Thursday, April 4, 2013

PRU 13 : SIRI 1


 

Detik dan saat yang sangat dinanti telah pun diumumkan oleh Najib tepat jam 11.30 pagi iaitu Parlimen telah dibubarkan dan DUN juga akan dibubar sebaik saja Menteri besar / Ketua Menteri mendapat perkenan Sultan / Raja di negeri masing-masing termasuk negeri dibawah Pembangkang.  Sekarang kita sedang menunggu SPR untuk menentukan tarikh penamaan calon dan tarikh pengundian. SPR pun mengikut undang-undang mempunyai masa dalam 60 hari bagi mengendalikan pilihanraya tersebut. Yang paling penting semua parti-parti yang berdaftar dengan ROS sudah mula untuk mengantur strategi terakhir sebelum hari penamaan calon bagi mempastikan mereka sudah ada calon untuk kerusi Parlimen dan DUN. Mengikut SPR terdapat 13.29 juta pengundi (as of last month) termasuk 273,429 pengundi awal (111,767 polis dan 161,662 tentera) dan 5,200 postal voters yang mengundi pada PRU 13 nanti.

 
Sudahkah kita bersedia untuk PRU 13 ? Mengikut Prof James Chin - " what we are seeing as the tail end of a very very long campaign. My guess as that the majority of Malaysians have already make up their minds on who to vote for "(Blooberg.com/news). Pandangan ini adalah benar kerana sejak 2 tahun ini, semua parti politik begitu aktif mengatur strategi masing-masing untuk berada di barisan di hadapan antara satu sama lain dalam semua isu negara terutamanya persaingan antara BN dengan Pakatan Rakyat (masih tidak berdaftar dengan ROS sebagai satu Parti). Oleh kerana strategi mereka begitu agresif dan terlalu aktif pandangan Prof James Chin seorang pensyarah Sains Politik di kampus Malaysia Monash University adalah tepat seolah-olah pengundi-pengundi sudah pun boleh membuat penentuan siapakah yang mereka akan mengundi.

 
Bagi Mohamed Nawab Mohamed Osman - " This election is probably going to be the closest ever in Malaysia history " (Fellow at the S. Rajaratnam School of International Studies in Singapore). Kalau di lihat dari segi struktur strategi berkempen yang di lakukan oleh Najib dan Anwar (BN vs PR) yang masing-masing cuba untuk memasuki minda pengundi PRU 13 dan rakyat Malaysia keseluruhannya, adalah kempen yang sangat sistematik dan terlalu sengit impaknya dan oleh itu ia dilihat satu persaingan yang "closest ever". (Blooberg.com/news)

 
Malah beliau juga berkata - "Its a do or die sort of election. On the day when result are going to be announsed, there will be a lot of power jockeying. Its going to be a good two or three months before things are going to settle down ". Dari analisa kenyataan-kenyataan pemimpin-pemimpin utama BN dan PR juga menjelaskan bahawa PRU 13 adalah yang sangat penting untuk survival politik mereka. Oleh itu BN ataupun PR sangat perlukan kemenangan untuk menjadi Kerajaan Persekutuan.

 
Kata Najib - "Rakyat harus menilai sedalam-dalamnya ancaman janji pembangkang serta buat keputusan bijak kerana ia bukan hanya berkaitan penentuan siapa yang menawan Putrajaya pada PRU 13, tetapi masa depan dan nasib Malaysia". Ini pesanan Najib kepada rakyat Malaysia untuk PRU 13. Dalam Kajian Merdeka Centre for Opinion Research yang dibuat  kajian kepada 1021 para pengundi PRU 13 (Jan 23 - 6/2) mendapati Kerajaan BN mendapat 61% undi popular dan 48 % " very happy with the Goverment.

