Thursday, April 18, 2013

PRU 13 : SIRI 8 ( DAP DAN PERJUANGANNYA : SUDAH TUKAR

 
 
Dalam memperlihatkan perjuangan DAP pada masa sekarang,Pak Zad akan memetik beberapa kenyataan pemimpin-pemimpin DAP pada suatu masa dulu sebagai renungan danpembaca boleh membuat analisa sendiri, terutama perjuangan “Malaysian Malaysia” yang pada masa ini di silence kanseketika, tetapi dari tindakan-tindakan mereka, DAP sedangmelaksanakan konsep itu secara tersirat.
 
 
Petikan 1
 
“DAP merasa bangga kerana perjuangan Malaysian Malaysia(Malaysia milik rakyat Malaysia) yang diperkenalkan adalah cita-cita yang murni dan masih relevan pada hari ini. Oleh sebab itu DAP menawarkan perjuangannya kepada semua rakyat Malaysia sebab kita semua mempunyai satu masa depan yang sama. Sebagai negara majmuk, Malaysia tidak dimiliki oleh mana-mana satu kaum dan tidak ada satu kaum harus menganggap mereka sahajalah rakyat Malaysia.
 
 

Sepanjang 40 tahun ini, DAP cuba mengembangkan impian Malaysian Malaysia ini, walaupun parti menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan.” (Chow Kon Yeow Pemimpin DAP Pulau Pinang, 2006)


Petikan 2
 
“Sempena ulang tahun 40 ini, DAP telah membawa kesinambungan perjuangan Malaysian Malaysia dengan memperkenalkan “Utamakan Malaysia” sebagai pendekatan untuk mencapai matlamat perpaduan nasional dan kemakmuran ekonomi bagi semua rakyat Malaysia. DAP masih menganggap bahawa perpaduan nasional tidak akan dapat dicapai berdasarkan unsur kaum dan agama tetapi atas identiti bersama berdasarkan kepada prinsip-prinsip demokrasi, kebebasan, keadilan, integriti dan martabat insan” (Chow Kon Yeow pemimpin DAP Pulau Pinang,2006)
 
 
Petikan 3
 
“Kita mesti mengenepikan cara menyatupadukan rakyat menerusi bangsa dan agama. Kita mesti anggap semua adalah sebahagian daripada rakyat Malaysia. “Utamakan Malaysian” memastikan kebahagiaan dan kemakmuran ekonomi kepada semua dan jangan hanya kepada konco-konco tertentu sahaja” (Lim Guan Eng,2006)
 
 
Petikan 4
 
“DAP berjanji akan berpegang kuat kepada ideologi satu Negara Malaysia yang bebas, demokratik dan berfahaman sosialis, berdasarkan prinsip-prinsip keadilan kaum dan kesaksamaan sosial dan ekonomi yang berasaskan institusi demokrasi berparlimen” (PERISYTIHARAN SETAPAK, dibuat pada kongres Kebangsaan DAP pertama di Setapak, Kuala Lumpur pada 27 Julai 1967) Pet “Masanya telah tiba untuk rakyat Malaysia menentukan sama ada mereka mahu kembali kepada idealisme dan isi asal Perlembagaan Merdeka 1957 atau rela ditekan di bawah undang-undang yang semakin menyekat hak asasi dan kebebasan.
 
 
Idealisme dan isi asal Perlembagaan Negara memberi jaminan perlindungan hak dan kebebasan kepada rakyat Malaysia berasaskan hak saksama dan keadilan.Hanya dengan mengembalikan hak dan kebebasan ini yang telah dijamin oleh Perlembagaan Merdeka,barulah kita dapat memastikan impian sebenar setiap rakyat Malaysia untuk hidup bebas merdeka dapat direalisasikan” (Lim Guan Eng, 2006)
 
 
Petikan 6
 
“Impian kehidupan bebas merdeka yang dilindungi undang-undang adil harus berasaskan kepada :
 
i.   Perpaduan Nasional tulen yang tidak berlandaskan kaum atau
     agama tetapi berasaskan nilai-nilai yang dikongsi bersama oleh
     rakyat Malaysia;
ii.  Peluang saksama;
iii. Pentadbiran demokratik dan amalan kedaulatan undang-
    undang (rule of law)
iv. Penciptaan kekayaan dan pengagihan yang adildan
v. Perang terhadap korupsi, penyalahgunaan kuasa”
                                                                         (Guan Eng,2006)
 
