Wednesday, September 5, 2012

PERMAINAN EMOSI GUAN ENG DAN PARA STRATEGIST DAP


 

 

Permainan Saikologi mengunakan emosi adalah satu pendekatan sains politik yang sangat popular digunakan oleh para strategist politik didalam "peperangan politik" untuk bersaing bagi mendapatkan tempat di minda para pengundinya. Seperti kata  Drew Westen "In politic,when reason and emotion collide,emotion invariably wins. Elections are decided the marketplace of emotions,a marketplace filled with values,images,analogies,moral sentiments,and moving oratory,in which logic plays only a supporting role." (The Political Brain). Maknanya perang saikologi mengunakan emosi adalah kaedah yang sangat berkesan dalam memenangi hati pengundi daripada peperangan saikologi mengunakan "logik" ataupun "rasionaliti".

 

Dalam buku ini juga Drew Westen menyatakan " The evidence is over whelming that three things determine how people vote,in this order: their feelings toward the parties and their principles, their feelings toward the candidates,and ,if they haven't decided by then,their feelings toward the candidates' policy position."(The Political Brain). Jelas apa yang di nyatakan oleh Drew Westen,faktor " feelings" ataupun perasaan,yang kaitan rapat dengan makna kepada emosi,adalah penentu kepada pengundi siapakah yang akan mereka mengundi. Strategi " memainkan emosi dan perasaan pengundi" sangat aktif digunakan dalam Pilihanraya President di Amerika Syarikat.

 

Dalam pilihanraya di Malaysia juga para strategist politik juga suka mengunakan strategi ini,dan dalam kajian yang di buat dalam pilihanraya Umum di Pulau Pinang pada tahun 2008(PRU 12),para strategist DAP dan Guan Eng mengunakan strategi " memainkan emosi pengundi-pengundi di Pulau Pinang " terutamannya pengundi-pengundi Cina ,dengan membina satu perasaan " anti Umno" kerana Umno Pulau Pinang di anggap sebagai terlalu dominan dan Gerakan serta MCA terlalu tunduk kepada UMNO . Oleh itu para strategist DAP memanipulasikan isu siapakah penganti Tan Sri Koh sebagai Ketua Menteri selepas PRU 12, sebagai contoh apabila satu nama yang di sebut sebagai pengganti Tan Sri Koh,para strategist DAP telah mengunakan isu penganti ini dengan mengaitkan nama tersebut sebagai nama yang mendapat restu dari UMNO dan memainkan lagi isu ini,yang penganti ini adalah calon yang sentiasa tunduk kepada UMNO. Strategi manipulasi kan isu ini adalah satu strategi untuk memainkan isu sentimen dan emosi pengundi-pengundi Cina Pulau Pinang yang sudahpun terlekat di minda mereka.

 

Impak kepada pengunaan strategi memainkan "emosi" ini lah menyebabkan semua kerusi Cina BN yang di berikan kepada Gerakan dan MCA  tewas terkena tsunami emosi . Oleh kerana hasrat Guan Eng dan DAP untuk terus kekal menjadi kerajaan Pulau Pinang dalam PRU 13 ,maka para strategist DAP sekali lagi akan mengunakan strategi "emosi" dan "sentiment" untuk memenangi minda pengundi-pengundi Cina Pulau Pinang yang sudahpun termakan hasutan" anti UMNO" sejak PRU 12.  Oleh itu tugas dan kerja para strategi DAP agak mudah dalam PRU 13 kerana fanatiknya pengundi Cina majoriti masih menebal iaitu menolak UMNO dan BN . Apa yang perlu dibuat oleh Guan Eng dan para strategist DAP ialah terus-menerus memainkan emosi pengundi-pengundi Cina dengan sentiment anti UMNO.

 

Inilah yang dilakukan oleh Guan Eng dan para strategist DAP dengan sentiasa mainkan isu-isu emosi dengan tujuan untuk memenangi minda para pengundi. Apa yang penting bagi para strategist DAP ialah pengundi-pengundi Cina perlu berada dalam lingkungan pengaruh DAP. Oleh itu tidak hairanlah setiap kali isu-isu yang dibangkitkan oleh UMNO dan BN mengenai dakwaan  salah laku Guan Eng dan Kerajaan DAP Pulau Pinang,ia seolah-olah satu strategi yang lemah dan tidak kuat dan senang ditangkas oleh para strategist DAP. Akhirnya isu tersebut tidak mempunyai impak yang boleh menjejaskan Guan Eng dan DAP. Ini bermakna Guan Eng dan DAP telah berjaya mengikat semua "emosi" pengundi-pengundi Cina supaya menyakini Guan Eng dan DAP ,jika dibandingkan bagaimana pembinaan emosi yang telah dilakukan oleh Guan Eng dan DAP untuk membencikan UMNO dan BN yang cukup tebal,hinggakan "emosi" tersebut dijelmakan lebih kuat untuk membina "emosi" yang Guan Eng dan DAP adalah yang terbaik untuk pengundi-pengundi Cina di Pulau Pinang.