 
Ini telah membuktikan "peluang" untuk Najib dan BN untuk mengekalkan kerajaan di Putrajaya sangat cerah. Tetapi terpaksa berhadapan dengan Anwar Ibrahim yang sangat-sangat bercita-cita untuk menjadi PM dan Kerajaan di Putrajaya. Sudah tentunya Anwar tidak akan memberi laluan mudah kepada Najib. Oleh itu PRU 13 akan kita saksikan pertembungan Strategi yang cukup hebat dalam agenda untuk memenangi hati 13.29 juta pengundi. Yang jelas penentuan adalah di tangan para pengundi.

PESANAN UNTUK PENGUNDI CINA PULAU PINANG

 
 
Tsunami 2008 telah memberi rezeki terkejut kepada GUAN ENG dan DAP di Pulau Pinang. DAP dan Pakatan Rakyat telah menjadikan kerajaan di Pulau Pinang dan Guan Eng anak jati bukan Pulau Pinang di angkat menjadi Ketua Menteri yang baru ketika itu. Banyak kajian dibuat ketika itu untuk mengkaji kenapa secara drastik BN tewas mengejut di Pulau Pinang. Sedangkan rekod BN adalah amat cemerlang dengan menjadikan Pulau Pinang sebagai antara negeri yang terkaya dan maju di MALAYSIA. Tetapi BN kalah pada PRU 12 di Pulau Pinang.
 
 
Kajian-kajian telah membuktikan bahawa kekalahan BN Pulau Pinang terutamanya kekalahan " tanpa kerusi " oleh Gerakan dan MCA adalah berpunca daripada sentimen emosi protes majoriti pengundi-pengundi PRU 12 terhadap "janji tidak ditepati" oleh Kerajaan BN dan juga "ditambah nilai kebencian " dan " anti UMNO " yang terlalu ekstrim yang di pupuk oleh DAP dan Guan Eng sejak september 2007 hingga semasa berkempen dalam PRU 12. Malah kajian memperlihatkan 70% daripada responden dalam kajian ini kurang berpuas hati dengan cara kerajaan menangani masalah ekonomi. Oleh itu kajian-kajian tersebut membuktikan kekalahan BN bukan kerana kekuatan Guan Eng dan DAP atau kerana DSAI dan Pakatan Rakyat, tetapi kerana kelemahan jentera BN dan dasar-dasar BN ketika itu. Tetapi ada juga kajian-kajian yang dibuat menunjukkan kemenangan Guan Eng dan DAP serta Pakatan Rakyat di Pulau Pinang adalah kerana nasib semata-mata. Oleh itu tidak hairanlah ada pemimpin DAP Pulau Pinang terkejut dan sangat-sangat terkejut apabila SPR mengumumkan kemenangan 29 kerusi kepada Pakatan Rakyat dan mereka boleh membentuk kerajaan Pulau Pinang.
 
 
Berdasarkan itu pengundi-pengundi Cina Pulau Pinang yang terkenal sejak dulu lagi mempunyai "budaya politik" yang sukar dijangkakan dan juga yang sering berubah-berubah pola pengundian mereka, tetapi pada PRU 13 masih belum boleh menjangkakan pola pengundian mereka. Walaupun begitu Guan Eng dan DAP yang sekarang ini mempunyai 19 kerusi DUN majoriti pengundi-pengundi Cina masih amat yakin yang 19 kerusi ini tetap akan menjadi milik DAP dan tidak boleh digugat oleh Gerakan ataupun MCA. Ini bermakna Guan Eng dan para strategist DAP telah melakukan semua langkah-langkah strategi "untuk mengekalkan kuasa" di 19 DUN tersebut dengan strategi "memberi dan menerima" di DUN-DUN tersebut selama 5 tahun mereka berkuasa. Tetapi sejak 5 tahun, BN Pulau Pinang dan Perdana Menteri cuba memasuki minda pengundi-pengundi Cina Pulau Pinang supaya kembali berfikir bahawa kesejahteraan yang di rasai sekarang adalah warisan dan hasil usaha daripada dasar-dasar kerajaan BN terdahulu. Oleh itu rakyat Pulau Pinang terutamanya para pengundi Cina boleh merasa nikmat dan kesejahteraannya pada masa ini dan pastinya janji BN Pulau Pinang akan terus membina Pulau Pinang yang sejahtera dengan pembangunan yang berstruktur sekiranya BN kembali memerintah Pulau Pinang.
 