 
Petikan 7
 
“Kontrak sosial semua kaum di Malaya menjelang 1957 adalah hasil usaha bersama semua pihak untuk mewujudkan Negara merdeka, sekular, mengamalkan hak asasi, menghormati hak- hak politik dan ekonomi setiap warganegara yang ditadbirkan oleh kedaulatan undang-undang (rule of law). Kontrak sosial itu adalah berasaskan intipati Laporan Suruhanjaya Reid yang menjadi batu asas Perlembagaan Malaya Merdeka” (Lim Guan Eng,2006)
 
 
Petikan 8
 
“Malangnya, pemerintahan Perikatan (dan kemudiannya BN) telah mencabul idealisme dan isi asal Perlembagaan ini dan kontrak sosial 1957 dengan meminda Perlembagaan Persekutuan sehingga ia tidak lagi melindungi hak dan kebebasan rakyat. Perlaksanaan DEB mulai tahun 1970 dengan pada mulanya bertujuan membasmi kemiskinan
dan merapatkan jurang di antara kaum, bukan sahaja telah mencabul kontrak sosial, malah mengukuhkan keistimewaan satu kaum sehingga menjadi “hak” sedangkan ia cuma sebagai ‘tongkat’ sementara sahaja” (Lim Guan Eng ,2006)
 
 
Petikan 9
 
“Perlembagaan 1957 adalah satu dokumen sekular yang lengkap dengan idealisme demokrasi, rule of law, kebebasan dan harga diri serta maruah insan. Jika kita kembali kepada prinsip asas Perlembagaan Merdeka ini, kita boleh bergerak maju ke arah di mana pembangunan ekonomi dan demokrasi boleh bergerak bersama-sama; dimana kebebasan bererti tiada lagi sekatan hak dan penindasan; di mana peluang saksama menjadi pilihan berbanding hasil saksama secara paksaan; di mana rule of law memastikan keadilan sosial; di mana penciptaan kekayaan diiringi oleh pengagihan kekayaan yang adil dan di mana kemakmuran ekonomi tidak bererti korupsi yang menjadi-jadi” (Lim Guan Eng,2006) penyelewengan,
 
 
Petikan 10
 
“Dengan mengunakan kaum dan bangsa, Kerajaan Pusat Malaysia telah tidak memperdulikan nasib orang miskin bukan Melayu, termasuk kaum India yang mana sesetengah orang India miskin lebih melarat hidup dari kaum Melayu miskin” (Lim Guan Eng,2006)
 
 
Petikan 11
 
“Penyelesaian terbaik adalah kecemerlangan dan meritokrasi kerana ia menjamin kemakmuran untuk semua pihak. Kecemerlangan dan meritokrasi bererti Malaysia mendapat yang terbaik. Tanpa mengira kaum dan agama, sekolah, universiti, jabatan dan agensi kerajaan dan institusi lain akan mendapat tenaga kerja yang terbaik melalui meritokrasi” (Lim Guan Eng,2006)
 
 
Petikan 12
 
“Pemimpin-pemimpin DAP yang memulakan perjuangan DAP dengan slogan “Malaysian Malaysia” telah pun mengemaskinikan pendirian mereka dengan suara baru “Utamakan Malaysian” yang diterima pakai sewaktu sambutan ulang tahun parti ke-40 pada 2006” (Wan Hamidi Hamid, 2009)
 
 
Petikan 13
 
“bahawa “Utamakan Malaysian” bertujuan untuk mengagalakkan rakyat Malaysia berbangga sebagai warganegara Malaysia yang menolak politik perkauman” (Dr Boo Cheng Hou,Pemimpin DAP Johor,oktober 2006)
 