 

Apakah permainan "emosi" ini sangat berjaya dapat digunakan dalam PRU 13 di Pulau Pinang? Jawapan nya memang benar dan akan terus digunakan oleh Guan Eng dan DAP dalam mereka cuba untuk mengekalkan kekuasaan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Wednesday, August 8, 2012

APA YANG ADA DALAM MINDA ANWAR DALAM KES LAJIM UKIN DAN WIFRED BUMBURIN DISABAH




Dalam seminggu ini, politik Malaysia di hangatkan dengan pengumuman Lajim Ukin dan Wifred Bumburin yang secara "direct" dan "in direct" nya keluar dari BN . Lajim Ukin nampak masih bermain "silang kata " dengan hanya meletak jawatan semua jawatan dalam UMNO di Bahagian Beaufort tapi masih mengekalkan keahlian UMNO dan jawatan kabinet sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempat. Manakala Bumburin lebih radikal dan berani dengan mengumumkan keluar Parti Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu(UPKO) walaupun beliau adalah Naib Presidennya.



Bagi Pak Zad, kedua-dua pemimpin telah mengunakan dua pendekatan yg berbeza tapi amat berstrategi yang akan memberi satu impak yang besar dalam politik di Sabah dan akan juga mempengaruhi politik nasional terutamanya UMNO dan BN. Berdasarkan itu, Pak Zad nak cuba membaca apa sebenarnya yang ada dalam minda Dato Seri Anwar Ibrahim(DSAI) kerana kedua-dua kes tersebut telah di akui ada kaitan dengan strategi Pakatan Rakyat(PR) dan DSAI. Ini kerana kedua-duanya mengakui akan menyokong PR dalam PRU 13 nanti dan yang menariknya DSAI juga telah menyatakan kedua-dua pemimpin akan diberi kebenaran untuk mereka bertanding atas tiket PR di kawasan masing-masing. Oleh itu Pak Zad nak cuba membaca " pemikiran DSAI " yang Pak Zad lihat amat menarik terutamanya di saat-saat Dato Seri Najib(PM) sedang mencari tarikh yang sesuai untuk mengumumkan "pembubaran Parlimen" bagi memberi laluan kepada PRU 13 tetapi menerima tekanan strategi daripada DSAI.



Dalam analisa ini, Pak Zad akan gunakan "teori kemungkinan" berdasarkan satu analisa yang Pak Zad buat. Samada ia tepat atau pun tidak ia bergantung kepada " persekitaran politik" yang berlaku akibat dari kedua-dua kes tersebut. Tetapi berdasarkan kepada pengumumkan PM yang akan turun ke Sabah pada 11 Ogos ini untuk menyelesaikan masalah parti, nampak jelas kedua-dua kes tersebut cukup memberi impak yang besar kepada politik Sabah dan Nasional. Yang menariknya ada pendapat para "strategist politik" yang mengatakan PM dan UMNO serta BN telah mula terperangkap dengan strategi politik DSAI dan para strategist PR . Ini kemungkinan kerana "respond" yang di beri PM dan BN bergitu bernada berhati-hati dan defensif ,dengan mengakui " macam-macam desas-desus tersebar. Tetapi yang penting kekuatan BN tidak tergugat dan masalah itu mampu ditangani.Kita ada buat langkah-langkah sesuai untuk pulihkan kekuatan dan memantapkan semula parti" (Utusan Malaysia 4/8/2012).