 
Pengundi-pengundi Cina Pulau Pinang wajib berfikir dan membuat pertimbangan, nikmat pembangunan di Pulau Pinang yang akhirnya mendorong kepada kesejahteraan ekonomi Pulau Pinang adalah kerana dasar-dasar jangka panjang Kerajaan BN terdahulu. Nama-nama pemimpin besar BN seperti Tun Lim Chong Eu dan Tan Sri Koh Tsu Koon adalah arkitek pembangunan Pulau Pinang bukannya Guan Eng. Guan Eng hanya menjadi penerus kepada landasan yang telah sedia ada. Pengundi-pengundi Cina perlu berfikir sejenak, sejak 5 tahun yang lepas apakah landasan baru yang di bawa oleh Guan Eng ? Adakah CAT, Laluan Bawah Laut ataupun dasar jimat kerajaan negeri adalah sebagai landasan baru DAP? Masihkah pengundi-pengundi Cina Pulau Pinang ingat janji-jani Guan Eng dan DAP sebaik saja memenangi PRU 12? Jawapannya ialah "janji tidak ditepati " oleh Guan Eng.
 
 
Realitinya kepada pengundi-pengundi Cina adalah Guan Eng dan DAP sedang bermain strategi politik dalam survival mereka di Pulau Pinang. Mereka bermain politik dalam dasar CAT, yang telus kepada syarikat-syarikat gergasi tertentu sahaja yang juga boleh dipersoalkan tindakan mereka. Dasar Jimat cermat Kerajaan Negeri yang tidak mahu berbelanja untuk pembangunan rakyat yang akhirnya menyusahkan rakyat dan ini bukan dasar yang baik kerana membiarkan rakyat menangung penderitaannya. Mungkin dasar kerajaan Guan Eng ialah untuk mengurang difisit tapi impaknya rakyat yang tanggung masalahnya. Tetapi sekiranya peruntukan diberi untuk berbelanja kepada pembangunan rakyat sudah pasti ia dapat mengurang masalah rakyat. Barulah ialah adalah dasar berbelanja yang berhemat seperti apa yang pernah di buat oleh Ketua Menteri BN dahulu.
 
 
Sekiranya pembinaan laluan bawah laut yang menjadi agenda Guan Eng untuk menyelesai masalah kesesakan jalan raya, sedangkan pembinaan Jambatan Pulau Pinang kedua belum beroperasi tapi kajian sudah boleh membuktikan Jambatan ini boleh selesaikan masalah tersebut, jadi apa perlunya laluan yang kosnya cukup tinggi dan membazir serta mengancam alam sekitar dibina. Kata Teng (Pengerusi BN Pulau Pinang) -" The direction of the state is actually aimless. They dont have any policy or blue print for Penang "(NST 10/6/2012). Oleh itu Guan Eng dan DAP sentiasa mempunyai dilema dalam setiap tindakan mereka.
 
 
Para pengundi-pengundi Cina Pulau Pinang perlu ingat bahawa Guan Eng dan DAP cuba bermain " mind game " dengan mereka. Ini kerana apabila Guan Eng dan DAP sudah memasuki "tempuh" nyawa-nyawan ikan, baru mereka mula mengistiharkan yang Kerajaan DAP dan Pakatan Rakyat Pulau Pinang akan melaksanakan projek mega seperti "The Undersea Tunnel", Jalan Lebuhraya di Pulau Pinang (kedua-dua projek yang kos masih kita keliru samada RM 8 billion atau RM 6.3 billion ataupun RM 4.8 billion ) dan pengumuman untuk Projek "The Penang Paradigm 2013-2023. Semua program ini di umumkan diambang PRU 13. Persoalannya kenapa Guan Eng dan DAP tak umumkan pada tahun 2008 sebaik saja mereka menang ataupun pada 2009 selepas setahun mereka menang PRU 12. Inilah kelemahan ketara Kerajaan Guan Eng dan DAP Pulau Pinang.
 
