Monday, October 12, 2009

PAKATAN RAKYAT : APA SUDAH JADI DI BAGAN PINANG ?

Dengan Calon PAS mendapat undi 2578 dan calon BN mendapat 8013 undi, perbezaan undi sebanyak 5190,secara pembuktian angka jelas strategi dan taktik BN adalah lebih berjaya daripada PAS. Maknanya PAS telah gagal dalam semua strategi dan taktik yang digunakan di Bagan Pinang. Walaupun mereka telah berjaya dengan mengunakan taktik yang sama di semua pilihanraya kecil yang lalu, tetapi pada kali ini Pakatan Rakyat sudah terkena dengan “penyakit kekalahan”.

Seperti yang telah jangkakan di dalam sembang Pak Zad yang lepas, pengundi-pengundi Bagan Pinang bijak membuat penilaian semua isu-isu yang dibawa oleh kedua-dua jentera pilihanraya dan mereka juga tidak terpengaruh dengan sentimen emosi dan perkara-perkara yang tidak rasional. Pak Zad jangka isu memperbodohkan pengundi adalah faktor utama kepada PAS dan Pakatan Rakyat kalah terlalu teruk di Bagan Pinang. Analisa Pak Zad agak ringkas saja iaitu apabila PAS tidak memperkotakan janjinya melalui seruan Nik Aziz (seperti satu fatwa) supaya jentera PAS dan Pakatan Rakyat tidak “attack” peribadi calon BN katanya adalah berdosa dan salah di sisi agama.

Tetapi pada realitinya apabila kempen bermula jentera PAS telah mengunakan strategi attack kepada personaliti Isa Samad terutamanya yang berkaitan dengan isu pelanggaran disiplin di dalam parti UMNO oleh Isa Samad sehingga beliau digantung keahliannya dan juga isu-isu semasa calon BN menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan. Inilah satu strategi yang Pak Zad nampak telah menjadi senjata makan tuan, yang tujuannya untuk mengelirukan pengundi Melayu tidak berjaya kerana pengundi Melayu adalah bijak untuk membuat penilaian samada janji Nik Aziz itu adalah satu permainan politik atau tidak. Tetapi apa yang berlaku PAS telah mengunakan kenyataan Nik Aziz sebagai mainan politik dan pengundi-pengundi Melayu telah merasa bahawa PAS tidak mengotakan janjinya.

Isu diatas membukti satu cubaan oleh jentera PAS untuk memperbodohkan pengundi tetapi gagal dan pengundi telah menghukum PAS dengan hanya memberi 2578 undi kepada PAS.

Isu memperbodohkan pengundi yang dilakukan oleh PAS juga berlaku di dalam kes penyokong PAS yang katanya mendapat kecederaan kerana dipukul oleh penyokong UMNO dan mendapat satu publisiti yang meluas di media-media, tetapi apabila ia disiasat secara terperinci oleh Polis atau BN, jelas ia menimbulkan banyak persoalan dan perkara-perkara yang mencurigakan. Dalam kes ini , strategi PAS untuk attack BN dengan isu BN ganas dan cuba mendapat simpati pengundi, jelas gagal dan pengundi Bagan Pinang telah membuat satu pertimbangan wajar dan rasional berdasarkan kepada fakta yang ada untuk menolak isu ini kerana ia dianggap sebagai isu yang tidak ujud dan menganggap PAS cuba menipu pengundi. Oleh itu pengundi-pengundi telah menjatuhkan hukum kepada PAS untuk tidak memberi undi kepada PAS dan Pakatan Rakyat.

Pak Zad juga amat yakin kesilapan mengunakan strategi yang berkesan juga adalah faktor kepada kekalahan tersebut. Strategi “attack” yang di katakan strategi utama yang di gunakan oleh PAS, ternyata sepanjang kempen di Bagan Pinang, tidak berfungsi seperti yang di jangkakan. Tetapi sebaliknya berlaku iaitu PAS berkedudukan “defensive” dan bukan menyerang. Di awal hari berkempen PAS terpaksa menjawab isu penyokongnya yang mencederakan Ketua PUTERA UMNO semasa Hari Penamaan calon kerana isu ini telah menyentak strategi PAS kerana “mode” yang berjaya di bawa oleh UMNO ialah “mode” jentera PAS ganas. Oleh itu jentera PAS terpaksa menjawab dakwaan tersebut dan menyebabkan PAS berkedudukan defensive dan tidak dapat nak attack calon BN.

Ditambah pula dengan isu Calon PAS bukan orang tempatan, sekali lagi Pak Zad lihat PAS berkedudukan defensive kerana terpaksa menghabiskan masa berkempen untuk membuat penjelasan. Oleh kerana kegagalan PAS untuk mengunakan strategi menyerang dan terpaksa bertukar strategi kepada “defensive”, menyumbang kepada PAS gagal memasuki pemikiran pengundi-pengundi untuk menerima penjelasan mereka kepada isu-isu yang di kemukakan oleh jentera-jentera BN.

Apa yang Pak Zad nyatakan diatas adalah satu analisa awal yang agak ringkas, hanya berdasarkan kepada beberapa analisa di dalam sembang-sembang Pak Zad yang lepas. Walau bagaimana pun apa yang Pak Zad nyatakan dalam sembang-sembang tersebut cukup relevan dengan semua strategi politik yang di gunakan oleh PAS dan BN. Jelasnya pengundi-pengundi Bagan Pinang telah memberikan hukumannya kepada PAS dengan PAS sebagai parti yang tewas untuk pilihanraya kecil pada kali ini.

No comments:

Post a Comment