Thursday, June 7, 2012

NASIHAT DR MAHATHIR KEPADA POLITIK PULAU PINANG

Kata Tun Dr Mahathir " Malay votes would play a crucial role in determining which party wins Penang in the next general election ".(The Star 21/5/2012) Ini satu kenyataan yang mempunyai makna " strategy " yang berbagai. Bagi setengah pakar strategist politik ia adalah satu mainan " psychology war fare " yang di main oleh Dr Mahathir kepada Guan Eng dan para pemikir strategi DAP. Ada juga pakar strategist yang mentafsirkan ia adalah satu cara Dr Mahathir untuk mengerakkan orang-orang Melayu Pulau Pinang supaya sedar bahawa " undi orang Melayu " boleh menjadi undi penentu kepada penentuan siapa yang menjadi Kerajaan Negeri pada PRU 13 .

 Kenyataan Dr Mahathir boleh disifatkan sebagai satu kenyataan ' provokasi '  kepada Guan Eng Dan para strategist politik DAP kerana secara realitinya jumlah pengundi Melayu dan jumlah kerusi Melayu di DUN Pulau Pinang sebahagian besarnya adalah minoriti. Persoalannya kenapa Dr Mahathir boleh menyatakan begitu, sedangkan Dr Mahathir juga tahu di Pulau Pinang " the majority " adalah pengundi Cina dan mereka juga adalah mungkin sebagai penentu seperti apa yang berlaku apabila dalam PRU 12 , dimana semua kerusi Gerakan, MCA dan MIC samada kerusi Parlimen ataupun kerusi DUN telah tewas kepada DAP. Analisa-analisa politik mengenai PRU 12 banyak membuktikan kemenangan DAP terutamanya di Pulau Pinang adalah kerana DAP telah mendapat " undi penentu " dari pengundi-pengundi Cina . Malah kalau di kaji melalui kenyataan Guan Eng semasa kempen PRU 12 dan sebelum PRU 12, juga bertemakan bagaimana Guan Eng Dan para strategist DAP mengunakan strategi " anti UMNO " dan " anti BN " dalam membina persepsi yang DAP adalah alternatif untuk kaum Cina terutamanya di Pulau Pinang.

Ini kerana Guan Eng Dan para strategist politik DAP tahu bahawa pengundi Cina adalah penentunya " siapa yang boleh menjadi Kerajaan di Pulau Pinang " bukannya pengundi Melayu. Tetapi apabila Dr Mahathir mengeluarkan kenyataan " Malay votes would play a crucial role" , ia telah menyimpang dari realiti dan sudah tentunya ia telah memeningkan kepala Guan Eng Dan para strategist DAP untuk mencari makna kepada kenyataan ini. Mereka tahu Dr Mahathir bukan saja-saja mengeluarkan kenyataan tersebut tetapi ada makna lebih mendalam lagi dan mereka perlu mencari makna tersebut, kalau tidak kenyataan Dr Mahathir ini boleh  " Trigger " satu keadaan yang Akan menyukarkan Guan Eng Dan DAP di Pulau Pinang.

Apa yang menarik bolehkah undi Melayu Akan jadi penentu parti mana akan menang PRU 13 di Pulau Pinang? Bagi DAP amat mustahil kerana dilihat dari sudut kerusi jelas kerusi yang mempunyai majoriti pengundi Cina adalah majoriti iaitu antara 20 - 23 kerusi dan kerusi yang mempunyai pengundi campuran majoriti 5 - 7 kerusi. Maknanya mereka amat yakin mempunyai jumlah kerusi yang mempunyai majoriti pengundi Cina dan pengundi campuran majoriti sebanyak 25 - 30 kerusi dan kerana hujah ini lah mereka mungkin menolak kenyataan Dr Mahathir. Malah kalau di ukur dari kekuatan persaingan untuk memenangi hati pengundi Cina antara DAP dengan Gerakan Dan MCA di Pulau Pinang, jelas DAP lebih kedepan, oleh itu fokus DAP masih kepada pengundi-pengundi Cina.

