Tuesday, April 30, 2013

PRU 13 : SIRI 13 (PANDANGAN-PANDANGAN AHLI FORUM NASIONAL - PAKATAN TAK SEPAKAT - APA KATA MEREKA ANJURAN MAJLIS PERUNDINGAN MELAYU(MPM) 26/4/2013)



 

1.      (a) " Selaku kaum peniaga,pengundi Cina perlu sedar apa yang berlaku kepada ekonomi negara pada 1997. Rekod Anwar pada ketika itu perlu dinilai apakah beliau berkemampuan atau sekadar  bertindak mengikut telunjuk Tabung Kewangan Dunia(IMF) sehingga rakyat menderita " (Dr Chandra Muzaffar ,Bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Utusan Malaysia 27/4)

 

2.      (b) " Jika pengundi Cina fikir Anwar akan beri segala kepada mereka itu kesilapan paling besar. Anwar merupakan alat kepada AS dan jika dia terpilih menjadi Perdana Menteri ,hasrat pengundi Cina mahu melihat hubungan mesra Malaysia-China kekal berakhir " ( Dr Chandra Muzaffar, Bekas Timbalan Presiden PKR, Utusan Malaysia, 27/4 )

 
Analisanya - Pengundi Cina diingatkan bahawa mereka sebenarnya tersilap besar jika menganggap Ketua Pembangkang DSAI sebagai tokoh yang bakal menyelamat dan memberi seluas peluang kaum Cina sebagaimana diharapkan . Kata Dr Chandra - " perkara pertama yang akan dilakukan Anwar jika terpilih menjadi PM ialah mengubah dasar luar terhadap negara China kerana tunduk kepada kemahuan Amerika Syarikat " . ( Utusan Malaysia 27/4)


3.      (a) "Selaku masyarakat yang cinta kepada keamanan, pengundi Cina tidak boleh melakukan eksperimen atau terikut-ikut dengan sentimen yang didendangkan pembangkang kononnya kerajaan sedia ada perlu diubah dan digantikan dengan pakatan diketuai Anwar "( Tan Tuan Tat, Bekas Ketua Cawangan DAP Sungai Pelet, Utusan Malaysia, 27/4)

 
(b)  "Negara ini sudah di bangun dengan sebegini rupa hasil kematangan serta kebijaksanaan politik kepimpinan sedia ada dan pengundi Cina perlu menjadi sebuah masyarakat yang tahu bersyukur dengan nikmat ini bukan seperti Tian Chua(Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat) " (Tan Tuan Tat, Bekas Ketua Cawangan DAP Sungai Pelet, Utusan Malaysia, 27/4 )

 

Analisanya - Kata Tan - "Pengundi Cina harus sedar bahawa transformasi yang di perkenalkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak telah banyak memberi kemakmuran kepada negara "(Utusan Malaysia 27/4 ). Yang jelas Pengundi Cina silap besar jika anggap Anwar sebagai penyelamat dan realitinya pada masa kini sejak kita merdeka ( 1957 ) Kerajaan BN yang telah membantu masyarakat Cina untuk berjaya dalam bidang perniagaan melalui dasar-dasar kerajaan yang komprehensif. Jadi yang jadi penyelamatnya ialah Najib Tun Razak dan BN.


4.           (a)  " Bolehkah kita percaya kepada Anwar, Anwar  sebenarnya tak ambil peduli soal rakyat. Yang di peduli hanyalah dirinya sahaja. Anwar for Anwar, Kalau nak ubah Anwar, saya amat sokong " ( Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim, Bekas Naib Pengerusi DAP Utusan Malaysia 27/4)

 
(b) " Nak ubah Kit Siang,Guan Eng, 100 peratus saya sokong. Karpal? Lagilah saya sokong. Mereka di dalam DAP konon memperjuangkan demostrasi. Tetapi itu atas nama. Lihat bagaimana kontroversit pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (GEC). Inilah DAP ". ( Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim, Bekas Naib Pengerusi DAP, Utusan Malaysia ,27/4 )


(c) " ...melahirkan rasa hairan terhadap "perkahwinan" DAP dan PAS yang berjuang dalam pakatan pembangkang dengan ideologi berlainan yang sekadar mahu mengejar Putrajaya " (Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim, Bekas Naib Pengerusi DAP, Utusan Malaysia 27/4)

 
Analisanya - Kata Tunku Abdul Aziz - "para pengundi diingat agar berhati-hati memilih kerajaan dalam PRU 13 dan melaksanakan tanggung jawab itu secara waras, bukannya mengikut perasaan. Bagi tujuan itu para pengundi perlu memikirkankan sama ada mahu negara ini terus di tadbir kerajaan sedia ada yang berpengalaman atau sebaliknya. Tetapi bagi saya, kerajaan yang sedia ada telah berkhidmat dengan baik. Mengapa perlu bawa mereka yang tiada pengalaman tadbir negara? Nak tadbir negara ini bukannya sesuatu yang mudah. Pilihlah kerajaan dengan berhati-hati. Apa perlu nak "ubah"? Malaysia negara demokrasi dan kerajaan tak menganiaya rakyat. Ubah memang sedap didengar tetapi perlu dinilai sebaik-baiknya terutama golongan muda  "(Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim, Bekas Naib Pengerusi DAP, Utusan Malaysia 27/4)


5. (a) " walaupun pernah mempertahankan Ketua Pembangkang sewaktu pertuduhan liwat pada 1997, kepercayaan lebur selepas dua pengawai kanan diplomatik mendedahkan Singapura sudah lama menyimpan bukti aktiviti homoseksual Anwar. " (Dr Chandra Muzaffar Bekas Timbalan Presiden PKR, Utusan Malaysia 27/4)


(b) " Bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew dalam satu mesyuarat dengan pegawai kanan diplomatik Malaysia pada 1993 memberitahu beliau pelik kenapa Tun Dr Mahathir Mohamed tidak memecat Anwar kerana perisikan Singapura mempunyai bukti Anwar Homoseksual" (Dr Chandra Muzaffar Bekas Timbalan Presiden PKR,Utusan Malaysia 27/4)


Analisanya - Kata Dr Sidek Baba - " Masih terakam dalam hansard Parlimen pada 1997, Karpal Singh kata Anwar seorang peliwat. Tetapi kini Pengerusi DAP itu pula kata Anwar layak menjadi Perdana Menteri. Itu belum lagi soal kalimah Allah yang menyaksikan Anwar bersekongkol dengan Pakatan Pembangkang dan inilah sebabnya saya harus menolak Anwar " ( Utusan Malaysia 27/4 ).
 