 
Petikan 14
 
“Sejak Merdeka, parti-parti perkauman seperti UMNO, MCA dan MIC membolot kuasa dalam bidang politik. Walaupun UMNO, MCA dan MIC mengaku memperjuangkan kaum masing-masing, BN sebenarnya berfungsi sebagai jentera hegemoni UMNO. Isu Melayu dipinggirkan di bawah hegemoni yang dibangkitkan baru-baru ini akan menghalang perpaduan kebangsaan di samping akan menghalang perpaduan kebangsaan di samping akan menegakkan semula sifat BN yang sering mengapi-mengapi konflik perkauman untuk memperkukuhkan kedudukan pemerintah UMNO dan BN berdasarkan ‘pecah dan perintah’ (Dr Boo Cheng Hou,2006)
 
 
Petikan 15
 
“Sejak penubuhan parti,DAP tidak pernah memikirkan untuk menyertai BN kerana terlalu banyak asas perbezaan polisi di antara DAP dan BN. DAP tidak dapat menerima polisi BN yang membezakan rakyat Malaysia sebagai Bumiputra dan bukan Bumiputra” (Loke Siew Fook,2002)
 
 
Petikan 16
 
“Ini tidak bermaksud bahawa DAP anti-orang Melayu tetapi apa yang diperjuangkan oleh DAP ialah sebuah Negara berbilang kaum, bahasa dan agama yang rakyatnya menikmati hak yang sama-rata dan setiap rakyat Malaysia tanpa mengira kaum akan berasa mereka adalah anak Malaysia. Konsep Malaysian Malaysia yang diperjuangkan oleh DAP telah diiktirafkan oleh BN apabila Perdana Menteri (Dr Mahathir) sendiri mengumumkan wawasan 2020 yang matlamat utamanya ialah melahirkan sebuah Bangsa Malaysia. Namun, Bangsa Malaysia yang ingin kita lahirkan tidak akan menjadi matlamat sekiranya masih terdapat polisi yang membahagikan rakyat kepada dua kelompok dan mendapat layanan yang berbeza” (Loke Siew Fook,2002)
 
 
Kesemua petikan-petikan di atas, di nyatakan adalah untuk meminta para peminat politik DAP untuk membuat analisa sendiri, adakah slogan “Malaysian Malaysia”, ”Utamakan Malaysia” dan “Middle Malaysia” adalah perkara yang sama. Ataupun mungkin juga slogan-slogan yang dicipta oleh DAP adalah strategi awal untuk memenangi hati pengundi Cina sebelum DAP berkuasa di Pulau Pinang. Tetapi selepas berkuasa DAP terpaksa menukar strategi baru iaitu strategi cuba memenangi bukan saja pengundi Cina tetapi juga pengundi “the Majoriti” iaitu pengundi Melayu dan pengundi India. Ia juga kelihatan sebagai satu strategi untuk mengekalkan kuasa di Pulau Pinang ataupun DAP juga berhasrat untuk mengembangkan kuasa mereka sehingga ke Putrajaya.
 
 
Sebagai renungan kita petik kata-kata Sun Tzu - " Mencapai seratus kemenangan dalam seratus pertempuran bukanlah puncak kemahiran,sebaliknya mengalahkan musuh tanpa bertempur itulah mercu kecemerlangan " .
 

Monday, April 15, 2013

PRU 13 : SIRI 7 ("MASALAH DALAMAN PAKATAN RAKYAT SEBAGAI SATU STRATEGI")

 

Kata Akhbar Star - "The political supremos, like the chess grandmasters, can now plan their final strategies, one move at a time, in this final stretch to win over the court of public opinion. There are fewer moves left and the clock is ticking. Both sides will now seek to checkmate the other. A stalemate is not an option" ( 14/4/2013). Adakah strategi "Masalah Dalaman" Pakatan Rakyat yang pada padangan Muhyiddin Yassin, pembangkang kini berdepan dengan masalah yang lebih besar untuk muktamadkan pengagihan kerusi pada PRU 13 berbanding PRU 12. (Mingguan Malaysia 14/4/20130), adalah "in a game of chess" seperti yang di maksudkan oleh kenyataan Star tersebut. Maknanya "masalah dalaman" dalam penentuan calon-calon Pakatan Rakyat pada masa ini adalah satu ciptaan strategi yang di buat oleh para strategist PR, bagi mengumpan para strategsit BN untuk bermain "chess game" mereka.
 
