila PM akan membubarkan parlimen.

Apakah pakatan rakyat mempunyai jawapan kepada teka-teki ini? Pada masa ini jelas mereka belum ada jawapannya dan yang ada hanya strategik untuk " menekan " kerajaan dan  terus merasakan BN sudah berjaya mendapat kepercayaan semula rakyat dan PM boleh membubarkan parlimen. Tetapi buat masa ini, PM sudah lebih bersedia Dari PM yang lepas.
Adakah PM akan membubarkan parlimen dalam masa terdekat? Mengikut Dato Tengku Adnan " itu semua spekulasi, PM ada urusan, nak pergi majlis kenduri kawin di Johor dan kemudian menghadiri majlis konvokesyen anaknya, namum kita bersedia bila bila masa untuk mengadakan pilihanraya" . Kenyataan ini akan lagi memeningkan kepala para strategist parti pembangkang kerana " permainan untuk menentukan tarikh pembubaran parlimen " masih berlangsung dan yang boleh meniupkan wisel penamatnya hanyalah PM. Jadi dalam bulan mei, jun, julai, ogos, sept dan okt, bulan-bulan ini akan menjadi bulan pilihan yang cukup penting dalam sejarah politik Malaysia. Bulan mana yg bertuah kita tunggu pengumuman oleh PM pada bila-bila masa. Jadi teka-teki masih terus bermain dan kita akan terus menunggu jawapannya.

Monday, October 31, 2011

ADAKAH GUAN ENG DAN DAP MASIH KUAT DI PULAU PINANG ?

ADAKAH GUAN ENG DAN DAP MASIH KUAT DI PULAU PINANG ?


Dalam beberapa minggu ini, Guan Eng telah di “attack” dengan hebatnya oleh musuh-musuh politiknya terutamanya BN ataupun UMNO dan NGO. Guan Eng telah berhadapan dengan tiga cabaran besar dalam arena politik semasa. Yang pertama isu saman oleh UMNO dan BN terhadap Guan Eng yang telah menuduh UMNO dan BN sebagai dalang kepada berlakunya demostrasi di Komtar dan Jambatan Pulau Pinang, dan UMNO dan BN telah mencabar Guan Eng ke mahkamah untuk tuntutan malu. Keduanya isu moral anaknya yang di tuduh oleh media alternative telah mencabul seorang wanita dan yang ketiga demostrasi di Komtar oleh kumpulan NGO Melayu dan Islam yang tidak puas hati terhadap pemerintahannya dan DAP di Pulau Pinang.


Pak Zad telah perhatikan situasi ini dengan terperinci dan bagi Pak Zad ketiga-tiga perkara ini telah amat mencabar kewibawaan Guan Eng yang merupakan seorang pemimpin muda DAP yang dianggap oleh ramai pengundi-pengundi muda Cina di Pulau Pinang sebagai setaraf dengan karisma Anwar Ibrahim. Walaupun secara nyatanya Guan Eng amat berhati dalam tindakannya kerana beliau seorang graduan akauntant, tetapi bagi Pak Zad pada kali ini jelas sekali Guan Eng bergitu tertekan terutamanya isu mengenai anaknya. Malah ayahnya sendiri Kit Siang juga terpaksa masuk dan ikut serta dalam polimik untuk mempertahankan Guan Eng dan cucunya dengan mengeluarkan kenyataan yang berusur mencabar kepada musuh politiknya supaya berdepan dengan beliau dan anaknya Guan Eng dan DAP dan jangan pula bawa cucu dan anak Guan Eng ke kancah “peperangan” politik.


Malah jika di kaji daya tahan Guan Eng dan Kit Siang dalam ketiga isu ini, Pak Zad boleh agak kelemahan ketara Guan Eng dan Kit Siang ialah pada isu anaknya, walaupun ia menafikan anaknya terlibat isu moral tersebut tapi Guan Eng harus berani untuk mencabar mereka dengan mengambil tindakan undang-undang kepada mereka untuk membawa isu tersebut atau meminta polis membuat siasatan tentang kes tersebut.


Pak Zad tak berminat nak menganalisa isu moral anak Guan Eng tetapi amat berminat untuk mengkaji daya tahan Guan Eng dan DAP apabila mereka di “attack” bertubi-tubi kali, pada kali ini Pak Zad lihat daya tahan Guan Eng agak kelam kabut dan pertahanan agak longgar. Pertahanan mereka longgar kerana Guan Eng dan ayahnya Kit Siang mereka masih cuba mengunakan strategi “blaming” dengan menyatakan ini adalah strategi UMNO dan BN. Mereka cuba melarikan diri dari persoalan untuk menjawab isu kenapa isu-isu itu terjadi.