6.       (a)  " Inilah yang berlaku sekarang, satu insiden buruk tidak boleh kita tolak kerana segala-galanya boleh berlaku, tambah-tambah lagi dalam tempoh kritikal iaitu 1,2,3 dan 4 Mei ini "(Ng Lum Yong, Bekas Pengasas PKR, Utusan Malaysia, 27/4 ).


(b) "Sejarah telah menunjukkan insiden yang dikhuatiri itu pernah berlaku sebelum ini antaranya ketika proses pemilihan Presiden Taiwan pada 2004 . Dalam tempuh 48 jam sebelum hari pengundian,berlaku insiden tembakan hingga menyebabkan Parti Kuomintang mengalami kekalahan sedangkan parti itu disebut-sebut akan menang besar pada pemilihan Presiden" ( Ng Lum Yong, Bekas Pengasas PKR, Utusan Malaysia, 27/4 )

 
Analisanya -  Kata Ng Lum Yong - " Kita jangan lupa Anwar seorang bijak dalam strategi politik . Cuba kita ingat bagaimana Anwar pernah buat pelbagai perkara sebelum ini bagi mempastikan rakyat bersimpati terhadapnya . " Katanya lagi - "Dengan insiden tersebut juga Anwar akan menggunakannya untuk meraih sokongan rakyat yang akhirnya akan memihak kepada pembangkang,segala kemungkinan boleh berlaku " ( Ng Lum Yong, Bekas Pengasas PKR, Utusan Malaysia,  27/4 )


7.      (a) "Di Kelantan apa yang mereka buat? Tiada apa-apa,kalau betul-betul mahu laksanakannya, dalam kuasa kerajaan negeri, PAS boleh buat macam-macam. Umpamanya melengkapkan prosedur kehakiman dan keterangan dengan melatih Hakim-hakim yang layak untuk menjalankan hukum Hudud,tetapi PAS tak buat " ( Nakhaie Ahmad, Bekas Naib Presiden PAS, utusan Malaysia,  27/4)


(b) "walaupun PAS beria-ia mahu melaksanakan hudud, umum mengetahui perkara itu tidak akan terlaksana memandangkan mesyuarat pemimpin pembangkang sudah membuat ketetapan untuk menolak hukum tersebut." (Nakhaie Ahmad, Bekas Naib Presiden PAS, Utusan Malaysia, 27/ 4 )


Analisanya - Penegasan berterusan PAS kononnya mahu melaksanakan hukum hudud PAS jika pembangkang menguasai Putrajaya hanya mainan politik parti itu yang bertujuan mengambil hati penyokong mereka.


Secara kesimpulannya Forum Nasional : Pakatan Tak Sepakat -Apa Kata Mereka  anjuran Majlis Perundingan Melayu(MPM), adalah forum yang telah membuat "post mortem "mengenai Pakatan Rakyat  ahli panelnya juga adalah pemimpin atau orang-orang yang pernah terlibat secara langsung dengan Pakatan Rakyat dan kepimpinan Pakatan Rakyat ketika ini. Padangan mereka adalah berdasarkan pengalaman dan pengamatan mereka semasa bersama dengan Pakatan Rakyat dan semasa mereka berada diluar Pakatan Rakyat. Impaknya ialah Pakatan Rakyat berhadapan dengan isu kenyakinan dan kepercayaan dari Pengundi PRU 13. Tetapi pengundi PRU 13 boleh bergantung harap dengan penuh kepercayaan dan keyakinan kepada BN seperti  kata Najib - " We have a clear agenda, a map and we can see which direction BN will take us . The opposition has no clear agenda "(NST 28/4/2013). Pilihan masih di tangan Pengundi PRU 13 tetapi pilihan yang terbaik pada ketika ini masih lagi BN .


Saturday, April 27, 2013

PRU 13 : SIRI 12 (MINGGU PERTAMA PRU 13 : BN MASIH DIDEPAN)



 

Kata Chua Soi Lek - "Voters should take note that two of the 34 founding members of  PKR are still with the party" dan katanya " Many have left PKR ". Kata Chua lagi " Even the founding members no longer have faith in the party struggle. That's why PKR is now known as Parti Keluar Ramai-ramai " ( Star 24/4 ). Kenyataan ini satu bukti PKR berhadapan isu ketidak kenyakinan pengasas-pengasas PKR semasa penubuhannya dan majoritinya telah meninggalkan perjuangan PKR . Isu ketidak keyakinan ini telah melihatkan kepada para pengundi PRU 13, PKR sudah tidak mantap dalam " tulang belakang " nya, kerana itu PKR sedang menghadapi masalah jentera di peringkat akar umbi. Bagi pengundi PRU 13, mereka mahukan Kerajaan selepas PRU 13 yang kuat daripada parti yang kuat perjuangan dan mempunyai ahli akar umbi yang kuat, tapi buat masa ini PKR bukan pilihan mereka.


Manakala calon PKR untuk DUN Sungai Acheh Badrul Hisham (Chegubard) pula berkata - "I am upset I was greeted with jeers and curse. I asked our friends in the (PAS) Youth wing to step aside, but I was pushed around,slapped in the face and my wife was also pushed " (Star 24/4 ). Kehampaan CheguBard sebagai calon pilihan DSAI dan PKR di Sungai Acheh, membuktikan bagaimana parahnya " ikatan " dan " perpaduan " antara PKR dan PAS. Perebutan kerusi DUN yang tidak diselesai sebelum penamaan calon membuktikan PKR dan PAS tidak sehaluan dan terpaksa mereka mengunakan strategi "lawan sesama mereka". Akhirnya kekasaran berlaku dan pertembungan juga berlaku. Mesej insiden dan kes ini kepada pengundi PRU 13, ialah calon Pakatan Rakyat di DUN Sungai Acheh bukan pilihan yang tepat dan sempurna untuk dipilih di Sungai Acheh, ini kerana pada pandangan Pakatan Rakyat pun calon tersebut telah di persoalkan oleh rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat. Jadi perlukah pengundi PRU 13 DUN Sungai Acheh memilih calon PKR ini?