Sekiranya kita mengkaji secara lojik di saat-saat terakhir sebelum hari penamaan calon (20/4/2013), PR yang telah bersedia lebih awal bermain strategi sejak 2 tahun yang lepas dan telah memenangi beberapa siri pilihanraya kecil, adalah tidak lojik dilihat masih tidak bersedia dalam memilih calon dan parti mana dalam PR yang bertanding di kawasan-kawasan Parlimen dan DUN. Yang paling tidak lojik ialah situasi tersebut "melihatkan" PR sedang berkonfliks sesama sendiri di ambang PRU 13. Malah ada impak besar daripada isu ini yang menyebabkan "ada ahli-ahli PAS, DAP dan PKR" yang keluar parti dan ada yang masuk menjadi ahli BN ataupun berjanji untuk menyokng BN.  Jadi persoalannya ialah adakah benar perkara ini berlaku ataupun ianya satu strategi PR yang menguna pakai strategi "lost some but will gain bigger latter".
 
Dalam analisa yang dibuat dan berdasarkan lojik, DSAI, Guan Eng, Lim Kit Siang dan Ustaz Haji Hadi, sedang bermain strategi politik. DSAI mengunakan kepakarannya "peperangan psaikologi" untuk membinakan "persepsi" bahawa PR pada masa ini sedang membina "persefahaman tulen" dan "perpaduan tulen" sebelum hari penamaan calon. Mungkin strategi PR untuk pastikan sekiranya mereka ingin berkonflik pun biar lah berkonfliks pada masa sekarang sebelum hari penamaan calon. PR masih boleh duduk berbincang  kembali  ke "drawing board" untuk selesaikan semua isu. Ini kerana strategi Utama mereka dalam PRU 13 adalah berlawan dengan BN "satu lawan satu" (BN vs PR). Oleh itu DAP, PKR dan PAS dalam PR akan akur  dengan strategi tersebut. Oleh itu mereka membiarkan "konfliks" mereka di lihat dan mendapat publisiti meluas oleh media perdana, sekurangnya PR juga mendapat publisiti walaupun dalam keadaan laporan yang negatif pada mereka.
 
Ini ada strategi mereka dan juga mungkin "satu perangkap" mereka untuk pastikan BN begitu selesa dan BN begitu yakin di ambang PRU 13. Mungkin para strategist PR sedang cuba membina semangat "over confidence" BN dan cuba untuk melalaikan para strategist BN. Para strategist BN sentiasa perlu ingat tsunami PRU 12 dibina seperti ini semasa PRU 12, dimana PR ketinggalan pada awal kempen PRU 12, tetapi momentum berubah sentiasa dan pada akhirnya ia menjadi satu tsunami yang melanda BN akhirnya 5 negeri PR dapat tawan dan BN kehilangan dua pertiga undi majoriti di Parlimen. Oleh itu sekiranya pada masa ini kelihatannya PR dalam keadaan "berkonfliks" dan situasi "tiada sepakat" ianya adalah strategi PR untuk melihat respond suasana di ambang PRU 13 dan juga mahu "test" para strategist BN dalam pertahanan BN, samada para strategist BN terperangkap ataupun tidak dalam strategis "chess game" mereka. Dalam pembacaan awal jelas semua termasuk para strategist BN menerima mesej yang sama iaitu Pakatan Rakyat sedang berkonfliks dan sudah masuk dalam perangkap PR.
 
Sekiranya di analisa berdasarkan kepada "tsunami PRU 12", selepas mereka menunjukkan berkonfliks dari segi "falsafah" dan "prinsip" perjuangan dan juga sukar untuk mengelakkan pertembungan antara DAP, PKR dan PAS, tetapi apabila hari Penamaan calon PRU 12, mereka telah selesai majoriti masalah mereka. Mereka boleh berkempen diatas satu pentas politik dan mereka pada masa itu  boleh melupakan perbezaan yang mereka ada. Inilah yang akan berlaku pada kali ini, mereka mengunakan strategi yang sama iaitu "kelihatan berkonfliks" dan "secara realiti juga berkonfliks" tetapi apabila sampai masanya (hari penamaan calon dan semasa berkempen)  mereka akan kelihatan sebagai satu kapal dan akan mempunyai satu nakhoda sahaja. Inilah strategi DSAI dan para strategist PR yang telah bermain strategi "chess game" dalam berhadapan dengan para strategist BN.
 
