Sunday, October 4, 2009

PILIHANRAYA KECIL BAGAN PINANG : STRATEGI “MENYERANG” SUDAH BERMULA.

Di hari penamaan calon strategi ini telah digunakan oleh PAS dan Pakatan Rakyat iaitu untuk “attack” melalui provokasi yang keterlaluan dengan tujuan untuk memberi mesej kepada UMNO/BN, mereka jangan terlalu yakin yang UMNO/BN akan menang selesa di Bagan Pinang. Pengalaman yang dilalui oleh Menteri Hal Ehwal Pengguna dan Ketua Putera UMNO adalah sesuatu yang yang normal berlaku semasa hari penamaan calon iaitu “PROVOKASI”. Satu strategi yang amat berkesan untuk melihat kesabaran jentera pilihanraya musuh yang bertanding.

Maknanya mesej yang hendak disampaikan kepada jentera UMNO/BN yang mereka perlu bersedia dengan penuh bersabar kerana jentera PAS dan Pakatan Rakyat akan mengunakan strategi menyerang dari semua penjuru, dengan tujuan untuk merobohkan kekuatan jentera dan strategi UMNO/BN. Pada hari penamaan calon mereka cuba mendapat publisiti dengan mencipta suasana tegang seperti pengalaman yang di lalui oleh kedua-dua pemimpin tersebut di atas. Dengan cara ini mereka dapat memasuki minda jentera UMNO/BN yang mereka akan dilayan dengan suasana yang menekan dan tension. Strategi ini cukup berkesan kerana ia akan mendilemakan petugas-petugas jentera UMNO/BN kerana mereka tidak dibenarkan berkempen secara tidak berhemah.

Strategi “menyerang” nampak berjaya di peringkat awal lagi yang digunakan oleh PAS dan Pakatan Rakyat. Mereka terus akan mengasak jentera UMNO/BN dengan provokasi-provokasi yang akan menyibukkan jentera UMNO/ BN untuk merespondkan isu-isu yang di bangkitkan oleh PAS dan Pakatan Rakyat. Itu lah strategi yang mereka gunakan di Kuala Terengganu, Bukit Gantang dan Permatang Pasir, yang menampakkan jentera BN di situ terpaksa “defensive”. Tetapi mereka gagal dalam strategi yang sama di Manek Urai kerana calon BN di Manek Urai adalah calon yang tiada skandal yang hendak di jadikan isu.

PAS dan Pakatan Rakyat amat pakar dalam mengunakan strategi menyerang ini kerana mereka dibantu oleh kumpulan penyelidik muda yang diberi tanggung jawab untuk mengumpul data-data penting seperti maklumat peribadi calon BN, membaca strategi BN dan mentafsirkannya, menyediakan semua jawapan kepada isu-isu yang dibangkitkan oleh BN, menyediakan plan psikologikal warfare dan lain-lain lagi. Berdasarkan itu tidak hairanlah kita jentera PAS dan Pakatan Rakyat terlalu ke depan dari segi strategi daripada jentera UMNO/BN. Kumpulan Muda yang menjadi research team inilah merupakan NADI kepada jentera PAS dan Pakatan Rakyat untuk bernyawa. Mereka akan salurkan maklumat-maklumat penting kepada Ketua Operasi Pilihanraya dan seterusnya Salahuddin Ayob dan Safaudin Nasition yang merupakan master mind strategi PAS dan Pakatan Rakyat akan mula mengatur strategi seterusnya.

Oleh itu data sangat penting untuk strategi menyerang kerana itu kita lihat setiap kali pemimpin PAS atau Pakatan Rakyat bersuara mereka mempunyai nada yang sama dan suara mereka akan diikuti oleh sumber-sumber bermaklumat. Makna strategi menyerang yang menjadi strategi utama mereka adalah sesuatu yang telah di kaji dengan teliti dan kerana itu mereka akan mengunakan strategi tersebut sejak di garisan permulaan lagi.

Kata Muhyiddin Yassin “walaupun nama calon BN Tan Sri Mohd Isa Samad cukup popular kepada penduduk di kawasan ini,namun ia merupakan satu ancaman jika jentera parti mengambil mudah dan lalai dalam menghadapi serangan pembangkang” . Amat jelas Muhyiddin Yassin sudahpun boleh membaca strategi tersebut diatas, kerana itu beliau telah memberi peringatan kepada jentera UMNO/BN. Apapun jentera UMNO perlu bersedia dengan strategi yang lebih baik bagi menyaingi jentera PAS.

Kita renung kata-kata Muhyiddin Yassin “JANGAN LEKA DAN SELESA” , mungkin jentera PAS dan Pakatan Rakyat perlu merenung kata-kata Muhyiddin Yasin sebagai asas untuk mereka mengatur strategi seterusnya.



No comments:

Post a Comment