 
Kata Muhyiddin Yassin - "Do not fooled by Anwar and Pakatan Rakyat's manifesto, which stands to bankrupt the nation with promises that cannot be achieved". Katanya lagi - "But, I must say this, Pakatan's manifesto is an outright lie that misleads the people. I do not want Malaysians to fall into a trap and it is my responsibility to explain this to the people".  Yang menarik kata Muhyiddin - "Anwar says he will bring down petrol prices the day after Pakatan supposedly takes over Putrajaya but he did not say by how much" ( Star 24/4). Kenyataan Muhyiddin Yassin adalah satu strategi balas BN kepada kenyataan DSAI untuk menurun harga minyak sebaik saja PR mengambil alih Putrajaya.  Ini adalah strategi  "mind game yang dibina oleh para strategist Pakatan Rakyat untuk "attack" strategi BN. Oleh itu Muhyiddin memberi satu kenyataan strategi yang cuba membawa para pengundi PRU 13 untuk berfikir semula daripada terperangkap dalam "mind game" DSAI dan para strategi PR. Ini dapat dilihat dari perkataaan "Do not fooled by Anwar ...." dan perkataan "he did not say by how much ", kedua - dua kenyataan ini boleh meneutralkan balik " mind game " daripada terus " teruja " oleh para pengundi PRU 13. Maknanya Muhyiddin sudah membaca pemikiran DSAI dan mula untuk menyerang " mind game " DSAI dengan membina satu " mind game " baru supaya para pengundi PRU 13 tidak tertipu dengan strategi DSAI . Impaknya Muhyiddin telah berjaya untuk membuatkan rakyat berfikir dan para pengundi PRU 13 sudah mula mempersoalkan "manifesto " Pakatan Rakyat.

 
Dalam mengulas penarikan diri calon PAS DUN Sungai Acheh (Mohd Yusni Mat Piah) untuk memberi laluan kepada Chegubard ,kata Yusni - " the party would move its machinery to Kepala Batas where its candidate its Afnan Hamimi Taib Azamudden is facing UMNO Youth Information Chief Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican ". Katanya lagi -" PKR did not seek out help to campaign in the seat . We believe its election machinery is strong enough for it to win seat on its own ".( Star 24/4). Kenyataan calon PAS DUN Sungai Acheh ini , adalah satu membukti bagaimana longgarnya perkahwinan  anatara PKR, PAS dan DAP dalam PRU 13 . Pada hari penamaan calon dan sebelum berkempen pun sudah ada perbalahan antara PKR dengan PAS. Akhirnya calon PAS terpaksa di korbankan dan membiarkan calon PKR yang bertanding. Ini menyebabkan jentera PAS di DUN Sungai Acheh tidak membantu jentera PKR di Sungai Acheh dan PAS akan memberi fokas kepada calon Pemuda PAS di Parlimen Kepala Batas. Mesage dari insiden ini juga jelas, para pengundi PRU 13 tidak boleh " yakin " kepada calon Pakatan Rakyat ini sama ada PAS atau PKR atau DAP, kerana mereka sebenarnya tidak serius " menjadi untuk berkhidmat dengan rakyat tetapi hanya semata-mata perjuangan untuk " mempastikan " PR menang dan menjadi kerajaan negeri dan Kerajaan di Putrajaya. Oleh itu para pengundi PRU 13 perlu berfikir, untuk memilih sama ada Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional ? Tetapi jawapan buat masa ini masih yang terbaik ialah BN.

 
Kata Haron Din - "Hudud laws will be implemented if Pakatan Rakyat takes over the Federal Goverment even should DAP oppose it " Katanya lagi - " I 'm confident that DAP will accept hudud law because of its willingness to contest under the PAS symbol. However,this can only be done after Pakatan is given the mandate to rule the country." ( Star 24/4). Daripada kenyataan Haron Din, ia adalah strategi " balas " PAS kepada DAP ,kesinambungan daripada isu pengunaan kalimah " ALLAH SWT " yang dimulakan oleh Guan Eng. Maknanya Haron Din telah memberi satu tekanan kepada DAP dalam suasana PRU 13, mungkin untuk mengajar DAP supaya menerima pandangan Majlis Ulamak PAS dalam kes kalimah " ALLAH ". Oleh itu bila Haron menyatakan "Hudud laws will be implemened if Pakatan Rakyat take over the Federal Goverment ...." sudah tentunya akan adanya  bantahan daripada DAP . Mungkin Haron Din ingin menjalan kan strategi  " test market " untuk melihat bagaiman " respond " DAP dan PKR ,mungkin juga penyokong DAP iaitu para pengundi Cina PRU 13. Yang jelas ini juga membuktikan Pakatan Rakyat dan para kepimpinan nya masih juga berkonfliks dan tiada penyelesaian atas isu-isu perjuangan asas parti gabungan Pakatan Rakyat. Mesejya kepada para pengundi PRU 13, ialah berfikir untuk memilih parti yang paling mantap dalam gabungannya dan bukan parti yang sering berkonfliks perkara-perkara asas. Parti mana kah yang lebih mantap gabungannya antara Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat dalam PRU 13? Jawapan yang cukup jelas dan berdasarkan rekod semasa dan masa lampau ialah Barisan Nasional.