Apa sebenarnya yang dimaksudkan oleh Dr Mahathir ? Mungkin dalam mindanya, ia membina semula kenyakinan kepada pengundi Melayu yang mereka masih relevan dalam politik Pulau Pinang terutamanya selepas orang Melayu yang telah dikejutkan dengan kekalahan BN Dan pembentukan Kerajaan Negeri oleh DAP dan sudah 4 tahun mereka merasai satu kehidupan di bawah Kerajaan DAP, yang di rasai tidak banyak membantu mereka seperti apa yang dikatakan oleh Dr Mahathir " I am sad to see that ( many) Malays in Penang are still struggling to make end meet; living in squatter houses made of zinc roofs and plywood despite being surrounded by luxury skyscrapers. Nothing is being done about their( the Malay) well-being in the state despite their substantial numbers here."(the Star 21/5/2012). Ini lah yang berada di minda Dr Mahathir dan ini jugalah yang akan menakutkan Guan Eng Dan para strategist politik DAP yang mungkin telah mengamalkan strategi " divide and rule " dan kenyataan Dr Mahathir pula seolah untuk meminta orang-orang Melayu bersatu.

Kata Dr Mahathir " The 250,000 registered Malay voter in Penang should unite and set aside their political differences .... "(The Star 21/5/2012) Ini lah di takuti oleh para strategist politik DAP  kerana kenyataan Dr Mahathir boleh mempengaruhi pemikiran pengundi-pengundi Melayu Dan masyarakat Melayu masih mendengar kata-kata Dr Mahathir. Oleh itu para strategist politik DAP tentunya akan sibuk untuk mencari strategi baru bagi melawan strategi Dr Mahathir untuk menyatukan orang-orang Melayu. Bolehkah orang-orang Melayu Pulau Pinang bersatu Dan membuang semua perbezaan politik mereka? Ini lah formula yang Dr Mahathir katakan " undi Melayu adalah kuasa penentu kepada parti mana yang Akan membentuk Kerajaan di Pulau Pinang ", iaitu masyarakat Melayu perlu bersatu, baru mereka kuat dan sudah tentunya boleh menghalang hasrat DAP ataupun PKR untuk mengekalkan kuasa pemerintahan di Pulau Pinang. Ini lah yang sangat ditakuti oleh Guan Eng Dan para strategist politik DAP iaitu hilang kuasa.

Oleh itu kenyataan-kenyataan Dr Mahathir semasa perjumpaan dengan veteran UMNO Pulau Pinang pada 21 Mei 2012, tidak boleh dipandang ringan oleh Guan Eng Dan para strategist politik DAP. Kenyataannya boleh jadi madu kepada orang-orang Melayu Dan UMNO tapi untuk DAP Dan PKR ia boleh jadi racun yang boleh menghalang hasrat Guan Eng Dan para strategist politik DAP untuk kembali berkuasa pada PRU 13 nanti.

Friday, May 25, 2012

PROVOKASI GUAN ENG KEPADA UMNO

  
 
Apabila Guan Eng menyatakan dalam Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang "  Sekiranya UMNO kembali berkuasa, saya rasa semua kuil Hindu terancam  " ( utusan Malaysia (Awang selamat) 13 mei 2012). dan ini menyebabkan  semua 10 adun BN keluar dewan untuk membantah kenyataan tersebut.



Persoalan timbul, kenapa Guan Eng membuat kenyataan tersebut sedangkan Guan  Eng amat memahami yang kenyataan tersebut akan ditafsirkan sebagai kenyataan yang  berunsur " rasist" Dan Akan ditentang hebat oleh UMNO mungkin juga orang-orang Melayu Pulau Pinang.



Malah persoalan juga timbul kenapa pula Guan Eng Cuba untuk melaga-lagakan  antara UMNO dan orang Melayu dengan penganut agama Hindu Dan orang-orang India.  Atau adakah Guan Eng cukup yakin bahawa DAP dan Kerajaan Negeri  mendapat undi " solid " Dari orang-orang Cina Pulau Pinang kerana itu dia  tidak mengeluarkan kenyataan untuk mengutuk Gerakan ataupun MCA kerana  Guan Eng tahu MCA dan Gerakan bukan ancaman kepada DAP.