 
Semua analisa tadi, jelas bercorak dan bermatlamatkan politik Guan Eng dan DAP yang cuba mempertahan survival untuk terus bertapat di Pulau Pinang. Para pengundi Cina  perlu tahu dan perlu ingat bawa kunci pembangunan Pulau Pinang masih seperti pasaran saham yang boleh naik dan boleh turun bila-bila masa. Kerajaan Pulau Pinang bukan nya yang menyimpan kunci pembangunan tersebut. Tetapi yang menyimpannya masih lagi kerajaan Pusat. Kerajaan Pusat yang menjadi penjaga gate nya (gate keeper) yang akan menentukan pembangunan Pulau Pinang. Mereka perlu ingat banyak projek-projek besar di Pulau Pinang adalah projek Kerajaan Persekutuan yang lakukan dan Kerajaan Persekutuan tidak melakukan diskriminasi kepada rakyat Pulau Pinang walaupun majoritinya memilih DAP dan Pakatan Rakyat. Sebagai renungan kepada PARA PENGUNDI CINA PULAU PINANG kita petik kata-kata Teng Pengerusi BN Pulau Pinang - " I have a vision for developing Penang " dan " The previous leadership has laid the foundation and we will buil on it" (NST 10/6/2012) . Persoalannya perlukah Pengundi-pengundi Cina memilih Guan Eng, DAP dan Pakatan Rakyat dalam PRU 13 atau perlukah Pengundi-pengundi Cina mengekalkan Pakatan Rakyat menjadi kerajaan Negeri selepas PRU 13 selepas kegagalan mereka.

Tuesday, April 2, 2013

GUAN ENG VS TENG CHANG YEOW 4

 
 


Sudah memasuki hari keenam "The Battle of the giant" seakan-akan realitinya akan terjadi pertandingan DUN PRU 13 antara Guan Eng dengan Teng Chang Yeow. Mereka adalah "giant" yang cukup gentleman untuk menjadikan pengundi PRU 13 sebagai penentu kepada "the war" antara DAP dan BN di Pulau Pinang. Seperti di dalam analisa Guan Eng vs Teng 3, kedua-dua mempunyai strategi cukup hebat, Teng adalah sebagai pemulanya kerana berani mencabar Guan Eng untuk bertanding satu lawan satu dalam PRU 13 dan dianggap sebagai anak jantan atas keberanian tersebut. Manakala Guan Eng dalam keadaan terkejut atas keberanian Teng, telah mencabar balas Teng supaya bertanding di DUN Pengkalan Kota, DUN yang pernah tiga kali Teng menjadi YB DUN Pengkalan Kota. Kedua-dua mempunyai strategi masing-masing supaya mereka di lihat sebagai pemimpin yang berani dan sanggup berperang secara kamikazi.


Dalam sejarah PRU di Pulau Pinang, bapa Guan Eng, Lim Kit Siang (LKS) mempunyai sejarah yang tersendiri, LKS pada masa itu telah menjadi seperti Teng Chang Yeow pada masa ini yang telah mencabar dua (2) orang Ketua Menteri BN yang mempunyai gelaran DR dari Gerakan iaitu Dr Lim Chong Eu dalam PRU 1990 dan Dr Koh Tsu Koon dalam PRU 1995. Pada kali ini Teng Chang Yeow pula yang berani mencabar Ketua Menteri Pulau Pinang era 2008 iaitu Guan Eng dalam PRU 13. Semangat anak jantan yang ada pada Lim Kit Siang yang selalunya berani mencabar musuh politiknya pada kali ini tidak terjelma dalam jiwa anaknya Lim Guan Eng kerana "proses mencabar" dimulai oleh Teng Chang Yeow Pengerusi BN negeri yang semesti "telah mengkaji" strategi Lim Kit Siang pada masa dulu tapi tidak dikaji oleh Guan Eng sebagai anaknya.