Manakala Karpal Singh dalam menjawap kenyataan Haron Din, Karpal berkata - " DAP will ensure the country remains secular if Pakatan Rakyat wins the general election to form the federal Goverment ". Katanya lagi -" I give my word as national DAP Chairman to defend the rights of the non-Muslims and also the Muslim(in the country )" (Star 24/4). Seperti biasa dalam isu Hudud pemimpin DAP yang " vocal " ialah Karpal Singh yang menjawap untuk menolak pandangan Haron Din mengenai Hudud . Kenyataan Karpal di anggap satu strategi " smash " yang boleh menjadi satu pendebatan yang cukup " hot " dalam PRU 13 . Karpal dengan strategi " tiger " nya menolak pandangan Haron dan menyatakan DAP tidak akan bersetuju , walaupun dalam kenyataan Haron ada menyebut " I'm confident that DAP will accept hudup law ...." . Kedua-dua sudah memulakan polimik dalam PRU 13 dalam usaha kedua-duanya untuk meraih undi dikalangan pengundi Melayu dan Islam( PAS) ,serta pengundi Cina ( DAP ). Isu sebenarnya antara PAS dan DAP dalam Pakatan Rakyat ialah kedua-duanya masih menebal fanatiknya dalam dasar perjuangan Parti masing-masing . Hanya apabila mereka bergabung dalam "ikatan sementara " ,DAP dan PAS bersetuju untuk Hentikan sementara perbezaan perjuangan mereka atas dasar dan matlamat untuk menjatuhkan BN . Mesagenya kepada pengundi PRU 13 supaya berfikir , boleh kah Pakatan Rakyat menjadi satu kerajaan yang kuat dan stabil dan bolehkah ia menjadi Kerajaan alternatif kepada BN , sedangkan gabungan Pakatan Rakyat terlalu longgar dan sering akan berlaku konfliks dalam hal-hal asas pemerintahan negara ? Jawapan yang ada sekarang berdasarkan kepada rekod dan bukti yang nyata , Barisan Nasional adalah pilihan terbaik pada masa ini.

 
Kata Chua Soi Lek - " So, trust the Prime Minister when he says that the best is yet to come " (Star 24/4 ). Ini bermakna pengundi PRU 13 boleh bergantung harap kepada Perdana Menteri Najib dan BN yang telah menawarkan satu "aku janji" yang lebih komprehensif untuk masa depan rakyat dan negara. Pada kedudukan " carta PRU 13", Barisan Nasional masih mendahului Pakatan Rakyat dalam semua aspek kempen untuk mendapat keyakinan rakyat pada minggu pertama PRU 13 ini. Walau bagaimanpun para strategist BN tidak boleh terlalu selesa, mereka perlu terus mengekal " suasana " ini dengan setiasa bersedia dengan helah dan strategi balas para strategist Pakatan Rakyat yang pastinya pada minggu kedua PRU 13 mereka tentu akan cuba memotong kedudukan " carta PRU 13 " dengan strategi balas yang lebih hebat. Pasti minggu kedua akan lebih sengit lagi.
 

Tuesday, April 23, 2013

PRU 13 : SIRI 11 ( Strategi Memburukkan Kerajaan BN : Satu Strategi " Blaming Game " Pakatan Rakaya )



Kata DSAI dengan bergitu yakin tetapi " desprate " - " Kerajaan baru akan mempastikan keyakinan di kalangan orang awam,pelabur dan pemegang saham melalui polisi ekonomi yang konsisten serta perincian keutamaan polisi. Perubahan kerajaan dapat memberi keseimbangan keperluan rakyat dalam pasaran bebas,manakala Malaysia dapat menjadi negara berdaya saing dalam pasaran bebas tanpa menindas golongan miskin " . (Suara keadilan 19/4/2013). Ini adalah satu kenyataan bagaimana DSAI cuba bermain strategi untuk membawa minda pengundi PRU 13 bahawa pada 5 Mei nanti mereka akan jadi Kerajaan mengambil alih Putrajaya. DSAI mengunakan strategi " maneuvers " untuk memaksa BN untuk "react " kepada kenyataan ini .

Bagi DSAI dan para strategist PR , mereka mahu supaya BN kelihatan bergitu lemah dan " ineffective " dalam menjawap persoalan tersebut. Mereka mahu BN dalam kedudukan " defensif " dan tidak mampu untuk melakukan " attacking " . DSAI pada masa ini telah cuba untuk " position" kan PR untuk berada di depan BN . Strategi " maneuvers " yang digunakan oleh para strategist PR, adalah strategi untuk menghilangkan fokas kepada para strategist BN. Ini kerana sudah tentunya para strategist BN akan sibuk untuk menjawap persoalan yang di timbulkan oleh DSAI dan Para strategist PR terutamanya isu-isu yang boleh mempengaruhi "minda " pengundi seperti isu aliran haram yang ditimbulkan oleh badan kewangan luar . Walaupun DSAI tahu isu ini telah pun di jawab didalam Parlimen tetapi mereka masih terus mengunakan isu ini . Sedangkan di parlimen perkara ini sudah pun diperdebatkan oleh DSAI dan para pemimpin pembangkang . Tetapi DSAI telah jadikan isu sebagai strategi "blaming game " untuk menjajah minda pengundi PRU 13 bahawa Kerajaan BN korup. 

Strategi DSAI dan para strategist PR ini dalam The Rovian Playbook ( Karl Rove adalah pakar strategi politik dalam era Bush dan era Obama ) disebut  sebagai " take the offensive " - " an aggresive approach that establishes the agenda of the campaign ,while putting their opponent on the defensive " . Makna nya DSAI dan para strategist PR telah mengunakan strategi dan tactik Rovian untuk mempastikan BN terkeluar dari landasan . Dengan semua pemimpin BN sibuk untuk menjawab semua isu-isu yang DSAI dan para pemimpin PR lontarkan dan ini akan menyebabkan BN akan kurang dalam menjelaskan hala tuju dan aku janji BN. Seolah-olah BN terlalu berdosa dengan rakyat diatas apa yang PR dakwakan. Ini taktik amat bahaya kepada BN . Sekiranya di biarkan untuk terus attack BN.