Apa yang Guan Eng lakukan ialah menuduh dan menyalahkan musuh politik mereka sebagai orang yang cuba mengotorkan DAP dan Kerajaan DAP Pulau Pinang. Pak Zad tak Nampak ada jawapan sejak isu-isu ini di bangkitkan. Mungkin isu saman UMNO dan BN mereka akan jawab di mahkamah tapi itu bukan persoalannya tapi yang paling penting ialah kenapa para demostratasi itu berdemostrasi di depan komtar dan di Jambatan Pulau Pinang, sudahkah Guan Eng menjawab isu-isu yang di bawa para demostratasi tersebut.


Sebalik strategi yang dibuat oleh Guan Eng ialah membuat tuduhan yang para demostrasi ini didalangi oleh UMNO dan BN, oleh itu wajarlah UMNO dan BN menyaman Guan Eng di mahkamah untuk membersihkan UMNO dari tuduhan Guan Eng tersebut.


Bergitu juga dengan isu demostrasi yang terbaru yang berlaku juga di depan komtar juga dari NGO-NGO melayu dan Islam yang masih tak puas hati dengan Guan Eng dan Kerajaan DAP Pulau Pinang dan Pak Zad lihat isu nya masih sama dengan apa yang berlaku dalam demostrasi yang lalu. Pada padangan Pak Zad, Guan Eng dan Kerajaan DAP Pulau Pinang masih belum berjaya menjawab isu-isu yang di kemukan oleh NGO-NGO tersebut kerana mereka masih membuat tuntutan. Bagi Pak Zad, Guan Eng Dan DAP mengamalkan tindakan yang double standard. Dalam sejarah strategi politik di Malaysia, Guan Eng dan pemuda DAP termasuk Kit Siang dan DAP banyak mengadakan demostrasi untuk menuntut berbagai-bagai kehendak selepas DAP tak puas hati dengan dasar-dasar kerajaan BN dan ramai masih ingat demostrasi-demostrasi DAP yang banyak berlaku di Kuala Lumpur, Ipoh, Melaka dan juga di Pulau Pinang ( secara bersendirian atau bersama-sama dengan Parti-Parti lain atau dengan NGO yang mempunyai perjuangan yang sama dengan mereka), jadi Guan Eng dan DAP menuntut melalui tunjuk perasaan dan meminta kerajaan BN menjawap dan menerima tuntutan mereka,sekiranya kerajaan tidak ikut tuntutan mereka, mereka akan terus menhentam dan terus berdemostrasi.

Oleh itu pada kali ini, Guan Eng dan DAP juga dah terlupa yang apa yang berlaku dan yang di hadapi oleh mereka pada masa kini, mereka telah mengambil strategi mudah iaitu tidak menjawab dan tidak menerima tuntutan mereka tetapi sebaliknya mereka mengunakan strategi blaming dan strategi mengalih pandangan agar isu dibeban kepada musuh mereka. Jelas Guan Eng dan DAP, sudah tak serupa bikin lagi macam dulu.


Sebaik bukti kepada persoalan di atas, Pak Zad tertarik dengan rencana Joceline Tan yang bertajuk “ New look, old style “ di dalam ruangan Insight Sunday Star (30 oktober 2011) yang mengulas tentang bagaimana Guan Eng sekarang berhadapan dengan masalah imejnya yang bertentangan dengan apa yang di ucapkan dengan apa yang dilaksanakan oleh Guan Eng. Kata Joceline Tan “Lim Guan Eng is sporting a new look but he is about to face some serious challenges as group and individuals who had helped usher him to power begin to question his development policies”.


Kata penulis ini lagi, Guan Eng mempunyai sikap yang agak negative dengan NGO Melayu ini “ For instance, when informed during an interview that Malay NGOs had complained that he refused to meet them, he said he did not want to meet racists” and “when told that groups articulating Malay issues are not Malay racist just as politicians championing Chinese issues are not Chinese racists,he shot back: “ no,they are racists. If you don’t agree with me, you are also racist” Inilah yang Pak Zad sebut di awal tadi, Guan Eng sudah tunjukan perasaan “gelabahnya” dalam berhadapan dengan ‘attack” yang dibuat oleh NGO Melayu. Malah strategi yang beliau gunakan untuk tidak tunduk kepada NGO Melayu juga Joceline Tan anggapkan “ ...but Lim has been unable to portray himself as a leader of Malaysians . Lim’s ties with the Malays seem irreparable and his inability to connect with the Malay ground is a growing concern even among the non-Malays” dan ini juga pada Pak Zad membuktikan Guan Eng sudah agak rapuh benting pertahanannya.