Cuba kita renungkan kata dalam ruangan "sunday Star Says" - "We have now reached the endgame. Making all the right moves in a game of chess early, in the opening and middle game. In the endgame,victory goes to the player who does not make a wrong move " ( Star 14/4/2013 ).

Sunday, April 14, 2013

PRU 13 : SIRI 6 ( KUASA PENGUNDI BARU : KEARAH MANA ?)

 
 

Mengikut Datuk Wan Ahmad Wan Omar (Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) - " Seramai 2.3 juta atau 21.69 peratus daripada keseluruhan 13,291,385.00 orang yang layak mengundi pada PRU 13 merupakan pemilih baharu yang mengundi buat julung kalinya tahun ini "(Utusan Malaysia 4/4/2013). Katanya lagi "angka itu merupakan jumlah pengundi baharu paling tinggi pernah dicatatkan setakat ini". Beliau juga menyatakan "kelayakan kumpulan ini boleh menentukan kerajaan yang bakal menerajui negara, menjadikan mereka sasaran "pancing" parti-parti politik yang bertanding pada PRU 13 ini. Golongan itu merupakan kelompok yang tidak mengikut telunjuk orang lain. Walaupun mungkin bukan penentu keputusan dalam PRU 13 namun undi kumpulan itu pastinya akan memberi kesan besar dalam pertempuran kali ini yang disifatkan "ibu segala pilihanraya" (Utusan Malaysia 4/4/2013).

 
Manakala dalam penulisan Yong Yen Nie (Asiaone/news-Singapore Press Holding Portal) menyatakan - "Malaysia - call them the wild card in Malaysia's coming national election" and under the age of 40 and there are internet savvy,passionate about Malaysia's Future and more willing to experiment".  Azmi Hassan pula dalam ruangan Gerbang global Utusan Malaysia menyatakan - "Tidak dinafikan bahawa berlakunya apa yang dipanggil tsunami politik selepas PRU 2008 adalah antara penyebab utama kenaikan mendadak jumlah pengundi baru. Sememangnya pengundi baharu ini inginkan perubahan, iaitu kearah senario politik yang lebih sihat dan membina " (Utusan Malaysia 4/4/2013).

 
Amir Saifude Ghazali (Timbalan Pengarah Pusat Demokrasi dan Pilihanraya Universiti - Umcedel) telah menyifatkan mereka ini adalah "pengundi aras padar" dan menurut beliau - "mereka adalah golongan kelas menengah dan atasan, berpendidikan tinggi, berumur kurang 40 tahun dan majoritinya merupakan lepasan pusat pengajian tinggi. Mereka ini merupakan golongan kritikal kerana memilih parti berdasarkan prestasi, akses kepada maklumat selalu membuat perbandingan dan pemilihan yang rasional. Ini bermakna golongan ini akan hanya memberi undi kepada mana-mana parti yang boleh mempengaruhi mereka.  Jelasnya dari segi komposisi kaum, pengundi di atas pagar itu terdiri daripada Cina 53% dan Melayu 37% (Utusan Malaysia 5/4/2013).