Oleh itu pada PRU 13 ini yang sudah bermula , DSAI dan PR telah mengunakan strategi tersebut di atas, dalam kempen seluruh negara . PR mengatakan Kerajaan BN korup dan kekayaan diberikan kroni BN saja , merecyclekan semua isu-isu lama sejak selepas Tsunami 2008 . Setiap malam PR terus berkempen dengan irama yang sama . Mereka mengatakan PR adalah bersih dan berintegriti. Sedangkan realitinya tidak . Persoalan isu - isu tersebut juga sudah dijawab dalam parlimen oleh pemimpin kerajaan dan juga siasatan juga telah dibuat oleh pihak berwajib termasuk SPRM . Semua ternyata tiada ada asas . Jadi sebagai melawan strategi PR dan DSAI ,BN harus pada permulaan kempen PRU 13 tidak perlu mengikut rentak mereka . BN jangan makan umpan dari pancing mereka . BN harus juga bermain " pancing " untuk mengumpan DSAI dan PR . Biarlah umpan PR itu disitu kerana lama kelamaan para pengundi akan menolak " umpan " tersebut kerana sudah muak dengan isu-isu tersebut.

BN pada masa ini terus " memancing " Pakatan Rakyat dengan strategi " attack " . BN boleh attack PR dengan isu-isu masa kini yang boleh menyebabkan para pengundi mula berfikir .  BN juga boleh mengunakan strategi "maneuvers  ".  Isu - isu seperti kegagalan Kerajaan DAP Pulau Pinang menjaga komuniti golongan miskin dalam isu rumah mampu milik , isu kerajaan negeri Pulau Pinang kedekut untuk berbelanja untuk mempastikan simpanannya tinggi sedangkan masalah kesejahteraan rakyat di serahkan kepada Kerajaan Persekutuan ( di komen oleh Laporan Audit Negara ), Isu pengunaan perkataan Allah SWT yang dibangkit oleh Guan Eng , Isu siapa Perdana Menteri Malaysia sekira PR memerintah, Isu Air di Selangor dan Kelantan - kerajaan PR yang tidak mampu menyelesai masalah rakyat, isu ketidakcekapan dalam pengurusan Kerajaan Negeri Kedah dan Kelantan hingga tanah-tanah dan balak diberikan kepada syarikat luar negara dan luar negeri Kedah dan Kelantan, isu pengangguran di Kelantan dan Kedah yang kritikal dan isu Ketua Menteri dan Menteri Besar yang banyak berpolitik " blaming " setiap kali ada kelemahan mereka  dan sentiasa menyalahkan UMNO dan BN yang menyebabkan perkara tersebut berlaku, boleh dijadikan bahan untuk strategi "atttacking " BN.

Semua isu-isu tersebut juga boleh menyebabkan DSAI dan PR akan berada dalam defensif . Dengan isu-isu tersebut didedahkan ia boleh menyebabkan para pengundi mula berfikir bahawa PR secara realitinya bukan satu parti alternatif yang baik ,malah masa diberikan sejak 2008 untuk buktikan keupayaan mereka di Kedah,Kelantan , Pulau Pinang dan Selangor ,tetapi mereka gagal untuk membuktikan  PR adalah alternatif untuk menyaingi Kerajaan BN . Kerajaan negeri Pakatan Rakyat bergerak atas kebergantungan kepada perancangan pembangunan Kerajaan Persekutuan BN . Nasib Kerajaan PR adalah baik di Pulau Pinang dan Selangor kerana kedua-dua negeri tersebut adalah salah satu negara yang maju atas dasar Kerajaan BN sebelum 2008 . Manakala Kedah dan Kelantan kedua negeri yang antara yang miskin,tetapi dengan dasar kerajaan BN kedua dua negeri tidak dianak tirikan oleh Kerajaan BN kerana pembangunan tetap masuk ke Kelantan dan Kedah. Ini strategi " attacking"  untuk membuatkan para pengundi membuat perbandingan  dan berfikir bahawa sekiranya mereka gagal sebagai Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat bolehkah mereka menjadi Kerajaan Persekutuan .

Dalam siri kempen pada minggu pertama ini, BN harus terus berada diposisi " attacking " dan jangan sekali-sekali BN berada dalam posisi "defensif " kerana bila BN berada di belakang pasti sukar untuk menyaingi PR . Kita akan terus membaca " minda " DSAI dan para strategist PR untuk hari-hari kempen yang baru berada pada hari keempat dan kita masih ada sepuluh hari lagi untuk terus berkempen . Dalam politik ,siapa yang bijak dalam strategi dan taktik ,maka dia lah akan menang .



PRU 13 : SIRI 10 ( STRATEGI " BLAMING GAME " PRU 12 DI RECYCLE SEMULA OLEH GUAN ENG DAN PARA STRATEGIST DAP DALAM PRU 13 )



Kata Sun Tzu’s dalam bukunya “Art of War” mengatakan perkara asas dalam strategi untuk mengalahkan musuh ialah dengan mengunakan kebijaksanaan, dan bukannya semata-mata dengan kekerasan. Sun Tzu yakin bahawa sebarang pertarungan bukan setakat beradu tenaga antara kuasa malah merupakan konflik menyeluruh yang merangkumi politik,ekonomi,kuasa tentera dan diplomasi”. Malah katanya lagi “Mencapai seratus kemenangan dalam seratus pertempuran bukanlah puncak kemahiran. Sebaliknya,mengalahkan musuh tanpa bertempur itulah mercu kecemerlangan”.


Maknanya apa yang disarankan oleh Sun Tzu, adalah kita perlu mengambil tindakan awal dan cepat membuat membuat keputusan dalam persaingan . Dalam “The Art of War, Sun Tzu juga mengatakan “Apa yang paling penting dalam peperangan adalah untuk melumpuhkan rancangan strategi musuh. Yang kedua penting adalah memecahbelahkan sekutunya secara diplomasi, kemudian barulah menyerang tenteranya”.