Kenyataan Dato Seri Najib, jelas membuktikan kes-kes tersebut telah menyebabkan kesan kepada politik UMNO dan BN di Sabah,oleh kerana itu UMNO dan BN terpaksa mengambil langkah-lngkah yang sesuai untuk pulihkan kekuatan dan memantapkan semula parti dan terpaksa Dato Seri Najib turun ke Sabah menyelesaikan masalah ini. Jadi amat jelas ini adalah strategi DSAI dan PR untuk mencuba atau "test market" jentera BN di Sabah samada utuh atau lemah. Tapi yang cukup jelas jentera BN di Sabah yang di ketuai oleh Ketua Menteri Musa Aman tidaklah kuat mana dan tidak utuh,hanya kerana 2 kes tersebut jentera BN Sabah terpaksa meminta Dato Seri Najib untuk turun dan menyelesaikan masalah parti. Walaupun Ketua Menteri menafikan kes-kes tersebut mengugat UMNO dan BN tetapi bagi Pak Zad apabila Ketua Menteri menyatakan kenyataan menafikan maknanya strategi DSAI untuk mengharu-birukan jentera BN di Sabah berlaku.



Bagi Pak Zad, DSAI berjaya dalam strategi " test market " nya kerana kedua tokoh ini Lajim Ukin dan Wifred Bumburing adalah tokoh pemimpin suku kaum di Sabah. Lajim Ukin adalah pemimpin yang digelar "Janang Gayuh" adalah gelaran yang di berikan kepada individu yang berjasa,berpengaruh dan dihormati oleh komuniti Bisaya. Manakala Wifred pula adalah antara pemimpin yang di hormati oleh kaum kadazandusun kerana itu beliau memegang jawatan sebagai Naib Presiden UPKO. Jadi apa yang berlaku ialah DSAI telah berjaya mengunakan strategi " divide and rule " di kalangan komuniti Bisaya dan Kadazandusun. Ini juga adalah strategi untuk melemahkan jentera UMNO dan BN dari dalam ,dengan membawa kedua-dua tokoh komuniti untuk mengugat perpaduan UMNO dan juga mengugat perpaduan UPKO dan akhirnya mengugat jentera dan perpaduan BN di Sabah.



Sekurang-kurangnya DSAI telah dapat membuktikan kepada Dato Seri Najib, bawasanya jentera UMNO dan BN di Sabah tidak lah kuat seperti mana yang di laporkan oleh Ketua Menteri Sabah dan seperti apa yang dilaporkan kepada Dato Seri Najib. Malah yang ada di minda Anwar ketika ini ialah strategi untuk memberi "mesage" kepada seluruh jentera UMNO dan BN ,yang kepimpinan Ketua Menteri Sabah agak lemah dalam menguruskan jentera pilihanraya di peringkat negeri terutamanya di Sabah, jadi dalam kes di Sabah strategi untuk membandingkan antara pemikiran strategist BN dan PR telah berlaku,tetapi yang jelas dalam kes di Sabah ,PR berjaya dalam strategi perbandingan nya.



Bagi Pak Zad, apa yang ada di minda DSAI untuk "attack" Dato Seri Najib dari dalam parti amat bahaya, lebih-lebih lagi apabila DSAI berjaya dalam strategi ini. Ini kerana benteng yang di bina oleh jentera bergitu rapuh sekali senang sangat di roboh oleh "musuh" UMNO dan BN, malah DSAI berjaya untuk merosakkan nya dari dalam. Jadi DSAI juga dapat membukti bertapa lemahnya kepimpinan BN pusat yang terlalu percayakan kepada kepimpinan negeri yang sentiasa memberi laporan yang tidak tepat kepada beliau dan akhirnya ia sedikit sebanyak  menyebabkan jentera BN tergugat. Oleh itu matlamat DSAI untuk "mencemarkan imej " Najib di Sabah telah berjaya dan juga matlamat untuk memecahkan perpaduan UMNO dan BN juga telah berjaya,malah juga matlamat DSAI untuk memberi "mesage" melalui dakwaan Lajim dan Wifred yang Kerajaan Pusat meminggirkan Sabah  kepada pengundi dan masyarakat Sabah juga berjaya untuk membuatkan pengundi-pengundi dan masyarakat Sabah terpaksa berfikir.



