Pada hari ini 3 Oktober 2009, adalah hari yang menentukan secara rasmi siapakah yang bertanding di Bagan Pinang. Walaupun parti BN dan PAS telah pun mengumumkan calon-calon mereka, tetapi Pak Zad jangkakan ada calon bebas akan bertanding, seperti apa yang telah Pak Zad ramalkan di dalam sembang-sembang yang lepas. Ramai yang menjangkakan hanya akan berlaku pertandingan satu lawan satu antara UMNO/BN dengan PAS/Pakatan Rakyat, tetapi mungkin sebagai satu strategi parti-parti perdana ini akan mungkin juga meletakkan calon-colon tanpa parti untuk bertanding sebagai calon bebas dan mungkin juga ia berfungsi sebagai calon simpanan. Strategi ini adalah untuk mempastikan sekiranya terjadi masalah teknikal yang menyebabkan calon parti-parti perdana ini ditolak pencalonannya, maka parti tersebut masih ada calon gantian yang bersaing dengan calon lawannya. Apapun calon-calon parti perdana tidak akan mendapat kemenangan percuma.
Sekiranya betul, pertandingan antara UMNO dan PAS di Bagan Pinang akan menjadi pertemuan yang ke lima antara mereka (Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Manek Urai, Permatang Pasir dan Bagan Pinang) yang PAS telah menang empat kali (4 – 0). PAS mengharapkan kemenangan untuk kali kelima. Tetapi banyak faktor yang membuktikan pada kalinya UMNO mempunyai kelebihan untuk mencipta kemenangan pertama. Walaupun dari pengamatan Pak Zad banyak strategi yang PAS dan Pakatan Rakyat telah laksanakan sebelum hari penamaan calon termasuk strategi menyerang Isa Samad dengan isu-isu etika, tetapi UMNO tetap mantap dan seolah-olah UMNO telah bersedia dengan Isa Samad sebagai calonnya.
Jangkaan Pak Zad, PAS sudah dikejutkan dan sudah mendapat “stroke” jantung yang pertama, apabila UMNO/BN meletakkan Isa Samad sebagai calonnya. PAS mungkin tidak menjangka yang UMNO berani meletakkan Isa Samad yang mempunyai satu sejarah hitam dalam politik yang telah pun di manipulasikan oleh mereka. “Stroke”nya PAS kerana mereka menjangkakan UMNO akan meletakkan calon lain yang mempunyai rekod yang bersih seperti apa yang di nyatakan oleh Dr Mahathir. PAS dijangka didalam keadaan panik untuk menukar strategi kerana mereka tahu Isa Samad mempunyai pengaruh yang kuat di Bagan Pinang. Berdasarkan satu kajian yang dilakukan, membuktikan pengundi Bagan Pinang, amat yakin yang Isa Samad tidak bersalah tetapi telah disabotajkan oleh kumpulan yang hendak menjatuhkannya semasa pertandingan di dalam UMNO. Oleh itu pengundi-pengundi Bagan Pinang telah melupakan isu itu dan sanggup untuk memberi peluang kepada Isa Samad sebagai wakil mereka. Maknanya bagi pengundi Bagan Pinang yang matang dan bijak akan membuat perbandingan- isu antara apa yang dikatakan oleh PAS dengan reality yang berlaku dan pernah dilakukan oleh Pakatan Rakyat semasa Anwar Ibrahim bertanding di Permatang Pauh. Pengundi-pengundi Permatang Pauh menolak kempen memburukkan calon dan tidak mahu menerima yang mengatakan Anwar Ibrahim terlibat dengan masalah etika.
Teori di atas jelas telah menyebabkan PAS dan Pakatan Rakyat tidak selesa dan agak panik untuk memikirkan strategi bagi mengalahkan calon UMNO/BN. Mereka juga telah terperangkap dengan “fatwa” Nik Aziz untuk jentera PAS dan Pakatan Rakyat tidak berkempen untuk memburukkan calon BN. Inilah yang juga menyebabkan Pengerusi Pilihanraya PAS Salahuddin Ayob terkedu lidah untuk berkata-kata dan sedang pening untuk memikirkan apakah strategi yang akan mereka gunakan.
Sekiranya pagi ini, Isa Samad adalah calon yang sah, maknanya sepanjang kempen nanti PAS akan “attack” Isa Samad dengan isu-isu yang memang sudahpun di baca oleh Muhyiddin Yasin yang mengatakan “knew that the opposition would exploit the various issues especially the one on money politic linked to Isa Samad to discredit the leader”. Ini membawa mesej kepada PAS/Pakatan Rakyat yang UMNO/BN sedang menunggu untuk isu itu di mainkan oleh PAS dan UMNO sudah bersedia untuk membelasah PAS.
Malah ada juga para strategis PAS dan Pakatan Rakyat juga mengunakan strategi “blaming” dengan menyatakan “the party believed an Isa victory would help PR capture the state later as voters in other seats would be disgusted with the win by a man found guilty by his party fot money politic”. Strategi ini adalah untuk menuduh bahawa Isa Samad akan menjadi punca sekiranya menang maka ia adalah permulaan kepada jatuhnya kerajaan BN di Negeri Sembilan dan akan digantikan oleh kerajaan Pakatan Rakyat. Inilah strategi di dalam pemikiran para strategis PAS dan Pakatan Rakyat, untuk menciptakan kemenangan di Bagan Pinang.
Dalam isu di atas juga, ia juga sudah dibaca oleh strategis UMNO/BN kerana apabila PAS meletakkan Persuruhjaya PAS Negeri Sembilan makna mereka juga cuba menyediakan bakal calon Menteri Besar Negeri Sembilan sekirannya mereka menang. Maknanya pertandingan di Bagan Pinang membentuk satu teori baru iaitu PAS sudah bersedia untuk menjadi Menteri Besar dan akan menolak DAP yang mempunyai kerusi yang majoriti sebagai pembangkang. Kita sedia menunggu komen Hadi Awang dan Lim Kit Siang menjawab tentang teori tersebut.
No comments:
Post a Comment