Berdasarkan beberapa kenyataan daripada Sun Tzu pemikir strategi ketenteraan yang  dinyatakan di atas amat relevan strateginya dan di guna pakai pada masa ini oleh para strategist DAP dan Guan Eng dalam PRU 13 . Sebagai renungan  dikemukakan di bawah beberapa petikan daripada kenyataan Guan Eng yang di keluarkan olehnya sebelum atau semasa PRU 12 2008. Setiap kenyataan Guan Eng sebelum PRU 12 dan semasa berkempen PRU 12 ,Guan Eng bermain strategi" Blaming Game" dengan menjadi UMNO dan BN sebagai semua masalah yang berlaku di Malaysia adalah kerana UMNO dan BN. Strategi " blaming game " adalah satu kaedah untuk Guan Eng dan para strategist DAP untuk menjajah minda para pengundi Pulau Pinang terutamanya pengundi Cina supaya " anti Umno dan anti BN ". Akhir para pengundi " termakan " strategi tersebut dan mengundi DAP dan PR dalam PRU 12 . Strategi ini amat berjaya dan impaknya DAP  berjaya menawan Pulau Pinang. Sebagai satu cara untuk semua para pengundi PRU 13 berfikir sebelum membuat keputusan ,di kemukan di bawah beberapa kenyataan Guan Eng sebelum atau pada PRU 12 untuk kita mula berfikir :


Petikan 1

“a tyrannical government is more fearful than tigers” – Malaysians interests can be best protected by reducing the strength of UMNO’s allies and agent in MCA and GERAKAN to send message of rejecting UMNO’s dominance and its unfair and divisive policies” (16/1/08)


Petikan 2

“it is not just UMNO’s failed policies such as the discriminatory NEP but also divise policies of establishing an Islamic state, denial of fundamental human rights freedoms of religion, tolerance of corruption, refusal to share the country’s wealth to reduce the hardships of inflation, failure to combat crime and lack of respect for the rule of law that has disturbed and angered many Malaysians” (16/1/08)


Petikan 3

“so dominating is UMNO that even MCA Vice President Datuk Dr Fong Chan Onn publicly concedes that UMNO and MCA are not equal but UMNO is the boss whilst MCA is a mere no 2. Under UMNO’s dominance, the only logical alternative left to send a strong message of disapproval to UMNO is to defeat or reduce the votes of UMNO’s allies and agents such as MCA and GERAKAN. Ong is trying to create fear that there will be no Chinese representation in government”(16/1/08)


Petikan 4

“UMNO’s dominance is the largest threat to the survival of democracy in Malaysia. The last occasion the people reduced the votes or seats obtained by UMNO’s allies in MCA and GERAKAN in the 1990 general election, UMNO listened. On 28.2.1991 then Prime Minister Tun Mahathir made about turn and copied DAP’s Malaysian Malaysia in calling for a Bangsa Malaysia. After securing landslide wins in 2004 general election,UMNO and bn government has rejected bangsa Malaysia in favors of Ketuanan Melayu. The people should elect wakil rakyats that listened to the rakyat and not those that listened only UMNO.”(16/1/08)


Petikan 5

“urges opening up of all government contracts, projects and procurement to both Bumi and non-bumi contractors based on public and open tender”(16/1/08 (b))


Petikan 6

“ by changing only this directive before the general elections, this is one of those political goodies to be distributed BN to buy votes and win over voters in Chinese community. DAP hopes that the BN government does not treat non-bumi voters especially the Chinese community, as political beggars that can be bought and sold cheaply with these political goodies.”(16/1/08(b))


Petikan 7

“DAP also ask why is non-bumi contractors are still non-allowed to bid and tender for government contract. By baring non-bumi contractors from bidding for government projects, both MCA and the BN government is practicing discriminatory policies that creates first and second/third or fourth class citizenship.” (16/1/08(b))


Petikan 8

“the time has come to end such discrimination of government procurement, government contract and projects at all levels. By doing this small and limited step only before general elections to buy votes, what is there to stop the Finance Ministry from cancelling such a directive after they have won votes? There should be a general and complete policy departure from the new economic policy favoring bumi companies only and not piecemeal micro-changes before general elections to buy votes”(16/1/08(b))


Petikan 9

“every victory and vote recorded by MCA, GERAKAN and MIC is an endorsement of UMNO’s dominance, divisive and discriminatory policies that poses the largest threat to the survival of democracy in Malaysia”(17/1/08)

Petikan 10
“MCA president Ong Ka Ting’s claim that a vote for DAP cannot be translated as a vote against UMNO is not only illogical but also immature. if a vote for MCA is not equal to vote a vote for UMNO, why is MCA still in BN obediently supporting UMNO’s corrupt, divisive and discriminatory policies that resulted in the highest income inequality between the rich and poor in South-East Asia” (17/1/08)


Petikan 11

“ …to cover-up its failure to reduce corruption and income disparity between the rich and poor, BN practices UMNO’s system of apartheid stressing Malay dominance to divide the people.”(17/1/08)


Petikan 12

“UMNO’s apartheid divides Malaysians between bumis and non-bumis, with an unspoken graded citizenry of first to fifth-class citizenship comprising UMNO leaders as first-class citizens, followed by BN leaders, muslim bumis, non-muslim bumis and finally the fifth class citizens of non-muslim non bumis. instead of stressing equal opportunities and assistance based on needs, the new economic policy has been perverted to stress on perverted to stress on preferential policies of quotas and race”(17/1/08)


Petikan 13

“MCA has blindly supported such discriminatory and divisive policies that have helped to strengthen UMNO’s dominance in BN and government until its own MCA vice-president Datuk Dr Fong Chan Onn admitted that MCA is no 2 to UMNO’s no 1, and cannot sit as equals on the same table as UMNO. As staunch and compliant allies of UMNO, every victory and vote recorded by MCA, MIC and GERAKAN is endorsement of UMNO’s dominance, devise and discriminatory policies”(17/1/08)


Petikan 14

“that is why UMNO’s dominance is not only the arch-nemesis of DAP and Malaysians, but also the largest threat to the survival of democracy in Malaysia.”(17/1/08)


Petikan 15

“Confucius famous moral lesson that “tyrannical government is more fearful than tigers” can only be fully absorbed if we also distance ourselves from those who prop up and support such a tyrannical government. As supporters of UMNO, MCA and GERAKAN cannot disclaim responsibilities for the abuses of power and excesses by UMNO”(17/1/08)


Petikan 16

“UMNO’s dominance has not only denied Malaysians our rightful share in the benefits of economic development but also caused the loss of our fundamental freedoms and basic human rights. Nation building based on national unity of Bangsa Malaysia, justice, democracy and freedom is more permanent and sustainable than divide and rule policy of fears, racial threats, discrimination and oppression.”(17/1/08)


Dari kenyataan Guan Eng di atas, jelas Guan Eng amat bijak dalam mengatur strateginya pada ketika itu dan telah berjaya dalam misinya untuk mengelirukan majoriti pengundi kaum Cina untuk tidak mengundi UMNO, MCA dan GERAKAN. Yang paling jelas Guan Eng berjaya untuk menyuntik gerakan Anti-UMNO di kalangan pengundi Cina PRU 12 sehingga majoriti pengundi Cina termakan hasutan tersebut dan memberi impak kepada Guan Eng dan DAP menawan Pulau Pinang pada PRU 12.