Dalam perkembangan terbaru, suasana cabar mencabar telah menjadi hangat, dengan Teng lebih berani mencabar Guan Eng untuk tidak menjawab cabaran Guan Eng untuk bersetuju bertanding di DUN Padang Kota. Malah Teng dengan berani menyatakan" ...was willing to have a face-off with Lim in election on condition that the Barisan leader gets to pick the seat state". Maknanya Teng mengambil strategi yang sama dengan Guan Eng untuk mencadangkan tempat pertandingan di DUN yang sepatutnya BN yang pilih bukanya Guan Eng ataupun DAP. Lojiknya cadangan ini ialah oleh kerana Teng yang memulakan cabar-mencabar ini sepatutnya Teng lah yang mencadangkan tempat ataupun Guan Eng menerima cadangan Teng tanpa menyatakan kawasan mana yang perlu mereka bertempur. Inilah kebijaksanaan Teng berpolitik menolak cadangan Guan Eng tapi mengemukan cadangan baru yang ada lojik. Malah Teng juga cuba "mencubit" Guan Eng dengan juga mencadangkan kepada Guan Eng supaya sekiranya beliau bersetuju untuk "berentap" dengan Guan Eng,Guan Eng jangan bertanding di Parlimen, Guan Eng perlu bertanding hanya di DUN saja seperti Teng.


Menarik lagi apabila Guan Eng terpaksa dengan penuh emosi menyatakan kepada Teng - " To show my sincerity in wanting to let this contest happen in Padang Kota and not permit Teng to weasel out of his own challenge to me, I am making one final concession to him "(Star 1/4/2013).  Maknanya Guan Eng sudah terperangkap dengan peperangan saikologi Teng. Malah Guan Eng juga telah bersetuju untuk tidak bertanding di Parlimen dengan syarat Teng bertanding di Padang Kota. Jelas dalam kenyataan Guan Eng dan Teng, mereka masih lagi 'bermain tarik tali" dan tidak tunduk kepada kehendak masing-masing.


Oleh kerana Teng masih tidak mahu tunduk dengan cadangan Guan Eng, Guan Eng terpaksa menyatakan " ..if Teng refused to stand in Padang Kota,he would not waste his time with him anymore ". Maknanya Guan Eng sudah cuba untuk menutup cabaran ini lebih awal, walaupun polimek ini masih belum ditutup oleh Teng. Ini kerana Teng cuba "bermain layang-layang" dengan Guan Eng untuk cuba melihat keberanian Guan Eng sama ada beliau takut untuk bertanding di mana-mana kerusi DUN yang lain selain DUN Padang Kota. Mungkin pada realitinya Guan Eng  memang tidak berani.


Malah Karpal Singh juga cuba bermain  strategi dalam " the battle of the giant", dengan penuh  emosi dengan  menyifatkan Teng sebagai  " just a boy scout " and  not of the same class  as the Dr Lim Chong Eu ". Jelas membukti seorang lagi pemimpin  besar DAP  yang berada keadaan panik takut kepada keberanian Teng. Mungkin Karpal  teringat kekalahannya  pada PRU 1995 kepada "  just a boy scout "  ini. Maknanya "boy  scount" ini bukan calang-calangnya  kerana  Teng Chang Yeow boleh menjadi  "ular" yang berbisa  yang  sekali mengigit  Karpal  Singh(1995), Chow  Kon  Yeow(1999 dan  2004)) sudahpun tewas dan pastinya  Guan Eng akan menjadi mangsa seterusnya pada PRU  13.


Saturday, March 30, 2013

GUAN ENG VS TENG CHANG YEOW 3




"The Battle Of Giant" antara Guan Eng dengan Teng Chang Yeow mungkin akan dapat kita saksikan dalam PRU 13 yang sedang kita tunggu detik dan masa yang akan diumumkan oleh Najib sikit masa lagi. Mengikut laporan Star 29 Mac 2013  Guang Eng wants face-off with Teng) kedua-dua pemimpin utama DAP dan BN sudahpun begitu positif untuk bertanding secara anak jantan dan bernekad secara "kamikazi" untuk menjadikan para pengundi menjadi penentu kepada kemenangan politik PRU 13 .