Ketiga-tiga persoalan tersebut adalah berakarkan kepada satu strategi politik  Guan Eng dan DAP iaitu provokasi " untuk menguasai minda pemimpin-pemimpin  BN dan para strategi BN. Apa pun yang berlaku Guan Eng telah berjaya membina  persepsi iaitu UMNO adalah penyebab kepada " musnahnya kuil Hindu " (seperti kenyataan di DUN) Dan ditambah lagi dengan kenyataan untuk membina " persepsi " sekira UMNO memerintah Pulau Pinang banyak lagi kuil Hindu akan  di robohkan. Mungkin strategi Guan Eng ialah untuk merobohkan tahap kenyakinan orang  India kepada UMNO dan akhirnya pengundi kaum India akan kembali kepada  pakatan rakyat. Ini mungkin impak yang cuba Guan Eng lakukan , satu  strategi yang cukup baik dan berkesan.



Apakah 10 org ADUN Umno Pulau Pinang akan " menyerang terus menyerang  " Guan Eng dan menjadikan ia sebagai strategi politik ?  Ya di peringkat  awal tapi tidak consistant diperingkat pertengahan dan akhir. Tiada  strategi " follow up " untuk pastikan ia menjadi strategi berkesan dalam  menekan Guan Eng . Yang jelas UMNO terlepas peluang yang terbuka untuk  " attack " Guan Eng dan DAP.



Tetapi Guan Eng berjaya membina " persepsi " untuk menyalahkan UMNO. Inilah  kebijaksanaan Guan Eng dalam peperangan saikologi dengan pemimpin UMNO dan  BN. Strategi ini juga di pakai oleh Guan Eng sebelum pilihanraya umum  ke 12, iaitu membina persepsi anti UMNO dikalangan pengundi Cina Pulau  Pinang, dengan myatakan betapa dominannya UMNO dalam BN . Akhirnya Guan Eng  berjaya memasukkan persepsi tersebut dalam minda pgundi Cina dan menyebabkan  pengundi Cina menolak MCA dan Gerakan di Pulau Pinang dengan kekalahan  semua kerusi yang dipertandingkan oleh MCA dan Gerakan.



Jadi PRU 13 terutamanya strategi untuk mgekalkan kuasa pemerintahan sebagai  kerajaan di Pulau Pinang, Guan Eng masih mahu mengunakan strategi "  provokasi " dan strategi " membina persepsi " dalam berhadapan dengan UMNO .  Daripada apa yang dibuat oleh Guan Eng pada masa ini amat jelas " Guan Eng  tahu dimana kelemahan UMNO ". Para pemimpin UMNO Pulau Pinang wajib  berhati-hati dalam semua Hal yang berkaitan dengan Guan Eng, jangan tersalah  langkah seperti PRU 12.

Thursday, May 24, 2012

JAWAPAN GUAN ENG KPD TEKA TEKI NAJIB


                             
Kata Guan Eng " Polls will be held by July " ( Penang DAP 13 th 
General Election mobilisation assembly 20/5/2012).
Ini maknanya Guan Eng telah mencuba menjawab teka-teki Najib yang telah memberi satu teka-teki kepada para strategist parti pembangkang bilakah PRU 13 akan  diadakan. Adakah betul ataupun salah tapi bagi Guan Eng ia bukan persoalannya yang penting, Guan Eng cuba membaca pemikiran Najib dalam mencari tarikh yang sesuai untuk bubarkan parlimen.

Sebagai menguatkan jawapan teka-teki Najib, Guan Eng menyatakan 2 alasan dlm ramalanya :



" First , BN has opened their election's operation centre "

" Second, Barisan cannot wait any longerbecause the global economy may  not be good in six months to come"( The Star 21/5/2012)

Kedua - dua alasan ini bagi Guan Eng adalah fakta penting untuk Najib membuat pertimbangan dalam mencari tarikh yang sesuai untuk bubarkan parlimen. Kedua- dua alasan tersebut juga memberikan Guan Eng untuk memberi 
jawapan kepada teka-teki Najib iaitu PRU 13 akan diadakan pada bulan Julai.