Oleh itu dalam keadaan Guan Eng dan Kerajaan DAP Pulau Pinang di attack, mereka masih boleh bertahan kerana semua isu yang berlaku seperti biasa akan hanya bertahan sekejap saja, kemudiannya akan hilang perlahan-lahan dan Guan Eng dan DAP akan terus bertahan untuk menunggu apakah isu seterusnya ataupun “servis” akan bertukar tangan kepada Guan Eng dan DAP yang pula akan “attack “ UMNO dan BN dengan mereka mencipta isu-isu untuk “attack” UMNO dan BN Pulau Pinang. Jadi strategi “attack” antara Guan Eng dan DAP dengan UMNO dan BN di Pulau Pinang akan terus hangat.


Bagi Pak Zad, Guan Eng tidak lah kebal sangat dan tidak juga kuat sangat, UMNO dan BN Pulau Pinang boleh mengalahkan Guan Eng dan DAP malah PKR dan PAS juga tetapi mereka perlu mempunyai strategi yang lebih berkesan dan perlu satu trasformasi strategi baru yang tidak boleh dibaca oleh DSAI dan bekas ahli BN yang berada dalam Pakatan Rakyat. Pak Zad juga nak peringatkan kepada para strategist UMNO dan BN, supaya tidak lupa yang ada dalam Pakatan Rakyat masih ramai bekas ahli BN yang juga pernah berjuang dalam BN, jadi mereka sentiasa tahu apa yang ada dalam fikiran para strategist BN.


Sebagai renungan Pak Zad nak petik dalam rencana Joceline Tan ,katanya “ Lim is modelling Penang after Singapore and according to the DAP’s Karpal Singh, the state is “ destined to be the second Lion City under the accountant Chief Minister”. Warga Penang renung-renunglah kata-kata tersebut.

Tuesday, October 25, 2011


DI KESEMPATAN INI PAK ZAD INGIN MENGAMBIL KESEMPATAN UNTUK MENGUCAPAKAN HAPPY DEPAVALI UNTUK SEMUA KAUM INDIA DI SELURUH NEGARA.

Thursday, October 20, 2011

GUAN ENG DAN MAT SABU TEWAS DITANGAN NAJIB



GUAN ENG DAN MAT SABU TEWAS DITANGAN NAJIB.


Sejak kebelakangan ini, nampak jelas media-media arus perdana dan media-media alternatif amat berkesan dalam membina kekuatan atau kelemahan kepada tokoh politik samada kerajaan ataupun pembangkang. Dato’ Seri Najib, Guan Eng dan Mat Sabu telah di “test” oleh media-media ini dengan analisa-analisa berita melalui kenyataan-kenyataan mereka yang menyentuh hati dan minda rakyat terutamanya pengundi-pengundi PRU 13. Tapi yang paling jelas ialah para pengundi boleh melihat bagaimana ahli-ahli politik ini dalam menguruskan strategi mereka dalam mendapatkan kenyakinan dan kepercayaan rakyat.


Jika dibandingkan antara tiga tokoh ini iaitu Dato Seri Najib, Guan Eng dan Mat Sabu, Pak Zad angkat topi kepada Dato Seri Najib yang tenang dan cukup ceria dalam berhadapan dengan media walaupun Dato Seri Najib di attack oleh pembangkang dan media-media antarabangsa yang kurang percaya atau yakin yang kerajaan akan mansuhkan ISA, perlaksanaan belanjawan 2012 yang amat menarik sejak merdeka dan penggumuman mengenai “grenti” yang UMNO tidak akan tuntut kerusi Ketua Menteri Pulau Pinang sekira BN menang di Pulau Pinang. Ini kalau dibandingkan dengan bagaimana Guan Eng dan Mat Sabu yang mereka beremosi dalam berhadapan dengan media terutamanya media arus perdana. Malah dalam satu insiden Guan Eng tak membenarkan TV 3 dan Utusan Malaysia untuk berada semasa persidangan media beliau. Bergitu juga dengan Mat Sabu yang juga beremosi apabila di attack oleh media dalam isu Mat Indera, hingga menimbulkan isu menafikan yang beliau tidak bermaksud bergitu. Malah Mat Sabu dalam mensensasikan lagi isu yang di bawanya beliau telah menambahkan lagi kenyataan yang memedihkankan hati majoriti masyarakat seperti menyatakan sekiranya pungutan suara dibuat ketika itu belum tentu Tunku Abd Rahman akan dipilih sebagai Perdana Menteri.