Nampak cukup jelas DSAI telah berjaya untuk mengujudkan satu "situasi" yang "tidak tenang" di Sabah, serta berjaya untuk menyebabkan masyarakat Sabah mula berfikir tentang isu-isu masa depan Sabah, walaupun Dato Seri Najib dalam program Transformasinya telah memberi peruntukan berbilion ringgit kepada Sabah untuk program pembangunan di Sabah, dan tindakan Dato Seri Najib ini telah menyebabkan isu-isu masa depan yang dijanji telah di tepati oleh Kerajaan BN di pusat dan juga kerajaan negeri Sabah dan berjaya menutup isu-isu yang pernah satu ketika dulu di tuntut oleh rakyat Sabah. Tetapi pada masa sekarang kesan daripada kes Ujim dan Wifred ,isu-isu masa depan Sabah mula di bangkitkan semula oleh kedua-dua pemimpin tersebut,malah "in line" dengan tawaran-tawaran yang dibuat oleh DSAI dan PR kepada rakyat Sabah. Jelas sekali bijaknya DSAI untuk memulakan kembali strategi "blaming" dan strategi "offering" dalam kempen politik PR di Sabah dengan mengunakan bekas-bekas pemimpin UMNO dan BN untuk menyatakan kelemahan UMNO dan BN.



Dalam hal ini,Pak Zad menjangkakan pada kali ini strategi DSAI bukan seperti strategi " mind games 16 Sept " yang cuba dibuat oleh DSAI satu ketika dulu tapi gagal, tetapi pada kali ini strateginya ialah memulakan kembali "perdebatan rakyat Sabah" untuk berbahas mengenai isu-isu masa depan Sabah dan yang penting pada masa yang sama DSAI dan PR membuat tawaran baru kepada rakyat Sabah yang mungkin lebih menarik daripada BN. Jadi apabila rakyat mula berbahas dan mula untuk membuat perbandingan antara usaha-usaha Kerajaan BN dan tawaran-tawaran PR, ia menjadi strategi yang mudah untuk DSAI dan PR untuk mula menyerap masuk ke minda rakyat Sabah,sekurang-kurangnya rakyat Sabah mula untuk berfikir semula .



 Inilah strategi yang juga digunakan oleh DAP di Pulau Pinang pada PRU 12,iaitu DAP telah membina satu suasana "the mind games" dan membina satu persepsi dengan menyatakan yang UMNO adalah parti yang "dominance" dan amat berkuasa di dalam BN dan MCA serta Gerakan takut kepada "supremasi" UMNO dan kerana itu UMNO yang  memilih Ketua Menteri Cina tetapi akan sentiasa tunduk kepada UMNO. Jentera DAP telah berkempen dan meniup perasaan "anti UMNO" kepada pengundi-pengundi terutama pengundi-pengundi Cina di Pulau Pinang,dengan tujuannya pengundi-pengundi Cina termakan dengan dakyah ini,akhirnya pengundi-pengundi Cina termakan juga dakyah ini dan DAP berjaya dalam strategi ini , akibatnya semua kerusi Gerakan dan MCA tewas pada PRU 12 di Pulau Pinang.



Jadi bagi Pak Zad, DSAI cuba mengunakan strategi yang sama dipakai oleh DAP di Pulau Pinang dan telah melancarkan secara rasmi melalui kedua-dua kes Lajim dan Wifred. Pak Zad yakin semua kempen DSAI dan PR akan berfokas kepada pendedahan daripada kedua-dua tokoh tersebut,terutamanya Ujim yang pernah memegang jawatan sebagai ahli Majlis Tertinggi UMNO yang merupakan satu Majlis yang sangat penting dalam politik negara . Bergitu juga Wifred yang juga menduduki kerusi Naib Presiden juga sangat penting dalam politik Sabah. Bahayanya strategi ini ialah akan banyaknya kenyataan-kenyataan pendedahan yang  mendakwa Sabah di pinggirkan yang akan dilakukan oleh kedua-dua pemimpin seperti yang diharapkan oleh DSAI. Bagi DSAI ,beliau mahu supaya Dato Seri Najib dan jentera UMNO dan BN sentiasa dalam keadaan yang defensif dan sentiasa tertekan kerana terpaksa menjawab isu-isu dan dakwaan yang akan di bawa oleh kedua-dua bekas pemimpin BN dan PR sendiri.