Bagi Guan Eng, Najib tiada pilihan kerana itulah masa yang sesuai untuk bubarkan parlimen, lebih-lebih lagi isu ekonomi dunia yang tidak menentu. Guan Eng percaya faktor ekonomi menjadi penentu kepada Najib untuk bubarkan  parlimen. Lain-lain faktor tidak menjadi satu faktor utama, mungkin juga selepas rakyat " diberikan berbagai-bagai insentif kewangan secara tunai " oleh kerajaan. Tentunya Guan Eng dan parti pembangkang rasa tertekan kerana strategi kerajaan berjaya " menarik" rakyat kepada parti kerajaan, selepas cubaan parti pembangkang untuk " gula-gulakan rakyat dengan tawaran Buku Jingganya " tetapi Najib dan parti kerajaan lebih kedepan dengan strategi memberi insentif kepada rakyat. Inilah faktor ekonomi yang dimaksudkan oleh Guan Eng iaitu kerajaan telah berbelanja begitu boros dengan mengeluar duit tunai kepada rakyat kerana itu Guan Eng kaitkan dengan ekonomi dunia.



Mungkin bagi Guan Eng , strategi untuk meramalkan bagi pihak parti  pembankang juga satu strategi yang sangat perlu bagi memberi satu tekanan kepada Najib dan parti kerajaan. Bagi Guan Eng mungkin Najib dan Parti  kerajaan jangan diberi ruang terbuka untuk sewenang-wenang menentukan  tarikh pilihanraya, tetapi parti pembangkang juga mempunyai hak untuk berbuat demikian.



Dengan ramalan yang dibuat oleh Parti Pembangkang, ia memberi satu gambaran jelas kerana ia mungkin akan menjadi satu lagi pertembungan idea yang sangat berbeza dalam menentukan bilakah tarikh PRU 13. Walaupun kuasanya masih di tangan Najib,tetapi Guan Eng mahu mereka juga boleh “ menekan ” Najib, supaya Najib terperangkap dengan strategi parti pembangkang dan terpaksa membubarkan parlimen dengan mengikut tarikh dan masa yang mereka mahukan. Oleh kerana itulah Guan Eng sentiasa memberi pandangan dan responnya kepada teka-teki Najib,supaya Najib juga sentiasa berfikir “ bilakah masa terbaik untuk  parlimen di bubarkan” ataupun berfikir  “untuk tidak mahu membubarkan parlimen”. Jadi Guan Eng dan Parti Pembangkang cuba untuk membuat Najib supaya dalam keadaan “dilema”.



Pada masa sekarang,jelas Guan Eng dan Parti Pembangkang agak berjaya dalam strategi mereka untuk membuatkan Najib dan Parti Pembangkang dalam keadaam “dilema”, tetapi dalam masa yang sama Najib dan Parti kerajaan juga berjaya untuk menekan Guan Eng dan Parti Pembangkang untuk terus bermain teka-teki bilakah parlimen akan dibubarkan. Apapun yang berlaku kuasa tetap di tangan Najib.








Tuesday, May 15, 2012

TEKA-TEKI NAJIB


Apabila PM berkata " Oleh kerana bahang pilihanraya dah dapat kita rasai dan ramai sudah pun kena deman pilihanraya...,saya lihat malam ini hebat.....rasa- rasanya esok saya nak mengadap Agong. Kita sudah bersedia? Boleh menang?" , tentu para strategist semua parti politik mula membuat tafsiran yang PM amat serius dan cukup semangat untuk membubarkan parlimen dalam masa terdekat.