 
Maknanya 2.3 juta pengundi "first timer" ini diakui oleh penganalisa-penganalis politik sebagai "kuasa" yang sangat kuat yang boleh mengubah dan menentukan keputusan PRU 13. Oleh itu pada masa ini parti-parti politik yang akan bertanding dalam PRU 13 telahpun memulakan perang psikologinya untuk bersaing memenangi hati pengundi-pengundi baru ini. Menurut  Pakar Strategist Pilihanraya DAP -  "oleh kerana 60% dari pengundi muda adalah berumur 30 tahun kebawah dan mereka ini adalah "internet savvy" DAP amat yakin mereka akan menyokong pembangkang seperti PRU 12". Manakala Azmi Hassan  berpendapat kuasa pengundi baharu PRU 13 yang pertama kali mengundi boleh "menamatkan" karier politik tiga pemimpin Vateran parti pembangkang iaitu Lim Kit Siang (Johor), Anwar Ibrahim (Pulau Pinang/Perak) dan Nik Aziz (Kelantan) yang secara lojiknya sememangnya sudah lama patut berundur. Ini kerana pada pendapat Azmi Hassan kuasa pengundi baru boleh membawa "wave" bahawa sudah sampai masanya pemimpin muda harus di beri peluang untuk bertanding. (Utusan Malaysia 4/4/2013).

 
Menurut Kajian yang dilaksanakan oleh Umcedel sepanjang 2011 - Januari 2013 mendapati, jumlah pengundi muda yang mahu mengundi BN adalah 42 % dan Pakatan Pembangkang adalah 37%. Manakala 21% masih tidak pasti untuk memilih BN ataupun Pakatan Pembangkan (kumpulan atas pagar). Hasil kajian juga mendapati pengundi-pengundi di atas pagar ini tidak dapat menyatakan pendirian parti politik pilihan mereka kerana tidak yakin dengan ahli politik, institusi politik, politik sedia ada dan politik gagal menarik minat mereka. (Utusan Malaysia 5/4/2013).

 
Dari kajian di atas menunjuk peluang BN adalah lebih cerah untuk diyakini oleh pengundi-pengundi muda (42%) di bandingkan dengan Pakatan Rakyat (37%). Walaubagaimanapun persaingan yang sengit akan tetap berlaku antara BN dan Pakatan Rakyat untuk mengatur strategi politik untuk menawan hati pengundi muda (21%). Sebagai renungan kita  petik kenyataan Perdana Menteri Najib Tun Razak - "Sama ada anda adalah pengundi kali pertama atau telah mengundi sebelum ini, masanya telah tiba untuk menentukan masa depan negara. Saya harap anda membuat pilihan yang tepat ".

Friday, April 5, 2013

PRU 13 - SIRI 2



Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim, Baginda SAW menasihati sahabatnya 'Abd ar-Rahman bin Samurah : "Wahai Abd ar-Rahman! Jangan engkau meminta jawatan pemimpin, sesungguhnya jika engkau diberikannya dengan permintaan, maka engkau ditinggalkan (tidak ditolong). Sekiranya engkau diberikannya tanpa permintaan maka engkau akan dibantu ". Semoga para pemimpin Parti-parti Politik yang berhasrat untuk menjadi calon ataupun sedang berlobi untuk menjadi calon, renung-renungkan kata-kata diatas. Walaupun kita tahu persoalan calon adalah sangat-sangat sensitif yang sukar untuk di selesaikan hanya yang berlaku ialah bagaimana pemimpin parti samada BN atau PR "berkompromi" dalam parti untuk seketika supaya pilihan dibuat untuk pastikan calon di kemukan semasa hari penamaan calon. Berapa ramai calon seperti garis panduan  yang di riwatkan oleh al-Bukhari dan Muslim diatas termampu dijadikan garis panduan oleh parti-parti Politik di Malaysia. Ini lah persoalannya? 



Apakah Anwar Ibrahim, Ustaz Hadi, Guan Eng dan Lim Kit Siang dan Pakatan Rakyat yang lebih awal mengumumkan calon PRU 13 merupakan calon-calon yang sesuai untuk PRU 13? Sekiranya di ukur dari formula 100(1+1) + 30% = Putrajaya yang di ramalkan sebagai strategi PR dalam mengaturkan calon utama PR untuk bertanding nampak jelas sudah ada realitinya. Terdapat 18 calon pemimpin besar PR yang telah diumumkan bertanding di kawasan-kawasan yang berpontensi untuk memberi kemenangan kepada PR mengikut kajian para strategist PR dan ia amat bertepatan dengan formula strategi 100(1+1)+30% = Putrajaya. 