 
Kata Guan Eng - " Since he wants a face-off, lets go back to his old constituency where he was assemblyman for three terms", ini satu kenyataan yang berani Guan Eng dan strateginya untuk "mencabar" Teng supaya bertanding di DUN Padang Kota tempat yang Teng pernah menjadi wakil rakyatnya selama tiga penggal. Strategi Guan Eng ialah untuk menunjukkan dia tak takut kepada cabaran Teng untuk bertanding satu lawan satu dengannya. Strategi ini juga sebagai strategi "test market" Guan Eng kepada para pengundi Cina Pulau Pinang yang Guan Eng tidak takut kepada kekalahan dan lebih hebat lagi Guan Eng mencadangkan supaya gelangang pertarungan ialah di DUN Padang Kota yang mungkin memberi kelebihan kepada Teng kerana rekod 3 penggal Teng disitu.

 
Teng juga telah di beritakan di dalam portal memcabar Guan Eng lebih dahulu untuk "willing to contest against Lim in GE " daripada Guan Eng. Ini bermakna Teng lebih "anak jantan" dari Guan Eng kerana sanggup untuk berkamikazi untuk hidup atau mati . Strategi Teng lebih hebat kerana selaku Pengerusi BN negeri yang merupakan Ketua BN di Pulau Pinang yang boleh memilih mencari jalan yang mudah untuk bertanding tapi tetap mencari jalan sukar dengan berani "mencabar" Guan Eng supaya bertanding secara "anak jantan". Kenyataan Teng ini mungkin agak mengejutkan Guan Eng dan para strategist DAP kerana tak sangka Teng begitu berani.

 
Mungkin kerana satu yang tidak diduga oleh Guan Eng dan DAP, maka oleh Guan Eng dan para strategist DAP terpaksa membuat satu serangan balas" melalui "tawaran balas" untuk mengajak Teng untuk bertanding di DUN Padang Kota tempat yang Teng pernah menjadi DUN selama tiga penggal. Ini strategi Guan Eng dan DAP untuk membuktikan Guan Eng lebih anak jantan daripada Teng, kerana Guan Eng telah mencadangkan DUN yang mana untuk mereka bertanding. Bagi Guan Eng dan DAP  mereka masih kelihatan hebat dan sentiasa mendahului dan masih di depan Teng dan BN.

 
Walaupun  bergitu Teng pernah berkata "I am leading a team of BN candidates into battle hoping to win. I dont want to rate the chances but we must have a positive mindset "( NST 10/6/2012). Dengan minda Teng seperti ini sejak mula mengambil tugas sebagai Pengerusi BN pada 2012, pastinya Guan Eng amat tercabar terutamanya apabila Teng berani pula untuk bertanding secara "face-off" dengan beliau. Jadi jelas Teng juga tidak takut " mati " dalam pertandingan "kamikazi" ini. Sudah  tentunya Guan  Eng dan para strategist sangat  risau  dengan  keberanian  Teng.

 
Lagi menarik untuk di analisa  mengenai  cadangan Guan  Eng  untuk  DUN Padang Kota sebagai medan pertandingan ,ialah  DUN tersebut pada  masa ini  di pegang oleh Pengerusi DAP  Pulau  Pinang Chow  Kon Yeow yang di beritakan sebagai  " as  a threat  to his post (CM) ".  Mungkin ini  juga strategi Guan  Eng untuk lemahkan semua musuh politiknya  sama  ada dalam  DAP ataupun  diluar  DAP.

 
Teng  juga pernah memberi amaran  awal kepada  Guan  Eng  semasa  memulakan tugas sebagai Pengerusi  BN Pulau Pinang, dengan berkata -  "No one will go to battle  without thinking of  winning .  Any  general who  has  led a war will  have this in mindd". Kita  akan  tunggu "battle  off  the  Giant" PRU  13. Apa pun  Teng  pada masa ini lebih  berani  daripada  Guan Eng  dalam mengaturkan strategi .