Mungkin para strategist ini juga sedang berfikir samada PM juga sedang berstrategist dalam kenyataannya ini. Jadi apa yang dalam minda PM perlu lah di terjemahkan dengan tepat oleh para strategist ini. Tetapi ia bukan mudah utk diterjemahkan. Setiap orang yang berkuasa sudah tentu akan memikirkan bagaimana nak mengekalkan kuasa termasuklah dalam mencari masa yang sesuai untuk memanggil pilihanraya baru . Jadi kuasa masih di tangan PM untuk berbuat demikian .
Dalam sejarah PRU di Malaysia hanya terdapat 2 PRU ( PRU 1969 dan PRU 2008) yang BN berhadapan dengan pilihanraya yang sukar dan tidak dapat mengekalkan kerusi dua pertiga dalam Parlimen ketika itu dan banyak negeri jatuh kepada parti pembangkang . Ini semua mungkin kerana PM ketika itu gagal untuk memilih tarikh yang sesuai untuk membubarkan parlimen bagi memberi laluan untuk SPR mengadakan pilihanraya dan mungkin juga pada masa itu PM ketika itu juga gagal untuk mengtafsirkan suasana dan situasi ketika itu hinggakan PM tertipu dengan keghairahan untuk menang. Akhirnya BN yang menerima padah dan nyaris tidak kehilangan kuasa memerintah kerajaan Malaysia. Tapi yang paling jelas kedua-dua PM hilang jawatan PM sebagai impak dari kesilapan menentukan tarikh yang sesuai untuk membubarkan parlimen.

Mungkin pada kali ini PM amat berhati hati kerana beliau juga pada tahun 2008 bersama-sama dengan PM ketika itu juga telah tertipu dengan situasa dan keadaan persekitaran politik yang pada jangkaan mereka adalah menyebelahi BN tetapi situasi yang ada agak pelik dan berubah secara mendadak, akhirnya tsunami melanda politik BN dan gagal mendapat kerusi dua pertiga . Ini lah yang menjadi fobia kepada PM untuk memilih tarikh untuk bubarkan parlimen.


Bagi para strategist parti pembangkang, mereka  akan cuba memasang strategi dengan cuba mencipta suasana yang palsu yang suasana sekarang dalam semua segi "menyebelahi PM dan BN" dengan tujuan PM dan para strategist BN akan terperangkap dengan perangkap ini. Ini strategi yang mereka gunakan padaPRU 12 2008 dan berjaya .

Bagi PM dan para strategist BN, mereka perlu meneliti semua segi dan tidak terperangkap dengan suasana ciptaan pembangkang. Mereka juga pada masa ini bermain strategi untuk mengelirukan pemimpin pembangkang dan para strategist mereka dengan menciptakan suasana " pressure" seolah-olah pilihanraya " at the corner ". Suasana yang palsu cipta para strategist BN melalui kenyataan-kenyataan PM dan TPM telah menyebabkan parti pembangkang lebih terseksa untuk terus berteka-teki bila PM akan membubarkan parlimen.

Apakah pakatan rakyat mempunyai jawapan kepada teka-teki ini? Pada masa ini jelas mereka belum ada jawapannya dan yang ada hanya strategik untuk " menekan " kerajaan dan  terus merasakan BN sudah berjaya mendapat kepercayaan semula rakyat dan PM boleh membubarkan parlimen. Tetapi buat masa ini, PM sudah lebih bersedia Dari PM yang lepas.
Adakah PM akan membubarkan parlimen dalam masa terdekat? Mengikut Dato Tengku Adnan " itu semua spekulasi, PM ada urusan, nak pergi majlis kenduri kawin di Johor dan kemudian menghadiri majlis konvokesyen anaknya, namum kita bersedia bila bila masa untuk mengadakan pilihanraya" . Kenyataan ini akan lagi memeningkan kepala para strategist parti pembangkang kerana " permainan untuk menentukan tarikh pembubaran parlimen " masih berlangsung dan yang boleh meniupkan wisel penamatnya hanyalah PM. Jadi dalam bulan mei, jun, julai, ogos, sept dan okt, bulan-bulan ini akan menjadi bulan pilihan yang cukup penting dalam sejarah politik Malaysia. Bulan mana yg bertuah kita tunggu pengumuman oleh PM pada bila-bila masa. Jadi teka-teki masih terus bermain dan kita akan terus menunggu jawapannya.