Pak Zad jangkakan dalam minda DSAI, beliau mahu diujudkan satu situasi seperti di Pulau Pinang pada sebelum PRU 12 iaitu situasi " anti UMNO dan BN" dan ini juga perlu berlaku di Sabah,supaya agenda DSAI dan PR untuk mendapat separuh kerusi Parlimen Sabah dan juga "menguasai Kerajaan Negeri Sabah" menjadi lebih mudah terlaksana. Sekiranya pengalaman strategi DAP di Pulau Pinang di nilai sebagai satu strategi yang bijak,yang mungkin Kerajaan Gerakan BN pada masa itu tidak mempercayai tsunami itu akan berlaku ,tapi akhir Kerajaan Gerakan (BN) juga di hanyutkan oleh Tsunami yang tidak mengejut kerana tanda-tanda sudah nampak dan terasa tetapi sikap tidak ambil peduli kepimpinan BN Pulau Pinang yang menyebabkan Tsunami melemaskan BN Pulau Pinang. Jadi apa yang berlaku di Sabah ketika ini mempunyai rentak,suasana,gambaran dan juga gerak yang sama seperti apa yang berlaku di Pulau Pinang. Oleh itu Pak Zad jangkakan kalau jentera BN Sabah tak membaca  dengan baik minda DSAI,kemungkinan Sabah  akan di tawan oleh PR akan berlaku. Walau bagaimanapun Pak Zad juga dapat jangkakan ianya bukan terlalu mudah untuk DSAI untuk melakukannya,kerana Dato Seri Najib juga mempunyai strategi politik minda yang juga sukar dijangka oleh DSAI,kerana itu DSAI gagal dalam "pilitical games" untuk menawan Putrajaya 16 Sept dulu.



Apapun perkembangan di Sabah, harus di kaji dengan terperinci kerana mainan strategi DSAI amat licik dan persoalan apa akan berlaku selepas ini,perlu di buat satu "prediction" dan dijangkakan. Bagi Pak Zad ,dalam minda DSAI pada masa ini ialah beliau sedang mengatur strategi untuk "menghuru harakan kestabilan jentera BN di Sabah" agar mereka berada dalam keadaan "defensif " dan bukan dalam keadaan "attacking".

Thursday, July 19, 2012

SALAM RAMADAN AL_MUBARAK


Pak Zad ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menjalani ibadah Puasa, mudahan Ramadan Tahun ini mendapat keberkatan 4JJl s.w.t di kurniakan kesihatan yang berpanjangan dan kehidupan yang berkat untuk semua umat islam seluruh negara.

Wednesday, July 18, 2012

PERSOALANNYA !!!! BOLEHKAH DAP PULAU PINANG MENANG TANPA PENGUNDI CINA???


Pilihanraya Sarawak ke 10 yang lepas, telah membuktikan DAP adalah parti politik dominan untuk pengundi-pengundi Cina Bandar. DAP telah memenangi 12 kerusi dari 15 kerusi yang di tandingi dan mengalahkan SUPP, (termasuk Presidennya juga tewas) di tangan DAP di semua 12 kawasan tersebut. Bagi Presiden MCA pula, senario ini amat kritikal kerana baginya ia sekali lagi membukti masyarakat Cina Bandar masih mempunyai trend yang sama dengan pemikiran pengundi Bandar di Semenanjung seperti apa yang berlaku pada PRU yang lepas .

Sejak PRU 2008 banyak tulisan wartawan-wartawan dan penganalisa politik telah berpolimik dalam surat-surat khabar, bagi memberi pandangan mengenai senario luar biasa DAP dan sekali lagi DAP buktikan pada pilihanraya Sarawak ke 10 yang lepas . Paling menarik untuk Pak Zad analisakan ialah sekiranya kita ambil kira keputusan di Sarawak dan dilihat dengan perkembangan politik di Pulau Pinang yang pada masa ini menampakkan Guan Eng dan DAP lebih dominan daripada Gerakan dan MCA Pulau Pinang,maka amat sukar bagi UMNO dan MIC serta BN untuk merampas kembali Pulau Pinang daripada Guan Eng dan DAP.

Analisa diatas amat mudah kerana keputusan PRU 2008, semua kerusi majoriti pengundi Cina (19 kerusi) di menangi oleh DAP dan semua kerusi yang majoriti campur(9 kerusi) dimenangi oleh PKR ,maknanya dalam pemikiran para strategi DAP Pulau Pinang mereka cukup mudah boleh mengekalkan kuasa untuk terus memerintahkan Pulau Pinang kerana DAP boleh mengekal 19 kerusi yang dimenanginya dan mungkin boleh berharap 5 atau tujuh kerusi daripada PKR ataupun PAS. Pak Zad begitu yakin dengan apa yang ada di minda para strategist politik DAP dan strategi-strategi yang di guna pakai oleh Guan Eng dan DAP sekarang iaitu memenangi hati pengundi Cina Pulau Pinang dan strategi ‘attack and blaming’ kepada UMNO dan Gerakan Pulau Pinang kepada apa yang berlaku di Pulau Pinang.