Pada PRU 13 sebagai strategi awal DAP, sebelum di garis permulaan ( sebelum hari penamaan calon ) ,DAP sudah mengunakan strategi " Blaming Game " ,apabila DAP mula berperang saikologi dengan ROS kerana meletakkan Teori Andaian dan Teori Kemungkinan yang DAP mungkin tidak boleh bertanding mengunakan simbol Roket atas dakwaan bahawa ROS tidak mengiktirafkan ahli CEC DAP . Strategi DAP ialah menjadikan ROS sebagai kambing hitam mereka dan terus menghukum BN atas dakwaan Guan Eng dan DAP ia adalah " grand design " BN .


Dalam kenyataan akhbar Guan Eng ,beliau berkata - " clearly ROS intends to assassinate the Rocket to fullfill the grand design of BN to take out the DAP from contending in general election. Knowing that BN component parties will be facing a stain challenge from DAP candidates, BN has adopted the shameful and dirty approach of preventing DAP from contesting by using our beloved Rocket Symbol. Such desperate attempts to win by BN is victory without honour and makes mockery of the entire electroral process " ( Guan Eng 18/4 Blog ). Cukup jelas ini adalah political game Guan Eng dan para strategist DAP cuba bermain saikologikal war sebelum hari penamaan calon dan di awal kempen DAP . DAP mengunakan strategi "blaming " dalam masalah mereka seperti PRU 12. Walaupun pada akhir "blaming" DAP ,pada realiti tidak benar dan DAP boleh bertanding dengan mengunakan simbol mereka, tetapi jelas masage yang cuba para strategist DAP bawa ialah setiap isu, mereka perlu attack dahulu  dengan tujuan untuk memberi " pressure " kepada BN dan DAP percaya mereka akan beroleh satu jawapan penyelesaian positif . Maknanya mereka boleh berkata mereka sudah pun berjaya mengatasi BN dalam hal ini.


Setakat penulisan ini boleh dikatakan Guan Eng dan DAP akan terus mengunakan strategi " Blaming game " terutamanya apabila DAP dan mungkin juga PR dalam keadaan " tersepit " atau " kritikal " dalam kempen PRU 13 . Yang paling penting para strategist BN perlu " be alert " untuk strategi " Scud " untuk memusnahkan strategi " Blaming " DAP dan Guan Eng.

Thursday, April 18, 2013

PRU 13 : SIRI 9 (PINDAAN PERJUANGAN KONSEP “MALAYSIAN MALAYSIA” SATU STRATEGI DAP)


 
Sejak pilihanraya umum 2008 dan sejak DAP memenangi Kerusi Ketua Menteri Pulau Pinang dan menjadi “play maker” untuk negeri-negeri di bawah PKR kecuali Kelantan, DAP sudah “silence”kan konsep Malaysian Malaysia yang di perjuangkan sejak dulu lagi. Ini kerana mereka tahu sentivitivi orang-orang Melayu yang mencurigai konsep tersebut sebagai ancaman kepada hak-hak kaum Melayu. DAP juga tahu konsep tersebut yang menjadi penyebab mengapa orang Melayu menjauhkan diri daripada DAP.

Malah ada kajian di buat oleh pengkaji-kaji politik, mengatakan kemenangan DAP pada pilihanraya 2008 adalah kerana pengundi memberi undi protes kepada Barisan Nasional dan kepimpinannya,dan bukannya kerana DAP kuat ataupun pengundi-pengundi memang menyokong perjuangan mereka tetapi pengundi mengundi adalah lebih kepada protes kepada Barisan Nasional. DAP amat memahami situasi ini kerana mereka juga agak terkejut dengan kemenangan tersebut dan bagi mereka peluang yang datang sekali dalam sejarah mereka,kerana itu mereka terpaksa memikir dan mencari strategi baru bag untuk mengekalkan kuasa di Pulau Pinang,Kedah,Selangor dan Kelantan negeri-negeri yang di perintah oleh pembangkang.

DAP tahu , buat masa ini persekitaran politik Malaysia masih tidak sesuai untuk pengunaan konsep Malaysian Malaysia, dan untuk survival DAP, mereka perlu satu strategi baru tapi tidak mengorbankan konsep tersebut. Kerana itu DAP terpaksa menukarkan konsep dan perjuangan “Malaysian Malaysia” kepada slogan dan konsep baru tetapi pengertian adalah sama dengan konsep “Malaysian Malaysia”.

Berdasarkan itu wujudlah konsep “Middle Malaysia” dan “keadilan untuk semua”. Kedua-dua konsep membawa maksud DAP telah berjuang ke arah mewujudkan masyarakat pelbagai kaum dengan menawarkan peluang saksama dan keadilan untuk semua. Ini adalah juga tafsiran dan makna kepada “Malaysian Malaysia” yang mendukung kepada kesamarataan kepada semua kaum,walaupun DAP tahu apa yang ada dalam perlembagaan mungkin sukar di terima oleh kaum-kaum tertentu. Tetapi DAP terus mendendang lagu lama tapi dengan irama baru dan senikata baru. Yang menariknya irama dan senikata baru nampak lebih menarik dan pada masa ini sudah ada ramai peminat yang meminati irama ini, hingga ada yang sudah lalai seperti rakan-rakan mereka di dalam PR yang juga terpaksa mengorbankan perjuangan mereka dan menerima alunan merdu irama baru.