Bagi Pak Zad, kita boleh ukur bagaimana kualitinya Dato Seri Najib dalam menguruskan “krisis” dan situasi “attack” yang di buat oleh media-media yang kritikal termasuk media alternatif ataupun media antarabangsa. Dato Seri Najib telah memberikan layanan yang rasional dan tidak emosi dan ini dilihat oleh Pak Zad sebagai betapa hebatnya Dato Seri Najib jika dibandingkan dengan Guan Eng atau Mat Sabu. Malah kenyataan Dato Seri Najib semasa diambang kita menyambut Hari Malaysia dan Kemerdekaan telah menyebabkan pemimpin-pemimpin utama pembangkang terkedu dan membisu, nasib baik tak ada yang sakit jantung. Mana tidaknya siapa sangka dalam kita sedang menyambut kemerdekaan ke 54, ISA diumumkan akan di mansuhkan.


Makna isu ISA yang menjadi perjuangan parti-parti pembangkang telah terkubur dek angkara keberanian Dato Seri Najib. Malah siapa sangka “mansuh” menjadi sebutkan berbisa Dato Seri Najib bukannya “pindaan” . Apapun pengumuman Dato seri Najib telah menyebabkan para strategist Pakatan Rakyat dan pemimpin Pakatan Rakyat dalam keadaan panik dan tidur tak lena hingga ke saat ini. Mereka terpaksa berkumpul semula minda-minda mereka untuk merombak semula strategi mereka dan terpaksa lah mereka mengatur plan baru untuk mengurangkan semula keyakinan rakyat kepada Dato seri Najib dan kerajaan BN.


Bagi Pak Zad, strategi yang Guan Eng dan Mat Sabu pakai dalam cubaan mereka untuk memenangi kepercayaan rakyat atau pengundi, mungkin Berjaya peringkat awal kerana mereka dapat masuk dalam media perdana yang mengulaskan kenyataan mereka. Tetapi terperangkap dalam “dakapan” strategi politik mereka. Oleh itu kita dapat saksikan macamana “ending” awal yang dibuat , Guan Eng telah mengeluar satu kenyataan meminta maaf kepada Tuanku Sultan Johor selepas Tunku merasa murka. Walaupun bergitu Guan Eng masih tidak mahu mengaku yang beliau mengeluarkan kenyataan tersebut. Malah Mat Sabu pula mengunakan strategi berdalih-dalih dan strategi “blaming” dalam menutup kesilapan pengetahuan sejarahnya dan juga dalam cubaan untuk menyerang akar umbi UMNO dengan mempersoalkan sejarah kepimpinan Negara.

Bagi Pak Zad, kedua-dua pemimpin Pakatan Rakyat ini, telah cuba mencabar strategi Najib dan BN dengan menyerang mengunakan fakta-fakta sejarah dan fakta-fakta persekitaran, dengan erti kata ia perlu di polimekkan di akhbar dan rakyat perlu dilibatkan untuk di bahaskan. Lagi lama media mempolimikkan isu-isu tersebut, lagi lama Pakatan Rakyat dapat keuntungan dan laba. Tetapi para strategi Najib lebih cekap membaca strategi-strategi Pakatan Rakyat, dengan pengumuman yang dianggap oleh ramai strategist politik sebagai strategi berbisa Najib hinggakan Pakatan Rakyat amat panik kerana para pengundi sudah mula memberi keyakinan semula kepada Najib dan BN.


Apa yang jelas bagi Pak Zad, jika dalam bulan September hingga Oktober 2011 ini dijadi gelanggang pertarungan Strategi antara Dato Seri Najib, Guan Eng dan Mat Sabu untuk satu “test” bagi mendapatkan keyakinan dan kepercayaan pengundi, Pak Zad mengistiharkan kemenangan besar kepada Dato Seri Najib. Strategi Najib adalah lebih berjaya dan lebih di yakini jika di bandingkan dengan tokoh kepimpinan Pakatan Rakyat. Sudah pastinya para strategist Pakatan Rakyat yang sedang panik cuba mendapatkan nasihat para sifu mereka di seluruh dunia untuk terus melawan Najib dan BN.