Jadi adalah jelas pada masa ini,DAP berada di hati pengundi-pengundi Cina di semua kawasan majoriti Cina dan Gerakan dan MCA tak berupaya untuk menyekat keadaan ini. Oleh itu dalam politik Pulau Pinang penentu kepada kemenangan untuk memerintah kerajaan negeri nampaknya berada di tangan pengundi-pengundi Cina terutamanya di 19 buah kawasan yang di menangi oleh DAP yang majoritinya pengundi Cina dan juga kawasan campuran majoriti yang juga pengundi Cina (dimana daripada 9 kerusi yang PKR menang terdapat 6 kerusinya di menangi oleh calon Cina dan India). Jelas pengundi Cina adalah penentu kepada kemenangan ini.

Pak Zad cuba membuktikan dari analisa keputusan PRU 2008, terdapat 8 DUN yang mempunyai majoriti melebihi 80% pengundi Cina, DAP telah memenanginya dengan amat selesa,manakala 3 DUN yang mempunyai majoriti melebihi 70 % pengundi Cina, DAP dan PKR telah menanginya dengan amat selesa,manakala 5 DUN yang mempunyai majoriti 60 % pengundi Cina, juga DAP telah memenanginya dengan undi yang amat selesa. Manakala 7 DUN yang mempunyai majorit 50 % pengundi Cina telah dimenangi oleh DAP dan PKR dengan amat selesa.



DUN Pulau Pinang yang Mempunyai Lebih 80% Pengundi Cina


Bil.
DUN
%
Parti Yang Menang
1
N7 SUNGAI PUYU
86.93
DAP
2
N13 BERAPIT
85.32
DAP
3
N15 PADANG LALANG
82.97
DAP
4
N23 AIR PUTEH
82.13
DAP
5
N27 PENGKALAN KOTA
94.74
DAP
6
N28 KOMTAR
82.71
DAP
7
N31 BATU LANCANG
86.84
DAP
8
N34 PAYA TERUBUNG
83.84
DAP


DUN Pulau Pinang yang Mempunyai Lebih 70% Pengundi Cina


Bil.
DUN
%
Parti Yang Menang
1
N24 KEBUN BUNGA
76.69
PKR
2
N25 PULAU TIKUS
77.28
DAP
3
N26 PADANG KOTA
76.78
DAP


DUN Pulau Pinang yang Mempunyai Lebih 60% Pengundi Cina

Bil.
DUN
%
Parti Yang Menang
1
N8 BAGAN JERMAL
68.61
DAP
2
N18 BUKIT TAMBUN
67.98
DAP
3
N22 TANJUNG BUNGA
61.05
DAP
4
N32 SERI DELIMA
64.61
DAP
5
N33 AIR HITAM
69.95
DAP

DUN Pulau Pinang yang Mempunyai Lebih 50% Pengundi Cina

Bil.
DUN
%
Parti Yang Menang
1
N9 BAGAN DALAM
52.51
DAP
2
N14 MACHANG BUBUK
50.82
PKR
3
N19 JAWI
57.14
DAP
4
N20 SUNGAI BAKAP
57.25
PKR
5
N29 DATO KERAMAT
57.14
DAP
6
N30 SUNGAI PINANG
57.25
DAP
7
N35 BATU UBAN
58.31
PKR


Apa yang cuba Pak Zad nyatakan di atas, terdapat 23 kerusi DUN yang mempunyai antara 50 % - 80 % majority pengundi Cina pada pilihanraya umum 2008 telah dimenangi oleh DAP(19 kerusi) dan PKR(4 kerusi). Pada pandangan Pak Zad kawasan-kawasan (23 kerusi) adalah penentu kepada Guan Eng dan DAP samada boleh kembali memerintah Pulau Pinang ataupun tidak. Tetapi dengan perkembangan terkini dengan BN menyandarkan harapan kepada Gerakan dan MCA Pulau Pinang ia mungkin amat sukar untuk Gerakan dan MCA untuk merobohkan benteng DAP di 23 kawasan ini. Oleh itu, persoalan bolehkah DAP menang tanpa pengundi Cina? jawapan yang boleh Pak Zad berikan ialah DAP masih amat mengharap pengundi Cina dalam survival mereka untuk terus memerintah kerajaan Pulau Pinang dalam PRU yang akan datang.