Apa irama yang DAP dendangkan? Mereka mendendangkan irama perpaduan tulen untuk Malaysia dengan menyemaikan persefahaman dan perpaduan di kalangan rakyat berteraskan prinsip memelihara kepentingan bersama.Kata DAP perpaduan Negara mesti mencerminkan kesepakatan, persefahaman serta muafakatan sejati antara kaum, budaya dan agama. Tidakkah irama ini juga yang dibawa oleh konsep “Malaysian Malaysia” yang di perjuangkan oleh DAP sejak dulu lagi, yang menolak kepada hak-hak tidak sama rata,yang ketika itu inilah yang menyebabkan pertembungan antara DAP dan UMNO secara tradisi dan dengan PAS secara sekali sekala.Dulu mungkin DAP agak radikal dalam perjuangan tersebut,tetapi dengan mereka sebagai pemerintah di Pulau Pinang dan hasrat mereka untuk ke Putrajaya mereka terpaksa mengunakan strategi lembut dalam persekitaran politik pada masa ini.

Apakah senikata baru yang DAP bawa? Perkataan popular sekarang yang di dalam kamus DAP ialah perkataan “RASIS”, iaitu mana-mana orang yang mempersoalkan hak dan menyentuh tentang sejarah bangsa dan kaum, mereka akan di anggap sebagai “RASIS”.Kata Guan Eng semasa perutusan Hari Kemerdekaan ke 53 di dalam laman blognya, “Di kala DAP rapat dengan orang Melayu, golongan rasis telah memutarbelitkan niat murni kami untuk memupuk persudaraan dengan orang Melayu.Di kala DAP menghulurkan salam silaturahim kepada umat Islam di Malaysia, kumpulan rasis yang sama itu memutarbelitkan hasrat suci kami untuk bersahabat dan mengikat tali persudaraan dengan umat Islam. Di kala DAP mengajak semua kaum di Negara ini, sama ada Melayu, Cina, India, Kadazandusun, Iban dan sebagainya untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah, kumpulan-kumpulan rasis yang telah kehabisan modal terus membohongi rakyat untuk memastikan usaha perpaduan tulen ini gagal”. Kenyataan ini juga membukti bagaimana DAP mengunakan strategi " perpaduan tulen " sebagai slogan untuk memenangi hati pengundi PRU 13 ,walaupun pada realitinya perjuangan " Malaysian Malaysia " masih menebal dalam perjuangan mereka.

Kata Guan Eng lagi, ”Mereka bertindak demikian kerana mereka sedar bahawa politik secara pecah perintah dan syak – wasangka antara kaum sudah tidak diterima lagi. Mereka bimbang mereka tidak akan menjadi relevan lagi. Mereka takut kehilangan saki baki kuasa yang mereka pernah ada suatu ketika dahulu.” Persoalanya adakah DAP " real " parti berbagai kaum ,sedangkan apa yang berlaku dalam DAP dan kenyataan-kenyataan bekas-bekas pemimpin DAP yang di "buang " oleh DAP membuktikan DAP masih belum menjadi parti untuk rakyat Malaysia,ia masih parti yang di dominankan oleh kaum Cina.

Oleh itu tidak hairan lah mengapa DAP mengunakan perkataan RASIS kepada semua tindakan balas yang di buat oleh BN ataupun khususnya kepada UMNO. Maknanya apa saja kenyataan yang di buat oleh UMNO atau BN samada untuk mempertahankan hak-hak orang Melayu dan membuat analisa perbandingan dengan kaum lain,akan sentiasa dinilai oleh DAP sebagai RASIS, kerana DAP menggunakan strategi seperti apa yang di nyatakan oleh Guan Eng dalam para di atas.

Oleh itu amat jelas DAP amat bijak dalam mengatur strategi mereka untuk mengekalkan kuasa mereka di Pulau Pinang, dengan strategi men”silence”kan slogan “Malaysian Malaysia” dan mengetengahkan konsep-konsep seperti “utamakan Malaysia” dan yang terbaru “Middle Malaysia”. Dengan slogan dan konsep baru ini,slogan “Malaysian Malaysia” dihilangkan secara terbuka tetapi secara tersirat ia masih menjadi tiang seri kepada perjuangan DAP. Ini lah permainan dan strategi yang licik yang di mainkan oleh Guan Eng dan DAP.

Betulkah DAP memperjuangankan " perpaduan tulin " dan " keadilan untuk semua " sedangkan dalam pemilihan DAP pun dapat dilihat trend pemilihan yang lebih kepada ahli kaum Cina saja dan selepas  kepimpinan DAP sedar yang " corak " kepimpinan yang dilantik tidak mencermin berbagai kaum,barulah kepimpinan DAP melantik pepimpin DAP Melayu secara "lantikan" dan bukannya di pilih. Jelas DAP masih cakap tidak serupa bikin dalam hal ini. Yang jelas strategi untuk melaksanakan "keadilan untuk semua " adalah strategi untuk mengabui mata para pengundi PRU 13. Strategi DAP ini juga telah di " share " bersama oleh PKR dan PAS yang juga telah menerima pakai konsep " keadilan untuk semua ", tetapi realitinya DAP,PKR dan PAS masih belum selesaikan perkara asas mereka iaitu perjuangan Parti-parti masing-masing. Walau bagaimanapun DAP masih dianggap berjaya dalam mengetengahkan konsep " Malaysian Malaysia " melalui slogan "perpaduan tulin " dan "keadilan untuk semua " sebagai teras Pakatan Rakyat .

Mungkin Para Strategi DAP dalam PRU 13 telah mengunakan strategi dan taktik daripada pakar Strategist Politik Amerika iaitu Karl Rove yang terkenal dengan " The Rovian Playbook : Campaign Tactics " . Karl Rove telah dianggap sebagai  " Bush' s Brain " yang telah " orchestrated each of Bush'sucessful political campaigns ". Malah Obama juga telah mengunakan " Karl Rove election strategy " untuk Obama memenangi Jawatan  Presiden Amerika untuk kali kedua. Dalam hubungi analisa diatas , DAP telah mengunakan strategi " Take the Offensive " dengan mengunakan analogy "  of a track meet, the Rove team gets off the starting blocks first to take control of the race. The opponent then spends the reminder of the contest recovering from initial burst,trying to catcah up . This approach throws BusH"s political opponents " off message ", so that he/she cannot get their message across to the public. ".