Antara pemimpin besar PR tersebut ialah Lim Kit Siang (Gelang Patah), Saifuddin Nasution Ismail (Kulim-Bandar Baharu), Nasruddin Hassan (Temerloh), Salahuddin Ayub (Pulai), Dr Mohd Nor Manutty (Bagan Serai), Rafizi Ramli (Pandan), Shamsul Iskandar Md Akin ( Bukit Katil), Baru Bian (Limbang), Fauzi Abd Rahman ( Indera Mahkota), Dr Mansor Othman(Nibung Tebal), Dr Abdul Aziz Bari (Sabak Bernam) dan Haron Din ( Arau). Kesemua calon-calon PR ini adalah nama besar PR yang akan bertanding di tempat-tempat baru ataupun di tempat lama yang pernah mereka tewas tapi kali ini dengan misi untuk menang. Strategi PR pada kali ini adalah mengumumkan nama-nama calon lebih awal telah mendahului BN dalam strategi test market calon-calon mereka.



Strategi test market yang PR laksanakan mempunyai kesan yang agak positif kepada PR bagi mendapatkan maklumat awal penerimaan para pengundi kawasan yang calon akan bertanding yang kemudiannya di nilai kembali oleh para strategist PR samada calon tersebut sesuai ataupun tidak. Buktinya yang jelas mengenai "test market " DSAI yang diumumkan akan bertanding di Parlimen Perak dan dalam beberapa minggu beliau telah mendapat maklumat balas dari pengundi yang mungkin agak tidak menyebelahi DSAI dan diberitakan semasa ceramah beliau di Grik beliau telah mengumumkan akan bertanding kekal di Permatang Pauh Pulau Pinang ( maklumat ini belum disahkan ).



Strategi "test market" ini juga memberi satu ruang yang terbuka kepada para strategist PR untuk melihat darjah "anti - keputusan" dan darjah "sabotaj" dalam jentera di Ranting -ranting / Bahagian-bahagian PR di kawasan Parlimen dan DUN yang mungkin tidak setuju dengan keputusan pemimpin tertinggi PR yang meletakkan calon-calon tersebut di kawasan mereka. Ini mungkin adalah alasan utama mengapa PR telah mengumumkan calon-calon lebih awal. Yang jelas PR tidak mahu isu pemilihan calon menjadi isu semasa hari penamaan calon, semasa berkempen dan semasa pengundian nanti. Mereka mahu selesaikan isu-isu calon diselesaikan lebih awal dan seterusnya tumpuan di berikan kepada strategi untuk menangkan calon.



Mengikut Tengku Adnan Mansor (Setiausaha Agong UMNO) -"the list of BN candidates for the impending General Election will be announced a week before nomination day" ( NST 4/4/2013). Katanya lagi " Those who selected would know for certain whether they would be contesting between seven and 10 days before the date" (NST 4/4/2013). Malah Tengku Adnan juga menyatakan juga - "the selection of in the final stages where BN was vetting through the candidates with the police, SPRM and financial institutions" ( NST 4/4/2013). Ini menunjukan strategi BN adalah berbeza dgn PR kerana BN mahukan calonnya di "bersihkan" dulu dan hanya mahukan calon-calon yang benar-benar "bersih" untuk menjadi calon BN di Parlimen dan DUN . Ini maknanya BN amat yakin formula "bersih " dan "winable" candidates, dengan sendiri Bahagian-bahagian BN akan menyokong dan akur kepada keputusan kepimpinan BN. Pastinya BN amat yakin tidak akan berlaku darjah "anti-keputusan" dan darjah " sabotaj" seperti tangapan strategi PR.



Sebagai renungan, diriwatkan daripada Humaidi katanya : "Setelah Umar bin Abdul Aziz di tabalkan menjadi khalifah beliau pun menangis seraya berkata :"Wahai Qilabah! Adakah kamu tidak berasa bimbang mengenai diriku? Qilabah lalu bertanya :Apakah perasaan cinta dan keinginan tuan terhadap wang? Jawabnya :Aku langsung tidak menyukainya. Kata Qilabah : Oleh itu, tuan tak perlu berasa bimbang dan takut. Sesungguhnya Allah akan sentiasa memberi pertolongan kepada tuan".